Lupa mati ada endut sampai tersangap-sangap dok mengingat ^_^

Salam 4 Rabi ul Awal kawan-kawan!

Laaa... rupa-rupanya ramai juga yang tak tahu apa maknanya 'endut' yerk!

Kenapa tak tanya kat kawan-kawan yang asal dari Johor, mesti mereka dengan sukarelahati explain panjang berjela ^_~

'Endut' tu maksudnya buah hati, kekasih, boyfriend atau girlfriend ^_^

Kalau dulu masa duduk kat kampung zaman baru lepas akil baligh, selalu aje dengar insan-insan terdekat bercerita sambil bergaduh,

Kau dah ada endut eh... aku cakap dengan Bak!

Eh, kau tu yang gatal nak berendut, nak ngata orang pulak!

Eh, cepat cakap siapa endut kau sekarang!

Yang kau sibuk nak tau pasal endut orang tu apasal? 

Lebih kurang macam tulah intipati pergaduhan bertepuk bertampar zaman dulu-dulu semasa baru nak kenal dunia realiti katanya ~_^

Eh, bukan I, bukan I... 

I mana ada endut dulu-dulu! My abah garang tau! Kalau abah marah, boleh bersambung tiga hari dua malam! Dah tidur, esok pagi bangun terus sambung berleter! Manalah berani anak-anak perempuannya nak berendut! Diminati tu adalah, tapi kalau nak berendut terang-terangan, siaplah korang kalau tak kena jerlus kepala tu masuk dalam kolam tak tahulah apa nasib. Sebab itulah I 'berendut' senyap-senyap di luar pengetahuan my abah ^_^ Paling-paling koman pun hukuman kena pukul kat punggung sampai terkencing. 

Hahaha...teringat my adik lelaki yang sampai terkencing kena pukul dengan arwah abah tapi bukan pasal endut-endut nilah! Dan teringat juga my abang yang kena kejar dengan lembing keliling rumah sebab culas memanjang! Asal abang sibuk cuci kereta/motor Vespa abah atau menyabit rumput keliling rumah, dah tentu-tentu abang ada niat nak keluar jumpa kawan-kawan sama ada main sepaktakraw atau pun pergi tengok wayang. Kah3x! Kenangan sungguhlah!

I pulak sebab anak manja, tak pernah arwah abah naik tangan tapi pernahlah sekali I ingat kena tarik rambut sebabnya berebut suratkhabar Utusan Malaysia yang arwah abah bawa balik. Arwah baru balik kerja, bila dengar motor Vespanya masuk perkarangan rumah, bukan main laju I dan my kakak menerjah sebab nak berebut siapa dapat baca suratkhabar dulu ~_^

Abah tak tahan bingit sebab penat baru balik kerja maka ditarik rambut kedua-dua anak suruh senyap! Sikit lagi nak kena hagul kepala! Hehehe... padan muka kami berdua! Lepas tu taubat dah tak mahu berebut suratkhabar tapi kalau my sister ambil dulu, I punya jeling sambil dalam hati kata, "Nantilah! Nantilah! Mesti kena juga kakak aku ni nanti! Tunggu jerk time sesuai masa abah tidur!"

Eh, mengimbau kenangan lamalah pulak padahal tadi nak bercerita tentang 'endut' jerk ^_^

Meh, kita belajar lagi jadi orang Johor dan dah terlanjur bercerita kisah pada zaman dulu-dulu, kita teruskan ajelah penceritaan yerk! Panjang dan takda gambar pun ^_^

Dulu-dulu kalau I mengantuk, selalu aje menguap sambil tutup mulut lepas tu dok sibuk cakap,

Apasallah asyik sangap aje ni ek....

Orang yang mendengar pun macam terpinga-pinga apa ke bendanya... Yalah, orang kata menguap, kita kata sangap. Lama-lama baru faham ada juga orang yang tak faham. Ingatkan kat KL ni cuma ada orang Johor jerk ^_^ Lupa pulak ... ^_^

Ingat tak kerja apa yang paling you all suka nak mengelak ketika kecil-kecil dulu?

Kalau I lah, dah tentu bab pijak belakang badan abah tak pun kena cabut uban! Aduhai... stresslah kalau kena buat dua kerja ni (hahaha...sejak dulu rupanya MD dah pandai stress ^_^, maka no hal lah setakat stress light-light kat pejabat sekarang ni...)

