Giveaway Sempena Anniversary ke-21

Salam 17 Safar kawan-kawan!

Pandainya Mak melakar, tak sangka sangat tau Mak ada bakat terpendam tak timbul-timbul ^_^
Niat di hati nak up entri ni esok aje, tarikh akhir GA si penganjur tapi, nampak gayanya kita up ajelah hari ni sebab segala idea merapu meraban mengutuk mengata tetiba muncul awal pulak, tak mampu disekat-sekat gitu! Haruslah cepat-cepat ditintakan katanya...

Kak Ton akan cuba menggarap entri ni supaya jadi entri ucapan seikhlas hati buat Mak dan PakJilap sempena ulangtahun perkahwinan mereka. Harapnya takdalah Kak Ton tersasar dari niat sampai habis kutukan, umpatan, semua keluar. Kak Ton ni asal tersebut nama MakJilap aje memang takda lain dalam kepala - mesti nak menyakat ~_^

Ini kiranya penyertaan separuh rela atau pun penuh dengan keterpaksaanlah senang cerita. Kak Ton  tak naklah kisah Kak Ton dan MakJilap berakhir di anak tangga mahkamah ^_^ Nak tahu kenapa?

Pertama, umum mengetahui (chewahhh...) yang Kak Ton ni jiran sebelah rumah MakJilap. Sebab itulah Kak Ton tarik diri awal-awal sebabnya Kak Tonkan perasan macam selebriti murahan gitu ^_^ Susah tau kalau jiran turut serta dalam pertandingan macam ni. Perasaan bias tu meluas rebakannya. Nak diberi menang, salah. Tak diberi menang, rasa bersalah juga. Tak ke gitu, Mak?

Sebab itulah Kak Ton nak tarik diri sambil nangis-nangis ala Elly Mazlein dalam GV3 tapi Mak pulak rasa menyampah dengan sifat selebriti Kak Ton. Nasib baiklah dia tak boleh 'block' Kak Ton daripada memberi komen 'bernas' dalam setiap entrinya. Dah tentu-tentulah nanti kome tak nampak Kak Ton di sana nun ^_^

Kedua, ada usul nak mengeluarkan Kak Ton dari grup whatsapp pulak.... 

Mentang-mentanglah Mak ni adminnya, bukan main lagi nak menggunakan kuasa sesuka hati gitu ^_^ Eh, lupa ke siapa punya idea suruh buat grup whatsapp nih? Kak Ton yang lantik Mak suruh jadi admin tau! Maklumlah Kak Ton ni low profile, down to earth, pemalu, penyegan, penyopan orangnya ~ tak sesuai nak jadi admin ^_^ Mak lainlah, surirumah berjaya ^_^

Jadi, nak tak nak kenalah Kak Ton turut serta dalam GA anjuran MakJilap ni supaya tidak diheret ke mahkamah nanti ~_^ Kalah atau menang, belakang cerita. Itu urusan PakJilap untuk menentukannya...

PakJilap! PakJilap! I' m here! Jiran sebelah nih! Jangan pura-pura tak nampak I pulak ye, paknya ^_^

Okeylah, hentikan merapu! Mari kita masuk semula ke tujuan entri ini dibuat ^_^

Kita mulakan dengan ucapan semanis gula buat Mak dan PakJilap sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-21 esok ya :-

Buat Mak dan PakJilap, ni seikhlas hati Kak Ton ucapkan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-21 esok. Semoga kasih-sayang yang tersemai, kebahagiaan yang dikecapi dan kecintaan dalam hati sentiasa bergelora sehingga ke jannah hendaknya! Doa Kak Ton semoga kalian berdua akan sentiasa dilimpahi kebahagiaan hidup bersama permata hati tersayang - Sudden Attack (SA), Angry Bird and Tahi Lalat Bawah Dagu (TLBD) ~_^

Seronok tau tengok you all berdua berlovey-dovey dalam gambar tanpa segan silu (part Mak ler tu, PakJilap sopan lagi!) dan curahan kasih-sayang berkoyan-koyan walaupun sehala aje dalam penulisan MakJilap di blognya tapi Kak Ton tahu, di alam nyata nun memang perasaan PakJilap dan MakJilap masih saling sayang-menyayangi, rindu-rinduan dan kasih-mengasihi sama aje sejak 21 tahun yang lalu sehingga kini dan insyaAllah, selamanya selagi hayat dikandung badan and till jannah ~_^ 

Yang Kak Ton selalu kata nak muntah kaler-kaler tu sekadar lawak semata (walaupun adakalanya benar dalam hati. Kehkehkeh....)

