Monday, December 1, 2014

Apa dah....

Salam kawan-kawan!

Ni I tak tahu nak kategorikan entri ni sebagai apa. Sebenarnya tajuk pun I malas nak fikir setenang-tenangnya. I ni kan pemalas sebenarnya. Well, maybe semua tak tahu tapi I tahulah I macamana! ~_^

Hujung minggu yang lalu, kami menghalaukan diri keluar rumah kerana nak berJJCM. Yalah, yalah,  entri 2 jam 30 minit yang I published on the spot sebelum ni I kata I tak ke mana-mana (Tengoklah terrornya Maths si MD nih... hehehe...) Elok je duduk bersimpuh pakai kain batik ala-ala perempuan Melayu terakhir kat rumah... Aha, dok membayangkanlah tu. I know, I know...go ahead! Takpa... tapi bayangkan yang cun-cun, yang manis-manis jelah tentang MD ya ~_*

Alkisah, sebenarnya masa keluar rumah tu tak tahu nak makan di mana. Biasalah tu, dah start engine kereta baru terfikir mana nak tuju. Asalnya nak ke Aeon Big dulu sebab ah kak ni ada benda nak terjah - tengah promosi katanya. Murah, murah! Ah kak mana boleh kalau nampak benda jual murah ni! Ada je alasan nak guna untuk membeli ^_^

Hubbydearie ada hal sedikit kat area Ampang. So lepas ke sana, semasa menunggu dalam kereta I pun terjahlah online, mana nak cari makan ye! Oh, ternampak ada Restoran Tupai-tupai kat Ampang Waterfront. Ingat nak terjahlah. Dah lama tak ke Tupai-tupai ni... (Weyh, weyh, siapa pulak kata nak makan tupai nih! Melampau arghh imaginasi, tinggi ya amat!)

Hubbydearie kata kalau nak ke Aeon Big apakata kita ke Wangsa Maju sahaja. Boleh beli barang di Aeon Big dan terus makan di Oochid Bistro, tak pun Jom Balikan sedia menanti kedatangan pelanggan setianya ni...

Oh, tidak! I membantah! Baru aje makan di Oochird Bistro di IOI Mall, Putrajaya! Takkanlah nak terjah restoran yang sama lagi. I pun google lagi tempat makan best! Keluar pulak nama Restoran Rosdet Tomyam ni. Ingat kat Ciksu kita yang tengah asyik mengulit babynya ^_^ (dari blog Ciksu I tahu nama restoran ni...)

So kita pun terjahlah 'Kg Baru aku datang nih'.... 

Tetiba jalan jem pulak petang Ahad gini. Nyampah betullah. Perut dah berkeroncong sebab tengahari tak makan. Kata Hubbydearie, I ni sama je perangai macam Mami. Kalau lapar, mulalah buat hal. Masam je muka, tak boleh kena tegur. Nak melatah je mengamuk  tak kena tempat... Okey, I redha terima teguran! Memang pun I begitu kekdahnya *_*

Sampai kat Kg Baru, dah kata dah nak cari Rosdet Tomyam, habis semua nama restoran mereka anak beranak duk sebut beritahu kat I yang tengah duduk macam mem menahan hati kat belakang ni. Siapalah tak ketap bibir, geram. Sampai I ejakan siap-siap kat bapaknya - R.O.S.D.E.T  Tomyamlah!!! Lain-lain restoran jangan beritahu I. I tak nak dengar. Buat pekak telinga dan bernanah hati je!

Sampai ke hujung Jalan Raja Abdullah tu, kita tak jumpa restorannya. So, I beri kata dua kat Hubbydearie tak payahlah nak patah balik. Kita pergi tempat lain je! Dahlah jalan kat Kg Baru ni menyakitkan hati I je....

So Hubbydearie came up with the same old question - Tell me, where we should go from here!

Aduh, I juga yang kena beritahu mana nak pergi...

Since Hubbydearie cam hint-hint manja nak makan kat Jom Bali, I pun segeralah suruh HD drive balik ke Jalan Ampang. Jomlah ke Wangsa Maju je. Nanti kalau tak nak makan kat Jom Bali, kita tinjau tempat lain area Wangsa Walk pulak. Kononnya gitulah ad hoc plan ah kak yang clever memanjang nih!

Dah nak sampai kat Aeon Big Wangsa Maju tetiba Hubbydearie tegur isteri mithalinya,

You ni kan, same old perangai! You nak ke mana, I bawa but still, masam je muka kalau tak dapat makan on time!

I tak kata pun nak ke sini!

Tadi you kata Aeon Big Wangsa Maju!

