Rare pengalaman dengan Shopee

Salam kawan-kawan,

Tetiba pula rajin menaip entri baru ni dah kenapa ya...😊

Begitulah hidup sebagai blogger picisan ni, semuanya bergantung kepada mood of the day. Jika mood melonjak, mulalah tak sudah-sudah nak menaip entri baru dalam blog. Kalau mood merundum, memang kelam dan penuh sawanglah blog jawabnya. Agaknya rakan blogger yang lain pun ada  mengalami turun naik mood ni, betul tak?

Berbalik kepada tajuk cerita, semenjak PKP ni memang banyak sungguh masa terluang untuk shopping online. Maklumlah, nak keluar rumah bershopping tak boleh. Makanya kita gunakan masa yang ada untuk memenuhi cart.



Platform paling diminati untuk melakukan aktiviti ini sudah tentulah Shopee. Sebelum PKP pun memang rancak aktiviti 'riadah' jari jemari di sini. Masuk aje PKP, lagilah rancak walaupun ada kalanya barang yang dipesan lambat sungguh nak nampak bayangnya. Ada juga masa terpaksa dibatalkan aje pembelian kerana mengambil masa panjang. Namun itu bukan menjadi sebab untuk merasa serik nak bershopee'ing ni πŸ˜„ Biasalah, waktu begini memang kena banyak bersabar menunggu hasil πŸ˜„. Bukan kita aje yang rancak membeli, bahkan ramai di luar sana  sama aje perangai macam kita! 

Semasa PKP ni kalau boleh semua pun nak beli online. Nak keluar membeli takut. Nak beratur panjang dengan segala macam SOP yang kena dipatuhi pun memenatkan juga. Kalau shopping online, takdalah SOP ni semua. Senang! I ada juga terbaca komen-komen bila viral gambar longgokan barangan di pejabat J&T suatu masa di musim PKP. Ada yang komen manalah tak penuh barang kalau dah ikan bilis, barang dapur pun depa bantai beli online. Hah, nak mengakulah ni ya - I salah seorang daripadanya! I pernah beli belacan dan udang kering kat shopee lagi😁 Jangan jealous! Itu baru dua jenis, kalau I senaraikan barang-barang yang lain, mahu  gigit bibir tak tahu nak respond macamana😁

Alkisah, satu hari ni I orderlah barang makanan dan juga bukan makanan dari satu hypermarket ni. Tapi sejak PKP, memang this seller sudah maklumkan bahawa pesanan yang dibuat akan memakan masa untuk penghantaran. Itu I tak kisah. Perkara biasa yang berlaku di musim PKP. Ini bukan kali pertama I order dengan seller ni. Kali kedua!

Kali pertama dulu order bulan March, dapatnya bulan April. So this time, I order awal bulan Mei dengan anggapan by June dapatlah kot… πŸ˜„ Tapi silap pulak, by middle of May dah dapat barang-barangnya. Punyalah happy sebab dah nak raya (walaupun barang yang dibeli takda kaitan pun dengan sambutan hari raya).

Biasanya bila barang sampai di musim PKP ni, I akan simpan sehari sebelum mengemas. Tambah lagi simpan di guard house tak tahu berapa hari, kiranya safelah semua barang yang sampai dari COVID-19. Hahaha! Oh, ya! Barang-barang belian semua dihantar di pejabat takut suami detect awal si isteri shopping sakan πŸ˜‚

Jadi bila dah settled kemas barang, barulah I tersedar yang ada satu item ni tak ada. I beli dua set tapi cuma dapat satu set. Mujurlah belum click button 'receive' tu lagi. Makanya I pun clicklah button 'refund request' due to incomplete barang yang diterima. Dan-dan tu juga I dapat mesej dari shopee suruh pulangkan barang. Eh, macamana nak pulangkan barang kalau I tak dapat barangnya? I pun terus bagi reply sedemikian.

Lepas beberapa hari I dapat mesej yang sama lagi. Kena return barang by due date yang diberi. Kalau tidak refund process tu akan dibatalkan. I pun contactlah seller tanya nak buat macamana. Langsung takda jawapan dari seller. I pun cuba live chat dengan shopee. OMG, waktu nak chat tu I orang yang ke 950! Takkan nak tunggu. So I pun email ajelah senang. Cepat juga tau shopee balas. 

Again, disuruhnya I pulangkan barang. I pun dah ala-ala suam kuku bengangnya tapi masih bersabar. I replied semula kata barang tak dapat, macamana nak pulangkan. 2, 3 kali juga berbalas email macam gini dekat dua minggu lebih. Akhirnya I dah naik angin! I pun tanya balik kat shopee  macamana I nak pulang barang yang I tak terima atau mereka nak I pulangkan semua barang yang I dah terima?. Masalahnya, selepas dua minggu takkanlah I simpan lagi barang makanan. Haruslah dah selamat masuk dalam perut!

