Posts

Showing posts from December, 2013

Kisah tiga penjuru...

Salam Jumaat semua!
Memandangkan ini hari terakhir bekerja untuk tahun ini, perasaan malas tu memang memanjang aje rasanya ^_^
Mulai esok I akan bercuti sampailah 2hb. My office memang tutup bila hujung tahun. Selalunya seminggu tapi malangnya tahun ini cuma 30hb dan 31hb Disember aje. Katanya, banyak sangat cuti tahun ni. Kalau banyak, takkanlah akak ni sampai 'zelo-zelo' cuti tahunan tau!
Walaupun Bubbly Abang dah naik Tahun 2 tahun hadapan (alahai, tinggal beberapa hari lagi dah tahun baru), I tetap akan hantar Abang ke sekolah on his first day. Anak Mommy memang macam tulah gayanya! Abang tak kisah sebenarnya tetapi Mommy ni yang kisah...
Semalam, as I said, I ada appointment yang maha penting. Hopefully adalah sinar 'kejayaan' di situ. Mohon doakan sekali ya, walaupun tak tahu apa butirannya ... Tapi sebelum itu, I pergi makan tengahari di Rakuzen with my ex-colleague. Dia nak belanja sebab terlalu happy dengan kehidupan yang enjoyable sangat sekarang ni. Yalah, mana …

Cuti Krismas

A day before Christmas, my MIL arrived here. Wah, dengar ceritanya sebaik aje keluar dari arrival hall terus peluk anak lelaki kesayangan sambil menangis-nangis rindu. Sampai si anak terpaksa beritahu kat mak, tolonglah berhenti menangis kalau tidak nanti nak menangis bersama-sama. Ewah, ewah....bukan main manja ya my hubby ni dengan emaknya... Tak pernah pulak dia menangis bersama-sama I selepas kami kahwin!

Petang tu balik kerja sepatutnya kami pergi makan di restoran Arab tetapi MIL penat pula sebab baru sampai. Makanya akak pun lintang-pukanglah cari makanan untuk dinner. Akak tak janji pun nak masak hari tu sebab itu tak beli apa-apa untuk dimasak di rumah. Hubbydearie tetiba aje beritahu suruh cancel plan nak pergi makan luar sebab 'oi-jon' nya(emak) penat.

Si Bubbly Abang memang 'well behaved' semasa 'buvi-jon' nya (nenek) sampai. Sambut dari keluar kereta lagi sambil peluk cium buvi-jon kesayangan. Adik Cute tak heran pun. Penat kita mengemas rumah, habis…

My buah hati

Sempena kedatangan cik puan sri mak mentua ke Malaysia hari ni, kita nak selongkar sikit cerita zaman kanak-kanak anaknya a.k.a. Hubbydearie kitalah tu ^_^

Ini bukan nak buka pekung di dada, ok! Ini cuma cerita light-light aje, sebagai comparison dengan perangai superheroes dua beradik kat rumah tu. Oh, ya! Kata Abang dia dah ada nama baru. Minta Mommy and Daddy panggil nama baru mulai sekarang. Nama Bubbly Abang is Bobot kerana dia dah jadi robot boroi sekarang ni. Nama si Adik Cute pulak Gobot sebab kata Abang, Adik ni memang gangster paling lasak dalam dunia makanya jadilah gangster robot a.k.a. Gobot.

Hello, my beloved superheroes! Penat tau Mommy memikirkan sepurnama lamanya nak bagi nama sikit punya baik maknanya pada pengarang jantung dan intan payung Mommy, adakah nak tukar nama sempena dah jadi robot pulak! Makanya Daddy tak bagi approval kerana nama itu tak sesuai langsung untuk anak-anaknya.

Back to my Hubbydearie. Beliau ada empat adik beradik; dua lelaki dan dua perempuan. B…

Bila hati berbunga riang ...

Tajuk mak hai bukan main lagi. Mengalahkan orang tengah bercinta aje gamaknya ...

Ini takda kena-mengena dengan perasaan mahupun tangkap cintan-cintun tak kena tempat. Oh, ya! Kita fahamlah kita dah jadi pasangan senior anak dua memang tak manis nak berlovey-dovey depan public lagi @_@ Takpa, takpa... I can accept the fact.

Entah mengapa lepas aje baik demam, nafsu dan selera makan bukan main buas alahai. Nampak itu, nak. Nampak ini pun nak juga. Semua pun nak makan. Ini selera makan belum pulih sepenuhnya. Tekak masih ada lagi rasa kelat, pahit payau bagai tapi nafsunya mak hai, terkejutlah... kalah orang mengidam rupanya!

