Pemain-pemain bola saya ^_^

Salam 11 Safar kawan-kawan!

Hari ni tak danlah nak bercerita panjang berjela. Gambar pun sikit punya payah nak upload apatah lagi nak diwatermark untuk masuk dalam blog. Ini pun entah bila I buat kerja di tengah malam, boleh lupa pulak ~_^ Maklumlah usia dah kertu, memang beginilah kekdahnya. Kejap-kejap lupa!

Memandangkan hari ni dah hari Jumaat, malasnya lain macam sungguh ^_^

Jamu mata ajelah ya tengok gambar apa yang ada hari ni. Entah bila hari kejadiannya bawa my superheroes ke taman larangan ni tidak pulak pasti...






Bubbly Abang memang jauh berbeza sikit berbanding dengan Adik Cute. Dia lagi suka memerap dalam bilik main komputer berbanding bermain di luar. Adik Cute pulak memang aktifnya sepanjang hari dan malam. Selagi tak jerit suruh tidur, memang kerjanya menjerit, bermain, menjerit dan bermain aje. Sebab itulah maintain kurus sikit walaupun yang sebenarnya dah chubby juga si kecil ni...





Mereka bermain dua beradik aje. Daddy pun ada tapi macam biasalah Daddy mana masuk dalam blog, sama macam Mommy ^_^

Susahnya kalau mereka bermain berdua ni, si kecil asyik nak menang aje. Kalau tak dapat bola, bantai merengek. Manalah tak fed up si abangya nak bermain dengan adik. Itu yang kalau Mommy tak nampak, ada aje yang naik tangan antara dua beradik ni. Kalau Mommy nampak, memang tangan Mommylah yang naik dulu ~_^



Tengoklah bila si kecil ni dah penat. Mulalah merengek. Mulalah itu tak kena, ini tak kena. Yang sebenarnya, dia baru tahu erti kehausan! Minta belikan 'air sedap' walaupun Mommy dah sediakan tiga botol plain water import dari rumah untuk suami dan anak-anak!

Mommynya di mana ketika ini?

Laaa... yang tukang ambil gambar tu dah tentu-tentulah Mommy!

Mommy kalau ke taman bukan untuk beriadah okey. Mommy tukang jaga beg, tukang jaga air dan juga tukang makan aiskrim ^_^

Bab riadah tu nanti-nantilah dulu! Umur sekarang ni kalau tersilap riadah, boleh sakit seluruh urat sendi tau. Ahah, jangan main-main ~_^

Okeylah! Malas nak cerita panjang berjela. Nak sambung menghadap kerja pulak...

Jumpa next week ya you all *_*

Selamat berhujung minggu bersama keluarga!












Comments

  1. Plain water tak mau adik ni..
    Nak air sedap..
    Tentu nak air yg manis2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni okey sikit, CH. Kalau nak air sedap kita suakan juga plain water, boleh lagi ditelan walaupun merengek. Kalau kena kat si abangnya, sanggup dia menahan dahaga daripada kena minum plain water. Saya kalau degil sangat, saya suruh puasa aje. Nasiblah!

      Delete
  2. tengok gaya larian Adik bawak bola, rasanya boleh pergi jauh tu. Silap gaya esok Kazakhstan ngan Malaysia berebut nak suruh wakil negara..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Kazakhstan, Sal. Uzbekistan ^_^

      Masalahnya yang selalu masuk bola tu Kazakhstan ek? Bapaknya suruh abang masuk gusti aje mewakili Malaysia. Kalau menang Olimpik dapat jadi jutawan segera. Hahaha!

      Delete
  3. best tu dapat bermain bola sama2..bab bergaduh adik beradik tu biasa, naik tangan mama dulu pun biasa juga hahaha.

    anak-anak saya kalau ada plain water je ok dorang minum, tapi kalau ada plain water dengan air manis memang dorang akan rembat air manis jeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kalau nak naik tangan, memanglah Mommynya yang kena naik tangan dulu. Kalau tidak, mana tahu senyap! Ya tak?

      Anak-anak saya ni lebih kurang tapi paling teruk si abangnyalah. Kalau takda yang manis, sanggup tu dia 'puasa' minum air, menahan dahaga. Kalau si kecil tu, bila dah haus kita suakan aje plain water, rembat juga. Tak tahan kehausankan!

      Delete
  4. Akak sebenar nya nak ucapkan hepi bezday pada adek cute tu....semoga membesar terus menjadi penyejuk mata mummydaddy.Akak sejak2 ni hanya jadi silent reader je...tapi semua n3 MD akak ikuti.
    MD terimakasih mendoakan kesembuhan suami akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kak Saniah. Dalam pada sibuk dengan urusan, singgah juga ke sini ya. Silent reader pun takpa. Janji saya tahu Kak Saniah masih di sini membaca ^_^ Thank you ya, kak!

      Delete
  5. tak syoklah tengok adik cute dan bubbly abang je MD
    nak jugak tengok mummy dan daddy tuuu
    takde free pic untk kaknoor heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, KakNoor. Tengok gambar budak-budaklah yang paling best. Kalau tengok gambar makpak budak mahu nanti muntah kaler-kaler pulak ~_^

      Delete
  6. Biasalah kalo gi riadah makpak amik part jadi jaga barang je, mana nak larat dah, lemak terkumpul byk sangat, haha
    Riadah kt padang pun okla juga, keluar gak peluh, dh namanya budak bandar ye tak? Mana nak cari sungai, hutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklah yang biasa jadi 'jaga' ni. Satu sebab kerana malas nak turut serta beriadah tapi sebab yang lagi penting, siapa nak jaga semuanya kalau kita turut beriadah? Cer jawab!

