Kisah tiga penjuru...

Salam Jumaat semua!

Memandangkan ini hari terakhir bekerja untuk tahun ini, perasaan malas tu memang memanjang aje rasanya ^_^

Mulai esok I akan bercuti sampailah 2hb. My office memang tutup bila hujung tahun. Selalunya seminggu tapi malangnya tahun ini cuma 30hb dan 31hb Disember aje. Katanya, banyak sangat cuti tahun ni. Kalau banyak, takkanlah akak ni sampai 'zelo-zelo' cuti tahunan tau!

Walaupun Bubbly Abang dah naik Tahun 2 tahun hadapan (alahai, tinggal beberapa hari lagi dah tahun baru), I tetap akan hantar Abang ke sekolah on his first day. Anak Mommy memang macam tulah gayanya! Abang tak kisah sebenarnya tetapi Mommy ni yang kisah...

Semalam, as I said, I ada appointment yang maha penting. Hopefully adalah sinar 'kejayaan' di situ. Mohon doakan sekali ya, walaupun tak tahu apa butirannya ... Tapi sebelum itu, I pergi makan tengahari di Rakuzen with my ex-colleague. Dia nak belanja sebab terlalu happy dengan kehidupan yang enjoyable sangat sekarang ni. Yalah, mana tak happy. Buka aje pintu rumah, terus nampak negara orang. Asyiklah berjalan cuti-cuti luar negara aje my friend yang satu ni.

Lagipun, dia nak beri semua novel-novel yang I kirim ketika Big Bad Wolf hari tu. Tengoklah, baru ni berkesempatan melihat novel-novelnya. Orang lain dah habis baca pun. I told her, bacalah dulu semua buku tu baru bagi kat I. Kalau rosak, I diskaunkan sendiri. Hehehe....

Excited juga sebenarnya bila tengok novel-novel tu. Bolehlah start membaca sambil mendengar Hubbydearie dan MIL berborak. Sajalah tu kan, nak cari pasal sikit. 

My Hubbydearie memang ada kat rumah, melayan emak kesayangan. Wah, dahsyat sungguhlah my hubby nih. Betul-betul anak emak. Pagi semalam lepas Subuh, tetiba aje hubby bangun katanya nak exercise pagi sebab emak suruh. Wah, terkejut sambil jealous-jealous dalam hati nih! Yalah, selalunya kalau hari cuti, lepas Subuh tidur balik. Agak-agak ayam dah tak nak berkokok pagi lagi, barulah beliau bangun. Tak cukup tidurlah, letihlah, eh macam-macam alasannya. Ini emak kesayangan ada, bukan main baik lagi. Boleh tu nak gi exercise pagi sebab emak suruh! Membara sungguh di dada nih!

Bila I call selepas my appointment semalam, Hubbydearie tak angkat telefon. Lepas tu he returned my call. Wah, pergi taman bawa anak-anak dan emak ambil udara petang katanya. Enjoyed sangat that moment... Wah, membara lagi hati isteri kesayangan nih! Makanya, I terus minta izin nak pergi jalan-jalan shopping pulak ~_^

Boleh pulak lepas I balik kerja, Hubbydearie tunjuk gambar-gambar menikmati suasana petang bersama emaknya dan anak-anak di taman minus isteri tersayang! Wah, bahagianya.... Merana dalam hati I ni tau tak @_@

Sekarang ni kalau keluar berjalan, I dengan anak-anak. My Hubbydearie berjalan sebelah emaknya. Uwahhhh.... mana boleh tahan perasaan macam ni. Nampak sangat dipinggirkan!

Bila I suarakan rasa cemburu senang aje jawapan Hubbydearie,

Of course, I will treat her nicely. She is my mother!

Oh, takpa, takpa... nanti emak dah balik baru teringatlah, 

Of course, I will treat you nicely. You are my wife! 

Sampaikan my eldest sister pun perasan lantas terkeluarkan komen ini,

Wah, memang anak emak ni. Sayang betul dia kat emaknya, ya! Maklumlah dah bertahun tak jumpa! Siapa yang tak sayang anak. Anak mana tak rindukan emak!

Takpa, takpa... walaupun cemburu tapi menantu Melesya ni tak kejam orangnya. Beri laluan dekat emak dan anak bermanja-manja. Kita pun fahamlah perasaan seorang emak. Apatah lagi dah lama tak jumpa anak. 

