Macamana nak kenal orang Johor? @_@


Salam 29 Safar kawan-kawan!

Hari ni kita buat entri ringan-ringan aje sebabnya hari nikan hari Jumaat ^_^

Yang ini I terbaca dalam FB kot kalau tak silap. So I copypastelah dari sini  milik wanita ini ^_^

Jom kita baca dan tengoklah kalau semua you all boleh 'detect' pada diri I dan mana-mana orang Johor sekali pun ~_^ 

Nak kenal org Johor mcm mana?


Here are some unique ‘trademarks’ of a true blue Johorian. This was shared in one of my friend's timeline. I find that they are really interesting. As a Johorian myself, I can’t deny these ‘trademarks’ as most of them are true. So… If you happen to meet or become friends with a Johorian, why don’t u check for yourself wether the ‘trademarks’ are true or not. It can be fun…

1.They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk ? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi.

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok berkata, “Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”.Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them are either loyar buruk or bigor. Baik di kampung mahu di Bandar.

5. Diorang ada ENDUT. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa… kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok… . Dah lama tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ?

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock . Rasanye sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori je lah. So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori ni?

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK. Tido pakai GEBOR.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore! When I was growing up, prang cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!

Hehehe ... amacam orang Johor, betul ke tidak ni?

Bagi I ... macam betul aje semuanya ^_^ 


Comments

  1. macam ni entry ringan...huii leh tahan panjang...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ringanlah tu, SA ^_^ Pertama, sebab takda gambar. Kedua, mostly copypaste dari FB jer tu untuk berkongsi cerita! Tak pernah lagi tau saya buat gaya gini ^_^

      Delete
    2. first time entry copy n paste...I'm impressed!

      Delete
    3. Kan! Mana pernah akak buat. Kiranya Sal ni peminat setia akaklah, sampai tahu akak tak pernah lagi copypaste. Tak tahan nafsu nak kongsi ni Sal memandangkan ianya berkaitan dengan orang Johor. Hahaha!

      Delete
    4. hahaha..peminat je tau, bukan stalker ye

      Delete
    5. Hahaha! Kalau ngaku stalker pun apa salahnya. Akak suka sebab akak pun bukan retis glamor yang tak tahan distalked 24-7. Hahahah!

      Delete
  2. Replies
    1. Yalah tu, CH. Saya ni memang orang Johor. Orang BP kalau nak lebih tepat lagi tapi dah lama merantau ke KL ^_^

      Delete
  3. Pernah sekali ternampak kalu tak salah gambar adek dalam iklan promo tv Al hijrah...
    sorry lari tajuk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betullah tu, Bonda! Dua-dua anak saya ada dalam promo TV AlHijrah tu. Cuma yang jadi bapa tu of courselah bukan suami saya, HD ^_^

      Delete
  4. kat Fb sekarang kalau asyik tulis 'bangsa johor' tu memang confirm la orang johor.. hehehe.. cheq orang kedai tak payah nak habaq la noh.. semua orang tau kalau bunyi loghaq kedah tu mai dari kedah la.. Yang bukan kedah macam drama mokcun tu cakap kedah lagu mana pun kami tau dia bukan orang kedah katanya.. Apapun i is jeles dengan kerabat di raja johor.. depa gebu2 & ensem & cantik belaka selain mesra rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, kan! Itulah akak dah kata tapi kawan-kawan pejabat akak ni tak mahu percaya tau! Dari Sultan ke Sultanah (tak kisahlah baginda asal Perak) ke anak-anak raja Johor, memang semua pun cun melencun! Hidup Bangsa Johor! Yeah!

      Jangan jealous ek! Kita orang memang ginilah kalau terasa bangga dengan negeri Johor. Harapnya takdalah yang suruh kita balik ke Johor semula kalau nak berlagak. Kah3x...

      Orang Kedah kalau buka mulut aje terus confirmed dah tau asal mana! Memang cam sungguh. Tapi akak sukalah loghat korang. Best kalau dengar berbual sesama sendiri sambil kita hisap jari tak faham sepatah pun! Btw, keponakan akak pun ada yang mai dari Kedah ni, Canglun to be exact ^_^

      Delete
  5. Husband orang Johor... MF baru je daftar diri jadi warga Johor. Belum sampai seminggu pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, tengok! Tak sabar-sabar nak jadi orang Johor sekarang. Ni mesti sebab terpikat dengan kehandsomeman, kemachoan dan kebaikan Sultan Johor dan anakandanya semua. Hahaha!

