Si Adik Cute

Salam 22 Safar kawan-kawan!

Hari ni marilah kita bercerita kisah my anak bujang tercomel, Adik Cute ^_^

Oh, ya betul! Memang I aje yang ada anak sebab itulah penuh blog ni berkisar tentang my superheroes ~_^ As a mother, memanglah I rasa my anak comel. Samalah macam mak-mak di luar sana juga. Anak sendiri aje yang comel ~_^ Anak orang lain comel juga tapi tak secomel anak sendiri ^_^ Memandangkan I love my superheroes so much,  I expect you all pun love my superheroes juga! Kalau tidak, tak akanlah you all sanggup bertenggek kat sini, ya tak? Hahaha!  Sila jangan kecam Kak Ton! Well, bab perahsantan over the pagar ni memang siapa boleh lawan I, tak gitu jiran?

Oh, lupa! Jiran dah tak nampak jalan rumah I sebab dah kena pagar tinggi ~_^

Adik Cute tengah sibuk exam sekarang ni, makanya takdalah dia membebel lebih daripada biasa. Exam, exam juga tapi menonton PPAP tu tetap berjalan seperti selalu! Itu pun bila ditanya macamana examnya, jawabnya senang aje....

Semua Adik buat kecuali satu aje! Kawan-kawan Adik cakap, 'Teacher! Teacher! Uzair is not doing his work!'

Okeylah, Dik! Tak kisahlah! Janji datang tadika and sit for exam. Apa jawab sukahati Adiklah. Mommy memang tak kisah. Tahap macam ni kalau Adik nak jawab 1+1 = 10, Mommy rileks aje. Kalau dah SPM 1 x 1 nak guna calculator, itu memanglah nak suruh Mommy kejar dengan spray mop ^_^

Gambar-gambar diambil semasa misi mencari mask ...






Adalah satu hari tu I nampak dia sedang melakar sambil bercakap sorang...

Eh, mesti nak jadi arkitek macam ni....

I pun datang dekat and tanya apa yang dicakap tadi...

Adik nak jadi arkitek!
Lepas tu Adik nak jadi Iron Man!
Lepas tu baru Adik jadi bomba!
Lepas tu Mommy belikan Adik beg Avengers eh.. yang ada roda tu!

Huk aloh.... gitu pulak.....

Ini pulak dalam kejadian yang lain. Kita sibuk nak cari barang, si kecil ni sibuk suruh pergi ke tempat mainan. Nak cari pistol nak tembak zombie dalam Walking Dead. Eh, jangan tak tahu, dia ni siap buat lego ikut watak  si Morgan, Rick, dan Daryl! Satu-satu ditunjuknya, semua pun Mommy tak approve - 

Peluru keras ni, kena kepala benjol nanti!

Eh, peluru kecil macam ni Mommy tak suka! Sepah rumah! Senang hilang nanti!

Ini tak boleh, bunyi bising!

Yang ni benda murah, main sekali aje dah rosak!

Ish, pisau-pisau, tembak-tembak macam ni Mommy memang tak suka!

Endingnya, dapat bergambar ajelah.... ~_^

Next trip nanti cubalah pujuk rayu Mommy lagi ya, Dik! Dengan Daddy tak payah ceritalah memang memanjang 'NO' jawabnya kecuali moodnya tengah baik sesangat ^_^




Cuba tengok gaya kakinya tu, bukan main lagi. Dik ni gambar ala-ala askar tak akanlah buat kaki gaya gitu. Langsung tak sesuailah!

Minggu lepas kalau tak silap, tengah I sibuk bekerja, my sister called. Katanya budak berdua ni bergaduh aje di rumah. Sorang suka menyakat, sorang lagi suka menjerit. My sister suruh mak depa ni cakap direct dengan mereka suruh jangan bergaduh aje dua beradik.

I pun cakaplah dengan Bubbly Abang kenapa asyik nak kacau Adik aje. Kalau tak main komputer, memang kerjanya buat Adik merengek, menjerit! Kata Bubbly Abang, Adik tu yang mengada. Belum sentuh pun dah menjerit siap-siap! Lepas tu pukul abangnya!

I pun suruh Bubbly Abang panggil adiknya. Tahu apa si kecil ni buat sebaik abangnya beri telefon padanya?

