Ikan masin dah biasa dengar, ya tak? Mulut masin ni pun takkanlah tak tahu apa maksudnya ^_^
I ni takdalah masuk dalam kategori mulut celupar (siapalah yang sanggup nak ngaku mulutnya jahat, ya tak?) tetapi kadang-kadang tu eh, choi betullah... Tulah pasal, dulu-dulu kemain baik sopan santun bagai lepas keluar kampung katakan...
Tiga insiden ni telah mengesahkan betapa 'masinnya' mulut I ni kadang-kala ^_^
Insiden Pertama
Pada suatu hari sedang I memandu sambil menyanyi-nyanyi dalam kereta ikut rentak muzik di radio, tetiba I nampak mat rempit ni bawa motor alahai, sopannya dia.... susup sana, sini. Senget-benget motor tu dikerjakannya...dah macam dalam motor grand prix pula rasanya. Masa memotong mat rempit ni, terpacullah dari mulut I,
Eh, budak ni. Tak sayang nyawa betul. Kang tergolek juga ni kang....
In a split second, betul-betul dia tergolek dok atas jalan. Menggelungsur gitu motornya... Terkezut akak sekejap....
Insiden Kedua
Suatu hari ketika sedang memandu ke TTDI, I nampak satu mamat ni sedang bawa motor. Dia takdalah laju manapun. Tidak juga dia merempit. Tapi tetiba dia rasa nak buat corner baring maut kat satu selekoh ni dan I pun gatal mulut cakap lagi,
Eh, cik abang....nak jatuh tergolek atas jalan ke apa ni?
Choi... betul-betul dia nak tergolek tapi nasib baik dia ni terror sikit mengawal motornya daripada terus tergolek... Aduhai, akak pula yang rasa semput tetiba!
Insiden Ketiga
Hubbydearie called me minta diambil di stesen Putra. Dek dah lewat malam, I pun bawalah Bubbly Abang buat teman berborak. On the way tu, kami nampak seorang pakcik bawa motor dengan sebelah tangan aje. Apa agaknya yang ada di sebelah tangan yang satu lagi? Aha...guess what?
Dia membimbit satu trolley bag di tangan kirinya dan bawa motor dengan sebelah tangan lagi. Memang kelas pakcik ni. Dia bawa motor pun tak laju sebab beratkan beg tu. I tak tahulah ada isi ke tidak.
I pun dengan sopannya tunda ajelah dari belakang. Sambil-sambil tu cakap pulak kat Bubbly Abang,
Tengok sayang, pakcik tu. Bahaya tau bawa motor macam ni. Nanti jatuh siapa yang susah?
Tak sampai lima minit, pakcik tu terhoyong-hayang atas motor nak menstabilkan dirinya sebab motornya terlanggar lubang!
I pun apa lagi teruslah brek (tak mengejut pun sebab I tengah bawa 20km/jam kan kerana pakcik tu....)
Tetiba itu juga terdengar bunyi dentuman. Habislah.... Kereta I sudah kena cium dengan sebuah kereta Proton Wira. Kali ni memang nasib tak baik. I segera tanya Bubbly Abang dia tak apa-apa ke? Once confirmed he's alright, I pun keluar dari kereta.Tengok depan dan belakang kereta. Nasib baik I tak laju, takdalah terlanggar pakcik tu. Pakcik pun cuma luka sikit aje di lengan kerana hilang imbangan dek terlanggar lubang.
Terkedek-kedek keluar dari kereta yang satu lagi seorang gadis muda. Muda sangat rasanya mungkin dalam awal 20-an. Tergedik-gedik dia berlari ke arah I sambil menjerit,
Akakkkkkkkk ..... kenapa akak brek mengejut? Macamana ni, kak! Matilah saya...kereta ni bapak saya punya!
I pun jadi pelik. Brek mengejut apakah agaknya? First, kerana memang I dah slow amat dek kerana pakcik tadi. Second, I baru lepas belok selekoh tak sampai seminit pun. Tak mungkin I pandu laju dan tak mungkin jugalah I brek mengejut. Third, terjongkit bonet kereta I dihentam kereta budak ni tadi. So, siapa agaknya yang laju?
Dalam sibuk menenangkan budak perempuan ni, tetiba I nampak pakcik tu terus start motor dan jalan. Eh, eh...pakcik!!!!
Ramai pula orang datang berkerumun. Yang ramai of courselah tow truck operators. Si budak perempuan ni pulak, alahai kesian sungguh. Habis dia merengek kat semua 'abang-abang' yang datang. Dalam hati I, habislah budak ni kena juga nih nanti!