Bagaimana ya Kak Ton ni berkenalan dengan MakJilap di alam maya?

Oh, lupa pulak siapa yang datang rumah siapa dulu! 

Kak Ton ni bukanlah seangkatan dengan Mak dalam dunia blog ni tapi kalau dah mesra, memang lupa dirilah.

Puncanya mestilah sebab berkomen-komen mesra alam di blog masing-masing. Lama-lama terpikat gitu untuk terus berkawan ^_^ Maklumlah nama pun Bangsa Johor ~ Mak dari Muo yang tak berapa glamour tu dan Kak Ton of courselah dari BP, daerah kecintaanku yang selalu tak tinggal jejak gitu! 

Personally, Kak Ton rasa Mak ni memang friendly orangnya walaupun hanya 'berborak' di alam maya. Boleh rasa 'kehangatan' Mak sebagai seorang kawan, hopefully Mak bolehlah jadi sahabat juga yerk ^_^ 

Ditambah lagi dengan sikap selamba jilapah Mak tu, memang seronoklah dapat jadi kengkawan alam maya ^_^ 

Mak ni suka membebel light-light topics dalam blognya. Hal-hal harian aje. Makanya kalau singgah blog Mak tu takdalah rasa serabut kepala mencari ketenangan katanya. Baca, baca and komen panjang berjela. Dan biasanya memang komen Kak Ton lebih panjang daripada entri Mak ^_^

Hah, kalau nak tau! Bila Mak buat entri peribadi macam harijadi ke, anniversary ke, pi lah ushar komen-komen yang ada. Manalah tahu nanti you all boleh ternampak 'jelmaan' Yem Rambo ^_^

Nak tahu siapa Yem Rambo ni? Oh, 'lelaki ini' (Anuar Zain, please....) sangat rare tinggal komen tau tapi kalau sekali dia tinggalkan komen untuk isteri tersayang, duh...nak gugur jantung!

Aha, yalah tu! Lelaki itulah buah hati till jannah MakJilap.... ~_^


Okeylah, untuk mengakhiri entri hari ni, Kak Ton selitkan pesanan penaja khas buat MakJilap dan kekasih hatinya till jannah, PakJilap :-

Kak Ton tahu memang Kak Ton tak akan menang memandangkan MakJilap dah kenyit-kenyit, jeling-jeling manja pada suami kesayanganya sambil berkata,

Bannngggg (6 harakat panjangnya, dibunyikan dengan jelas!), yang ni jiran sebelah rumah kita tau! Alah, yang suka buat pitching macam bini Tarzan pagi, petang, siang, malam tu!!!! Dia nikan bannnggggg, menang ke, kalah ke, tetap akan kutuk Ayang tau! Tak yahlah bagi dia menang! Kita skip baca entri dia yerk. Kalau Abang baca, mesti Abang nak pilih dia kasi menang! Kan! Kan! Kan! Lenkalilah yerk banggggg kita pilih dia! Kang habis duit kita bagi dia pi bayar duit parking kat KLCC!

Okeylah, kalau begitu gayanya inilah pesanan daripada Kak Ton :-

Mak, kalau Kak Ton menang, duit tu nanti Kak Ton belanjalah Mak suami isteri kat Warung Bistro. Kita breakfast western style erk ^_^

Dan, kalau Kak Ton tak menang....

Mak tetap juga kena bagi Kak Ton duit untuk kongsi buat pagar tinggi sebelah menyebelah rumah kita. Padan muka Mak tak boleh skodeng bilik tidur Kak Ton lagi!

Lap you, Mak ~_^








Comments

  1. Laaaaa....
    Baru tau. Rupanya dia suka sekodeng bilik tidur. Saya nak tompang sekodeng boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Perumpamaan aje ^_^ Kalau nak tahu, kami dah pernah terserempak di alam nyata tapi lidah masing-masing kelu nak berkata (lebih) *_*

      Delete
    2. ahahhaa... aiii pernah dah ker terserempak?? awat nya lidah kelu?? haha

      Delete
    3. Pernahlah, Atie. Masa bulan puasa tahun ni. Kelu lidah dua-dua. Mengumpat mengata bukan main over dalam blog aje. Bila dah jumpa, terkesima katanya. Hahaha!

