Bila hati berbunga riang ...

Tajuk mak hai bukan main lagi. Mengalahkan orang tengah bercinta aje gamaknya ...

Ini takda kena-mengena dengan perasaan mahupun tangkap cintan-cintun tak kena tempat. Oh, ya! Kita fahamlah kita dah jadi pasangan senior anak dua memang tak manis nak berlovey-dovey depan public lagi @_@ Takpa, takpa... I can accept the fact.

Entah mengapa lepas aje baik demam, nafsu dan selera makan bukan main buas alahai. Nampak itu, nak. Nampak ini pun nak juga. Semua pun nak makan. Ini selera makan belum pulih sepenuhnya. Tekak masih ada lagi rasa kelat, pahit payau bagai tapi nafsunya mak hai, terkejutlah... kalah orang mengidam rupanya!

Semalam lagilah siap ajak Hubbydearie pergi makan kat Bawang Kecik. Lepas tu boleh pulak nak gi order sate ayam 20 cucuk. Tak cukup dengan itu, nak gi order dua regular Domino's Pizza kononnya kesian kat Bubbly Abang yang cerewet. Pastu boleh pulak tanya Hubbydearie apakata kalau gi jalan-jalan cari durian dalam 10 biji gitu ...

Nasib baik segala niat ditentang habis-habisan oleh Hubbydearie. Well, pasang niat aje sempat, tapi tak sempat buat pelaburan jangka pendek ~_^ Nasib baik.... Kalau jadi kenyataan, siapalah yang nak menghabiskan semuanya? Akak dan hubby akak juga yang jadi mangsa... macamlah tak biasa, ya tak ^_^

Tetiba tengah sibuk mengemas rumah kelmarin, teringat pulak alahai takda baju tidur yang nice pulak. Asyik-asyik pakai baju kelawar tidur malam... Eh, apa ke hal mak mentua nak datang dengan beli baju tidur pulak ni? Confused sekejap... 

Tengahari tadi sampai tak sempat nak makan lunch sebab sibuk mencari cleanser set sebab mak mentua nak datang. Eh, eh, eh, dia ni .... apa kena mengenalah cleanser set dengan mak mentua ya? Kalau nak cantik sebab anaknya ada kat sebelah, boleh lagilah diterima akal yang waras. Ni, mak mentua nak datang sibuk nak cari handbag, kasut kerja, make up dan cuci muka, baju dalam baru bagai....apakah maksudnya?

Ni tak lain dan tak bukan sebab nak menghabiskan duit bonuslah tu ... Lagipun ASB tak leh masuk sekarang ni, tengah kira dividen makanya mestilah mencari tempat yang sesuai untuk disalurkan duit bonus tu. Memanglah masalah mental nih ... ~_^

I rasa mulai esok I nak pergi kerja bawa duit RM10 aje untuk makan tengahari. Nanti bila tengok purse kosong, lagi senang. Walaupun gundah gulana, tapi tak takut beg duit rabak besar kalau cam tu.

Sebelum esok terjadi, hari ni ada banyak benda I nak pergi tinjau. Insya Allah, sepurnama I akan jadi 'baik' lepas ni. 

P.S. Akak is happy actually kerana akak dapat something new. Apa ke benda, I cannot tell-tell herelah. Riak  tau... hehehehee.... Kata Abang,

Kenapa Mommy langsung takda feeling dapat benda baru?

Mommy memang camnilah Abang....muka takda feeling!







Comments

  1. Boleh tahan juga selera makan tu..takpe, sekali sekala...dah sakit dan baik semula ramai juga yg saya kenali jadi macam tu.. kesan ubat ke agaknya?

    Senang hati nampaknya bila mentua nk datang.. bagus menantu yang macam ni..alhamdulillah..patutla mentua nak duduk lama..

    Banyak dapat bonus pulak tu.. memang riangla hati ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit kalau tak sungguh, banyak mana pun habis juga :D

      Lepas demam ni memang super excited kerja nak makan aje. Lepas makan, boleh pulak datang idea nak beli makanan lagi. Mesin timbang dah sembunyikan siap-siap, takut jarumnya tak boleh balik semula ke zero :D

      Delete
  2. Replies
    1. Kerja makan gaji ini ajelah yang ditunggu-tunggu hujung tahun :D

      Mr Jocko takpa, tak payah tunggu bonus. Hari-hari pun senyum aje kira duit masyuk!

