Big Bad Wolf

The Big Bad Wolf book sale  tengah berlangsung sekarang ni. Hajat di hati memanglah nak menerjah tapi tak daya nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Tak pergi, alahai sayangnya. Harga buku semuanya murah. Kalau pergi, memang melayang-layang juga ongkosnya @_@

Nak pergi sendirian awal pagi lepas Subuh, dah tentu Hubbydearie tak benarkan. Nak pergi waktu-waktu biasa tu memang Hubbydearie takkan layanlah apalagi bila kena bawa superheroes yang suka ke hulu, ke hilir berlawanan arah. Pengsan Mommy nak mengejar nanti. Buku ke mana, anak ke mana, suami pun entah ke mana. Memang tak boleh rasanya nak pergi satu family. Ini sah-sah bukan aktiviti keluarga for our family ~_^

Nasib baik my ex-colleague memang satu kepala dengan I ni. So, I hantar wakil sahaja pergi berperang dengan orang ramai di sana, siap dengan senarai buku lagi. Satu aje response daripada my friend ni,

Eh, you don't have time to read, why you wanna buy so many hah?

Alahai, friend... beli ajelah ikut senarai nanti tahulah I mana nak cari masa. Kan ada 24 jam sehari walaupun asyik komplen tak cukup masa ^_^

Oh, ya... I memang suka baca buku sebenarnya. I suka baca novel tapi bukan kisah cinta ke apa. My favorite memangnya John Grisham, Robert Ludlum, James Patterson, Iris Johansen dan banyak lagilah senang cerita ~_^ Lagi satu, I ni jenis membaca yang tak boleh berhenti. So kalau dulu-dulu, setakat satu novel tu 3-4 hari I dah habis membaca tapi sekarang ni mahunya berbulan baru habis. Baca sikit berhenti, lepas  tu sambung lagi. 

Sebenarnya I memang tak suka baca begini. Kalau nak baca, bacalah jangan berhenti sampai habis. Memang bila dah mula tu gian pun datang. Kalau boleh tak nak letak langsung buku tu tapi apakan daya, jadi supermak ni mana ada begitu banyak masa terluang. Sebab itulah satu jam sehari semasa menunggu Bubbly Abang balik sekolah memang sangat berharga for my 'me time'. 

Eh, tengoklah yek apa buku yang akan dihantar selepas my friend tolong membeli-belah untuk I nanti. Kali ni tak banyak pun pesanannya. Kesian pulak kat kawan tu. I suruh belikan 5 buah buku sahaja walaupun dalam senarai ada 15 tajuk @_@ Takut pulak terhempap buku lagi macam zaman belajar dulu-dulu!


Comments

  1. i lum decide lagi nak gi ke tak...
    tengok aaa camne wiken nie....
    hurmmmm..... ke nak kirim gak hehehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugikan kalau tak pergi. Kalau pergi pun rugi juga poket ni nanti. Hahaha... apa pun I dah selamat buat kiriman kat my friend. Jangan sampai dia tak pergi pulak sudahlah...katanya cuaca tak menentu menjadikan moodnya pun tak menentu tapi tetap juga nak pergi. So, selamatlah poket I... bolos lagi :D

      Delete
  2. kalau pergi dgn along mmg jimat duit, tapi kalau dgn Angah & Adik, mau Ummi dier ni pinjam ceti hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak pergi, kena cari ceti siap-siap, KA :D

      Delete
  3. schedule sgt pack this week, mmg tk dan lah kot nak pergi..
    nak mencari novel2 dari penulis2 fofular gak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, dah lama tak baca novel (sejak cuti sekolah hari tu kerana 'me time' nya tiada) Harap-harap si kawan ni dapatlah cari novel yang diidamkan tu. Murah gilalah at RM8, mahunya nak lepaskan!

      Delete
  4. dulu sy suka baca buku..skang suka baca blog ja.hakhak..

    melayang ongkos beli buku takpe..ilmu tu yg paling utama..kita simpan2 nti2 baca jugak kan..pendek kata berbaloi habiskan duit utk buku..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... dulu saya banyak masa baca buku, sekarang saya banyak masa bw dan carigali minyak aje :) Takpalah kan melayang sikit untuk bahan bacaan. Boleh mahirkan BI lepas tu feeling2 kitalah watak utama dalam cerita tu (Eh, nak watak heroin aje!)

      Delete
  5. saya pun banyak buku yg dah beli, tapi tak terbaca… entah bila la dapat khatam…
    Nasib baik anak belum pandai suruh ummi baca buku, setakat ni ummi jer yg duk bising bila beli buku tapi tak baca… hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lagilah teruk. Beli buku anak pastu suruh anak baca sendiri. Dah Mommy nya buku pun tak abis-abis membacanya. Beli bukan main banyak, masa yang diperuntukkan 1 jam sehari waktu sekolah aje (sambil menunggu anak bujang balik sekolah) Betul kata PK tu, la ni ada hobi baru...dok skodeng blog orang pulak!

      Delete
  6. Saya tak pernah pergi ke BBW ni, sedihkan? Mmg sengaja tak pergi sebab tahu diri ni mmg malas baca buku. Buku karangan anak murid pun banyak nak kena tanda... haa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. OKlah tu... hari-hari pun ada karangan nak dibaca :)

      Delete
  7. dulu time duk KL memang pantang kalo ader bbw ni mesti pergi tapi EN hubby jer yang menggila carik buku saya takat buku resepi n buku design jek hehe...lepas tu melambak buku kat umah banyak yg belum bca lg ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu, Lizz. Saya pun bukan main excited nak membeli tetapi bab bacanya mahu satu buku amik masa 2,3 bulan. Nak kena khusyuk membaca, itu yang susah benarlah nak cari masa yg sesuai.

      Delete

Post a Comment