      Delete
  6. Buat kakak senyum-senyum jadinya MD ni tau
    Macam ada betulnya. Kakak rasa org yg create ni pun mesti Johorean.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap saya, yang buat tu bukan orang Johor tapi dari pemerhatiannya berkawan dengan orang Johor. Yang menulis dalam FB ni memang Johoreanlah macam kita-kita ni, kak. Hahaha!

      Delete
  7. Entry ni pendek je sebenarnya.. yg buat panjang sebab ada 10 perkara tu.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Ayat saya tak sampai satu perenggan pun sebenarnya. Yang lain tu semua saya copypaste sebab nak berkongsi 'kehangatan' feeling menjadi orang Johor. You pun samakan, Aiza ? Cemolot sikit ^_^


      Eh, perkataan ni bukan asal dari Johorean ^_^

      Delete
  8. hahaha...most of it is true.macam saya, selalu perasan orang Joho, walaupun lahir KL n alamat Selangor.yup, jarang orang ohor ni cepat sentap.diorang punya sense of humour memang ganas sikit. Jangan serik yekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, itu bukan perasan namanya, Sal! Itu namanya semangat kenegerian. Hahaha!

      Macam akaklah. Duduk KL dah lama, sejak belajar di universiti dulu. Kampung halaman pun dah lama tak balik. Tapi kalau sebut aje Johor, kita dululah yang sibuk mencanang diri anak Johor tau!

      Now you knowlah why akak is very the peramah type one. Hahaha!

      Delete
  9. Dah bentang leca baru teringan gebor jemur kat belakang td lupa nk angkat.
    Hehehe

    Tp ramai bukan johor guna ek ..tapi salah

    Contoh bkn org johor punya ayat"Camni ek?"

    Kalau johor .. Camni eh? Ek tu penambah kat hujung biasanya cam haah ek?

    Ye tak ye ek? Mcm mengiyakan statement tu lah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lagi truly Johorean. Pendekata we are proud of our Johorkan, LM ^_^

      Well, biasalah tu. Kita tahu orang tu bukan Johorean bila dia buat silap yang kecil aje. Sebenarnya saya pun dah lama tak guna ek tau kalau bercakap dengan kawan-kawan.

      Tapi saya selalu kata 'terlupa mati', 'air mati', 'sangap', 'lada hidup'. Hahaha!

      Delete
  10. Salam kenal
    :D.. Kalu bab tmpt tu same kes ngn trg.. Kalau kt duk kmmn.. Klu org kmmn kt nk g trg mksdnye nk turun bandar ktrg.. :D..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke kat Terengganu pun macam tu? Baru ni saya tahu. Saya pun baru perasan tentang orang Johor dok kata JB tu Johor bila baca artikel tu. Selamanya selalu cakap tapi tak perasan pun!

      Terima kasih ya sudi singgah ^_^

      Delete
  11. Hehe...johorean datang melawat: p

    ReplyDelete
  12. singgah hari ahd melwat mommy :)
    sihat ?

    mcm betul je sbb ramai kengkawan asal johor masa kej di jj permas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ciksu datang singgah. Saya sendiri dah lama tak tinggal jejak kat sana. Nanti senang saya tinggal jejak kasih ya, Ciksu ^_^

      Nampak pun macam betul. Ni orang Johor sendiri mengaku ni ^_^

      Delete
  13. tengok tulis ringan, pulun baca... panjanggg wooo~~~ (^___^)v

    bes info pasai johorian ni (^___^)v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Tak panjang sebenarnya. Yang buat panjang tu, yang saya copypaste. Kalau tengok ayat sayakan, pendek jerk ^_^

      Thank you ya pulun baca juga walaupun dah tahu panjang ^_^

      Delete
  14. ya betul..memang semuanya agak betul..walaupun sy bukan org johor tap kt rumah berkau jugak dengan anak2..klu cakap2 mesti ada ekk jugak.haha agaknya dh lama sgt dok johor..lg pukaj susur galur keluarga sebelah en suami kan ke org johor..aiman n abahnya pun lahir sana..gerobok gebor..cuma endut tu je tak tahu..apa tu endut.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak juga ngaku ada susur galur belah selatan ya, PK. Maklumlah... I know, I know apa niat awak tu! Ni mesti nak menguatkan lagi silaturrahim dengan bakal besan. Kah3x.