Itu you yang teringin. I tak kata pun.... I kata pergi Aeonbig area rumah kita. Lepas tu pergi Shah Alam, makan!

Just now I said Shah Alam but you don't want!

Budak-budak dah lapar. Takkan nak tunggu sampai Shah Alam baru makan. Kesian mereka! Kalau pergi Shah Alam, pukul berapa nak pergi Aeon Big pulak???

See, you punya pasal kita terpaksa patah balik ke Jalan Ampang and come here!


I main google je. Mana I tahu jalan!


Kalau you tak tahu, you googlelah lokasi restoran kat Kg Bharu tu tadi and tunjuk kat I! Handphone canggih pun tak pandai guna. You bagi Abang pun dia tahu apa nak buat!

Okey, panjang bedo'oh 'gurau-senda' suami isteri pasal tak dapat makan je....

Sampai kat Aeon Big ramai pulak umat manusia. Dua, tiga, empat kali pusing masih tak dapat parking. Sampai je dah nak Maghrib. Tetiba Hubbydearie kata,


This is what I don't like about this place. Why so many people come here today! 


Okeylah, kalau susah sangat kita turun solat je lepas tu balik! Tak payah makan!


I don't like the surau here too! Sempitlah....

Then, jom balik. Sempat solat kat rumah ni! ( Ah kak kalau merajuk buruk perangai dan rupa. Nasib baiklah Hubbydearie mampu bertahan perangai mengada-ngada isteri mithali ni bila timbul....)

Akhirnya, kita solat dan makan kat Jom Bali lepas tu balik. Malas nak beli barang promosi kat Aeon Big tu ( ah kak siap simpan katalog promosi dalam handbag siap dah circle-circle apa nak beli tau.... manalah tak mendidih je hati nak marah bila tak dapat pergi. Dua hari ah kak menunggu dengan penuh patient nak pergi beli barang ya!) 

Bila ditanya kenapa muncung lagi lepas kenyang makan, selamba je I menjawab sinis,

Takda apa pun yang best. Dah kerap sangat pergi Jom Bali. Nothing much to tell dah!

Separuh jalan nak sampai ke rumah, Hubbydearie tanya,


Nak singgah Aeon Big ke atau balik rumah?


You tanya, you jawablah!

So, dibawanya juga isteri mithali ke Aeon Big sebab sibuk nak beli barang yang dah kena circle-circle dalam katalog tu ~_^

Balik rumah, barulah boleh senyum dan bergurau senda sesama suami-isteri dan anak-anak.....

P.S. Asam garam rumahtangga. Jangan ambil mudah semua perkara. Kalaupun si suami sentiasa setuju dengan isteri, bukannya beliau suka tapi terpaksa dan tak mahu 'kemasaman', kejanggalan dan entah apa-apa negatif vibes berleluasa sampai seminggu dua. Tolak ansur itu penting, weyh. Walau pun dapat apa nak, hati suami tetap kena jaga juga..... Eh, eh, eh...pandainya ah kak beri nasihat. Masa buat suami marah, takda pulak dia ingat ^_^
















37 comments:

  1. alolo..janganlah marah HD tu kak..orang kata orang laki memang gitu.diorang tak suka fikir.nak pergi, cakap nak..kalau jawab 'tak', memang terus ajak balik la tu.

    ahad lepas ampang memang jam..kitorang yang orang ampang pun terpaksa pakai Waze tengok jalan yang ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu kalau keluar rumah mesti dalam kereta tanya - nak pergi mana? Lepas tu bila kita bagi pendapat ni taknak, pendapat tu pun taknak tapi tetap juga suruh beritahu mana nak pergi. Tidak ke pening.....

      Apasal ya Sal jem? Memanglah Ampang tu sinonim dengan jem tapi petang Ahad pun jem rasa macam pelik pulak. Korang tak buat breakfast ke jem tu sampai berleluasa gitu sekali?

      Delete
  2. Asyik sebut nama mami jer dalam blog ni...mcm dah nak sampai masa jer hihi...Bila nak gi KLIA?

    Sarapan apa pagi hari Ahad tu sampai muncung jadi mcm hidung Pinocchio....

    Tulah pasal mak tak suka mengajak pak Jilap gi tempat tempat yg agak crowed gitu, malas nak kena marah, kita pulak kalau dah kena marah terus tak de mood sampai mlm....

    Okje tak kisahlah makan apa apa aje janji nak gi senang, supir pun tak marah .....tu yg penting!

    Teringinlah nk makan kat Oorchid Bistro kalau dah jiran sebelah asyik menyebut jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh...pelik ar..... nape tak berkicau kat komen ari ni????

