Posts

Showing posts from 2016

Harijadi Adik ~_^

Image
Salam 25 Safar dan Salam Jumaat kawan-kawan!

Apalah nasib badan nih... hari ni lagi bertambah malas jadinya; rasa macam nak cuti-cuti sekolah juga. Semalam dok google hotel, penuhlah alahai. Yalahkan, esok nak pergi malam ni baru google memanglah. Lagi-lagi cuti sekolah dah bermula. Sajalah nak kata plan terpaksa dibatalkan ^_^

By the way, Mami @ mak mertua den rasa-rasanya bulan 12 ni sampailah ke Malaysia. Dua bulan nak duduk dengan anak, menantu dan cucu. So lepas ni memang muka Mamilah yang kena tempek dalam blog ^_^

Dan... semalam my anak bujang tersado@Bubbly Abang main-main whatsapp lagi. Siapa punya angkara? Si Daniellah. Kata Daniel dia dah ada grup whatsapp. Nanti dia masukkan Bubbly Abang pulak. Tak boleh masuk sebelum ni sebab dia fikir Bubbly Abang tak pandai whatsapp. Cis, Daniel! Awak tak tahu ke anak bujang aunty ni memang kerja main whatsapp. Nak makan apa-apa pun main order kat Mommynya dalam whatsapp jerk ^_^

Yang paling tak menahan bila Daniel pesan kat Bubbly Abang mi…

Hari ni Khamis kahhhh...bukan Jumaat ek?

Image
Salam 24 Safar kawan-kawan!

Kehkehkeh! Boleh ek buat tajuk ikut suka hati penulis novel ajek 😉

Yang sebenarnya I tak tahu nak meroyan apa hari ni sebab banyak sangat idea dalam kepala sampai takda idea nak ditinta katanya! Makanya, tak tahu nak letak tajuk apa.

By the way, apa ada pada tajuk dalam my blog ni dah katanya bila jari jemari mula menari-nari atas keyboard, memang habis semua tajuk disapu bersih sampai tercungap kawan-kawan membacanya. Tapi, janganlah kata I tak tahu. Basic rule kalau bosan tengok entri panjang - tekan ajelah X di atas nun 😊

Itu pun nak diajar....

Okeylah minggu ni kisah anak-anaklah senang cerita. Kasi kaut semua sekali buat dalam seminggu. Tapi jangan tak tahu, kisah sambutan birthday dan konsert Gegar Pentas Adik Cute masih belum story-mory lalaland lagikan.... Bertabahlah ya nanti! Penghalangnya cuma gambar aje. I belum watermark gambar, kalau tidak dah berdesup jari-jemari ni berceloteh tau 😊 (Errr... jari-jemari berceloteh? boleh ajelah...)

Ni nak cerita…

Adik Cute lagi...

Image
Salam 23 Safar kawan-kawan!

Nampak gaya, kalau I rajin menaip entri minggu ni memang semua berkisar tentang Adik Cutelah gamaknya. Banyak lagi ceritanya yang tak keluar blog ~_^


Sila jangan jemu dan kecam I sungguh-sungguh ^_^

By the way, sebaik log in ke my blog pagi ni tiba-tiba tengok maca blogspot dah berubah wajah. Perasan tak dashboardnya sedikit berbeza? Ke dah lama berbeza tapi I aje yang baru perasan pagi nih?

Okeylah, takpa! Soalan tu tak perlu dijawab. Marilah kita sambung cerita...

My anak bujang tercomel ni mulutnya memang boleh tahan....

Yes! I know... you all nak salahkan gene I lah tu. Nak kata yang I punca dia kuat membebel, mulut macam bertih jagung! Mentang-mentanglah I ni ratu membebel dalam blog, habis semua nak kecam I yerk! 

Takpa! Takpa! I beri peluang mengutuk tapi..... jangan lupa minta maaf tau ~_^

Yang sebenarnya, HD memang tak suka cakap banyak. Biasalah orang lelaki ni, memang more serious berbanding dengan kita orang perempuan. HD memang tak suka bercakap merapu…

Si Adik Cute

Image
Salam 22 Safar kawan-kawan!

Hari ni marilah kita bercerita kisah my anak bujang tercomel, Adik Cute ^_^

Oh, ya betul! Memang I aje yang ada anak sebab itulah penuh blog ni berkisar tentang my superheroes ~_^ As a mother, memanglah I rasa my anak comel. Samalah macam mak-mak di luar sana juga. Anak sendiri aje yang comel ~_^ Anak orang lain comel juga tapi tak secomel anak sendiri ^_^ Memandangkan I love my superheroes so much,  I expect you all pun love my superheroes juga! Kalau tidak, tak akanlah you all sanggup bertenggek kat sini, ya tak? Hahaha!  Sila jangan kecam Kak Ton! Well, bab perahsantan over the pagar ni memang siapa boleh lawan I, tak gitu jiran?