      Delete
    4. ahahahha.....terlebih mengata, mengumpat dlam blog..bila bersua, kaku..terkesima.. ingatkan bertepuk tampar..rupanya ayu kedua-duanya.. hadoii.. haha

      Delete
    5. Adatlah tu bila dah bertentang matakan. Macam kali pertama bertentang mata dengan si dia... Hahaha!

      Delete
  2. hahaha akhirnya up juga entri anniversarry Mak. Panjang betul pesanan penaja untuk PakJilap ya Kak Ton. Pilih tak terpilih, lain kiralah kan MD, janji kita berkawan baik. Tak gitu? hahaha

    Good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah tarik diri siang-siang tahu, KB. Tapi itulah, rasa macam tak best pulak kalau tak join especially jiran sebelah punya GA pulak tu!

      KB pun dalam pada sibuk tu, sempat lagi buat entri yerk ^_^

      Bagus! Bagus!

      Delete
  3. Jap jap..... dah lambat ni, mak nak masak....nanti datang balik babai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ke patut! Ni yang nak kena kutuk kaw-kaw ni.... (sawan mengutuk dah sampai!)

      Delete
    2. Terima kasihlah ye Kak Ton sudi jugak join akhirnya..... Mak dah tau dah, Kak Ton mesti tak sampai hati tak nak join hihi....Seram Kak Ton, ingatnya tak de sapa nak join, rupanya belas belas blogger jugak yg join tau.... Lega hokey!!

      Jerangkap samar jer Pak Jilap panggil mak, ayang kotnya panggil baby ke mana tau eleh!!
      Dah mak nak balik, komen tak boleh lebih lebih kang juri awam berperasangka yg bukan bukan kang.... Terbatal pulak GA mak...
      Babai!!

      Delete
    3. Oklah, Mak! Kita faham kedudukan kita di mana *sambillapairmatasedih* Yalah, tak boleh nak mengomen macam selalu takut terbatal GA. Hebat benarlah GA tu sampai sanggup kalau Kak Ton dirikan pagar tinggi keliling rumah hah! *sambunglapairmatalagi*

      Ish, tak terbeluwek rasanya kalau betul PakJilap panggil 'Baby'. Alahai, menggeletek geli pulak bulu telinga Kak Ton tau!

      Kalau Kak Ton tak menang, suh PakJilap mencemar takhta datang sini untuk tinggalkan komen juga sebelum Kak Ton buat final decision nak pasang pagar tinggi nanti!

      Delete
    4. Sampai salah taip rasa gelinya dengar PakJilap panggil Mak, 'Baby' ^_^

      tak = nak

      Delete
  4. Hahahaha...
    Adui.. kelakar la MD ni..
    Apa2 pun, good luck ye..
    Semoga persahabatan MD & jiran sebelah kekal hingga jannah juga..
    Oo..ada ucapan dr pakJilap ye.. nk g baca la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macamana, Ira. Dah katanya kena paksa juga join. Kalau tak join, hilang kawan. Takut juga Kak Ton tau. Hahaha!

      Aminnnn....

      Semoga persahabatan kita semua yang terjalin di alam maya akan kekal baik selamanya ^_^

      Delete
  5. assalamualaikum besan to be
    lama tak jenguk, dah lain warna plak dah rumah ni
    warna pink ni plak tu. cam tak best aje
    nasib warna ni kesukaan mylittleprincess
    kita assume warna ni ditujukan khas buat dak aisyah lah ye. hehe

    wah, OKje buat GA ke. cam nak join juga je
    manalah tau boleh mengalahkan entri panjang lebar MD ni...huhu
    daopat RM50 tu! lepas beli minyak masak 5kg 2 botol!

    laaa....buat benda tu
    datang singgah jab ni, tak payahlah sesusah buat neslo bagai
    bukan sedap pun MD buat...hehe
    lagipun tak boleh borak lama. sibuk nak lebarkan badan ni
    just nak bagitau, I am back! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam besan (to be yang bila?),

      Yalah, memandangkan besan lama tak jenguk sebab kesiangan,eh silap... sebab kesibukan, kita catlah rumah sempena warna besan tak suka! Eh, besan-besan-besan lain suka apa! Hahaha!

