Akhirnya bangun juga!

Salam sayang semua!

Rindunya I dah lama tak menulis. Tak kiralah samada you all rindu kat I ke tidak. I missed all of you @_@

Sebenarnya sejak dua minggu yang lalu I kena sakit left hip yang agak teruk tapi bertahan juga selagi termampu. Pertama, kerana I memang seorang yang sangat takut akan sakit. Kedua, I memang liat sikit ambil ubat ni. Selalu aje terbabas. Makanya I bertahan tanpa ambil ubat mahupun buat pemeriksaan doktor. Bila lama sangat duduk, left hip terasa sakit bila nak bangun berdiri dan sakitnya menangkap hingga ke kepala lutut. Kalau tak betul-betul, mahu terpelecok kaki kalau berdiri tiba-tiba.

Ingat lagi tentang entri ini? Mulut I ni memang terserlahlah 'kemasinan'nya walaupun kurang makan garam ^_^ Ada sesuatu yang I terlepas kata, makanya kata-kata makan diri sendiri nampaknya!

I ni memang jarang sakit tapi bila dah sakit memang flat habis. Merangkak pun tak mampu! I nak bercuti last Thursday kerana anak-anak ada aktiviti, makanya I pun dengan tekun menyediakan dua entri on Wednesday morning. Agak-agak nak masuk lunch time, badan I dah rasa semacam. Sejuknya macam masuk dalam cold storage. Nak keluar makan pun malas. Makanya berlaparlah sejak pagi lagi. Lepas Zohor, I terus masuk surau nak berehat. Menggigil-gigil duduk kat dalam tu walaupun tak berpasang air-cond. Sampaikan ada akak cleaner yang masuk nak sembahyang tolong selimutkan badan dan kaki I kerana bila dipegang kaki macam air batu pula sejuknya.

Balik ke rumah petang tu I terus flat. Lepas telan dua biji Panadol, I terus berkelubung atas katil. Tak tahu berapa helai pakaian dan selimut I gunakan, berstokin bagai. Separuh badan ke atas panas. Kepala memang berdenyut tak reti diam. Separuh badan ke bawah dah sejuk menggigil-gigil tak berhenti.  

I ni kalau demam janganlah letak satu jari dalam air. Boleh menggeletar teramat, berlaga-laga gigi lagi. Memang tak boleh kena setitik pun air paip walaupun tak sejuk! Masa mula-mula kahwin, terkejut Hubbydearie tengok bila I demam dengan badan menggeletar teruk dan gigi berlaga-laga. Hubby fikir I sengaja melaga-lagakan gigi. I suruhlah dia cuba buat kalau boleh. Bila dah lama kahwin, Hubby memang arif bila tengok I jadi macam tu.

Entah pukul berapa agaknya, Hubby dengar I merengek-rengek sambil menangis dalam bilik. Bila dia masuk, rupanya I tengah menggeletar lagi sambil merepek-repek entah apa. Hubby pun kejut. Rupanya baru pukul 11.30 malam. I rasa macam dah berhari-hari aje I baring atas katil. Apa ke tidak, buka mata aje pukul 10 malam. Rasa macam tidur tapi bila buka mata lagi baru pukul 10.30 malam. Macam itu aje sepanjang malam. Memang panjang sungguh masa berlalu.

Bila Abang dengar Mommy menangis, Abang pun masuk bilik. Tetiba aje dia pulak menangis. Hubby pun tanya mengapa. Katanya dia sedih tengok Mommy sakit macam tu. Takut sangat kalau Mommy kena masuk hospital! Lagilah I meleleh air mata dengar kata-kata Abang. I pun suruh Abang tidur kerana nak bangun awal esok dan beritahunya yang I tak apa-apa cuma demam aje.

Aktiviti Abang dan Adik memang dah dirancang seminggu lebih awal, makanya tak dapat nak dibatalkan. Sepatutnya memang I yang bawa mereka tetapi dek kerana sakit, terpaksalah Hubby memandu. I tetap juga pergi walaupun Hubby melarang. Kesian kat anak-anak kalau I takda menemani. Akhirnya, again I terbongkang aje kat tepi penjuru studio menunggu mereka bersiap. Lamalah juga, dari pukul 8 pagi sehingga 3 petang. Nak terjah ke klinik pun tak sempat. 

