Bangkok Street Food, Setapak ^_^

Salam kawan-kawan! Ahah! Nampak tak? Tajuk kena jelas 😊 Nanti orang kata ke Bangkok pulak kita padahal pergi makan di restoran kat Setapak aje pun. Tak jauh mana, se-ta-pak aje ya 😉 Dah dinasihati berkali-kali, bila usia kian meningkat kenalah kurang-kurangkan makan sedap. Belajarlah untuk berhenti makan sebelum kenyang. Jangan kerja bangun aje tidur, terus fikir nak makan apa! Kena fikir, apa usaha yang mampu dibuat untuk menjadi umat manusia yang lebih berguna lagi. Tapi yalah, sudah namanya manusia yang lemah... yang melekakan itu juga yang best bangat sih! Banyak cerita terpaksa diskip kerana malaslah nak watermark gambar yang ada. Lain kalilah ya bila kerajinan menerjah kembali; yang tak tahulah bila akan timbul. Yang biasa timbul, selalunya kemalasan 😊 Gambar dalam entri ni pun dah diwatermark sebenarnya tetiba tersilap tak tahu letak kat mana. So, malaslah nak mencari. Letak ajelah apa adanya. Kalau dok fikir banyak, memang takda entri baru lagi har