Adik Cute lagi...

Salam 23 Safar kawan-kawan!

Nampak gaya, kalau I rajin menaip entri minggu ni memang semua berkisar tentang Adik Cutelah gamaknya. Banyak lagi ceritanya yang tak keluar blog ~_^


Sila jangan jemu dan kecam I sungguh-sungguh ^_^

By the way, sebaik log in ke my blog pagi ni tiba-tiba tengok maca blogspot dah berubah wajah. Perasan tak dashboardnya sedikit berbeza? Ke dah lama berbeza tapi I aje yang baru perasan pagi nih?

Okeylah, takpa! Soalan tu tak perlu dijawab. Marilah kita sambung cerita...

My anak bujang tercomel ni mulutnya memang boleh tahan....

Yes! I know... you all nak salahkan gene I lah tu. Nak kata yang I punca dia kuat membebel, mulut macam bertih jagung! Mentang-mentanglah I ni ratu membebel dalam blog, habis semua nak kecam I yerk! 

Takpa! Takpa! I beri peluang mengutuk tapi..... jangan lupa minta maaf tau ~_^

Yang sebenarnya, HD memang tak suka cakap banyak. Biasalah orang lelaki ni, memang more serious berbanding dengan kita orang perempuan. HD memang tak suka bercakap merapu atau melayan perkara-perkara yang dianggap remeh. Nak mengumpat pun pasal Donald Trumplah, Vladimir Putinlah, tak pun PakJib (opppsss!)

Manalah datang 'syoknya' kalau macam tu. Kita ni kalau nak bergosip mestilah pasal jiran sebelah rumah beli kereta baru ke, jiran depan rumah kahwin satu lagi ke, anak kucing jiran belakang rumah poo kat depan porch kita ke dan seangkatan dengannya.... ^_^

Dah namanya orang pompuan ni, ada masa-masanya  kita memang suka membuang masa membebel entah apa-apa. Baca betul-betul - ada masa-masanya ya, bukan sepanjang masa! Kita pun ambil tahu juga hal yang berlaku seluruh dunia ~_^ Tak payahlah tanya jauh, tanya kat jiran sebelah rumah I ajelah! Betul tak, Mak

Weyh, jawablah kuat sikit dah tahu pagar tu tinggi....

Oh ho, tak habis lagi hasad dengki rupanya sebab jadi 'pengalah' ~_^

Berbalik pada kisah my superhero bongsu ni, memang mulutnya tak berhenti bercakap kalau di rumah! Asal makpaknya duduk aje nak berborak, dia pun datang mencelah di tengah nak borak juga. Kita borak pasal Trump, dia nak borak pasal kawannya si Trumpet! 

Nanti kalau abangnya datang nak beritahu peristiwa hari ni di sekolah, dia pun sama juga! Kalau sebelum ke tadika dulu, asal Bubbly Abang sebut nama kawannya Daniel, Adik Cute pun mulalah nak bercerita tentang kawannya bernama Daniel juga! Tapi sekarang ni dah maju banyak langkah; kalau abangnya bercerita tentang kawannya si Daniel, adiknya pulak nak bercerita tentang kawannya si Shakira ~_^ 

Takda dah kongsi nama kawan yang sama...

Sejak Adik Cute dah faham bahasa, memang susah sikitlah nak berahsia di rumah ni. Nak cakap Melayu tak boleh, nak cakap English pun tak boleh. Nak cakap Cina, makpak tak reti, nanti Bubbly Abang kena cakap dengan dinding pulak! Nak cakap Uzbek, hanya Daddy dan Abang aje yang faham. Nak cakap Rusia, semua pulak tak faham!

Jadinya perkara yang rahsia tu, lebih afdal jangan mention depan anak-anak. Memang pengsanlah pecah rahsia terburai dibuat mereka terutama si Adik Cute ni.

Kalau nak bertikam lidah laki bini pun, janganlah dibuat depan si kecil ni. Memang naya dibuatnya. Tiba-tiba aje nanti MakNgahnya datang rumah, dia boleh selamba beritahu...

MakNgah! MakNgah! Tadikan Daddy marah Mommy! Daddy kata 'shut your mouth!' 

Lepas tu boleh pulak tu nanti dia tanya kita depan MakNgahnya,

Mommy, tadi Daddy marah Mommy pasal apa?