      Delete
  3. Acok kan bukan sebab baru baik demam..tapi macam tu lah jugak..sampai sakit perut..sebab perut ketat..bukan kain atau seluar yang dah ketat..hi hi
    Kalau macam ni punya cara..sia2 acik beli ubat untuk kurus..baiik tak payah kan MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat dah ada nak kurus tu, Acik. Oklah tu. Lepas makan kita pasang niat balik semula :D

      Delete
  4. lepas baik sakit nafsu makan selalunya camtu la,topup balik selera merudum time sakit tu..selai boleh makan makan je la.hehe..

    mesti dpt gadget baru ni..canggih sgt la tu smp takut riak.hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah PK. Terus saya check bila ek last period. Manalah tahukan.... hahaha.... Nafsu makan membuas sampai HD pun takut. Dia sibuk nak diet kuruskan perut katanya, tapi saya sibuk bagi mana-mana part menggelembung lebih sikit. Baru balance..hehehe...

      Kita bukan kaki gadget le, PK. Kalau dapat latest gadget pun kita tak excited mana sebab kita tak pandai pun benda2 nih....

      Delete
  5. Tu nak cover seminggu yg tak dapat makan hari tulah tu ....hehe...Bagi le tau apa ke bendanya yg benda baru tu...nak tau gak weyh...dah katanya mak nikan bizi body...hoho...tak mo riak bisik jelah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kita bisik kat telinga. Mehlah dekat sikit...Hah, dengo tak?

      Hahaha...takda maknanyalah OKje. Benda biasa aje. Masa dapat dalam hati aje excited, muka buat selamba kononnya tak heran ler tu :D

      Delete
  6. Konon bawa RM10/- tapi masuk shopping complex berpinar mata tengok sale sana-sini tetiba swipe guna card hahaha.... back to square MD... hujung bulan bayar lagi banyak sebab plus interest credit card.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, saya dah lama khatam daripada credit card ni. Sebab nafsu tak mampu dibendung so Hubby suruh cancel semua kad yang ada. Sekarang ni cuma ada cash mahupun debit card aje :D

      La...betul-betul hari ni saya tak bawa duit pergi kerja sebab tak sempat keluarkan! Semalam dah licin dikerjakan....

      Delete
  7. terbeliak biji mata tgk list request tu... fuyooooo... sib baik ada parti pembangkang ek kalo dak mana nak sumbat tu semua hehehehehehe....

    bestnya dapat bonus... meh sini blanja i sis lalalalalalala... verangan org belanja pun dah cukup hepi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senarai tu panjang lagi sebenarnya, sis. Belum boleh potong pendek. Tapi pihak pembangkang asyiklah membangkang sebab dia nak leperkan perutnya :D Hari ni macam nak pekena olio, pastu nak beli New York Cheese, pastu macam nak mi kari udang galah pulak...pastu...astagfirullah al azim....urut dada dulu n tarik nafas jap!

      Bonus dah nak abis ni, you lambat sangat suruh belanja. Lagipun hari ni kan katanya nak bawa RM10 aje...pagi tadi dah membaham nasi goreng RM3.50, tak cukup pulak nak beli olio tghari nanti! Jap eh, tengok kad bank ada bawa tak!

      Delete
  8. dah berkira-kira bonus ASB mummy..tp tak banyak sangat tahun ni kan..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah tulah, tahun ni kurang sikit yek. Tapi takpalah ada juga bonusnya daripada takda apa-apa langsung :D

      Delete
  9. bestnyer dpt bonus, boleh belanja lyn... heheheh
    and its truth... kita ni perempuan mmg pantang nampak sesuatu, semua nak beli. klu boleh nak angkut shopping complex tu sekali. hahahaha

    errmmm dpt ape tuh kak??? dpt kereta baru ker??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...dah kata tak boleh bagitau :)

      Lyn baru balik makan angin tak boleh belanja duit bonus akak. Next time kena cepat sikit kalau nak minta belanja, sebelum akak menghabiskan sampai licin...hehehe....

      Delete
  10. saya kalo baik demam pun cenggitu nafsu makan membuak2 tapi bila makan sikit2 jek hehe...apa la gmaknyer hadiah tu...ni yang tak sabo nak tau ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nafsu aje membuak-buak tapi makannya sikit ok lagi tu, Lizz. Ini kalau nafsu makan dengan melantaknya sama kuat, itu kira super tak ok dah tu.... Hehehe... Ni kira dah back to normal, so kita makan macam biasa aje. Eh, tetiba tau nafsu makan menurun bila MIL ada kat rumah :D

      Delete

Post a Comment