Kami ni adik beradik perempuan lebih ramai daripada lelaki. Lelaki cuma tiga orang aje. Masa kami semua kecil molek dan tinggal sebumbung di rumah makpak, memang kerja anak-anak perempuanlah bab-bab macam ni. 

Bila abah balik kerja, mencicit masing-masing; yang kena sediakan towel dan kain pelikat abah lain, yang kena buat air minuman abah lain, yang sibuk nak kejar suratkhabar lain (^_^) dan my emak biasanya masa macam tu di dapur, baru habis masak dan nak menghidang makanan sebab nak makan beramai-ramai bila abah selesai solat Zohor (My abah kerja setengah hari jerk tiap-tiap hari, by noon selalunya dah berada di rumah)

Anak-anak pulak bila abah balik mesti dalam keadaan kemas dan rapi. Kalau ada yang main sampai gelap muka, silalah mandi siap-siap dan pakai elok-elok. Letak bedak barang sekati dua supaya bila abah sampai rumah tenang aje hati tengok anak-anak dalam keadaaan terurus. Emaklah yang dapat nama ~ isteri dan ibu mithali namanya. Hahaha!

Selesai semua, abah akan naik ke rumah atas nak menonton TV sambil baca suratkhabar. By this time, siapa-siapa yang tengah baca suratkhabar tu haruslah segera beri suratkhabar pada abah (sebab itulah kita orang bergelut nak baca suratkhabar dulu sebab bila abah dah ambil, lama betul dibacanya lepas tu tertidur! Nak ambil suratkhabar dari atas perut abah takut oi...nanti terjaga teruslah kena sambung cabut uban~_^)    

Abah memang suka berbaring bawah kipas angin lepas tu panggillah mana-mana anak perempuannya untuk cabut uban. Sambil tu abah pun bacalah suratkhabar...

I ni kalau kena panggil, mulalah start nak cari alasan. Biasanya I cabut slowly-slowly, satu, dua, tiga dan bila tengok suratkhabar dah terlepas dari tangan abah (dah duduk atas perut ^_^) dan dengar abah berdengkur, I pun slowly-slowlylah bangun dengan penuh tertib nak melarikan diri ^_^

Tapi my abah ni ada sixth sense ler.... kita baru berjingkit nak melarikan diri tetiba nanti abah terjaga,

Nak pergi mana tuuuu..........

Sakit perutlah, Bak! Nak masuk bilik air!

Zassss.... lari cepat-cepat!     

Lepas tu duduklah lama-lama dalam bilik air supaya abah tertidur semula dan 'melupakan' kita ... ^_^ Ingatkan bila dah berjaya 'melarikan diri' selamat dahlah rupa-rupanya tak juga. Tetap kena panggil semula sambung cabut uban! Uarggghhhhhhh ! 

My emak pulak jenis tak garang. Paling-paling garang perbuatan emak setakat piat atas nipple aje ^_^ Mak paling sayang my adik lelaki (we assumelah, padahal as a mother, mak sayang semua anak-anaknya, cara aje nampak berbeza ^_^) maklumlah anak bongsu katanya. Anak-anak perempuan ni emak tak pernah paksa buat kerja tapi entah kenapa kami ni terpanggil kotnya nak tolong emak. Tolak ke tepi my sister, Ngahlah sebabnya Ngah memang dari kecil sampai la ni rajin tak tahu nak kata macamana! Ngah tu tangan kanan emaklah senang cerita. Kalau Ngah dan mak takda, lintang-pukanglah kami adik beradik tak reti nak buat apa!

Kalau emak memasak di dapur, my kakak semua kena membantu. Siapa yang buat derk aje, mesti kena sound tapi I exceptional case. I tak tolong pun takpa. Itu yang bijak teramat di dapur. Lada hidup dan lada kering pun tak tahu apa ^_^ Dapat beli barang basah kat fishmonger kali pertama bila mak takda rumah bukan main teruja lagi sampai habis udang halus tu I beli sekati, taugeh sekati, ikan berkilo, main sekilo sekati aje, tak mainlah gram-gram ni ^_^   Bila mak balik, ambil hah..kenalah piat kat nipple ^_^ Pandai pulak tu beri alasan 'lupa matilah mak kilo, kati tu macamana rupa....' padahal tak tahu apa benda pun!

Paling tak suka bila emak memasak dan abah masuk ke dapur melihat-lihat apa kami buat. Bila abang nak membantu aje, sorang-sorang anak perempuan cuba nak melarikan diri. Abah cerewet sangat. Stress! 

