Cuti Krismas

A day before Christmas, my MIL arrived here. Wah, dengar ceritanya sebaik aje keluar dari arrival hall terus peluk anak lelaki kesayangan sambil menangis-nangis rindu. Sampai si anak terpaksa beritahu kat mak, tolonglah berhenti menangis kalau tidak nanti nak menangis bersama-sama. Ewah, ewah....bukan main manja ya my hubby ni dengan emaknya... Tak pernah pulak dia menangis bersama-sama I selepas kami kahwin!

Petang tu balik kerja sepatutnya kami pergi makan di restoran Arab tetapi MIL penat pula sebab baru sampai. Makanya akak pun lintang-pukanglah cari makanan untuk dinner. Akak tak janji pun nak masak hari tu sebab itu tak beli apa-apa untuk dimasak di rumah. Hubbydearie tetiba aje beritahu suruh cancel plan nak pergi makan luar sebab 'oi-jon' nya(emak) penat.

Si Bubbly Abang memang 'well behaved' semasa 'buvi-jon' nya (nenek) sampai. Sambut dari keluar kereta lagi sambil peluk cium buvi-jon kesayangan. Adik Cute tak heran pun. Penat kita mengemas rumah, habis diselongkarnya menyepahkan apa yang patut. Takdanya nak berpakat baik-baik dengan Mommy yang penat mengemas rumah demi kedatangan neneknya ni!

Cuti Krismas kami takda apa-apa rancangan kerana susah sikit buat plan dengan Hubbydearie ni bila melibatkan ibunya. Semua pun HD nak buat last minutes, tengok macamana keadaan ibunya. Makanya kami pun duduk ajelah di rumah, berbual-bual. Hubbydearielah yang berbual, I cuma menyampuk bila penterjemah a.k.a. HD teringat I ada kat situ.  

Panjang juga borak anak-beranak ni maklumlah lama tak jumpa. Hubbydearie dah bertahun-tahun tak balik kampung halamannya. Kiriman salam rasanya seluruh kampung dan sanak-saudara pun ada @_@ Sampai tengahari, I kena tidurkan Adik Cute. Si Adik ni kalau tak suruh tidur, akan melenjan @menyepahkan rumah tak ingat dunia langsung. Kelakarnya, masa menidurkan si Adik, akak pun tertidur sama! 

Hubbydearie masuk bilik dan menyindir betapa sedapnya I ambil nap masa mak mentua baru sampai. Selambalah I jawab,

Adik ni dok gulung-gulung rambut I sampai I pun mengantuk. Lagipun you berborak bahasa asing, I tak faham... tersengguk menguap-nguap kat situ nak buat apa....

Eh, katanya kena 'berlakon' jadi perempuan Melayu terakhir. Baru MIL sampai dua hari dah buat perangai ^_^ Nasib baik belum terima komplen lagi ...

Petangnya my youngest brother jemput datang rumah makan-makan sekadar suka-suka aje. Kebetulan annienya jatuh on Christmas day. Maka dipelawalah kami semua pergi makan-makan di rumah. I pun bawalah MIL. Sambil tu boleh kenal my other siblings selain my eldest sis.

Oh, kenyang jugalah. Ada macaroni, strawberry pan cake, nasi goreng, sate, pizza, fruit cocktail, rambutan dan macam-macam lagi. Yang paling penting ada buah durian berbiji-biji. Aha, hantu durian dah tak dapat nak  menahan nafsu buasnya tak kiralah MIL ada ke tidak kat situ. Makanya walaupun pegang telefon di tangan 24-7, takda teringat pun nak ambil gambar. Boleh gitu ek? Eh, boleh ajelah kalau MD namanya ^_^ 

Ni bila nak menulis entri baru teringat alahai kenapalah tak snap apa-apa pic pun! Akak is like thatlah...

Agak-agak dah puas makan free, kami pun pulang ke rumah. Ingatnya nak singgah JJ sekejap dah terlanjur keluar tu, lebih baiklah borong segala maknek makanan kat JJ. Bila tengok hari dah nak Maghrib, malas pulak rasanya. So kita balik rumah and dok borak-borak lagi... Again, hubby ngan MIL aje yang berborak, I tumpang menongkat dagu aje sambil sesekali menguap tutup mulut gitu.... Eh, cubalah you all dok kat situ mendengar mereka berbual yang sepatah apa-pun tak faham, tension tau ....

Soal makan takdalah begitu susah. MIL ni kalau boleh sepanjang waktu meals pun makan roti Uzbek aje. Macam-macam makanan dari sana dibawanya untuk anak kesayangan. Setakat roti Uzbek tu I rasa boleh tahan untuk makan seminggulah for three meals ^_^ La ni kita orang kalau nak snack, bolehlah mengerjakan walnut, badam, aprikot, dan raisins. Badam dan walnut tu main petik-petik kat depan rumah aje kata MIL. Rugi pulak MIL  tak bawa anggur berkotak-kotak. Nak tanya juga kenapa tak bawa, mahu nanti kena hempuk pulak kang ~_^

Tapi janganlah menuduh I ni tak prihatin yek...keh3x.

Nanti bila jetlag dah hilang, akak bawalah jalan-jalan dan makan-makan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Biarlah MIL berehat dulu beberapa hari ni. Lagipun beliau baru sihat dari sakit kaki, tak larat nak berjalan atau berdiri lama-lama sangat. 

