Bangkok Street Food, Setapak ^_^

Salam kawan-kawan!

Ahah! Nampak tak? Tajuk kena jelas 😊

Nanti orang kata ke Bangkok pulak kita padahal pergi makan di restoran kat Setapak aje pun. Tak jauh mana, se-ta-pak aje ya 😉

Dah dinasihati berkali-kali, bila usia kian meningkat kenalah kurang-kurangkan makan sedap. Belajarlah untuk berhenti makan sebelum kenyang. Jangan kerja bangun aje tidur, terus fikir nak makan apa! Kena fikir, apa usaha yang mampu dibuat untuk menjadi umat manusia yang lebih berguna lagi. 

Tapi yalah, sudah namanya manusia yang lemah... yang melekakan itu juga yang best bangat sih! 

Banyak cerita terpaksa diskip kerana malaslah nak watermark gambar yang ada. Lain kalilah ya bila kerajinan menerjah kembali; yang tak tahulah bila akan timbul. Yang biasa timbul, selalunya kemalasan 😊

Gambar dalam entri ni pun dah diwatermark sebenarnya tetiba tersilap tak tahu letak kat mana. So, malaslah nak mencari. Letak ajelah apa adanya. Kalau dok fikir banyak, memang takda entri baru lagi hari ni...

Okay, marilah kita makan-makan di Bangkok Street Food


Ini HD yang beri cadangan ya. Sedang elok makan berdua bersama teman senegaranya sepurnama lalu di Qing Fan (errr... Chinese Muslim resto) yang berhampiran, tetiba ternampak pulak restoran ni. Sibuklah katanya ramai sungguh orang. Melayu paling ramai. Perempuan bertudung pun ramai! So, kesimpulannya kalau Melayu yang ramai makan di sini dan perempuan Melayu bertudung pun ramai (erkkk... apa kes? apa kaitan? please don't ask), halallah tu 😊 Senang eh, jatuh hukum halal-haram 😊 Tak payah nak rujuk netizen bagai...

Bagi alamat siap-siap ya dulu...

Bangkok Street Food
1-3, Jalan 1/23E, 
Danau Kota, Setapak
53300 Kuala Lumpur

(Ini sumber dari Google. Kalau salah, silalah jangan marah 😊)

Bila sampai aje, Bubbly Abang dah berkerut muka. Maklumlah my anak bujang tersado nikan picky eater. Takut betul kalau takda ayam goreng. Menangis laparlah nanti. Tapi kenalah tahan muka supaya tak kena marah Daddy. Kalau Daddy marah, kena balik terus rumah tak makan nanti 😊

Sebaik aje duduk, menu pun sampai...

Garu kepala yang tak gatal I jadinya. Semua ada bunyi-bunyi Thai. Serius tak tahu nak pilih apa 😊

Jadi kita bantai ajelah pilih ini...

Nam Sai Chicken (kot) 😊

Kai Thod Chicken (kot lagi) 😊

Kai Pandan Chicken

Cha Manao Yen
Errr... Yam Mamuango terlupa nak ambil gambar sebab sampai lambat 😊

Tak ke 'tragis' tak tahu apa yang dipesan....😊

Yang I tahu steam rice aje 😉

Kalau order steam rice dapat nasi goreng belacan, memang menangislah tiga beranak tu tak termasuk I 😉

Yang tak tahan kelakar tu, mereka bertiga nak order teh o ais aje. So I pun tanyalah kat waiter tu nak teh o ais tiga. Tapi dek kerana berpinau tengok menu semua ala-ala Siam, budak tu kata Cha Manao Yen tu teh o ais. So okaylah, order  empat senang. Takdalah yang cemburu orang ni punya air lagi sedap dari orang tu punya!

Bila drinks sampai, wallaweyh, apahal sedap sangat teh o ais ni. Lain sikit rasanya. Ada masam-masam gitu macam ada serbuk asam boi pulak 😊

Kesimpulannya, walaupun masing-masing nampak macam berselera aje makan, bila diinterview selepas kenyang ini pulak jawapannya....

KFC semalam lagi best, Mommy!

Adik bukan suka sangat ayam. Lauk dia pedas, Adik tak tahan!

Makan kat Pormthip lagi best. Susah-payah aje datang jauh-jauh ke Setapak tempuh jem, biasa-biasa aje pada I....

I senyum ajelahkan. Duit pun dah melayang, bertukar tangan dengan tuan kedai. Redha ajelah!

Takpa! Hari ni Mommy masak sendiri kat rumah. Kita makan rendang ayam pulak. Jangan kata kenyang, merajuk kang sepanjang cuti Krimas ni tak mahu masak!























Comments

  1. Replies
    1. Masa lapar, semua pun bantai ajelah makan. Bila dah kenyang, lupa bersyukur tau ~_^

      Delete
  2. Nasib baik ada Kai Pandan Chicken, senyumlah 2 beradik tu..


    Jika namapun dah GAH, tentulah RMpun GAH juga, bukan sebarangan orang dapat datang ke mari.

    Sebelum masuk kena kira betul2 dulu "berapa batang pokok kelapa sawit" yang menyelinap dalam purse.. 😄😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang yang senyum, Adik dengan ayam goreng ni biasa-biasa aje. Dia tak berapa kisah pun.

      Pandan chicken tu Bubbly Abang tak suka. Dia mengerjakan ayam goreng yang satu lagi tu ^_^

      Takdalah mahal mana pun sebenarnya UA. Nama pun street food aje. Tapi itulah, nilai wang dan nilai rasa di anak tekak tak serupa. Hahaha!