Lepas selesai, Hubby nak hantar ke klinik tapi I dah memang tak larat nak bangun lagi.  Again, telan Panadol Extra dan berkelubung lagi. Pukul 5 petang Hubby nak kena fetch my brother pulak di airport. Tak tahu pukul berapa sampai ke rumah. Memang tak ke kliniklah jawabnya. Kali ni demam sedikit kebah  tetapi I tak boleh bangun, dizzy. Berpeluh sejuk sampai lencun baju. Tekak dah pahit kerana itu tak boleh nak makan. Angin pun dah mula satu badan. Bila terasa nak makan aje, sebu pun datang sampai ke ulu hati. Pedih pulak dah...

Itupun dek kerana kesiankan anak-anak, bila terasa kebah sikit I bangun buatkan roti telur dan spaghetti untuk Hubby. Hajatnya, bolehlah I makan sikit sebab memang dah kebulur sesangat sampai satu macam punya rasa. Baru cuit sesudu, dah rasa pahit macam hempedu. Spaghetti apakah ini...

Sempat lagi I beri makan si Adik sampai dua kali bertambah walaupun lencun dengan peluh sejuk. Kesian anak-anak I, lapar sangat agaknya. Kebetulan pulak dalam fridge, satu benda pun takda untuk dimakan. Memang macam ni lah keadaannya kalau I jatuh sakit. Semua pun terbiar. Nasib baik Abang tak mengadu lapar walaupun hanya makan roti canai in the morning dan McD Kid's Meal pukul 2 lebih tadi. Abang memang nampak aje berbadan besar tapi tak kuat makan and very picky. Semua minta Mommy yang buatkan/belikan kalau dia lapar nak makan. Adiklah yang kesian, lepas balik  petang tu dia tidur 3 jam lamanya bila bangun terus angkat t-shirt tunjuk perut minta diisilah agaknya.

Selesai sudah, I baring semula. Itupun bukan dapat tidur. Menahan sejuk bagai. Esok pagi-pagi terus pergi klinik. Dapat MC sehari. Walaupun demam kebah keesokkannya, tetap juga tak boleh nak bangun lelama. Feeling dizzy dan letih, langsung takda tenaga. Dapat sesuap dua makan, terus mual dek kerana angin dan sebu pun datang semula. Dua hari tu memang I baring ajelah di rumah. Sampaikan masuk hari Ahad, my Hubby dok pelik tengok keadaan rumah. Memang berselerak habis. Kali pertamalah I tak melipat baju sampai 3,4 bakul penuh meninggi. Kerja rumah pun terbengkalai. 

Bila Hubby kata berseleraknya keadaan rumah ketika itu, I teruslah jawab memang gitulah gayanya kalau pembantu rumah cuti sakit. Kalau hari-hari I berkemas dan mengomel, beliau selalu aje kata takda sesiapa pun paksa/letak pisau kat leher I suruh berkemas 24-7, basuh dan lipat baju hari-hari mahupun masak. Hah, tengoklah sendiri bila I tak buat kerja rumah hari-hari... tau pun tak tahan berseleraknya!

Masuk hari Isnin, I pergi jugalah ke klinik sekali lagi untuk ambil darah dan diberi cuti lagi dua hari kerana memang langsung tak bermaya. Walaupun demam dah kebah, rasa loya dan dizzy tetap ada, tak boleh nak duduk lama-lama. Peluh sejuk pun bukan main alahai. Esok paginya bila bangun baru teringat, ujian darah tak tahu lagi. I pun called ke klinik. Boleh pulak tu staff tak tahu hujung pangkal. Doktor bertugas janji nak telefon semula tetapi dek kerana I tetiba jadi cuak, bangun jugalah ingat nak buat blood test kat hospital aje. On the way nak pergi hospital, tetiba doktor telefon katanya terlupa nak inform semalamnya yang my platelet count 106 aje. Disuruhnya I datang semula ke klinik. 

Sekali lagi kena cucuk. I pun beritahu doktor tersebut tak ke naya nasib I kalau platelet count merundum jauh semalam dan terlupa diberitahu! Kali ni petang yang sama, klinik suruh datang semula ambil surat rujukan kerana platelet turun ke 93 pulak. Lepas ambil surat rujukan I terus ke hospital. Petang tu bila diambil darah, turuh lagi ke 91 tetapi doktor benarkan I balik rumah dan buat pantauan sendiri. 

Katanya tak mungkin denggi kerana I takda simptom-simptom lain kecuali kiraan platelet aje menurun. My WBC pun macam orang normal. Lain-lain takda masalah. Makanya I pun happylah nak balik, takut juga kalau kena tahan di hospital. Lebih takut lagi kalau kena denggi. Tapi bila dah ada perasaan syak wasangka, dah berbotol-botol 100 Plus dan ECPi I minum, siap hirup sup ketam lagi sampai muak. 

