Posts

Showing posts from August, 2018

Scrabble & Scammer

Salam kawan-kawan!
Apa khabar semua hari ni ya?
Aduhai, susah juga tau nak mengekalkan momentum untuk tegar mengemaskini blog!
Ingatkan bolehlah sehari satu entri macam dulu-dulu tapi satu minggu satu entri pun susah weyh!
Hari ni kita bercerita yang ringkas-ringkas ajelah ya. Tak payah bersusah-payah disulami dengan mukadimah corner baring macam selalu sebabnya I nak cepat-cepat update hari ni 😊
Scrabble
Kepada yang biasa mengikuti kisah my anak-anak bujang, memang sedia maklumlah yang si Bubbly Abang ni menjadi ahli kelab ni sejak tahun lepas lagi. Bukan dia yang mahu tetapi cikgu Bahasa Inggeris yang 'menariknya' keluar dari segala aktiviti ko-kurikulum hari Rabu untuk turut serta dalam kelab ni. Ahli pun bukan ramai' 4,5 orang je 😊
Tahun ni kelab tak aktif sebab ada UPSR di penghujung tahun nanti tapi Bubbly Abang 'diangkat' pulak jadi president  untuk Storytelling. Aduh, mengeluh my anak bila beritahu hal ni tau! Bukannya dia happy sakan melenjan dapat jadi …