Datang satu abang polis yang kebetulan lalu di situ. Melihatkan I dengan anak kecil, abang polis pun bertanya cerita,
Puan ok ke? Anak puan ok?
Saya berdua tak apa-apa. Kereta ajelah yang habis. Budak tu kata saya salah sebab brek mengejut!
Takpa, Puan. Kalau tengok ni memang salah dia pun...Laju tu.... Kalau tidak takkan sampai terjongkit macam ni. Puan terus pergi balai buat report. Nasib baik Puan tak langgar motor tu tadi...
Yang best budak perempuan ni siap ajak I berbincang nak buat report macamana nanti dan ajak pergi sama-sama. I pun beritahulah yang I need to meet my husband first dan barulah buat report. Tetiba pulak katanya,
Akak, kita buat macam yang kita plan ya, kak. Kalau tidak, habislah saya kena marah bapak saya. Dia outstation nih. Akak jangan cakap bukan-bukanlah, kalau tidak nanti saya terpaksa saman pulak!
Eh, eh, eh, dia ni..... I masuk terus kereta, ambil my husband, hantar Bubbly Abang balik rumah dulu dan terus buat report. Once selesai, sebaik aje nak keluar dari balas polis, I terserempak dengan budak ni yang tengah merah mata ditemani maybe her sister.
Eh, akakkkk.!!!!! Akak dah buat report? Akak kata nak buat sama-sama?
Adik pergilah report dulu. Akak nak balik ni, anak akak tunggu di rumah tu...
Teruslah I blah...
Mulai dari saat itu, I tak pernah lagilah cakap bukan-bukan bila nampak sesuatu yang tak ingin dilihat. Takut pulak jadi kenyataan lagi.
Ni kira belajar dari pengalamanlah, ya @_@

masin betul mulut u sis..cer u cakap tak lama lagi dee kaya..kaya..hahaha..i sukerrrr...
ReplyDeleteSebelum I cakap you kaya, biar I cakap I jadi billionaire dulu :D
DeleteHehe...semua bab motor je yeh.... dah dah jangan ngengada nak cakap bila duk jalan raya tu make sure tekup ngan kain hehe...
ReplyDeleteTapi Okje ada gak gitu MD ( ni bukan pasal orang ada dia pun nak juga ...hehe.... tapi yg ni serious tak bermaksud pape...) kadang tu bila anak anak atau hubby mcm nak mengata ibu dia atau bini dia kan... nanti adalah yg tak kena pada mereka...tersandung le bila jalan...atau makanan jatuh walaupun tgh nak menyuap le.... tersedak le.... hehe kebetulan kot
Habis tu mcm mana nak bawa kereta kalau muka kena tekup ngan kain. OKje? Ni kalau apa-apa terjadi, saya jawab ada orang pepandai ajar saya bawa kereta cam ni :)
DeleteHah, mungkin kot masin mulut mak. MD rajin juga takutkan si Abang camtu tapi tak pernah menjadi pun. Eh, tak mahulah benda tak baik terjadi kat anaka-anak dan keluarga pulak!
tulah x pasti kebenarannyer , tapi pernah dgr cerita tang2 masin mulut ni, mungkin secara kebetulan aje.. but apapun sebagai ibu mmg kena jaga segala percakapan kita apalagi bila melibatkan anak2 kan !
ReplyDeleteOrang tua-tua suka sangat cakap masin mulut bagai... entahlah betul ke tidak. Tapi bila bersama keluarga memang saya jaga mulut baik-baik. Taknaklah benda tak baik berlaku pada ahli keluarga apatah lagi suami dan anak-anak :D
Deletemmg masin mulut akak tu kan.. meh kata cpat skit lyn dpt jodoh yg baik.. confirm cepat akak rasa nasi minyak lyn ni. hehehe.. plus ckp lah lyn kaya gak.. hehehe
ReplyDeletelyn pun pernah ada dlm situasi akak ni. pasal mat rempit gak lah. nasib baik lah dia jatuh kat tepi kereta tak byk.. klu tak, habis lah dia...
Hahaha....kahwinlah cepat Lyn.... Silap-silap baru kenal 2,3 hari ada yang terberkenan terus masuk meminang. Dapatlah akak first invitation drp blogger suh makan nasi minyak.... (tetiba pulak kat telinga bunyi wedding bells...keh3x)
DeleteHehe..itu laaaa, lain kali kena kurangkan garam ..barulah tak masin..tambah gula sikit utk memaniskan ...