Bila asyik disuruh berulang-kali untuk memulangkan semula barang, I pun tanyalah kat shopee cuba ajar I the best possible way macamana nak pulangkan barang yang tak diterima. Ataupun, beri I jawapan barang apa sebenarnya yang I perlu pulangkan? Jika mereka mahu I pulangkan semua barang of course tak boleh sebab alasan yang I beri sebelum tu - ada barang makanan yang dah 'lenyap' dari mukabumi dan mengapa I perlu pulangkan semua jika masalahnya hanya disebabkan oleh satu barang yang I tak dapat?

Setelah berbalas 9, 10 email barulah shopee ni FAHAM apa yang I katakan berulang-kali sebelum ni. Dan, mereka pun tanyalah jika boleh mereka refund barang yang I tak dapat sahaja... Oh, my! Memang inilah masalahnya dari awal! Kenapa baru sekarang depa faham!

Buat kesekian kalinya I pun jawab, beritahu mereka itulah yang I hendak dari awal - refund untuk barang yang tak dapat! Dan nak tahu apa berlaku selepas tu?

Email yang I hantar ke shopee asyik undelivered sebab 'receive rate too high' makanya delivery email tu incomplete. Berbalas-balas email sebanyak 10 kali okey aje sebelum tu. Tapi bila kita setuju (dah lama) aje, tiba-tiba email tak boleh hantar! 2 kali I cuba hantar, 2 kali juga dapat mesej yang sama.

Makanya I pun cuba live chat. Kali ni queue nombor 250+  tapi I tunggu juga, tak peduli. Bila dapat aje chat, terus I minta refer kes ni. Katanya nanti akan ada reply dari shopee dalam masa terdekat. I cuma cakap satu aje, jangan suruh I buat the impossible and I dah agreed dari awal untuk refund me the amount yang mana barangnya I tak terima. Okay, nanti depa proceed. Apa yang nak diproceed tak tahulah.

And, pagi tadi I baru dapat reply dari email. Kes masih ongoing gitu….

Kita tunggulah apa jadi. Kalau rajin, nanti I update.

By the way, amount tak besar mana pun tapi sebagai buyer, I have the right. Of courselah I nak balik duit bila barangnya tak dapat. Tak gitu?














Comments

  1. Salah satu risikonya bila beli online ni Kan MD..
    Barang tak dapat atau Salah yg diberi. Kalau lambat smpi Tu ok lagi lah Kan..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin pd 25 Syawal 1441h🀭😁😘

    ReplyDelete
  2. Hi MD! Yass sama lah kita, asyik shopping sana sini sampai jagung pun nak beli online dekat Shopee. Hahaha! Kalau bukan PKP pun dah sakan shopping online, apatah lagi musim sekarang ini kan. Lagi lah lajuu aje jari ni click macam macam benda. Shopee ni kalau bab minta refund memang selalu lah lambat, tapi hei kita beli ofcourse kita ada hak nak complain.

    ReplyDelete
  3. Pening jugak kalau diaorang tak paham bahasa gitu. rasanya yang tukang reply tu tak paham situasi sebenar. Dia baca lain paham lain,.Hahah..

    ReplyDelete
  4. uuuii peningnya macam tu.. suruh pulangkan barang yang tak dapat

    ReplyDelete
  5. Hai awakkkk..... mimpi blog ke bulan June hari tu hihi...
    Boleh kawan dengan anak ni...sebab dia pun rajin shopping online.... tau tau barang sampai je dahlah tu mak dia yg kena ambik barang kat pagar.... haish...
    Ingat smooth je rupanya ada problem jugak ek.... Bab bab gini yg malas nak layan ni.... nasiblah tak berapa suka shopping online.

    ReplyDelete
  6. Hi MD, macam mana nak contact MD. Ada email or contact number tak? Thanks.

    ReplyDelete
  7. salam kak, telefon saya kalau akak baca komen saya ni(0183232095) ada benda saya nak cakap dengan akak. tentang perkara yang sulit saya nak jelaskan, whatsaap sya secepat mungkin, saya haris

    ReplyDelete
  8. saya lebih suka Lazada berbanding Shopee hehehe

    ReplyDelete
  9. Hai MD, mood blogging saya lagi teruk, terus ke laut dalam nampaknya hehe....

    ReplyDelete

Post a Comment