Nak tumbuk lada hidup dalam lesung batu nak dibuat sambal belacan pun ada 'teknik'. Lesung batu pegang tangan kanan, tangan kiri letak atas lesung supaya bila lada ditumbuk, tak terpercik masuk mata pulak! I pulak lagi terrorlah, I pakai spek mata rabun buat baca suratkhabar my abah gitu kalau tak mahu terpercik lada ^_^  

Hai....seronoknya kehidupan zaman dulu-dulu ya! Terasa dekat sangat dengan makpak dan setiap ahli keluarga ~_^ Enjoyed teramat masa tinggal sebumbung seisi keluarga di Johor dulu tapi apakan daya, manusia berubah. La ni MD dah terlebih 'urban' katanya, tak boleh dah dok kat kampung, tak boleh bernafas! Kena ada shopping mall dekat-dekat senang nak cuci mata! Padahal tak sedar diri, masa kecil-kecil dulu dialah yang paling sibuk nak terjun dalam longkang besar depan rumah, nak main lari-lari jatuh atas biji sagu dan nak main lompat-lompat atas sepanjang batang sagu yang dah bersusun nak dijual kepada Cina! 

Lupa matilah tu.... ~_^ 

   

     


Comments

  1. Ira pun baru tau endut tu apa.. hehe..
    Seronok baca kisah MD masa zaman dulu.. skg ni semua da ada keluarga sendiri, mesti rindu bila dikenang2 semula kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah jauh berbeza dengan zaman dulu-dulu. Sebab itulah kenangan zaman kanak-kanak ni orang kata indahkan, Ira. Tak mungkinlah akan kembali semula. Jadi lipatan sejarahlah nampaknya ^_^

      Delete
  2. Bak tu ayah ehh kak? Hihihi. First time ni dengar perkataan bak, endut. Lepas ni boleh lah belajar lagi perkataan Johor. Hehhe. Bagus akak ni kecik2 dah suka baca surat khabar. Kalau Nani surat khabar tu buat main je dulu dulu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Nani. Bak tu pengganti bapalah ^_^ Ramai yang tak tahu rupanya 'endut' tu apa. Familiar sangat perkataan tu masa zaman dulu-dulu. Sikit-sikit 'endut', sikit-sikit 'endut'!

      Akak umur 5 tahun dah berebut suratkhabar, Nani. Nasib baik rajin tu sampai ke sekolah. Kalau tidak, tak tahulah jadi apa!

      Delete
  3. Hihi klu pak sedara ke moyang ke panggil kita endut rasa kembang hati. Rasa cam puteri la sgt. Hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lainlah bunyinya macam sedap jerk kat telingakan, LM. Tapi kalau 'endut' yang real, memanglah alahai... tak tahu nak kata apa dah ^_^

      Delete
  4. amboi salan mengimbau kenangan zaman dulu2..suka berebut siratkhabar rupanya..lada kering lada hidup tak kenal mana satu.bagua betul anak dara mak abah.bab kati kilo tu samalah sy pun tak tahu.haha..

    endut tu bopren ya..barulah tau..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya nak bercerita pasal 'endut' tetiba kenangan silam pulak yang menjelma. Nak buat macamanakan... Hahaha!

      Suratkhabar tu bestfriend kitalah, PK. Sejak tadika dah baca suratkhabar sebab itulah tak tengok cerita Cina, cerita Hindustan tapi tau aje semua artis antarabangsa ^_^

      Delete
  5. Lyn lah yg tak tau endut tu hape.. skrg baru tau.. hehehe
    zaman sekolah lyn dulu pun takde endut2 ni kak. my late abah garang yer. klu tel rumah lelaki yg call mau dia ceramah tak sudah2. My Abg2 pun tak suka kitorang ni berendut2 zaman sek. dia tau, mati lah kan. ada pun zaman sek menengah. tu pun sorok2. klu tau mati den. Dah habis sekolah baru tau berendut2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Lyn aje, ramai yang non-Johorean tak tahu endut tu apa, Lyn. Akak ni mati-matilah ingat semua orang tau endut tu apa maksudnya rupa-rupanya hanya orang Johor yang mengenali 'endut' Hahaha!