My mother in law tu baru baik dari sakit. Tak boleh bangun langsung selama tiga minggu. Selepas berubat, my father in law pun boleh menangis bila tengok isterinya dapat berjalan semula. Ingat beliau, mungkin si isteri tak akan berjalan lagi sampailah ke akhir hayat. Kuasa Allah, hanya Dia yang maha mengetahui. Beliau ke Malaysia ni pun kerana nak cuba berubah angin. Maklumlah di Tashkent sejuk sangat. Salji bukan main tebal lagi. 

Makanya sebab itulah MIL menangis tersedu-sedu, memeluk anaknya masa baru sampai di airport. Katanya, ingatkan tak akan berjumpa lagi dengan si anak. Sedih pulak I bila mengetahuinya. In fact, bila I balik rumah masa first day she arrived, I pun nangis juga masa peluk-peluk mak mentua. Yalah, menantunya ni kan emo tahap super serious. Kalau orang cerita kisah sedih, I nangis dulu tak payah ajak @_@

Oh, ya... ini berita gembiranya! Di rumah I, kalau goreng mi kan mestinya togel takda sayur disebabkan Bubbly Abang yang cerewet. Semalam I hentam spaghetti lagi tapi dek kerana Abang tak suka spaghetti, buatkan mi goreng togel untuknya. Tetiba letak aje habis. Mother in law pun makan mi goreng instead of spaghetti. Katanya...ehmm...ehmmm....sedap betul menantu masak mi goreng togel ni sampaikan hari-hari beliau puji mi goreng I kat keluarga di Tashkent. Maklumlah kat sana mana ada mi. Hahaha... itu baru mi goreng togel, belum masuk bab tomyam, lauk kari, rendang, lodeh dan sebagainya. Hah, meh sini...siapa yang selama ni dengki dalam hati kata I tak pandai masak? Maklumlah tak pernah tempek gambarkan .... heheheh..
Eh, pernah terbaca tak pasal seorang lelaki Melayu yang cuma dijemput oleh Russian oligarchs (orang kaya) hanya untuk masak mi goreng mamak. Maklumlah mereka tak tahu secret ingredient (mi kuning) yang katanya sedap sangat. Sampaikan lelaki ni dibayar RM15000 kot untuk sekali jemputan memasak mi goreng mamak. Hah, kelas tak? Orang apa? Orang Melayu yang katanya makan orang dan panjat pokok tu lah...

And, semalam I for the first time tengok gambar-gambar comel zaman kanak-kanak my Hubbydearie. Serious, memang HD comel gila masa kecil (tapi masa I  tengok gambar tu semalam I pura-pura takda perasaan pun.... takut nanti HD berlagak lebih-lebih) HD masa kecil dulu-dulu rambutnya blonde habis! MIL pun bukan main alahai cantiknya masa muda. Terus beliau beritahu melalui penterjemah yang masa di universiti dulu memang ramai lelaki yang meminatinya, walaupun sebenarnya tak patut beritahu kisah gitu-gitu kat anak-anak katanya @_@ Bertuahlah FIL yang saban hari mencuri pandang pada MIL setiap kali balik sekolah, terus MIL terpaut hati .... 

Nanti I tanya kat HD boleh tak tempek gambarnya masa kecil di sini. Gambar MIL tu nanti-nanti kita cuba usahakan. 

Gambar MD pulak..... takkan tak tahu lagi jawapannya? Heheheh....


 



 

 





Comments

  1. bestnya hari terakhir bekerja 2013. saya masih ada lagi 2 hari untuk bekerja bagi tahun ini. Hehehehe. Selamat tahun baru. Selamat datang 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Menyambut 2014. Feeling2 tahun baru pun dah menebal ni. Harapnya tahun 2014 membawa lebih banyak happiness dan kebaikan untuk kami sekeluarga dan rakan-rakan juga.

      Delete
  2. alahai dh lama tak jumpa tu kasi chance la anak beranak nak manja2,bukan selalu pun..selagi ada mak kan..nti dh takde mak nak manja dengan MD je la smp akhir hayat.

    asyik beritahu nk tempek gambar je bila ni nk tempek?berkurun dah menuggu.hakhak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, sedih you rasa terpinggir aje. Dah macam ibu tunggal dah nih... Saya kasi chance lah juga sebab kesian kan... MIL dapat 2 bulan aje, saya dapat 10 bulan lagi dan lagi...keh3x.