      Delete
    2. Amboi, Mak... buatlah mengucap kalau ya pun rindu bangat! Ni nak replylah ni. Kepala tengah dok fikir nak type entri Mak, itu yang lambat jawab komen. Eh, bukan ke pepagi tadi kita dah pi 'breakfast' kat rumah Mak?

      Biasanya hujung minggu kalau ada plan nak makan luar, breakfast pagi memang cikailah - roti sapu butter ke, nugget ke, instant roti canai kosong ke... Nak kasi perut betul-betul lapar pastu barulah enak menikmati juadahkan....

      Hubbydearie ni kalau pi jalan-jalan, makan-makan, tak kisah sangat. Saya yang menurut perintah sesaja tapi kalau tak kena dengan caranya, mahu dimarahnya kita juga....Time HD elok, bolehlah layan perangai angin puspus isteri mithali. Time angin HD tak elok, beranilah buat perangai kalau nak kena hempuk sesangat....

      Murah Mak makan kat Oochid Bistro tu. Biasanya kalau kami berempat dalam RM50+ je. Mak pi lah cuba makan Spicy Sambal Nasi Goreng. Sedap jugak!

      Delete
    3. Mmg tambah membuak buak keinginan mak nk gi Oorhid Bistro ni kalau cenggitu punya price...Ok nak slow slow ajak Pak Jilap makan situ. Cantik sangatlah kalau kat IOI Putrajaya tu ada OB ni. Lebih kurang jelah perangai lelaki lelaki dlm dunia ni agaknya...

      Delete
    4. Kalau Mak nak try makan di cawangan mereka kat IOI Mall tu okeylah. Sekarang ni senang lagi nak parking. PakJilap mesti tak melatah marah Mak bukan-bukan. Kalau Mak empat, lima beranak rasanya okeylah lagi harganya. PakJilap tak akan terbuka mulut nak marah. Lain-lain makanannya saya tak tahulah tapi yang saya mentioned sebelum ni dengan mi gorengnya boleh tahan sedap. Padanlah dengan hargakan!

      Delete
  3. Akak tu yg tak nak ke kg baru.. tak sanggup nak layan jem tu lah.. penyudahnya perut dah berdondang sayang nak makan MD..
    Akhirnya sampai juga ke Aeon Big tu.. habis tak borong apa yg dah di circle tu MD.. dah senyum sampai ke telinga ye.. bila yg di hajat dah dapat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang jarang sungguh ke area Kg Baru ni. Boleh kira sebelah jari dalam masa 5 tahun. Hahaha....

      Saya gitulah kekdahnya. Bila dah lapar mulalah buat perangai, muka masam. Bila orang bising je saya start pening kepala konon, tensionlah tak dapat makan!

      Habis dah puas hati semua yang dicircle-circle dah dapat beli. Semalam kakak nak ke Hero, saya ikut lagi. HD tanya nak beli apa lagi yang tak cukup. Saya sengih jelah pastu cepat-cepat salam dan keluar rumah. Kalau lambat sikit, mahu kena tahan ^_^

      Delete
  4. betul kot..perempuan ni kalo lapor..muka masam..makan kan salah satu dari 9 nafsu..gitu jugak bab shopping mopping..pon salah satu nafsu pompuan..
    dalam rumah tangga memang perlu sifat tolak ansur..kalau tak...emmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu nafsukan.... Tapi mak mentua saya pun gitu tau. HD siap pesan masa awal-awal dulu jangan sampai Mami lapar. Kalau Mami dah lapar, mukanya memang berubah masam mencuka, semua tak kena nanti. Saya ni cukup berhati-hatilah jangan sampai Mami lapar. Rupanya dalam tak sedar saya pun sama ada 'penyakit' gitu jugak!

      Delete
  5. omg kita sama lah!!! kadang2 I punya sentap sampai keluar rumah dah jauh semua tu sanggup tak makan tak singgah mana2 just patah balik sebab perangai "cantik" I ni.. yang sentap sebab lapar." I am sorry for what I said when I was hungry" kekdahnya. hahahaha eh my brothers sangat takut bila I diam... memagn dorang akan menggelabah sampai drive pun macam lahanat sebab nak cepat I lapar hahahha teruk nya I bila lapar.
    and yes...bab "gurau senda" laki bini tu pun I can connect... macam lebih kurang jer. tu la yang penting tolak ansur, and tu jugak sebab I sayang my husband sangat2 sebab dia jer boleh tahan perangai buruk I hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...memanglah suami kita the best sebab boleh tahan dengan perangai tak senonoh kita nikan....