Semalam lagilah siap ajak Hubbydearie pergi makan kat Bawang Kecik. Lepas tu boleh pulak nak gi order sate ayam 20 cucuk. Tak cukup dengan itu, nak gi order dua regular Domino's Pizza kononnya kesian kat Bubbly Abang yang cerewet. Pastu boleh pulak tanya Hubbydearie apakata kalau gi jalan-jalan cari durian dalam 10 biji gitu ...

Nasib baik segala niat ditentang hab…

Durian dan mak mentua

Salam Isnin buat kawan-kawan tersayang!

Waduh, rasa macam lamanya tak menulis panjang-panjang! Tetiba aje jari-jemari mulus ni tak tahu macamana nak menaip. Ngengada lebihlah tu ^_^

Malam ni mak mentua akan naik flight ke Malaysia dan esok pagi dalam pukul 9 lebih, akan sampailah di KLIA. By the way, I tak pergi menjemput sebabnya cuti tahunan dan MC dah zero-zero gitu. Takpalah, nanti esok lepas balik kerja, insya Allah berjumpalah dan kita peluk cium left right selama 2 bulan tanpa miss walaupun sehari @_@

Akak gementar ke tidak? Oh, dah lama sangat tunggu makanya tiada perasaan lagi ... hehehe...

Dek kerana I baru baik demam, seminggu dah terabai begitu sahaja. Nasib baik my eldest sister banyak membantu. Kita spring cleaned the house dan kemas mana yang patut. Banyak jugalah barang dalam rumah yang 'terkorban' dan wang ringgit pun 'tergadai' sama. Susahlah macam ni, sekali mak mentua datang, sekali kita spring cleaning the house and buang/beli mana yang patut.

Kenalah j…

Akhirnya bangun juga!

Salam sayang semua!

Rindunya I dah lama tak menulis. Tak kiralah samada you all rindu kat I ke tidak. I missed all of you @_@

Sebenarnya sejak dua minggu yang lalu I kena sakit left hip yang agak teruk tapi bertahan juga selagi termampu. Pertama, kerana I memang seorang yang sangat takut akan sakit. Kedua, I memang liat sikit ambil ubat ni. Selalu aje terbabas. Makanya I bertahan tanpa ambil ubat mahupun buat pemeriksaan doktor. Bila lama sangat duduk, left hip terasa sakit bila nak bangun berdiri dan sakitnya menangkap hingga ke kepala lutut. Kalau tak betul-betul, mahu terpelecok kaki kalau berdiri tiba-tiba.

Ingat lagi tentang entri ini? Mulut I ni memang terserlahlah 'kemasinan'nya walaupun kurang makan garam ^_^ Ada sesuatu yang I terlepas kata, makanya kata-kata makan diri sendiri nampaknya!

I ni memang jarang sakit tapi bila dah sakit memang flat habis. Merangkak pun tak mampu! I nak bercuti last Thursday kerana anak-anak ada aktiviti, makanya I pun dengan tekun menyediakan…

A week hiatus

I'm back. I'm home @_@

Sebenarnya inilah cuti rehat yang paling panjang dan membosankan I pernah dapat. Terpaksa dok dendiam di rumah, tak buat apa-apa. Hari ni baru masuk kerja selepas seminggu berehat. Esok pagi kena cuti setengah hari semula. Apa-apapun alhamdulillah, everything is back to normal walaupun tangan ni masih gigil-gigil lagi nak menaip. Kalau cuti banyak, memang I cuti sahaja sampai hujung tahun. But then, cuti dok di rumah aje pun nak buat apa.

Need to settle some stuff kerana meja kerja dah melambak-lambak dengan kerja. I'll start the story telling later.





Akak is demam ...