Dengan muka penuh selamba......

Stress alahai dibuatnya! Tak tahu nak buat muka macamana lagi depan my sister!

Si kecil ni pun berani juga tau. HD tu bukanlah jenis suka marah anak. Naik tangan memang tak pernah tapi kalau sesekali Daddy mereka naik angin, kecut masing-masing. Yang kuat marah dah tentu-tentulah I ni. Itu pun anak-anak takdalah takut sangat kecuali kalau memang betul-betul I naik darah. Semua bertempiaran lari ke arah Daddy mereka ^_^

Kalau Bubbly Abang tu memang takut sungguh nak buat Mommy atau Daddynya marah tapi Adik Cute ni selamba aje. Pernahlah berlaku bila Daddynya suruh ambilkan handphone, tau apa dijawabnya?

Take yourself, Daddy! It's your handphone!

Dua kali Daddy suruh dia jawab macam tu, I teruslah 'masuk campur'! Barulah berlari sambil berleter-leter sebab kacau dia tengah main!

Tapi bab rajin tu memang tak boleh lawan. Kalau kita ajak dia berkemas rumah, amboi bukan main rajin mengelap, menyusun barang tau. Kadang tu sampai tertidur kepenatan sebab rajin sangat menolong!

Kalau kita panggil nama abangnya minta tolong, dia yang berlari dulu sampai nak tolong. Ada masanya dimarah si abang tu kerana buat apa yang Mommynya minta, sebabnya dia yang nak buat!

Sekarang ni I tengok si abang pun bukan main lagi menggunakan kuasanya sebagai abang. Kejap-kejap disuruhnya adik tu ambilkan minuman dalam peti sejuk. Kejap-kejap disuruhnya adik tolong buang pembalut makanan yang dimakannya! Dia duduk aje beri arahan pada adiknya!

Adik ni time moodnya bagus, memanglah rajin. Tapi time mood tak berapa baik, memang kena tumbuklah si abang tu nanti sambil dia berleter marah kenapa semuanya dia yang kena buat!

I gelakkan aje tapi bila dah tak terkawal, memang Mak Tarzan kena masuk campur juga. Kalau tidak, sampai ke malam tak berkesudahan!

Adik Cute ni pun terikut sikap Mommy juga bab melipat pakaian. Adik Cute pun suka tau melipat pakaian ^_^ Asal I nak melipat aje, dia pun akan asingkan segala pakaiannya. Janganlah sentuh atau lipatkan ya, mahu dia merajuk. Dia nak lipat sendiri. Tapi maklum sajalah lipatan budak lelaki 5 tahun macam Adik Cute ni, memang parah rasa dalam hati; tak sabar nak melipat semula ^_^

Pendekata kalau dua beradik ni ada di rumah, memang upside downlah my life as their mother tau!

Tapi............   seronok melihat keletah anak-anak ni sebenarnya  ~_^













Comments

  1. Dah bininya Tarzan, takkanlah HD nak jadi tarzan jugak, cukuplah sorang yg jadi tarzan dalam rumah tu hihi....Yang ada pun dah cukup bingit jiran sebelah menndengarnya haha....

    Betul tu Kak Ton....kita memang suka membebel tak tentu hala.....lagi lagi kalau dah penat haha....Lepas tu diam sebab marah sambil buat keje...mulut muncung haha.....

    Mak pernah rasa mcm fasa adik cute tu Kak Ton. Time abg dia nak cakap time tu jugaklah dia pun nak cerita. Normallah kot, budak kecik mmg gitu ek....

    Baik baik Kak Ton, jangan sampai ternampak Kak Ton tgh bergusti sudah! haha...opsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukuplah sorang jadi bini Tarzan, seorang jadi Tarzan! Hah, itulah baru betul! Hahaha!

      Sampai ke Mak jeritan kita ke rumah Mak? Dengan kuasa jeritan Mak dan aktiviti lesungan kat dapur rumah Mak tu, tak akanlah Mak boleh dengar. Tipu tau!