      I tak tahu lah apa yang merasuk. Bila lapar je, serba tak kena lepas tu macam kena ralat paralaks tau, orang cakap sikit je dah nak marah menggunung. Bila dah kenyang barulah boleh senyum menggunung balik. Buruk sungguhkan perangai ^_^

      Delete
  6. memang berkeroncong abis la perut...adik n abang mcm cool je w.pn lapar....
    Biasalah asam garam rumah tangga....ada pahit,manis, masam, kelat....secukup rasa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang dan Adik dah pekena 'air sedap' kat Petronas Mesra. Itu yang boleh tahan lapar lagi. Itu pun si Abang tanya bila kita nak makan.

      Yang secukup rasa tu yang buat bahagia rumahtanggakan, kak. Hahaha....

      Delete
  7. Dah.. tak payah shopping. Ala...kira oklah tu dah balik tak payah sibuk nak kelentang-kelentung masak. Tak letih nak pusing-pusing lagi. Perut pun dah kenyang. Apa pun kalau dah tiba rumah letih hilang merajuk pun hilang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat kak saya circle-circle katalog tu. Dah aim dah nak beli sejak malam Jumaat lagi. HD sibuk, dua hari tak dapat pi mana-mana. Kalau nak makan tu biasalah, orang tu nak ke sini, orang ni nak ke sana. Abang sekarang tak bersuara lagi sejak kes Burgerbyte. Tak mahu dia buat pilihan takut terjadi lagi kejadian tak diingini macam tu.

      Tak masak tu, saya sukalah aje. Tapi kalau makan kat tempat yang tak umpphh... mulalah start mencuka balik :)

      Delete
  8. Haha..kononnya mengemas je ye hari tu...
    Saya pun ada kadang-kadang, cadangkan nama kedai baru pada Papa N, dia beriya tanya saya lak bergantung kepada alamat semata-mata. Tahan je telinga dengan harapan makanan kat tempat yang bakal pergi tu sedap dengan selera..

    Yang part suami setuju sebab nak elakkan muka masam isteri ni pun saya setuju. Rasa kesian juga dengan suami bila isteri ni fikir apa benda yang saya dah buat..tapi lain kali buat lagi.. apalah saya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... betul.... memang berkemas rumah. Hihihi...Alaaa...nak cerita pi makan tempat sama, pi buat benda sama rasa macam malas pulak, AN. Tapi ni special sikitlah luahan hati dan perasaan orang perempuan yang berperangai buruk nih. Eh, bukan ngumpat suami tau!

      Kalau mood HD okey, bolehlah nak buat perangai tak senonoh. Kalau mood HD sendiri tak okey, beranilah buat beliau marah. Kalau nak kena hempuk, buatlah, tadah muka. Hahaha....

      Delete
  9. Kat Rosdet tu kadangkala susah nak dapat parking (dekat Hotel KLI). Mana2 restoranlah di Kg Baru tu memang agak susah nak parking. kakcik suka makan di Restoran Lala sebab suka pulut mangganya.

    Tak silap kakcik, Restoran Tupai-Tupai di Ampang Waterfront dah lama takde. dah jadi kedai bundle...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, macam pernah nampak je nama Restoran Lala ni... Saya tak pernah sampai Rosdet Tomyam lagi. Satu-satu restoran kat Kg Baru yang saya ingat ni kalau tak silap namanya macam The Ship gitu... Masa zaman bercintan kak saya mai restoran ni sampai la ni tak pernah lalu lagi ^_^

      Saya google je. Yang kat DBP tu saya tahulah tapi terkejut juga tengok ada kat Ampang Waterfront. Lupa lak check bila entri blogger tu ditulis... Nasib baik tak pergi terjah. Kalau tidak, bukan saya yang buat perangai, HD nanti yang mengamuk sakan sambil drive!

      Delete
  10. Pasal makan pon boleh gaduh erk...hehehe...gaduh2 manja nih. Tak suka gi kg baru sebab jalan yg sesak nih lah. Azab tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak bila perut lapar. Memang bertikam lidah ajelah, youuuu.....

      I pun tak suka Kg Baru ni. Letihlah tengok macam tengah holiday kat Jawa Barat jerk feelingnya!

      Delete
  11. asam garam rumahtangga begitulah... sometimes kita ni byk sgt hala tuju nak di pergi.. lelaki jenis yg simple.. tapi gaduh2 manja ni biasalah kak..
    tak gaduh kang boring plak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, macam berpengalaman je soundnya.... Hahaha...

