Mari belajar memasak dengan Chef Lizz

Salam sejahtera semua! Selamat bertemu kembali dalam rancangan masakan paling popular di alam maya, 'Ketuk, ketuk Sudip bersama Chef Lizz'! 
(Para penonton please clap-clap-clap kuat-kuat ya!)

Eh, intro dah habis? Kenapa tak merapu hari ni? Takda idea ke beb? (Sshhh... diamlah! Kita tengah shooting rancangan masakan ni... )

Well....let me introduce  my next,next,next, next door neighbour yang memang sangat kreatif bila tiba part menu masakan untuk anak-anaknya, Abang Uwais dan Princess Sara @_@ Jom kita berkenalan dengan si cantik manis, Chef Lizz ~_^

Seriously, kalau you all suka makan atau tengah berdiet bagai, janganlah pergi tengok apa Lizz buat kat dapur rumahnya. Memang tak boleh menahan nafsu tau. Sekeping roti Gardenia tu pun boleh ditukar menjadi makanan yang sungguh menggamit-gamit mulut untuk disumbat dengan ganasnya ke dalam mulut. I dah bagi amaran tapi kalau you all tak sayang diet, jomlah kita bersembang dengan si Lizz ni.

Masa mula-mula berpindah to my 'luxury bungalow' ni, I dah ternampak si Lizz ni kat dapur rumahnya tengah memasak ditemani si comel Sara. Comel aje orangnya. Manis aje nampaknya. Tak sangka rupanya ada anak dua: sepasang pulak tu. Kalau you all tengok muka Abang Uwais (yeah, yeah, ni pun sebaya ngan Bubbly Abang...nampak tak motifnya kenapa I suka bertandang ke rumah Lizz?) memang time, time tu juga nak dibuat menantu. Hensem betul ~_^

Lizz ni memang I rasa kreatif yang amat. Tak kiralah sama ada dia kopipes resepi-resepi tu semua atau idea tu bulat-bulat datang dalam kepalanya, tapi memang salute habis dekat ibu anak dua ni. Kalau tak percaya, pergilah berkunjung ke rumahnya. Sure tetiba nafsu minat memasak dan makan-makan terexplode time tu juga. Tapi kalau dah malas macam I ni, boleh aje kopipes lepas tu peram sampai satu, dua hujung minggu baru buat. But then Lizz, I did tau...especially yang cara potong watermelon bentuk love tu, frankfurter 'cinta' dan roti gardenia 'bertelur' di tengah tu.... But alas, response sangatlah tak memberangsangkan (Mommy pun satu, anak-anak tak suka telur gi buat menu ni for breakfast buat apa...)

Hehehehe.... Apa gelak-gelak? You all fikir I tak tahu masak ek? I just tak mahu menandingi Lizz aje. Yalah I respect her creativity in cooking, baking, making lauk-pauk yang sedap tu aje @_@ I kan very low profile gitu ...

Jom kita mengenali neighbour I sorang lagi ni (Just imagine kita orang semua dok satu residential area, satu row gitu... memang riuh setamanlah gamaknya).

Alahai, ni lagi sorang. First entry Lizz ni cubalah you all tengok. Nama siapakah itu? Cantiknya nama....macam nama putera Arab pun ada, sesuai dengan tuan empunya nama. Sebenarnya Lizz ni mula menulis di blogspot kemudian baru berpindah ke rumahnya yang lebih besar ni. Melihat kepada gambar-gambar yang ada dalam rumah banglo Lizz ni memang tak dinafikan cik akak manis ni pandai ambil gambar juga. Cantik aje pada pandangan mata I nih ^_^

Anyway, I tak mahu kopipes gambar-gambar makanan dalam blog Lizz sebab I nak bagi laluan highway without toll kat you all pergi bersembang dengannya. Tak rugilah kalau you all suka main masak-masak dengan anak perempuan kat rumah tu. Anak-anak I semuanya lelaki and superheroes kecil, besar kat rumah tu memilih makan that's whylah I masak sepesen aje everyday (Please take note : I masak e-ve-ry-day ok)

Hah, meh sini jap. Ni nak ngumpat terang bulan sikit. Si Lizz ni masa memula dulu suka tempek muka cantik manisnya kat dalam blog tetapi sekarang ni asyik tempek muka Uwais, Qaysara dan makanan ~_^ Napa ek, Lizz? Dah low profile ye sekarang? 

Lizz pun rajin juga bagi petua tak kiralah awak tu tua ke muda. Petuanya boleh pakai forever. Tapi of course I rajin singgah sana sebabnya apalagi, kekreativitian (ada ke perkataan ni?) Lizz ni memang tak boleh dibangkanglah ... 

