Rare pengalaman dengan Shopee
Salam kawan-kawan, Tetiba pula rajin menaip entri baru ni dah kenapa ya...😊 Begitulah hidup sebagai blogger picisan ni, semuanya bergantung kepada mood of the day. Jika mood melonjak, mulalah tak sudah-sudah nak menaip entri baru dalam blog. Kalau mood merundum, memang kelam dan penuh sawanglah blog jawabnya. Agaknya rakan blogger yang lain pun ada mengalami turun naik mood ni, betul tak? Berbalik kepada tajuk cerita, semenjak PKP ni memang banyak sungguh masa terluang untuk shopping online . Maklumlah, nak keluar rumah bershopping tak boleh. Makanya kita gunakan masa yang ada untuk memenuhi cart . Platform paling diminati untuk melakukan aktiviti ini sudah tentulah Shopee. Sebelum PKP pun memang rancak aktiviti 'riadah' jari jemari di sini. Masuk aje PKP, lagilah rancak walaupun ada kalanya barang yang dipesan lambat sungguh nak nampak bayangnya. Ada juga masa terpaksa dibatalkan aje pembelian kerana mengambil masa panjang. Namun itu bukan menjadi sebab untuk merasa serik na