Sekarang ni kalau balik rumah rasa macam salah masuk rumah aje. Yalah, masuk-masuk aje (mesti nak peluk cium left right ngan MIL tau...pastu boleh aje kalau nak peluk cium left right ngan HD juga...) terus terdengar perbualan yang asing sangat alahai.... terpinga-pinga ajelah. I kalau ditanya oleh MIL, I sengih aje memanjang. Tak tahu nak jawab apa. Main agak-agaklah kotnya beliau tanya macamana hari bekerja hari ni? Bantai sajalah labu...

Eh, ni nak letak ke tidak muka MIL kat sini? Nak kena tanya HD. Tapi rasanya dah tahu jawapan pun tanpa perlu tanya. Memanjang aje 'No' @_@

P.S. Akak ambil half day today kerana ada appointment penting. Doakan segalanya berjalan lancar dan dapat apa yang dihajati. Allava! (I love you versi baby talk Adik ya, ini bukan perkataan Russian ~_^)






Comments

  1. wah MIL ada kat rumah ye? mmg mencabar tu hehe.good luck sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula rasa mencabar. Bila dah 2,3 hari buat macam biasa ajelah. Alah bisa tegal biasa, nak berlakon baik macamana lagi, ya tak? MIL duk sini sampai akhir bulan Feb nanti. Tak larat saya nak berlakon lebih-lebih :D

      Delete
  2. Kakak dpt rasa yg MD pandai ambil hati tak perlu risau dan bimbang. Ikut ajelah rentak oi-jon HD. Agak-agak boleh ketawa ikut ketawa sama. Kalau mereka berbual senyum dan sengih jadilah:)

    Anak-anak macam mana agak-agaknya bila tengok daddy dgn buvi-jonnya berbual. Susah juga nak berkomunikasi. Tapi kalau english boleh kan...ok juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, menantu perempuan MIL dua orang sahaja. Yang satu memang hari-hari dilihat, dipandang dah duduk satu rumah katanya. Yang satu ni (sayalah tu) kan jauh, sesekali datang sini layan ajelah ikut rentak hubby. Dah kita 'rampas' anaknya, kenalah jaga hati MIL baik-baik supaya tak kecil hati :D

      Delete
  3. alahai ur MIL tak pandai english ke?klu cmtu mmg meniongkat dagu je la mendengar depa berborak..nak smbg pun dh macam anjing n kucing,anagguk2 geleng2 je la..nk google translate pun amik masa ye tak.haha..

    jarang2 berjumpa MIL mmg kena byk berlakon jadi perempuan melayu terakhir..sy ni menantu bertuah..skang ni je rajin sikit.dulu2 klu MIL dtg rumah beliau yg msk,daku makan je.muahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau MIL pandai English, tak dapatlah kita mengumpat depan-depan PK. Sekarang ni main 3 penjuru kalau berbual. I cakap BM ngan hubby, hubby cakap Russian ngan MIL lepas tu translate in English. Terror tak perbualan kita orang? Kalau rasa-rasa penterjemah lupa nak translate, I menguap ajelah kononnya mengantuk tak tahu hujung pangkal.

      Oh, padanlah rajin masak sekarang ni? Dah insaf ya dok paw MIL suruh memasak untuk dia dulu-dulu ...hehehe....

      Delete
  4. still got time sis.. lama lagi MIL akak kat sini..
    nnti boleh bawak dia pusing2 malaysia... holiday sekali harung.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ada dua bulan kan. Biarlah MIL rehat-rehat dulu. Nanti dah biasa ngan weather kat sini, baru ler kita lenjan kalau dapat :D

      Delete
  5. Syoknya ya... haa.. ada orang dah mula bibit2 jeles tu...

    Agaknya kita nanti pun macam tu bila dah tua kan.. kalau anak tgl jauh..dapat jumpa sekali sekala tu tak kisah yg lain dah.. nak bg anak makan macam2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu, AN. Sekarang pun kita dah dapat rasakan betapa rindunya kalau suatu hari nanti anak-anak tiada di depan mata. Jealous tu standardlah kan...suami kita...tapi kita pun kena ingat yang kita ambil anak dia terus dari genggaman tentulah dia pun sedih juga, anak dah jadi milik orang ...keh3x

      Delete
  6. nasib baik tak snap gambar raja buah tu… nanti tak pasal2 orang kat sini pun mengidam jugak… hihihi
    Ala, baru jer berangan nak tgk muka your MIL… boleh la, boleh la… letak la satu, please?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah pasalnya blog ni jarang letak pic. Takut ada yang tak tahan 'cemburu' Hahaha...

      Sabar Nur, lagi setahun dah boleh pulun durian. Macam kita ni, duk kat KL pun siksa nak jejak kaki kat gerai durian tu. Dua, tiga hari ni memang membantai durian aje kerjanya...syok makan gegila depan MIL :D

      Delete
  7. Allava......hehe okje pun jadi pandai cakap Uzbek!
    Betullah MD...harus boringkan kita kalau depa cakap bahasa yg kita tak faham .... pandai komplen jugak yek HD tu...
    Harapnya MIL tu faham...
    Tulah tu kalau campur selamanya dgn MIL mcm tak best yek... Okjelah....org lain tak tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...OKje... bukan main lagi. Ingatkan menantu mithali rupanya sama ajelah kita, pijak semut/bakteria/virus depan MIL memang tak mati-mati menatang tu, kan!

      Delete
    2. Jenuh mikir kenapa kebanyakan menantu macam tu yek hehe...... hantu sungguh....bukan apa kurang selesa kotttt hehe...

      Delete
    3. Dah namanya kita 'rampas' anak lelaki mereka dan terus duduk atas takhta milik mereka, tentulah kita kena jaga adab pekerti depan mereka supaya mereka pun sukakan kita...ni ajaran sesat sayalah ni...jangan pulak ditiru ya!

      Delete

Post a Comment