      Kan, kita memang suka membebel. HD kata perempuan memang macam ni, banyak cakap daripada lelaki. Tapi, cuba bayangkan kalau dalam dunia ni takda perempuan, sunyi-sepilah alam ini ~_^

      Sekarang ni semua nak bercakap serentak. Itu yang Kak Ton tak tahan. Selalu aje Kak Ton jerit kata sakit kepala, senang sikit. Semua berhenti bercakap. Sekarang ni bapaknya kalau nak cakap pun kena angkat tangan kata 'Cop!' dulu. Kalau tidak, anak-anak pun semua serentak buka mulut nak bercerita!

      Aduhai, banyak rahsia Kak Ton dipecahkannya tau. Kalau time kita marah kat suami tu, janganlah cakap bukan-bukan. Nanti selamba badak aje dia pi mengadu kat Daddynya sambil repeat cara kita cakap. Pengsan, Mak!

      Delete
  2. Alhamdulillah. Selamat pagi sis 😃😍

    ReplyDelete
  3. Beruntungnya siapa dapat adik cute, hensem, rajin lagi cuma.. tahan ke telinga dengar dia bebel nnt??

    Maklumlah anak Mummy, opssss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah sayang, tahan ajelah, UA ^_^

      Tapi itulah, bebelannya kenalah tahan tapi bebelan bakal mak mertua ni macamana nak buat? Hahaha!

      Delete
  4. Replies
    1. Nak masuk senarai meminang anak akak tak ni? Pendaftaran dibuka lagi. Hahaha!

      Delete
  5. Adik cute ni biar dia jadi lawyer sebab pandai bercakap dan agresif gitu. MD you won't run out of topics to write since so much material comes from your adik cute :)

    Oh ya, PH pun terkejut tadi nampak dashboard looks a bit different. But luckily dia punya functions tak ada perubahan ketara or else pening kepala!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tips orang beri kat I, PH. Kalau takda apa nak cerita, cerita ajelah pasal anak-anak. Tentu takda masalah blog tak berupdate ^_^ Whithout their stories pun I memang banyak stories nak storytelling, PH.... Hahaha!

      Kan! Nasib baik senang aje takda banyak yang berbeza. Tapi I sukalah yang baru ni nampak more cun di mata I yang rabun nih!

      Delete
  6. Adik cute tu mesti ikut cara MD yg rajin berckp
    Ringan tulang, time umur ncm ni mmg best sngt diminta tolong itu ini kan MD
    Bubly abg pun dh pandai nk suruh adik cute ke
    Kesian adik tuu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tu, KakNoor. Memang sayalah puncanya Adik Cute ni terlebih cakap ^_^

      Nampak berbeza dua anak saya ni. Yang satu tu memang suka mengelak kerja, yang satu lagi memanglah rajin. Kalau dia kata nak tolong, silalah jangan tolak. Mahu merajuk nanti!

      Delete
  7. Tgkla maknya sape, tgk gaya dia bebel kat sini pun dah tau si adik cute tu menurun siapa kan,opsss..
    Mmg betulla, kalo kt umh ni yg kuat bebel den lah, kalo harap kan abah eh, ermmmm, tapi bila sekali abah marah semua kecut, termasuklah omak eh pun kecut perut, takyah marah teruk, cukup dia tunjuk muka garang dan highlight sikit je semua dah faham, agaknya semua ank ni sama pesennya, bebelan mak tu dia dengar mcm mak dia nyanyi2 kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh... boleh taulah yerk daripada cara emaknya membebel? Huhahuha.... tepat sekali tekaan walaupun malas dah nak mengaku! Asyik-asyik kita aje yang kena!

      Orang lelaki manalah suka membebel sangatkan tapi kalau sekali dia buka mulut marah, kecut perut seisi rumah. Senyap aje macam tikus nampak kucing. Errr...tikus takut lagi ke kat kucing pada zaman sekarang ni? Kehkehkeh!

      Kan! Kita ni berbuih membebel, terjerit terpekik tapi depa ingat kita tengah menyanyi pulak! Sakit jiwa! Tak sampai maksud bebelan tau!