      La, kalau nak join kena cepat-cepat cari idea. Nanti idea tu mencair, terus tak jadi entri tau. Tapi kalau tak join pun bagus juga. Kurang sikit 'pengalah' Hahaha!

      Eh, betul gakkan YY! RM50 dapat beli dua botol minyak masak 5kg. Tapi kalau saya dapat, saya nak beli minyak mahallah sebotol, minyak zaitun ke! Barulah ada kenangan duit Mak tu. Kahkahkah!

      Amboi, mana tau tak sedap? Yang sebenarnya bukan ke dulu-dulu kalau YY ke sini sendiri pergi dapur, sendiri buat air? Tuan rumah tak sempat pun nak buatkan, tetamu memandai-mandai aje buat sendiri kat dapur kita! Ish,ish, ish! Takkan lupa pulak!

      Back betul- betul back eh. Jangan hari ni timbul esok tenggelam pulak ^_^ Malas saya nak beri CPR!

      Delete
  6. Hahaha....terhibur kakcik baca catatan ini tanpa meninggalkan satu huruf pun.. Adalah juga hiburan di katil hospital ni...😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan-kawan alam maya ni kalau dah merapu, memang beginilah jadinya, Kakcik. Dah macam budak-budak!

      Kakcik tak nak join sekali ke jadi budak-budak? Hahaha!

      Eh, wat apa tu kat katil hospital? Masuk spital lagi ke, Kakcik?

      Nanti sat saya singgah sana yerk!

      Delete
  7. Hahhahahaha..
    Memang special ko punya entri GA ni MD..
    siap kotim dengan pak jilapah lagi tu..

    Kena jaga hati jiran MD..
    Nanti tembok china pulak terbentang..
    tak ke haru biru hahhahha..

    CH kena kotim juga dengan Hainom ni..
    Minta jadi admin jugak ..
    Kalau kena remove boleh CH add balik ..
    Entah2 CH yg kena remove hahhahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah nasib kita, CH. Kalau tak kautim dengan PakJilap dan bininya, mahu tersingkir ^_^

      Ini semua CHlah punya angkara. Kalau ikutkan saya, tak mahu join! Takut nanti depa dua laki bini pura-pura tak nampak entri saya tau ^_^ Sajalah tu nak bagi sakit hati jiran sebelah!

      CH, saya ni sanggup tak jadi admin tau. Kalau saya jadi admin, bukan ahli yang kena remove, saya sendiri dok kerja remove, masuk balik, remove masuk balik dalam grup tu. Maklumlah, sayakan rabun. Hahaha!

      CH, back up saya tau. Kalau admin gedik tu nak remove saya, CH kejar ngan penyapu lidi ek ^_^

      Delete
  8. hahahaha adehh la....terfokus pulak bila baca sinih....syok duk dengat kak ton kita nih...mcm heaven jeww idup..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan ikut resmi Kak Ton dan MakJilap ni ya, Husna. Rosak binasa nanti hidup. Hahaha!

      Delete
  9. Unni tak dapat fokus aka x brpa fhm :( btw salam kenal kak ton

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Takpalah, Unni. Tak payah susah hati perah otak nak fahamkan cerita Kak Ton ni. Hanya yang biasa dengan kami aje yang faham apa ke hal yang Kak Ton bebelkan dalam entri ni ^_^

      Thanks singgah sini ya, dik ~_^

      Delete
    2. Tu la dok baca komen2 makin blur unni dibuatnya kak ton.. Btw korang memang spoting.. Thibur baca wlpun x fhm.. Senyum2 sndri jadinya.. Hihihi

      Delete
    3. Inilah masalah apabila mak-mak budak berlagak macam budak-budak gila-gila remaja, Unni. Korang pun boleh kalah kalau nak lawan 'merengnya' kami ni. Hahaha!

      Kasihan Unni lepas baca komen pun masih tak boleh faham jalan cerita. Memang payah jalan cerita kami ni, Dik.