      Alah macam tak biasa pulak dengan janji2 palsu ni. Kan dah kata, gambar HD kena ada permission. Kalau sembunyi2 nanti dibacanya dan ternampak, habis disuruh delete terus entri tu. Gambar MIL belum dapat lagilah nak snap curi2 ...hehehe....

      Delete
  3. lelaki kalau pandai jaga mak dia..mmg dia pandai jaga wife dia..itu pasti..anak2 u pun lelaki kan..bila dia tgk camtu..dah besar sok sure dia layan u macam ratu..bestkan..

    kalau dpt share pic..bolehlah i tgk..sure cute..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ergh... betul ke ni? Kalau betul, memang senyum lebarlah saya. My son dah kata, nanti bila besar dia akan layan Mommy macam Daddy layan neneknya :D

      Delete
  4. alang2 tu meh tepek sekali gambar satu family. baru kita2 ni tak tanya2 lagi.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auw, malu I tau.... nanti ni nak tempeklah gambar-gambar tertentu :D

      Delete
  5. Hari last? Kami dah mula kerja utk 2014.. penat masuk meeting..info banyak sgt mcm dah tak muat nak simpan.. haha..

    Patutla cucunya lawa2, opahnya pun dara pujaan.. syoknya macam tu..

    Cewah..kembangla orang tu, MIL puji masakan dia sedap.. haa.. bagus menantu macam ni..kisah betul ke pasal dibayar 1500 utk masak mee tu? Kali perrtama dgr ni...

    3 penjuru la ye...layan je..asalkan semua dlm umah bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian cikgu-cikgu ya...kita bangun on 30th tu pun leh garu kepala, eh memang cuti ke hari ni.... sampai gitu sekali kerileks-an nya tau.... Apa-apa pun, dah back to normal sekarang ni ya, tak?

      Nak kata kembang sangat tu takdalah...hahahah.... eh, my hubby yang baca katanya orang Penang tau...bukan RM1500 tapi RM15, 000 sekali goreng mi mamak. Hah, kelas tak? Apa macam sekarang nak tukar profesion ke? Tak payahlah jual cendol atau buka nursery, AN :D

      Delete
  6. Gud hubby, gud son bertuah dpt suami mcm ni. Sorry, lupa salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi singgah ya :D Alhamdulillah, harapnya dapat jadi husband yang baik juga :)

      Delete
  7. hujun tahunlah paling sibuk. company audit etc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita di sini, hujung tahunlah paling rileks. Macam makan gaji buta aje kekdahnya. Tak tahu nak buat apa. Bos-bos memang jealous habislah. Kalau boleh FB, mereka pun nak join sekaki rasanya :D

      Delete
  8. Terus saya bukak Google Map...nak tgk kat mana exact location Tashkent tu...hahahaha

    So your husband mmg asal dari Uzbekistan?
    Tepek la gambar dia masa kecik tu...:)

    Of course dia akan treat mak dia macam tu...
    Susah nak jumpa kan...
    Moga your MIL terus sihat kakinya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. My husband memang Uzbek dari Uzbekistan :D Nanti nak tempeklah gambar masa kecil aje. Masa dah jadi bapak budak ni HD tak bagi tempek, termasuklah isterinya juga (sayalah tu...hahaha)

      Alhamdulillah, kakinya dah sembuh semula.

      Delete
  9. Kasi can depa melepas rindu...dah lama x jumpakan hihi.bestnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kes kasi can lah ni sampai rasa terpinggir..huhuhu.... takpalah kan, suami kita asalnya anak dia, sampai bila-bila pun tetap anak dia....so kita terima ajelah dengan redha (walaupun hati lara...hehehe...)