      Delete
  6. Lupa Mati tu ape kak?

    kira paling tak suka kena cabut bulu ketiak tu. uban pun sama. tapi masa tu mama papa takde uban lagi. tapi mama lah selalu suruh cabut bulu ketiak dulu. pastu kakak along pun sama suka membuli. huwaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa mati tu betul-betul lupalah kononnya. Tak ingat langsung ^_^

      Nasib baik masa kecil dulu akak tak pernahlah pulak kena cabut bulu ketiak. Baik abah, emak, abang mahu pun kakak-kakak! Lega! Bab cabut uban tu memang sesuatu yang membosankan sungguh tau!

      Delete
  7. Weyh Kak Ton.....lama diam jer ni, gi celah mana? Cuti ke bizi ni?

    Hihi.... namanya pun org Johor kan, mestilah setuju jugak dengan statement org Johor. Mak rasa kan Kak Ton, sangap tu bahasa Jawalah. Memanglah ..... memula mak duk KL dulu, selalu tersyasyul tau, mcm terasa rasa pulak kita kat Johor, tp nasiblah kengkawan semua sporting.

    Masa zaman kecik dulu abah mak tak delah menyuruh sangat. Tp mak kena buli dengan abang kakaklah....suruh pijak badan. Satu lagi cabut bulu ketiak kakak hihi....best weyh korek bulu yg tertanam dlm kulit tp mcm dah nak keluar tu hihi...

    Mcm mak, mak tak dpt merasa hidup dengan abg kakak sebumbung sebabnya masa mak kecik diaorg semua dah kawen, yg tinggal abg atas mak betul....tu pun beza 8 tahun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ton cuti panjang, Mak. Mak ni kalau Kak Ton tak muncul di alam maya, mulalah merindu tahap tak boleh ditahan-tahan! Kesian Mak ya kena tinggal dek Kak Ton begitu saja ^_^

      Johor dengan Jawa kan sinonim sangat-sangat. Kalau dulu, orang tanya asal mana dan kita jawab 'Johor' mesti soalan seterusnya dia akan kata, 'Orang Jawa ke?' Menyampah tau sebab Kak Ton bukan Jawa 100 persen gitu. Hahaha!

      Eh, Kak Ton pun rajin juga kena pijakkan badan senior-senior dalam keluarga tau. Masa kecil, moleklah pijak badan orang. Dah besar sikit suruh pijak, kita pijak betul-betul kasi tak hilang sakit 2,3 hari. Hahaha!

      Kak Ton dengan abang yang sulung pun bezanya melebihi 20 tahun, Mak ... Maklumlah adik beradik ramaikan!

      Delete
  8. Akak lepas kawen dgn orang johor ni baru la tau maksud endut atau berendut tu...kikiki...memula baru2 kawen dulu terbanggang2 gak kalau tetibe mil suh amik ape tu...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke? Masa kecil-kecil dulu orang tak panggil endut ek? Best tau kalau berendut penuh rahsia dari keluarga. Thrillnya semacam takut diketahui makpak. Hahaha!

      Delete
  9. saya pulak mak garang macam singa tapi sporting.. nak ber endut tu mak ok jer. hahaha.. Tapi saya banyak membesar celah ketiak makcik. So di tatang bagai minyak yang penuh tu yang pandai masak sikit dari adik beradik yang lain. sebab kat rumah makcik memang kena masak.. Walaupun makcik ni tak garang. Dia marah pun kejab lagi mula la dia buat lawak pujuk2 kita balik. Jentik memang tak pernah la.. lagipun makcik ibu tunggal yg ada sorang je anak lelaki. So, kita memang jadi kesayangan tapi tetap kena masak & buat kerja rumah. Kalau kat rumah mak bapak sendiri malas yarabbi.. asyik kena marah je. Suka bangun lewat hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecil-kecil dah pandai berendut ya! Hahaha!

      Untunglah dapat makcik yang baik. Rajin masak dari kecil tentulah dah pakar memasak bila berkahwinkan. Macam akak ni sebab kita perempuan yang paling kecil, memang semua kerja pun orang perempuan pun diexemptedkan habis-habisan. Apa guna ada kakak ramai kalau kita juga yang kena buat kerjakan! Hahaha!

      Akak adik beradik dulu tak boleh bangun lepas matahari terbit. Mak datang kuis kaki sorang-sorang suruh bangun kecuali adik lelaki bongsu. Yang itu bangun lepas matahari tegak atas kepala pun takpa!