Tangan kiri-kanan tak payah ceritalah, dah tiga empat cucuk kena. Rasa macam nak nangis dek sakit tapi bila dok menunggu kat hospital tu, rasa insafnya tengok orang yang jauh lebih sakit daripada kita apatahlagi tengok budak kecil berusia baru beberapa bulan dan bercucuk tangan dengan jarum. Malu pulak rasanya kalau tak boleh tahan sikit ...

Lebih membuatkan I rasa 'sakit' bila teringat nasib anak-anak kalau I kena dok di hospital. Kesiannya kat anak-anak, terabai segala. I rasa macam I pulak nanti yang menangis kat hospital dek teringatkan mereka dua beradik! Memang benarlah kebimbangan teramat tu boleh membunuh keyakinan sehingga kita rasa macam orang tak berupaya aje. Walhal puncanya sekelumit sahaja ...

On Wednesday, I was on leave lagi. Kena pergi buat blood test sampailah confirm bacaan platelet kembali normal. Alhamdulillah, kali ni platelet count naik ke 108. Lega banyak. Teruslah decide lebih baik naik kerja cepat-cepat @_@ Lebih lama duduk sahaja di rumah, lebih sakit rasanya.

Inilah kiranya cuti paling panjang yang I pernah dapat tapi tak mahu sebenarnya ^_^









Comments

  1. Salam MD...

    Teruknya bila MD sakit,sampai menangis gitu..kata or,kalau sejuk tu tk semestinya kita betul2 sejuk tp ada panas di dlm badan..x boleh selimut nanti panas tak keluar..ni sampai berlapis2 n berstokin bagai...mana panas tu nak keluar....ehh....beleter plak saya...hehe...bukan apa,bila mummy sakit,anak terasa kesannya..tgk tu...sampai abg menangis....haiiii.....kesian betul la....cepat2 sembuh ye...miss u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya WA kalau saya demam selalu macam ni. Separuh atas panas sangat, separuh ke bawah sejuk betul. Memang betul kata orang kalau kita demam, jangan berkelubung bagai, biarkan aje supaya panas tu keluar. Tapi saya memang tak boleh tahan menggeletar bahagian bawah tubuh, meringkuk-ringkuk atas katil menahan sejuk teramat. Nasib baik saya jarang jatuh sakit, kalau tidak memang terbiarlah seisi rumah. Walaupun sakit, kepala ni tetap fikir pasal anak-anak. Manalah boleh berehat dengan aman...

      Delete
  2. Alhamdulillah, lega dengar.. eh silap, baca yang MD dah sembuh…. Teruknya demam hingga gigil2.. boleh imagine sbb saya pun pernah kena… sampai nangis2 depan doktor sbb tak tahan sgt hingga doktor pun nak nangis sama…. kelakar pun ada bila ingat balik…. hihihi
    sunyi dunia blog tanpa cerita MD tau…. dah ketagih nak baca celoteh MD :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari dulu lagi saya selalu macam ni. Kata orang tua, saya ni jenis kaki sejuk. Mesti sentiasa makan jamu dan benda-benda yg boleh memanaskan badan. Tapi saya ni pun liat sungguh bab-bab ni. Saya selalu juga terbayang kalaulah duduk di negara musim sejuk, memang apalah nasib agaknya. Baru demam dan berlaga gigi, gigil2 kaki macam atas air batu, mana nak tahan winter ye? Ada hikmatnya kot saya tak dapat dok di negara sejuk nih :D

      Delete
    2. saya dulu mmg jenis penyakit kaki sejuk juga hingga mak saya pun naik risau… tapi bila selalu mengurut, kaki dah tak sejuk….
      But lately sbb dah lama tak berurut, kaki dah jadi sejuk semula… walau berstokin, kaki tetap jadi sejuk… huwaa, tak sabar nak tunggu winter habis… rindu juga nak berurut dgn mak bidan :(

      Delete
  3. Teruknya akak bila kena demam mcm tuh. mmg flat habis. tapi mengenang kan anak2 lapar mmg nak tak nak kena bangun jugak. harap2 akak bertambah sihat. jgn lupa mkn ubat tau.
    take care sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau single mingle Lyn memang dulu-dulu akak dah tak ingat dunia. Akak kelubung atas katil tak kira waktu bila jatuh sakit. Tapi la ni terpaksa juga kuatkan badan bangun bila kebah sikit demi anak-anak. Kesian sungguh tengok mereka hampir seminggu makan makanan beli mana yang dapat.