Oh, lupa! Jiran dah tak nampak jalan rumah I sebab dah kena pagar tinggi ~_^

Adik Cute tengah sibuk exam sekarang ni, makanya takdalah dia membebel lebih daripada biasa. Exam, exam juga tapi menonton PPAP tu tetap berjalan seperti selalu! Itu pun bila ditanya macamana examnya, jawabnya senang aje....

Semua Adik buat kecuali satu aje!…

School meals seluruh dunia ~_^

Image
Salam 21 Safar kawan-kawan!

Hari ni I terlebih rajin ya makanya, kita uplah dua entri sehari ^_^ Actually sejak malam semalam I bertambah rajin menghadap my blog. Tapi biasalah bila dah malam ni, sempat draft sikit-sikit aje, lepas tu tengok Gegar Vaganza ~_^

Di Malaysia ni memang takda canlah kita nak tengok school meal percuma di sekolah tapi kalau I tak silap masa zaman persekolahan rendah I dulu, macam ada aje makanan free gaya gini. I ingat-ingat lupalah makan guna tray ni. Ke masa I kat boarding school kejadian makan percuma ni berlaku di dewan makan?

Tapi entah mengapa I duk teringat sayur hijau masak air... lupa pulak sayur apa! Yang pasti ada aje sayur tu dalam pinggan! Jadinya, kalau kejadian ni masa di boarding school, tak akanlah ahkak ambil sayur masuk pinggan/tray sendiri! Ahkak bukan 'penyayur' orangnya, maka tidak logik pulak rasa ingatan itu ~_^

Sila maafkan ahkak sebab akak dah terlanjur......... usia !

Lupa dah ~_^

Marilah kita tengok apa anak-anak di seluruh duni…

Mudahnya memasak untuk anak-anak ^_^

Image
Salam kawan-kawan!

Macamana hujung minggu baru ni? Jauh mengukur jalan? 😃

I sekeluarga tak ke mana-mana. Malaslah nak keluar hujung minggu baru ni dek kerana perhimpunan tu semua. Tentu jalan jem ( I assume...) dek kerana sana-sini tutup. Apa dapat join perhimpunan ni semua? Buang masa dan tenaga aje. Oh, I bukan minat politik ni so tak payahlah nak berdebat tentang ini...

Dah terlanjur hari Sabtu duduk di rumah sepanjang hari, maka hari Ahad pun malas nak keluar dibuatnya. Beli barang untuk memasak aje, itu pun pergi supermarket dekat dengan rumah. Malaslah nak keluar jauh-jauh macam selalu.

I ni kan kalau tak keluar rumah, memang memasaklah. Nak buat macamana. Nanti kebulur pulak seisi rumah sebab I malas masak! Walaupun begitu, I  ni bukan macam emak-emak lain yang rajin di dapur. Ikut mood juga sebenarnya. Datang mood tak rajinnya, jangan haraplah I akan berada di dapur lama-lama. Most of the time, macam tulah.

Nasib baiklah my superheroes cerewet belaka. Senanglah sebenarnya kerja me…

Jom berfikir sejenak...

Image
Salam 18 Safar dan Salam Jumaat kawan-kawan!

Duh, entah kenapa tetiba datang semula penyakit M ni!

Penyakit M ni memang sangat merbahaya! Kalau sekali hinggap dan meresap seluruh badan, memang tak boleh buat apa-apa. Semua dibantainya 'takda mood', 'tak kuasa', 'tak senang' nak dibuatnya!

Oleh itu, cepat-cepatlah cari penawar. Kalau tidak, memang parahlah...

Hari ni walaupun rajin 'telek-telek smartphone' tapi I tak rajin nak menaip entri. Jadi kita fikirkan jalan mudah ajelah.

Jom berfikir sejenak ya 😄



Nampak tak gambar di atas tu?

Ahah, cubalah fikirkan jawapannya...

Berfikir sejenak pun malas?

Ahah, itu tak dapatlah nak menolongnya yerk!

Mehlah I tolong berikan jawapan....
V V V V V V V V V V V
Senang aje nih! Sekali pandang pun dah tahu jawapannya apa!

Tapi jangan tak tahu ya, ada dua jawapan yang boleh diperolehi kalau nak tahu...

Ini jawapan sekali pandang aje...

1 + 4 = 5
5 + 2 +5 = 12
12 + 3 + 6 = 21
21 + 8 + 11 = 40

Dan boleh juga dapat jawapan 96. Macamana? 

Begini carany…