ReplyDeleteMungkin secara kebetulan kot..tapi hati2 ya dear...
Thanks, MP. Dah cukup perisa segala tetapi tetap juga ter'masin'. Makanya kini sudah insaf tak mahu terlanjur kata, kata omputihlah.. :D
DeleteBetul tu...adakala mmg apa kita ckp or keluar dari mulut masin....mesti jd..SA jenis mcm Mummydearie la...sbb tu skrg apa2 je SA kena ingat dulu sebelum ckp....
ReplyDeleteHah, itu yang jadi takut. Kadang-kadang otak dah bagi signal suruh cakap tapi tahan juga bila terfikir eh, tak baik nih! Tapi mungkin juga itu sekadar kebetulankan, SA.
DeleteAssalam MD..acik kalau diopis tu sampai kena warning..jangan cakap apa2 kata budak2 diopis..mulut akak masin katanya..rrasanya acik tak kuat makan garam pun..asam masin pun tidak..
ReplyDeleteSalam, Acik!
DeleteBetul tu Acik bukan kita 'pemasin' orangnya :D Tapi daripada BP tinggi, lebih baiklah mulut masin sikit2 aje ...
next time agak2 nak 'terkata' sesuatu tu...cepat2 masukkan sweets dlm mulut u sis...
ReplyDeleteterus manis mulut tu hilang lahhhh masin mulut u tu hehehehehehe..
tapi bila dah jadi 'kebetulan' berulangkali camni...
suspen gak nak 'berkata-kata' kan sis kannnn...
Alah, sis...tak suka sweets pulak! Hahaha.... kadang2 tak sengaja bukannya mendoakan ke apa...basic instinct tu cam kuat aje...hehehe....
Deleteboleh tahan masin gak ur mulut ye MD..betul2 kang kita jadi besan.hakhak..
ReplyDeletesemuanya pasal motor ye..penglaman yg last tu macam ngeri gak la.tak pasal2 keeta kena cium dengan adik yg mengada2 tu...klu nk masin mulut utk kes yg pertama n kedua ok lagi kan.haha
Dalam hati tu tergerak juga nak kata, "Padan muka, tulah tak sayang nyawakan...!" tapi nasib baik teringat sekali kita doakan/padankan muka orang lain, 10x pula keburukan hadir dalam diri kita...baru padan muka betul2...hahaha....
DeleteKalau kita aje beriya, anak-anak buat derk aje...camna ya PK?
Wah..boleh tahan juga MD ni.. Orang yang mulut masin kena jaga ayat2 yg keluar k... anugerah ni..
ReplyDeleteTidak pada semua perkaralah :) Kalau betul mulut saya masin, saya doakan semua orang hidup bahagia dan kaya-raya :D
Deletemummydearie..bahaya "mat motor" yang terserempak dengan u. depa kena berlagak sopan dengan u. masin mulut bila melibatkan mat2 motor ni, heee
ReplyDeleteHah, itulah sebabnya. Bukan berdoa ke apa, kadang-kadang tengah memandu tu boleh terlepas cakap tak perasan. Nasib baiklah setakat itu aje ....teruk betullah mulut saya nih.
DeleteByk pulak kejadian yg mungkin kebetulan tp mak kata,org mulut masin ni memang mcm tu tp bila dok terpacul hal yg tk baik je menjadi,yg baik2 payah plak nak jadi...hehe....
ReplyDeleteAlahai, ya ke? Saya baru aje nak cakap hari-hari supaya saya cepat kaya ...ngeh :D
DeleteTakpalah kalau macam tu lain kali bila nampak perkara tak menyenangkan saya tutup mulut aje. Tak pasal-pasal pulak nanti mendatangkan kesusahan.
Moral of the story, kena selalu jaga mulut la kan?
ReplyDeletebiasa mulut mak orang kata mulut masin… skrang baru saya ingat, mak saya pernah cakap… nanti kak nur besar, dah kawin dan ada anak, boleh la nak smbung belajar oversea pun… and it is true, merantau la kami kat Bradford ni demi secebis ilmu.. eceh!
Sbb tu sbg mak, kena sgt jaga mulut… marah anak mcm mana pun tetap kena cakap yg baik2 jer :)
Hah, itulah ceritanya. Lepas beberapa insiden terlepas cakap yang sangat alahai celuparnya, makanya kenalah berfikir sejenak sebelum terkeluar kata-kata yang luar biasa lagi.
Delete