      Nanti kalau dah ada orang tersayang, harus ni Lyn fight-fight manja gitu. Kalau tidak tak meriah suasana rumahtangga. Penuh dengan rutin jerk memanjang!

      Delete
  12. suka entry ni sebab perangai kita lebih kurang sama.. wakakaka..
    part bagi nasihat kat orang memang pandai tapi 'masa buat suami marah tak pulak ingat..' hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macam mana.. Orang perempuan ni kan ada 9 nafsu yang mengganas tak kira masa ^_^ Nasib baiklah kita dapat laki kitakan, insan yang paling memahami kita, ya tak?

      Itu yang malas nak bagi nasihat sebab pandai nasihat je, praktiskan tak pandai. Huahahaha.....

      Delete
  13. biasa lah tu..
    hidup laki bini..
    jgn kata MD je.. lya pon perangai teruk ber dok-ohh bila merajuk..siap x nak mkn terus tu.. hihi..kdg2 malu jgk, merajuk bagai nak rak..puncanya dr kita jugak..haha
    tu la..ptt MD google y kat kampung baru tu.. kenapa x guna app WAZE.. mmg senang guna tu berbanding GPS .. klo google2 xleh percaya sgt jln tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan Lya, spesies tak tahu malu. Dahlah kita puncanya, boleh pulak tu nak merajuk bagai. Nasib baik dapat pasangan yang penyabar orangnya. Kalau tidak, dah lama kena hempuk masuk dalam Harian Metro ^_^

      App ada tapi kes malaskan. Lagilah bila nak kena pakai spek bagai bila nak belek handphone. Lagilah malas. Nak suruh HD tak suka betul nanti matanya kejap kat stereng kejap kat handphone!

      Delete
  14. saya pula lain, lebih rela menurut apa sahaja yang dia kata
    kecuali kalau pendapat saya diminta
    bukan apa, nak elak benda yang boleh buat hati terluka =)
    kalau hati sendiri luka, tahu camne nak pujuk
    buat hati laki luka, jenuh nak pujuk. orang laki merajuk boleh tahan juga buruknya
    saya sebenarnya lebih suka play safe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kes tak sanggup dilukai, YY. Saya pulak tak kisah. Dah buat hal, barulah lepas tu menyesal. Fikir balik memang salah sendiri pun tapi dah tak boleh nak kawal nafsu amarah tu. Macam mana....

      Ish, lelaki kalau 'terluka' memang lagi hodoh daripada kita yang perempuan ni....

      Delete
  15. la sudahnya tak jumpa la rosdet tomyam tu ye md.

    alamatnya kg baru md tp kedai nya dekat sebelah chow kit sana. dkt hotel adam n son tu.

    ala, lebey kurang j perangai md tu dgn saya
    hahaha.apa pon x blh.

    blm pnh try lg mkn kat oochid bistro tu.
    selalu pandang pandang jeling je.

    rabu baru ni ada 5% utk item terpilih.sesak jugak

    next time la md cari ye..
    kedudukannya mmg bukan dalam kg bru tu sndiri. dlm entry ni ada alamat penuhnya

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/05/rosdet-tomyam-kampung-baru-kuala-lumpur.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahu pasal rosdet tomyam dari Ciksulah. Dok teringin masa pegnan tu kan. Itu yang saya teringat kalau nak ke Kg Baru apakata pekena rosdet tomyam ni. Tak jumpa pulak dah! Angin puspus satu badan. Lenkali saya refer kat entri tulah kalau nak pergi!

      Delete
  16. ni kisah dah mcm sudah jatuh ditipma tangga . bila start dah problem , memanjang problem lah sehari tu ... adehhh ... x dpt nk membayangkan . dah mcm my abg dgn akak ipar . join mrk dlm keta naik lemas dgn perang mulut ... klu my kakak n abg ipar kat umah ni , cool n sporting jer memanjang ... harap bila dpt husband nanti dia sporting le ... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya selalu gelakkan my sister dengan abang ipar. Asal masuk kereta nak berjalan je, kecoh! La ni saya rasa anak-anak pun rasa situasi yang sama dengan makpak mereka nih. Hahaha....

      Time perut lapar memang buruk perangai saya ni. Bukan buruk melantak jerk! Hihihi.

      Delete
  17. Eh!baru saya terperasan komen saya tak de kat entry nih..seingat saya saya komen dah.antara dua je ni..MD terpadam komen atau saya yang tak tekan publish..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...memang takdalah komen tu. Kalau ada tentu saya dah buat entri khas dah. Saya ni sungguhpun rajin terdelete komen orang sejak dua menjak ni tapi memang saya ingat kalau saya dah baca.

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...