Bye bye 2014!

Salam kawan-kawan! Akhirnya, sampai jua kita ke penghujung 2014. Terima kasih Ya Allah atas segala apa nikmat dan dugaan yang diberikan sepanjang menempuh kehidupan pada 2014. Walaupun tiada pencapaian yang begitu dibanggakan untuk dikenang sepanjang tahun ini, tetap juga ia menjadi lipatan sejarah dan memori yang sungguh indah untuk tatapan suatu hari nanti. Kepada kawan-kawan semua, semoga apa yang terjadi dalam hidup kita pada tahun ini akan menjadi tauladan untuk kita memperbaiki diri pada masa akan datang. Insya Allah! Secara peribadinya, tahun ini merupakan satu tahun yang manis buat I sekeluarga. Kami berjaya menempuhi segala dugaan yang datang dan mengalami setiap saat yang manis as one whole family. Syukur ke hadrat Ilahi atas segala macam peristiwa yang hadir dalam hidup kami. Semoga keutuhan dan kebahagiaan sekeluarga berkekalan selamanya. Buat kawan-kawan semua, terima kasih kerana masih setia menemani I mengomel di blog Mummydearie yang tak seberapa ini. Seikhlas