      Delete
  3. Hehe..
    Sekali baca tajuk, eh MD pegi Bangkok ke..
    Baca lagi sekali, oo kat setapak.
    Mmg gitu la kalau menunya kita xtau apa benda kan, redha je la apa makanan yg sampai nnt. Hehe.. Kalau ira kan, sedangkan menu yg kita tahu apa benda pun, kdg2 jd xtau nak makan apa.. Haha..
    Berdasarkan ulasan2 tu, alamatnya takde ulangan la ke restoran tu ye. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's whylah jangan jadikan habit membaca tajuk aje. Hahaha!

      Sebab itu saya lagi suka kalau pergi ke resto yang kita dah biasa. Bolehlah tukar-tukar menu apa pilihan hati pada hari tersebut ^_^ Tapi kalau selalu pergi ke tempat yang sama, jemu pulak ya tak?

      Delete
  4. Macam best je kan..

    I pun dah sgt malas nak berwater mark dah sekarang..tak ada masa for that..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sekadar watermark, masuk blog pun malas. Tapi tulah, sayang tu masih ada...

      Delete
  5. Takpelah MD ...kalau tK mencuba makan kat situ tak kan tau sedap ke tidak...
    Belajar dari pengalaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau tak cuba, mana nak tahu ya tak?

      Delete
  6. dekat aje kan setapak tapi tu lah nak menjengahnya dengan jem lagi memang tidaklah kalau saya ni..so kesimpulannya bila makan waktu lapar apapun jadi sedap, lepas makan tu barulah terasa masakan mommy lebih sedap kot hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni kena tunggu situasi cool down dulu. Nanti bila COVID19 dah takda, bolehlah kita menjamu selera kat port-port baru. Lama lagilah tu...

      Delete
  7. Ibu dah saspen baca tajuk tadi

    Baca lagi sekali setapak ke kl lah pulak

    Sesekali makan lauk yang lain dari tekak biasa dapat sedap juga kan

    ReplyDelete
  8. Dah kata baru pertama kali pergi.. mmg tak tahu kan apa menu yg best.. tambahan semua ala2 thai menu.. tak tahu apa yg dioder apa yg dtg kan 😄

    Alhamdulillah boleh masuk di tekak mknn tu..

    Apa review MD ttg restoran ni..
    Boleh pergi lagi ke😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah CH nak bagi kesimpulan apa. Ni dah berapa tahun punya cerita. Entah ada lagi ke tidak resto ni semasa saya menjawab komen CH ni. Hahaha!

      Delete
  9. Mmg betul umur2 cam kita ni kena kawal makan tp klu dah lalu kat tempat camni susah nak cakap. Tak terkawal nafsu tu. 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tak makan, rasa sayang tak mencuba. Bila dah makan, eh menyesal pulak kalau tak ikut selera anak tekak.

      Delete
  10. makanan thai ni memang kena dgn selera kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tempat-tempat yang sedap. Makanan Thai yang saya suka cuma tomyam je...

      Delete
  11. Replies
    1. Alamak... lupa dah apa rasanya by the time saya menjawab komen ni...

      Delete
  12. Setakat hari ni, AS susah sikit nak trima masakan ala thai.
    Masakan thai satu2 nya yang Annur makan, adalah tomyam..haha.
    Padahal sebelah mak, ada darah siam. Atuk Annur dari daerah Pattani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan saya. Saya pun suka tomyam aje. Lain-lain tu tak berapa biasalah dengan anak tekak ni...

      Delete
  13. Hai MD...dah lamanya tak datang melawat sini...rindu tau dengan MD. MD busy ke ni lama tak update citer2 best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Linda. Baru la ni dapat menjawab komen yang makan tahun ni. Rasa-rasanya sibuk tak? Hahaha!

      Delete
  14. Hi! MD. Lamanya menyepi. Bila nak update blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni baru update, Fiza. Itu pun ikut mood of the day omputih kata...

      Delete
  15. Lama tak mai blog ni.. macam2 hal berlaku kat ai.. eemm..
    Bab makan.. sama macam anak bujang ai.. memilih. Dak Kakak pulak kalau kata menu tu tak sedap, situ jugak dia komen.. huhuhu.. dak Nuha je senang. Makan je. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Ini pun baru ada masa nak tengok komen dan menjawab komen. Nanti kalau ada masa lagi @ kalau rajin, kita update entry baru pulaklah. Jangan lupa mai tau ^_^

      Delete
  16. assalam MD
    .
    masih ingat saya hihi..

    selamat berpuasa MD.
    semoga sihat sihat aje ye..
    lama blog tak berupdate ni..

    suka kai pandan..
    bolehlah selit dalam menu berbuka nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Masih ingatlah. Manakan lupa walaupun usia dah menginjak banyak selepas entri ni ditulis. Hahaha!

      Delete
  17. Salam penghujung Syawal MD.. lama bebenar tak kesini..rindu kat hero berdua tu.. hihi.. moga semuanya baik2 shj.
    Nampak makanan sedap tu terus lapar.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah! Dah Syawal kembali ni, Atie. Berapa Syawal dah berlalu ya sejak Atie mengomen di sini? Hahaha...

      Delete
  18. Gambar ada tapi itulah tengok tulisan pun dah pening...

    ReplyDelete

Post a Comment