Nak tahu juga...Lizz ni memang terror bab-bab memilih nama anak ni. Memang terbelit sekejap lidah nak menyebutnya tapi sedaplah nama anak-anak si Lizz ni. Yang Abang Uwais nama penuhnya Muhammad Uwais Al-Qarni dan adiknya Princess Sara pulak nama penuhnya Qaysara Zulfaa Ez-Zehra. Hah, tergeliat tak? Tergeliat ke tidak? Sapa-sapa nak masuk meminang si Sara ni mestilah hafal namanya dari sekarang. Kalau cukup nafas oklah, go ahead boleh berkenalan dengan makbapaknya. Haippp...makbapak dululah kenal, nanti boleh hantar naik kereta masa gi first dating ~_^ (Ohhhh...baru tahu rupanya si Sara ni lahir tak cukup bulan ya...)

Baru aje mengorek entri si Lizz dengan adik beradiknya yang lain. Wah, lawa-lawa gitu Maksulah, Maktehlah.... tinggi saham ni.... tercabar pulak rasa perempuan Melayu terakhir di sini...huahahaha.... (jangan ketawa lebih-lebih yek)

Kalau tengok pada 'carta hati' si Lizz ni kan, dia memang suka menulis banyak-banyak masa nak hujung-hujung tahun. Mungkin kot masa tu banyak idea berterbangan dalam kepala, berlumba-lumba minta disimpan memori dalam blog @_@

Apa-apa pun, pergilah berkunjung ke rumah si cantik manis Lizz yang dah ada anak dua ni tau. Memang tak rugi main masak-masak dengan chef kita yang satu ni. 

Buat Lizz@mummycute@razucute, cam biasalah tak habis lagi ni. Kalau ada salah silap, tokok tambah yang takda kena mengena, janganlah masam muka dan menjuih mulut. Habis pulak lipstick merah makngah tu bersememeh nanti ~_^. Ni dah jarang-jarang duk di rumah ni, kenapa Lizz? Telefon pintar rosak lagi ke apa? Krismas dah nak dekat, mintalah apa yang patut dari Daddy si Uwais dan Sara tu.... 

Meh sayang muah hahaha sikit and jomlah fikir menu yang mudah untuk mummy-mummy join masak-masak di rumah. Tahun baru pun dah nak dekat sangat dah nih.... Kami dah kekeringan idea nak main masak-masak apa lagi kat rumah tu... @_@
 














Comments

  1. Betul betul betul.... blog dia penuh makan kreatif...suka tengok makanan dia ni, cuba je belum lagi.....Insyaallah...satu hari nanti nak try buat telo masuk lubang haha...
    Bab adik beradik dia tu tak jumpa MD... ada yeh?....Kira okje ni tak cukup galilah ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, OKje...awalnya berkunjung. Mentang-mentanglah laling takda rumah. Syok tau OKje buat telur masuk lubang tu...kadang-kadang gol, kadang-kadang tak gol pulak... Tak leh tempek kat sini, nanti nangis si Lizz tengok roti Gardenia berlubang yang dia ajar dah jadi tiang gol :D

      Delete
    2. Haha....derhaka pada resepi tu namanya,.....kalau OKje buat sure rentung sikit tang teloq tu hehe

      Delete
    3. OKje memang ada trademark rentung tu kira oklah. Kalau tak rentung bukan Chef OKje namanya. Ni MD memang kalau masak lain macam buat syok sendiri untuk isi perut sendiri aje. Anak-anak tak heran pun tengok Mommynya kelentang kelentung kat dapur tuh. Kalau keluar ayam goreng dari dapur aje yang dia orang herankan...tak ke sedih namanya!

      Delete
  2. Hehehe mmg selalu singgah ke blog lizz ni.. MD x leh nak komen pjg2 ler, kebusyan sgt2 minggu lepas ke minggu ni, tp rindu nak terjah blog kawan2.. skip lunch nak ke rumah kawan2 ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesiannya, KA. Sampai skip lunch dek kerana kawan-kawan. Thanks juga kerana pilih bertandang kat blog MD juga ya...Manalah KA ni nak gi...mulalah tu, mulalah tu MD ni dok berwild imagination gitu :D

      Delete
  3. untung dapat jiran kaki masak kan... bestt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi untung kalau betul-betul ada jiran yang macam ni dan selalu juga teringat kat kita bila dia main masak-masak :D

      Delete
  4. hehe...sipu-sipu malu kitew tau..tahap merah muka ni...tq sangat sudi review blg saya yang tah hape2 tu....2 3 hari lps membizi tu yang tak menyempat hapdet blog tu..nanti kita rajin update blog amik cooti panjang ni kita taram 2...3 entry sehari gitu...muahaha....nanti kita gali blog mummy dearie pulak yek jaga2 yek cik salmah lagi sikit2 kita nak khatam ni....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, lupa nak pesan tak payah pakai blusher merah hari ni...hehehe...