      Endut tu boyfriend atau pun girlfriendlah, PK. 'Kau dah ada endut ehhh... Aku cakap dengan mak kau nanti!' maknanya 'Kau dah ada kekasih ehhh...' ^_^

      Delete
  15. Setuju dengan mak Ton......
    Cuma ada gak yg mak tak biasa mcm no 9,10, pasal gula tarik tu pun jarang makan tp sagon selalulah makan, lebih lagi time raya. Leca tu apa Kak Ton.

    Mak dulu mmg tak dpt siaran Singapore, ada TV tu pun dah beruntung. Mak mak ni orangnya sangat berjimat Kak Ton, sampai la rumah kg tak de peti ais, sebab mak tak mo bayo letrik banyak hihi.....

    Kak Ton agaknya bercakap style Johor tak ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ton suka kandy kelapa dan sagun, Mak. Jarang nak dapat yang sedap sekarang ni. Rindu bangat. Eh, kat BP masih lagi dapat channel TV Singapore, Mak. Kita orang biasalah tengok sandiwara Melayu, familiarlah dengan flat HDB tu ^_^

      Eh, Mak ni! Buat malu aje tau kalau tak reti cakap style Johor! Apa Mak dok sangap aje tu baca entri Kak Ton? Mak kutuk Kak Ton ehhhhh ^_^ Betul ek? Betul ek?

      Delete
  16. Lyn pun dah terjebak gak dgn bahasa2 luar ni.. melaka lah, johor lah. semua main tibai. lagi2 klu jumpa sedar kat muor.
    Btw, endut tu ape??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Endut tu kekasih hati, Lyn ^_^

      Dulu-dulu kita orang masa kecil selalu kena tanya soalan macam ni ~ Kau dah ada endut ek? Cakap dengan bapak!'

      Hehehe ...

      Delete
  17. kira ni ofkos la bukan orang johor. sampai johor pun tak pernah hahahaha (sobssss) tapi yang no.3 tu kan. bab perkataan tu kan. orang perak gitu gak. Seluar jadi Seluor. keluar keluo. pagar pa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingat akaklah dulu-dulu loghat orang Johor ni jarang dipersoalkan. Sebabnya antara banyak negeri rasanya Johorean yang paling kurang berloghat negeri. Tapi maklumlah sejak sibuk tentang Bangsa Johor ni, menjadi-jadi pulak kami jadi bualan. Hahaha!

      Memang suka bab hujung 'r' tu kita 'lebarkan' sebutannya jadi 'o'. Ohsem sangat tau ^_^

      Delete
  18. perkataan LECA tu saya tak pernah dengar dan guna ... yes , tv singapore mmg best . balik kg mmg saya buka channel singapore dulu . my kaka dok jb pun x nak pakai astro sbb channel tv singapore + indonesia pun dah melambak dan best2 belaka ... bab rock tu , gaya hidup moden tu memang ada pada rakyat johor wpun mrk dok ceruk kg . mungkin kerana tempias dr tv singapore atau bekerja di sana . sbb tu org pantai timur suka kahwin dgn org johor sbb mrk kata org johor kaya dan moden ... byk kelapa sawit you ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa apa yang dimaksudkan oleh penulis tu sebenarnya perca. Saya pun tak pernah dengar perkataan leca ni. Ingatnya bila tulis entri ni adalah orang Johor yang akan explain tentang perkataan leca ni tapi takdalah pulak! Vee pun tak pernah dengarkan. Saya rasa memang perca kot ^_^

      Dulu mana tau flat DBKL. Yang kita tahu HDB flat sebab banyak dalam sandiwara dalam TV Singapore. Hahaha!

      Delete

Post a Comment