      Delete
  4. sedih pulak saya dengan gelagat abang tu turut sama nangis...sedih sangat nengok mummy demam..kalo bab makan ubat tu saya pun liat jugek kalo sakit sangat baru makan ...apepun moga cepat ssembuh seperti selalu...boleh berceloteh bebanyak sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni last gi buat blood test. Alhamdulillah, dah back to normal. Memang kalau boleh tak mahulah kena lagi. Tak tahan sakit satu hal. Tak tahan hati ni tengok nasib anak-anak satu hal juga. Selalunya kalau demam teruk pun 1,2 hari aje. Ini sampai seminggu...memang seksa betul.

      Delete
  5. sangat rindu ooooo nak membaca celoteh u.... part abang sedih tu sungguh taching... he is such a caring boy......tapi teruk gak ek sis bila sesekali demam tu.... syukurlah it's not denggi and syukur sesangat makin beransur pulih... taking cares yo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, sis. Nasib baik bukan denggi. Yalah my place tu selalu aje takda air masa awal tahun dulu. Jadinya saya pantang betul kalau air paip kecil, semua containers saya tadah air. And then jenuh pula setiap 2 hari kena buang ganti baru. Saya jadi fobia kalau tengok air paip kecil ni. Mungkin dalam pada buang tadah tu, ada juga termembiak nyamuk tak sengaja kot. Nasib baik saya yang sakit, kalau anak-anak atau suami lagi haru biru jadinya. Syukurlah tak apa-apa.

      Delete
  6. teruk betul serangan demam kali ini yer... apapun alhamdulillah dh kembali sihat. Angah kirim salam, dier pun x sempat nk jenguk2 blog sebab sibuk sekolah nak bukak dah ni... Moga kembali ceria ye MD !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali buat Angah. Jenguk juga blognya tapi tak sempat tinggal komen. Saya jarang jatuh sakit, KA tapi betul juga orang kata, yg jarang sakit tu lagi bahaya. Bila sekali sakit terus tumbang.

      Delete
  7. teruk juga u kena demam ye..ke u jenis susah jatuh sakit sekali sakit mmg teruk..apapun moga u cepat sembuh..jaga diri tau..jgn culas makan ubat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. I memang jarang jatuh sakit tapi kalau sakit, macam nilah gayanya. Merangkak pun tak larat. Tapi lain kalau kita single mingle dengan ada keluarga ni. Sakit pun tetap juga kena bangun sesekali.

      Delete
  8. Tulah ....pelik jugak orang tu tak dtg menjengah.....dlm kepala teringat awak MD tp jari je tak sampai ke Amazing World ...apa pun syukur sebab dah sihat....betapa nikmatnya sihat bila kita sakitkan MD....
    Alhamdulilah....lama tak demam haranya janganlah demam.....pernah demam sampai gigil masa dlm pantang anak sulung...pergh mmg berlaga gigi mcm yg awak cakap tu MD...sejuk kita rasa tp hakikatnya badan panaskan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa saya ini first time demam tahun ni. Ini jugalah kali pertama demam teruk sampai seminggu. Feeling dah macam orang kena morning sickness tapi jgn bimbang, takda pertambahan bilangan...hahahah....

      Delete
    2. Mana ada bimbang weyh.....okje ok jerr....hehe..adik cute pun dah besau tu

      Delete
  9. semoga cepat sembuh!!!
    blogwalking...jemput follow blog saya..;)
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. bila baca ni rasa macam teruk sgt keadaan MD..demam pun smp macam ni sekali..kesian MD..nasiblah bila mem besar merangap bibik sakit,rumah n anak2 mmg tak terurus..dh sembuh tu Alhamdulillah..

    jangan malas2 makan ubat MD..padahal perangai kita ni lebih kurang je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila mem besar menumbangkan diri dengan pukulan KO, memang tak boleh benarkan orang masuk ke rumah. Memang dahsyat sungguh keadaan rumah apatah lagi keadaan mem besar. Nasib baik jarang sakit, kalau tidak....kena panggil part time maid ler nampaknya ...

      Delete
  11. Teruk jugak demam tu ya...
    Alhmdulillah ..dah makin baik..semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah baik sepenuhnya MP. Cuma tekak ni aje still pahit walaupun selera dah kembali macam biasa. Hilang sekejap nikmat :)

      Delete
  12. Alhamdulillah MD dah sihat.acik ingatkan MD tak de cerita baru..sebab mertua dah dayang..rupanya tk keluar kat tepi blog acik tu n3 baru MD.tak tau apasai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Saya ni bab-bab teknikal memang failed ler Acik. Takpa...kalau saya rajin bertandang tu maknanya saya adalah...hehehe....

      Delete

Post a Comment