      Hahaha!

      Delete
  7. Hehe.. biasa la kan.. mak2 jaga beg je.. nk berlari2 tu x larat la..
    Betul tu MD, silap2 beriadah, nnt sakit segala sendi.. hehe..
    Pandai ye adik cute, nk menang je.. abg la kena mengalah ye.. biasa la tu, yg sulung mmg kena selalu mengalah.. 😁😁
    Faham sgt sbb saya pun ank sulung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Standardlah jadi Mak. Pergi mana pun ada tugas hakiki menanti ^_^

      Adik biasalah, kerjanya nak menang. Kalau tak menang, menjerit merengek aje kata dia ditindas! Drama sangat tau!

      Kadang-kala, saya kasihan tengok anak sulung saya ni. Apa-apa pun memang dialah yang kena dulu. Nama pun anak sulung. Nama pun adik jauh lebih kecil usianya berbanding dia. Dah tentulah dia yang kena dulu....

      Delete
  8. Fefeeling pengurus MU lah tu hihi....
    Ingat tak stress ke jaga air dengan makan eskrim tepi padang tu? Kan Kak Ton.....haha...

    Tak perlah kak Ton bila kejadiannya pemain pemain bola handalan ni berlatih tak menjadi soal, yg penting pengurus ada bahan nak meroyan dalam blog.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang macam tulah, Mak. Tapi kelab bolasepak Kak Ton ni belum bernama lagi. Pemain pun baru dua aje. Nak cukupkan pemain, pengsan! Kenalah pinjam anak orang lain juga ^_^

      Tahu takpa. Yang penting, ada bahan nak meroyan. Kalau tidak, ada pulak yang merindu setengah mati nanti!

      Delete
  9. Alahai seronoknya sepak bola ni..
    Sekali sekala main bola ni...bestlah kata ank2..
    Ada masanya mak ayah malu nk brgmbr kan...ikut mood juga MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak ni janji bawa ke taman, punyalah suka. Kalau dapat main bola ke apa, lagilah double happiness omputih kata tau ^_^

      Delete
  10. budak-budak memang suka air manis, boleh minum tapi berpada-pada

    dan kena juga banyakkan minum air putih ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak saya yang sulung tu memang prefer air berwarna ^_^ Yang kecil tu pulak kalau takda pun takpa, masih boleh minum plain water kalau kita hulurkan.

      Delete
  11. Replies
    1. Sesekali aje mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat ni ~_^

      Delete
  12. oo air kosong taknak ek. saya bagi air performance drink campur vivix untuk anak2 kalau depa bersukan. MD boleh cuba nanti, takmo vivix, performance pun cukup dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang si abang tu memang tak nak kalau boleh tapi si adik tu kalau disua-sua minum juga. Kalau abangnya, sangguplah dia berhaus sampai terjumpa air sedap untuk menghilangkan dahaga.

      Delete
  13. Samalah perangai dua hero kat dalam rumah ni.. abang gemar hadap gadjet, adik suka bersukan. Kalau tak tgk diorang main, mau naik tangan aje.. si kecil mgada kena sikit nangis mcm kena teruk.. lagi satu dua dua jenis lagi gemar air manis, adoi geram betul bab tu. Kalau makan kat luar, nazif pun tahu orderkan air suam utk mama, katanya mama kan suka air ni.. diorang sedap je air bercolor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbeza perangaikan AN walaupun katanya seibu sebapa. AN lagilah tak lama lagi tiga hero 'meronta'. Memang kena banyak bersabarlah jawabnya ^_^

      Ahah, nasib faham bagaimana perasaannya! Bukannya nak naik tangan selalu tapi kalau kita cakap lembut-lembut dari kejauhan aje, memang mereka buat tak peduli. Saya ni kalau dah tiga kali warning tak makan saman juga, memanglah nak kena. Jerit bini tarzan dulu. Kalau tak jalan juga, tengoklah siapa yang kena!

      Delete
  14. Haaa mummy mengelat ni takmo beriadah. Hehehe. Seronok lah dapat main bola dekat kawasan lapang gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan mengelat, Nani tapi jaga badan jangan sampai terseliuh ^_^

      Budak-budak asal bawa keluar rumah aje memanglah gembira bukan kepalang. Mommynya aje yang tak gembira sebab masih memikul tanggungjawab sebagai 'jaga'!

      Delete
  15. Wuiiii takkanlah Manager MC kot hari ni??? Letihlah Manager ni....sikit sikit MC...huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada MC, Mak. Manager bekerja keras ni sehari dua menyiapkan tugasan diberi. Kalau manager free, dah lama manager ajak Mak praktis main bola tampar tau!

      Delete
  16. sikap yang berbeza..bagus aktif bermain bola

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbeza banyak dua beradik ni, Mar. Yang abang suka main dalam rumah tapi yang adik suka main di luar. Kalau keluar berjalan, si abang suka keluar tapi si adik suka duduk rumah!

      Delete

Post a Comment