      Apa-apa pun, thank you sekali lagi ya! Khatam juga baca entri panjang berjela akak nih!

      Delete
  10. ahahahhaa..hadoiii MD..gelak sorang2 baca entry MD ni tau.. ada jak idea nak menyakat kan??.. seronok kawan dgn Mak Hainom tu...mmg gelak jer lah jawabnya...apapun Good luck ya! sama2 support GA, kang tak support kena black list... hahahaha (larikkkkk ):P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru terpaksa join, Atie. Kalau sukarela join GA Mak ni, saya pun tak tahulah macamana kekdahnya saya nak menulis. Saya memang tak pandai mengampu, mengutuk pandai ler ^_^

      Saya terfikir juga, sistem apa dia guna nak main blacklist-blacklist kawan-kawan nih? Hehehe....

      Delete
  11. adoiiyaiii, lawak2...tak sangka MD ada bakat semulajadi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Saya ni bukan ada bakat semulajadi. Saya ni talam dua muka tau! Kehkehkeh!

      Delete
  12. Ishhh..jeles plak tengok kak Ton join GA mak tu, rasa mcm nak join jugak la, eh..sempat ke, dahla pinggan mangkuk kt sinki blm basuh lagi, aduyaiii, nak join tk join, nak join tak join, nak join tak join, join tak , join tak, join tak, ishhhh...naik mengong jap.

    Ermmmm..nantilah diputuskan jap lagi, pi basuh pinggan jap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, Kak Ton pun jadi jealous ni kenapalah Kak Ton tak kuat iman, boleh terpedaya dengan join GA Mak ni! Tak pasal-pasal Kak Ton tambah berat bahu kiri dok mengata Mak. Hahaha!

      Dah habis basuh pinggan mangkuk tu nanti bersengkang matalah buat entri GA. Alah, anggap aje taip entri tengah malam ni macam zaman kita belajar. Dulu-dulu masa belajar, boleh jerk bersengkang mata memalam harikan. Tapi jaga-jaga, jangan tertaip entri masa tengah tertidur. Naya ^_^

      Delete
  13. Apapun tahniah kak Ton krn menjoinkan diri anda..tulah semamgat setia kawan alamaya namanya. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ton terpaksa, dipaksa, rela dalam paksaan tau. Hahaha!

      Delete
  14. panjang betul karangan MD terhadap mak ya. good luck MD, moga menang ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak harap menang pun, Raihanah! Maklumlah... Mak memang tak suka kalau saya menang.

      Kahkahkah!

      Delete
  15. Haaa...katanya taknak join ye MD tp tu.lah demi kawan2 kan, kita join juga, saya pun dalam sibuk2 ni sempat jg menyibukkan diri join...

    Moga ada rezeki MD menang GA ni ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang awal-awal tak nak join tau tapi tak tahulah kenapa paksa diri join juga. Hehehe...

      Sama juga doanya buat AA yang sibuk di sana ^_^

      Delete
  16. OMG! Saya suka entri ni. Kelakar habis LOL!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni baru terpaksa rela, kerna terpaksa, paksaan dalam diam tau. Kalau dengan relahati buat entri untuk jiran sebelah, tak tahulah banyak mana adegan kutuk mengutuk akan berlaku. Hahaha!

      Terima kasih ya, tinggal jejak kat sini. Rasanya saya tahu PH ni datang dari arah mana ~_^

      Delete
  17. taniahhh ,,, kite dah follow akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak menang pun, Dik. Saja aje tu pihak penganjur nak kenakan akak. Maklumlah jiran sebelah boleh buat main gurau kasar ^_^

      Delete
  18. ohoiiii tetiba pulak nak pergi skodeng komen Yem Rembo tu ekekekeke. mak jilap kawen time kira baru 8 tahun. masa tu hingusan lagi tatau kawen tu ape ekekekeke :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. See, nampak tak kenapa akak ni jadi jiran sebelah? Nama nickname PakJilap pun akak tau. Itu hasil skodeng masa mula-mula kenal dulu. Korek selagi boleh korek apa rahsia alam MakJilap!

      Zaman akak kecil dululah, pantanglah masuk campur bila orang bercakap bab kahwin-kahwin ni. Silap haribulan nanti dicop gatal! Kehkehkeh!

      Delete

Post a Comment