Sebenarnya semalam rumah bertutup sebab I tetiba demam. Entah kenapa diserang sakit left hip yang amat on Wednesday. Sepanjang hari terus menggigil-gigil badan menahan sejuk walaupun temperature 28 degree aje. Kepala pun dah macam-macam rancangan keluar. Mata pun dah nak lelap. Akhirnya landing kat surau sampai habis waktu pejabat. Manalah nak duduk negara 4 musim macam ni... Dalam pada tu sempat lagi siapkan entri in the morning untuk autopublished on Thursday. Yalah nak jadi blogger tegar katanya ....
I memang pun ambil cuti hari Khamis sebab nak menemani Abang yang beriya-iya nak jadi selebriti. Seharuslah mak selebriti ikut sekalikan, nak tumpang glamourlah tu. (Sebenarnya Abang tak excited pun, Mommy aje tergediks-gediks ...cam selalulah tu!) Akhirnya cuti bertukar MC.
Yang itu lepas sepurnamalah kita bercerita, kalau ada mood nak berceritalah ya. Hari ni pun rasa macam tak berapa nak ok juga sebab instead of pergi klinik semalam, sibuk pulak berumahtangga menemani Abang dan Adik f…

Kelakarnya imaginasi ...

Sebenarnya I rasa nak gelak sakan ni. Melihat kepada gurau senda mesra main tepuk-tepuk bahu walaupun jauh antara I dengan PK ni memang kelakar habis. Tak tahu PK tu siapa? Tak mungkinlah... Itu I punya future besanlah @_@
Komen-komen PK tentang adik dan komen-komen I tentang si bambam Afia memanglah meriah terlebih kadang-kadang. Anak-anak baru aje 2 tahun dan 7 bulan tapi dah berangan sampai ke bulan bintang, ada hati nak jadi besan ~_^
Yalah, kami cuma bergurau aje tapi kalau memang dah ditakdirkan suatu hari nanti, siapalah kita yang mampu menghalang takdir Tuhan. Manalah tahu tetiba my Adik Cute kata nak masuk tentera udara dan nak jadi pilot kapalterbang? Manalah tahu kot-kotnya si Chubby Aiman tetiba berkawan baik kat universiti dengan Adik Cute atau Bubbly Abang nanti?
Manalah tahu masa umur Afia 21 tahun, sedang mengulangkaji pelajaran dengan kengkawan kat McD tetiba Adik Cute jatuh hati? Hah, semua itu kemungkinan, right? Hahaha...part suruh berimagination wildly ni, bagilah ka…

Bayou Lagoon Park Resort

Image
Hah, baru jumpa pics tiga minggu lepas masa bermandi-mandian di tepian kolam renang @_@
Sikit punya baik 'angin' bila dah siap buat entri dan nak publish tetiba tak jumpa segala pics. Macamlah dalam blog ni selalu ada pics, kannn .... ^_^
Sebenarnya trip ke Melaka ni memang tak dirancang. Dalam minggu yang sama, one of my sisters tetiba ajak join tidur-tidur kat hotel. Lagi best, my sis sendiri pun tak buat tempahan bilik. Dahlah musim cuti sekolah. Plannya nak berlangsung hujung minggu yang sama. Memang baik betul perancangan my sister ni. Dia  terkejut anak bongsunya dapat keputusan yang baik dalam UPSR ^_^ Itu yang tetiba aje nak pergi bercuti sekeluarga. I pun agree ajelah dengan syarat ada biliklah bila kita orang sampai di Melaka nanti.
So, kami pun memilih Bayou Lagoon Park Resort di Bukit Katil, Melaka  ni kerana my sister and family pernah ke mari middle of this year sempena Hari Keluarga pejabatnya. Hotel ni memang baru lagi. Memang nampak sangatlah ke'baru'anny…

Caca-marba and the two doctors in da house!

Image
Hello..... rindunya tiga hari tak bersiaran tapi kan, takda siapa pun tinggal komen kata rindu kat I pulak ^_^ Dasar perempuan syok sendiri, memang macam nilah jadinya...
Hari ni kita caca-marbakan aje entri bukan sebab dek kekeringan idea tapi nak mengejar masa. Ada kerjalah sikit ... (tetiba aje...) Sepatutnya semalam kena upkan entri pasal berenang-renang di tepian yang dah tiga minggu usianya tapi bila nak upload gambar, tak tahu pulak di mana. Kata Hubbydearie ada dalam external tapi dok membelek dari atas ke bawah, satu pun takda. Makanya mood pun sudah lari jauh kononnya merajuklah tu @_@
Tajuk entri sikit punya banyak dalam draft walaupun takda content at all. Yalah, bila nampak tajuk aje nanti, senanglah idea nak mencurah-curah keluar daripada otak I ni. Dek kerana mood sudah lari, kita tinggalkan ajelah 'rumah' ni. Lebih baik pergi shopping handbag, makeup dan seangkatan dengannya. Ada juga pulangan @_@

Tengoklah my superheroes ni. Gambar ni telah dicilok dari instag my…