Abang! Abang! Macamana ni? Adik tak mahu cakap dengan Mommy Adik pukul Abang tadi!

I ni dengar ajelah di telefon dia bercakap dengan si abangnya mcamana nak rahsiakan dari Mommy apa yang berlaku. Nak marah pun tak jadi. Elok aje dia pulak yang 'marah' pada I ... 

Mommy! Mommy! Kan Adik dah kata suruh tampalkan drawing block Adik yang koyak! Kenapa Mommy tak buat? Mommy ni selalu buat-buat lupalah!

Eh, gitu pulak!

Balik dari kerja pun I kena 'marah' lagi...

Adik, baju untuk konsert dah return belum?

Mommy ni! Patutnya Mommylah pergi jumpa teacher pulangkan baju. Mommy ambil baju tu, pulangkan sebelum Mommy pergi work!

Sekarang Mommy tanya dah pulangkan ke belum!

Teacher kata simpan aje di rumah. Tak payah pulangkan. Tak payah basuh tau, Mommy. Nanti teacher marah!

Ada ke....

Lain macam anak-anak sekarang ni. Asyik mak aje yang kena marah... ~_^

Dunia memang dah tenat!

Yang paling tragis sekali adegan tengah menikmati sarapan nilah...

Si Bubbly Abang ni kalau dia tak berapa minat menu yang ada, dia makan sikit aje. Tak bertambah punya. Alasan dah kenyang tapi nanti malam terkial-kial buka tutup segala ruang nak cari makanan! Memang tak jumpalah sebab Mommy dah sorokkan. Hehehe!

Makanya satu pagi tu, dia makan sikit. Daddy pun katalah mungkin Abang nak diet, nak kurus. Baki hash brown yang asalnya cuma dua keping aje, dipindahkan ke pinggan adiknya. Tiba-tiba si adik mengeluh...

Apa ni! Janganlah semua bagi Adik! Adik pun nak kurus juga!

Oh, alahai si kecil ni! Tak tahulah mulut ikut siapa!

Apa dia? Ikut siapa?

Amboi! Pandai-pandai aje kome nak menyalahkan Mommynya yerk ^_^ Mommy sumbang separuh aje genenya tau!





Comments

  1. Dunia kanak kanak penuh imaginasi. Semua mereka nak jadi. Hehe

    Mak ayah yang jadi tulang belakang cita cita mereka nanti.

    Nak jadi power rangers dan avengers tu memang tak adalah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak tahan tu nak jadi 3-1. Ikut suka dia aje. Tapi biasalah imaginasi mereka yang pelbagai ni yang memeriahkan hidup kita mak-mak setiap hari ^_^

      Delete
  2. Nak jadi bomba..nak jadi iron man.. hahaha.hadoi adik! muka tu comell sgt.. klu nak marah memang tak jadi ni MD... hilang marah nengok dia senyum.. dia pun nak diet hokeyy.. ahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua dia nak jadi, habis tu budak lain nak jadi apa pulakkan?

      Si kecil ni mulut memang lebih sikitlah. Tak tahulah ikut siapa *garukepala*

      Delete
  3. Alahai Adik....memang cute sungguh dengan mulut petahnya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Kakcik terjumpa si Adik ni, jangan expectlah dia petah begini. Kena beri masa dulu. Dah mesra barulah dia tunjuk perangai ^_^

      Delete
  4. Amboi adik, cute jer, anak mommy katakan.. ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Tau takpa ^_^

      Sebab Mommylah Adik jadi cute tau! Kehkehkeh!

      Delete
  5. nak jadi superhero adik nie!! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gaya gitulah. Akak rasa kena belikan juga sepersalinan superhero supaya tercapai cita-citanya ^_^

      Delete
  6. Anak2 kalau tak bergaduh memang tak sah MD..
    Nak kata pening kepala mamanya dgr ..
    Dah tak mampu..
    Bersabar aje..

    Hshaha adik..
    Tak tah lah pujuk mommy tu beli brg yg berbahaya dimata mommy awak tu..
    Semuanya NO..
    Cukuplah bergambar ye dik.😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah! CH....

      Nasib baik memahami. Dua perempuan, satu lelaki pun bising juga rumah ya, CH. Saya ni yang dua-dua hero pun bingit telinga ni. Mulut ni tak leh tutup memanjang kalau di rumah. Ada aje yang nak ditegur! Non stoplah kuasa jeritan mereka ni!