      Delete
  10. Tak pe le bagi chance 3 bulan ni HB manja manja ngan mak dia...lepas tu jangan bagi chance lagi MD haha.... Yelah mak mana tak sayang anak .....anak mana tak sayang mak.... MIL tu siap bawak album ke datang Malaysia MD? ... Adik ipor dah sampai lum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yang suruh bawak gambar HD kecil-kecil. Itupun si abang ipar ambil gambar entah apa-apa. HD kata ada banyak lagi gambar cun melecun, comel lotenya masa kecil-kecil dulu...yang ada ni tak dapat nak menunjukkan kemachoan, kecomelan dan keblonde-an rambutnya....itu kata HD lah....

      Adik ipar tak jadi datang sebab MIL lambat sangat beli tiket ke Malaysia. Sekarang ni tiket mahal pulak kalau beli last minute... Nanti-nantilah datang...kang MD rasa lagilah salah masuk rumah dan terpinggir bila mereka tiga beranak berspeaking sesama sendiri...

      Delete
    2. Hehe....senang kerja sikit lew tu....MIL je yg ada haha...kalau tak serombongan haha....

      Delete
  11. Assalamualaikum..

    Hahaha sabar ea kak..sian hubby n mil akk lama tak jumpa..kasi lah diorang chance kak..hehe..

    regards,
    triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena banyak bersabarlah ni.... mak dengan anak mana boleh dipisahkan ya tak? Walaupun tinggal jauh beribu batu. Kalau tengok maknya tu rasa kasihan pun ada, yalah merindu kat anak-anak yang jauh. Nak balik selalu pun bukan dekat, dengan komitmen masing-masing lagi.

      Delete
  12. Mummydearie...saya dok membayangkan kecomelannya berdasarkan entry ni, hihi... Manalah tahu, satu hari nanti dapat lihat kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah dapat ditempek di sini. HD dah bagi keizinan...sebenarnya saya tanya boleh tak tapi dia diam aje...Kita consider itu sebagai izinlah ya :D

      Delete
  13. hii..bagi chance lah.. anak dgn mak sayang oii.. ni akak ni ada 3 anak lelaki.. lagi lah sayang.. apa tah lagi mommy's boy kan.. hee.. kasih ibu dear..


    mee togel pun mee togel lah.. janji licing. tepek lah dear.. nak tgk gak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada dua lelaki, kak. Ini tengah membayangkan macamanalah saya nanti bila anak-anak pun dah besar dan dah ada orang lain yang jaga. Sedih jugakan, kak bila mengenangkannya. Saya bagi peluang kat mak dan anak bermanja-manja sebabnya alahai, setahun 2 bulan aje dapat tengok muka anak. Saya ni hari-hari pun boleh tengok muka suami :D

      Delete
  14. baca entry mummy tetiba rindu kat mom lagi..walhal bar balik semalam...hehehe...biar betul dpt bayaran RM 15000 tu hanya masak mee goreng...kalau betul boleh lah try...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah...katanya orang Penang tau. Masak mi goreng mamak pun leh jadi kaya cam ni....

      Delete
  15. selamat tahun baru dear..
    bestnyer dapt ct pnjg akhir2 thn..
    kat sini 1.1.14 dh start sekolah..ambik ct gak..eksited htr ank hari pertama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, dear. Happy New Year to you too. Semoga tahun ini hidup kita lebih diberkati. Hari ni pun I cuti setengah hari juga sebab sibuk ngengada nak hantar anak ke sekolah padahal dah Tahun 2 dah pun :D

      Delete
  16. Itulah mak ngan anak memang rapat..isteri kena sabo hehe cam saya my hubby pun rapat sangat ngan maknyer ...mil baru sihat sakit mesti dia heppi n terharu dapat jumpe anaknyerkan..kalo saya pun nangis ni sayu sangat....Mee goreng mamak sedap u saya pun suka hehe mesti seronok mil mummydearie dapat makan2 best menantu kesayangan masakkan...bertuah dia tau...tak sabo nak tengok gambo2 nyertu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka jugalah, Lizz rupanya saya ni kuat gak cemburu. Padahal mak mentua aje tu. Yalah, kesian juga tengok MIL dengan anaknya. Sesekali dicium, dipeluknya anak lelaki yang dah besar panjang. Yalah, bukan selalu dapat peluk anak lagi sekarang ni. Tak sampai hati pulak nak cemburu lebih-lebih. Masa tu ajelah rasa terpinggir lepas tu kita sengih macam selalu ajelah :D

      Delete

Post a Comment