      Delete
  8. Keltah anak-anak yang satu masa nanti akan jadi ingat-ingatan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah, Kakcik. Makin lama, makin dewasa. Dah tentulah kita ni emak-emak akan merindui saat ni. Samalah macam emak-emak kita yang dah melaluinya dulu :(

      Delete
  9. Seronok kalau anak becok ni. Yang kurang seronoknya bila part rahsia terbongkar tu. Auni jenis suka bercakap jugak, tapi takut nak amik tahu rahsia sesiapa sebab mulut tu tak reti nak zip... Hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish! Tak boleh simpan rahsia keluarga. Habis semua pun diselongkar dan dibongkar kasi tahu seisi alam. Memang seriaulah. Pernah sekali akak kata tak payah pergi sekolah tetiba bila teachernya tanya, dia lurus bendul beritahu Mommynya kata tak payah pergi sekolah, takda sebab!

      Stress weyh menghadap cikgu! Tapi tak akan pulak nak ajar menipukan! Lain jadinya nanti!

      Delete
  10. Adik dah makin bijak. Tahulah dia kawan abg nama lain tapi adik punya kawan Shakirah. Perempuan tak mahu kalah😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni kalau tanya nama kawan kat sekolah, semua nama perempuan yang keluar dulu. Nama lelaki kemudian cerita. Sekarang lagi ligat dia bercerita. Maklumlah dah pergi tadika, dah makin banyak cerita nak beritahu!

      Delete
  11. gelak2 lah baca tentang adik cute ni MD..lebih kurang abg Pae perangai dia ni smpai kena panggil Tumpis..ya Allah suka sangat bercakap.. benda2 rahsia mmg tak boleh cerita dpn dia..haha..tak reti diam kan..agaknya time tido lah baru depa diam.. haha.. Tapi tulah bab2 membantu Adik cute rajin ye..bagus nya..sekurang2nya ada jg hero tolong MD..boleh lah ajar buat kerja dapur skit.. bab-bab takut kat abah tu, rasanya ramai anak lelaki mcm tu kan.. sekali abah bersuara memang gempak.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memangnya masa gini mereka ni ada banyak benda nak cakap. Itu yang bercakap aje tak berhenti-henti! Kalau bab rahsia tu, memang kena hati-hati, Atie! Kalau tidak, memang bocor diberitahu semua orang! Nayalah kita!

      Bab rajin tu memang tak dinafikanlah, memang nampak Adik Cute ni rajin banyak berbanding dengan abangnya. Dia ni balik sekolah terus keluarkan bekal dan botol minuman, tak macam abangnya. Selalu aje kena cakap barulah nak keluarkan. Itu pun sebabnya kerana dia suka keluarkan isi harta karun dalam beg tadikanya tu ^_^

      Delete
  12. Stylo lah adik tu. Kecik2 lagi dah pandai posing :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, dia memang budak stylo! Kalau ambil gambar, dia tengok dulu cantik ke tidak. Kalau tak cantik, dia suruh kita ambil sekali lagi! Punyalahkan! Yang ini bukan ikut perangai Mommynya ya! Itu perangai Daddynya ^_^

      Delete
  13. hahaha...hadoiii jawapan adik cute tu dah macam anak saya pula, bila papaya minta ambilkan sesuatu diapun akan jawab yang sama...papa ambillah sendiri itukan henfon papa..macam2lah anak2 ni kan, kadang terasa lucu kadang terasa gerammm sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan main petes lagi mulutnya tau! Saya pun kadang-kala terkesima. Sayakah punya kerja sampai mulut anak macam ni sekali? Hahaha!

      Delete
  14. waaa..bagus ni rajin melipat kanin..kalo aunty..part melipat kain tu paling liat..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu memang ikut Mommynyalah, Lya. Mommynyakan pakar melipat kain. Segunung kain pun mampu kulipat dengan senyuman meleret di bibir tau ^_^

      Delete
  15. ok.. memang anak keduani special sikit kot.. sebab anak kitapun gitu rajin gak tapi kalau dah kakaknyer asyik nak buli dia mengamuk gakler... tuler yang sulung selalu guna kuasa memerintahkan... kira samalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbeza perangai anak pertama dan anak kedua saya ni, Cho. Memang gitu agaknya kot. Kalau yang pertama lasak, yang kedua lembut sikit. Tapi bahagian saya ni, yang pertama memanglah bersopan, lurus bendul dan suka duduk dalam rumah. Yang kedua ni pulak aktif tak tau nak kata macam apa, melasak 24 jam dan memang asyik nak ajak gaduh aje!

      Delete

Post a Comment