      Rasa-rasanya pujuk macamana pun tak dapat sebab mainan gun macam ni semuanya tak mencapai piawaian akal fikiran Mommynya! Bagi peluang dia belek ajelah!

      Delete
  7. Mmgla betul, anak kita je comel tau, dialah penawar, dialah racun, lagi2 kalo dia sichubby mcm adik cute tu, mmgla maknya akan perahsantan habis2an kan. Tapi mmg anak you comella, kalau den dpt, den picit2 idung tu tau.

    Alhamdulillah, ank2 den takdelah susah mane nk kasi makan, ada kicap ngn tolo pun ok dah, almaklum makpaknya insan marhaen, huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!Semua mak-mak pun macam tu. Macam dia aje yang ada anak. Macam anak dia aje yang comel. Macam dia aje yang cute. Eh, silap statement last tu ^_^

      Ish, dahlah hidung tak berapa mancung kalau kena picit, kemek terus. Hahaha!

      Saya pun insan marhaen juga tau. Tapi itulah, dah namanya anak-anak tak berapa nak marhaen jadinya, susah gak!

      Delete
  8. Oit...dah jumpa kontraktor ek? Cepat pagar siap!Eleh sapa yg tak jumpa jalan ni? Dialah tu....kalau frust pun tak payahlah nak menonggeng sangat hihi...

    Panjang akal adik tu, dpd dia kena marah baiklah dia marah mommy dulu...selamat hidup haha....

    Ohh....HD tak suka beli mainan untuk anak ek? Kalau mak, mak yg kedekut bab mainan ni, kalau bab baju, tak per.

    Adik cute nak cuba nasib je tu, manalah tau, mommy tgh lalok masa tu, tak ke untung semua mainan dapat hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang cekap, mestilah cari kontraktor cekap juga. Tak sampai sehari pengumuman dibuat, dah naik pagar ^_^ Kenapa Mak? Dah rindu ke tak dapat jenguk selalu? Tapi apa kisahkan, leher MakJilap kan panjang, jinjang gitu ^_^

      Selalulah saya kena marah sebelum memarahi dia ni. Pandai aje tukar topik. Tapi kalau difikir-fikirkan saya pun kalau nak menyelamatkan diri selalu aje tukar topik sebab takut kena marah. Menurunlah ni gamaknya ^_^

      Mana HD suka! Anak-anak ni kalau nak minta apa mesti pada Mommynya. Kalau minta kat Daddy kenalah tunggu bulan jatuh ke riba. Memang very rare ocassionlah!

      Hahaha... pantang larang Mommynya banyak sangat jadi kita berilah peluang dia untuk menatap, memegang dan berselfie dengan permainan yang tak mungkinlah dapat beli!

      Delete
  9. Tapi kakak rasa adik banyak gene mummy dia kot
    Sebab itu pandai nak tepis sebelum 'peluru' mummy mengena dia kenakan mummy dulu. Bijak adik ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tu, kak...

      Mentang-mentanglah saya kaki potpet, saya aje kena kecam ~_^

      Kat rumah ni memang mulut dialah yang paling bising dan berbisa. Kalau dia dengar 'rahsia', habis 'rahsia' dipecahkannya! Stress makpak tau!

      Delete
  10. ni mesti saka potpet md turun ke adik. saka kena di warisi so tak mustahil adik mewarisi saka mulut macam bertih jagung tu kan.. So sila jangan salahkan orang lain. hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ni! Apa ni!Eh, come on lah!

      Asyik akak aje kena tuduh turunkan gene potpet nih....

      Cer Suria tegur akak dalam mimpi hari tu, nescaya Suria akan dapati yang akak ni bukanlah kaki potpet. Akak ni perempuan Melayu terakhir, berbudi pekerti dan berakhlak mulia tau!

      Hahaha!