      Delete
  10. banyak betul perkataan saya tak familiar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya orang Johor aje kot yang biasa dengan loghat Johor ni. Saya ni kalau masuk belah utara atau timur, memang satu apa pun saya tak faham. Terasa macam pelancong asing aje tau ^_^

      Delete
  11. hahahhaha...seronok baca kisah MD masa muda mudi dulu....ayah sy pun jenis yang garang...xpernah lg bergurau senda dengan dia....biasa bergurau dgn mak jer...hihihi...bila bab kerja kat dapur...sy adalah org paling malas sekali....tau masuk dapur nak makan jer....nak tolong memang xnmpak muka....bab main dgn kwn memang no.1....siap mani terjun lagi dgn kengkawan kat parit besar depan umah....lepas tu mak dpt tau kena kejor dgn kayu....hahhahahahah....mmg seronok bila pikirkan balik kenangan masa dulu2....sy kalau diberi pilihan suka duduk kpg...tenang jerrr.....hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemalas akak ni, DM tapi akak rajin belajar tau! Kalau bagi bukukerja, habis sampai muka surat terakhir dikerjakannya. Kalau bagi kerja rumah, lambat sikitlah. Tapi masa kecil pandai juga basuh kasut dan kapur kasut sekolah. Gosok baju pun rajin. Lipat baju apatah lagi memang favorite past time. Hahaha!

      Akak ni dah jadi urbanlah, DM. Macam kat KL, Putrajaya tu akak bolehlah survive. Kalau kat kampung kena pasang bekalan oksigen sebab shopping malls tak besar. Hahaha!

      Delete
  12. Baca entry ni zuppp terus teringat zaman kanak2 ribena dulu.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan zaman kanak-kanak kita. Puas dan tersenyum aje kalau mengimbau kembali. Anak-anak sekarang ni tak tahulah apa yang mereka rasa happy bila mengenang zaman kanak-kanak mereka nanti!

      Delete
  13. endut tu selalunya my kakak lah yg jadi objek ; " mak, akak nak ke mana tu ? mana lagi , nak pergi berendut lah tu . " ... hahahahaaaa ... bab cabut uban tu tak ada lah MD tapi cabut bulu ketiak tu selalu . sebelum cabut , tabur bedak sekilo , pastu senang je nak cabut . lepas tu pijak-pijak belakang badan abah guna kaki . sedap katanya ... saya , bila my kakak dan abang dah pi merantau , memang kena dok dapurlah jawabnya . my arwah bonda tak mintak tapi kesian tengok dia penat lepas bali dari kebun ... saya tak terjun longkang tapi parit . siap nampak ular berenang lagi ... hohohooooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depan makpak saya janganlah sebut endut-endut ni. Kalau tidak, rasakanlah hukumannya! Pun begitu, anak-anak perempuannya hebat berendut rahsia-rahsia tau. Hahaha!

      Saya cabut bulu ketiak takdalah. Cabut uban memang macam rutinlah sebab abah saya kalau balik kerja aje rutinnya sama. Memang bertempiaran masing-masing lari menyembunyikan diri bila nampak abah kepit suratkhabar dan baring. Sah-sah nak kena cabut uban supaya abah lena tertidur pulak lepas tu!

      Delete
  14. Eh.. endut saya tak pernah dgr dan tak tahu juga maksudnya. Tp bila MD sebut berendut pula saya teringat macam penah dgr, tp xpasti faham ke x maksudnya.. vocab baharu buat saya ni..

    Wah.. garang betul arwah abah tu kalau hukuman paling koman pun pukul kat punggung sampai terkencing.. huhu kus semangat kalau gtu.. patutla anknya baik2, sb ayah pandai ajar anak.. eh, saya pun baik walaupun ayah baik tak pernah marah r pukul anak.. haha.lain orang lain cara ye.

    Seronokla baca pengalaman zaman remaja MD di kg ni. Meriah nampaknya kehidupan dengan adik beradik ramai dan mak ayah yang penyayang.. suka saya dgr kawan2 yang ada ayah mcm MD ni.. rumah wajib kemas je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AN masa kecil-kecil kat Kelantan dulu tak pernah berendut ke? Kira budak baiklah ni. Hahaha!

      Berendut masa kat kampung memang ohsem. Kena berahsia ada endut tu yang paling ohsem. Takut sungguh kalau abah tau. Mana taknya, abah garang. Siap boleh sambung marah 3H2M tau. Itu yang tak tahan. Tapi nasib baiklah abah garang, kalau tidak tak tahulah jadi apa kami sepuluh beradik ni ^_^

      Delete

Post a Comment