      Oh, ni pun nak bercuti-cuti Melesya jugalah ya? Nanti jgn tak update tapi jangan tulis panjang-panjang mcm orang tu tau :) penat pulak Cik Salmah (eh, nama baru ke ni?) nak membacanya ...

      Amboi Cik Jah ... siapa ajar ni buat kerja cari gali? Tapi ni nak pesan sikit ngan Cik Jah ni...tulis yang elok-elok aje ya...namapun berjiran...kah3x

      Delete
  5. salam kenal...singgah dari blog KA ni..

    ReplyDelete
  6. Amboi MD punyalah dok mengintai tak sudah si Lizz tu ye. Sambil jeling anak-anaknya jeling sekali masakan dia ye:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terlanjur menjeling tu Kakzakie, intai ajelah apa yang patut. Senang sikit nanti nak buat bahan gosip berhemah...hehehe...

      Delete
  7. rajinnya akak...
    so nnti lyn menyinggah jugak lah ke blog lizz tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood merajinkan diri tu tengah over ni, Lyn. Ada lagi kerja review yang tak siap-siap ni. Penat dah ni...huahahaha.... Pergilah melawat si Lizz tu kalau nak tahu menu masakan yang mudah dan kreatif.

      Delete
  8. Acik baru nak terjah.bagus juga MD buat macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjah Acik, jangan tak terjah. Si Lizz ni suka main masak-masak. Kreatif sesangat :D

      Delete
  9. sy pun suka tgok adik sara n abg uwais,comel n hensem sungguh.pastu pandai bergaya..baru tahu nama penuh depa..tergeliat gak la lidah nak menyebut.haha..

    mmg sy tak bley lawan kreatif si lizz ni dlm bab memasak,pernah cuba buat sosej telur bentuk love konon nak tiru macam lizz,berderai patah semua sosej sy.nmpknya kena maintain dengan sosej bodo je la,jangan nak berangan love bagai.tgn tak bedung ada hati kan..hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. PK suka masak mudah-mudah dan menjimatkan. Lizz pulak memang kreatif bab masakan untuk anak-anaknya. OKlah tu....haih...terasa jauh hati pulak dah ni ....

      Sosej tu nampak alahai senangnya tapi bila dah buat baru tau rupanya keras gak tangan nih...hahaha...

      Delete
  10. Selau juga singgah blog Lizz…. baru tahu nama penuh anak2 Lizz…
    Part gambar tu mmg saya pun kagum… semua cantik2… kalau saya mmg semua main taram jer… hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lizz memang pandai ambil gambar esp. food. Tak menahan lapar bila tengok makanan yang dah disiapkan. Saya pun hentam sajalah labu part-part foto nih...Eh, mcmlah byk sgt gambar dalam blog saya nih :)

      Delete
  11. Ha.. makin popular si lizz ni.. inshaa Allah akan jenguk blog kreatif ni nanti... mmg beristiqamah nampaknya MD buat kajian blog ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...sebenarnya AN dah penat gak nih...tapi tetap teruskan....ada story yang tak cover lagi nih...

      Delete
  12. moh ler memeriahkan rumah kwn2. salam kenal ye.

    ReplyDelete
  13. Lizz ni pun sy tak pernah ke blognya lagi..mcmana ni lynn...korg semua dok area elit gitu..semua dok banglo,sy ni dok di pondok buruk yg usang..nak intai2 terasa malu,nak join sembangpun mcm tu juga...huhuhu.....cmnerpun,ptg ni sy dtg nak teh tarik satu...meh idang kat sy ye...hehehe...kalau ada goreng pisang lg sodap..tu la pasal,kalau dah dtg bertandang,pagi ptg plak dtg sampai tuan rmh naik rimas...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...residential area kita orang ni memang class, WA. Maklumlah kaki masak, kaki gosip, kaki celoteh, kaki jaga anak, cikgu sekolah, sekuriti (secretary) semuanya ada, dalam kelas tersendiri. Jomlah pindah ke sini supaya semua leh bersembang, kunjung mengunjung tak ingat masa sampai kena halau balik :D

      Kita orang tak minum teh tarik...kita orang minum frapuccino, latte dan seangkatan. Kalau makan pun doughnut gitu...Hahaha.... tension WA kalau saya teruskan nih...

      Tak kisahlah, WA. Datang ajelah tuan rumah tak marah punya. Dah namanya tetamu takkanlah nak halau keluar pulak :)

      Delete

Post a Comment