      Delete
  11. hahahaha mulut adik macam berteh jagung!!!!! memang betoi kan kadang depa yang salah tetap nak salahkan kita jugakkkk. tapi selalu kalau dengan mak mak ni depa tak boleh nak menang nya lah. kosa veto katakan hahahahaha.

    nama adik cute uzair ke kak? baru terfikir kalau beranak nombor tiga nak bagi nama uzair pulak. kes redho la ni kalau tak dapat dapat jugak gegirl. tapiiiiii bukan aritu kata serik dah nak beranak ke? kohkohkoh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai nak mengelak dari kena marah. Pandai tukar topik. Tapi itulah, Mommynya pun dulu-dulu macam tu juga. Asal rasa nak 'menyelamatkan diri' aje teruslah tukar topik laju-laju ^_^

      Yup, sebahagian namanya! Yang sebenarnya nama anak-anak akak ni dua setiap seorang tapi nama panggilan di rumah selalunya nama yang kedua, bukan yang pertama. Faham tak apa yang akak nak sampaikan nih? Hehehe!

      Amboi, baru keluar nombor 2 dan berangan nak nombor 3 ke? Nanti dapat 3 hero macamana? Nangis tepi dapurlah jadi bunga sekuntum aje di rumah ^_^

      Biasalah tu, Kira. Masa sakit tu rasa serik tapi lepas tu rasa macam nak satu lagi, nak tambah dua lagi, dan begitulah sampai kena stop ^_^

      Delete
  12. LOL! Cute miut adik kecik ni. Yang PH tak tahan, posing maut yang last tu. Kalau terserempak dengan auntie PH, mesti pipi dia kena cubit. Ouch! Budak-budak zaman sekarang lain dengan time kita dulu dulu. Now they have a say in everything. Baju dia pilih. Kasut dia pilih. Kalau yang kita pilih dia tak berkenan, no way they are going to wear it. That's what my sister-in-law cakap lah. During my time, cuba buat gitu, my mum will jeling maut and say take it or leave it! LOL!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ke patut posing askar gaya kaki gitukan! Memang tak mencabar langsunglah. Tak sesuailah tu nampak gayanya jadi askar!

      Memang berbeza PH. Mereka ni lebih berani daripada kita. Kita ni dulu kalau mak kata A, A lah jawabnya. Takdanya nak jawab B. Mahu kena jeling macam PH kata tu. Mak saya dulu kalau tak dengar apa katanya, memang kena cubit kat dada you... Sakit!

      Delete
  13. memang cute sangat si adik cute ni
    memang tak salah dah nama yang MD bagi tu
    posing mana pun tetap cute je dengan muka selambanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu KakNoor, dah nama anak sendiri asyik nampak anak cute aje. Itu yang letak nama Adik Cute ^_^

      Delete
  14. Comel tengok gelagat si adik cute nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak ni kalau masa baya gini memang semua yang mereka buat tu nampak comel tau, Amin!

      Serius! Akak tak tipu ^_^

      Delete
  15. Aduh! Adik ni memang keletah sangat ye. Saya rasa makpak Adik ni memang dah kaki potpet. Bila tang anak dicampur dua jadi double potpet lah kan?? huah huah huah...jgn marah maknya ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Ni nak ambil hatilah ni. Terus buat conclusion yang makpaknya sama naik kaki potpet. Yang sebenarnya KB, HD tu tak kaki potpet. Serius orangnya. Jangan buat joke bengang dengannya. Tak suka! Kalau isteri mithalinya lainlah cerita, itu pun jangan over ^_^

      Saya macam sedia maklumlah macamana 'peramah'nyakan! Nak buat macamana, sejak dah tua ni jadi macam tu!

      Delete
  16. comelnya anak MD. teringat kat anak2 kat rumah. Untungla adik cute mama belanja mainan ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau waktu bekerja ni memang selalu teringatkan anak-anakkan, Raihanah. Rindunya lain macam!

      Delete
  17. heheh...
    gitulah budak2 kan MD..
    seronok melayan kerenah dia..
    nnti bila besar, perkara camnilah y kita rindu sgt...
    cam lya..byk sgt kngan msa fasya baya2 adik ni y rindu..kdg2 buka galeri tgk pic2 lama skali dgn telatah or baca balik n3 lama2, boleh menitis air mata... rindu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam itulah gelagat anak-anak ni, Lya. Satu hari nanti tentu kita akan merindui gelagat mereka ni. Hai, perlahankanlah masa supaya lebih lama kita dapat melihat dan mendengar keletah merekakan!

      Oh, akak faham perasaan tu! Akak pun kadang-kala dilanda emosi juga. Sayu aje rasa dalam hati sampai bergenang air mata!

      Delete

Post a Comment