Salam kawan-kawan!
Hari ni I terpanggil nak menyahut cabaran pulak. Sesekali join segmen anjuran rakan-rakan apalah salahnya ~_^.
Kali ni dari blog maktakbanyakanakmacamsayajuga.
Nasib baik sempat. Sorrylah Diana, I main kopipes jerk siap betul-betulkan nahu lagi. Keh3x.
Kali ni dari blog maktakbanyakanakmacamsayajuga.
Nasib baik sempat. Sorrylah Diana, I main kopipes jerk siap betul-betulkan nahu lagi. Keh3x.
1- Buat satu entri bertajuk 'Segmen:
Ini Entry terbaik 2014'
2- Copy banner kat atas tu dan link kan ke entri ini. Dalam entri kawan-kawan tu letak kan link 2 entri terbaik kawan-kawan. Kalau bukan yang terbaik pun, yang kawan-kawan suka pun boleh.
3- Jangan lupa follow ATAU letak blog ni kat bloglist kawan2 ye, sebab lepas tamat segmen ni saya akan kongsikan salah satu daripada dua entry tersebut di blog ini. Maknanya semua berpeluang untuk entrinya dipilih. Jadi boleh la kita baca cerita-cerita paling menarik yang kawan-kawan tulis pada 2014 ni, kan!
2- Copy banner kat atas tu dan link kan ke entri ini. Dalam entri kawan-kawan tu letak kan link 2 entri terbaik kawan-kawan. Kalau bukan yang terbaik pun, yang kawan-kawan suka pun boleh.
3- Jangan lupa follow ATAU letak blog ni kat bloglist kawan2 ye, sebab lepas tamat segmen ni saya akan kongsikan salah satu daripada dua entry tersebut di blog ini. Maknanya semua berpeluang untuk entrinya dipilih. Jadi boleh la kita baca cerita-cerita paling menarik yang kawan-kawan tulis pada 2014 ni, kan!
4- Tinggalkan link entry kawan-kawan di entri ini.
Tarikh tutup sampai 25 Disember 2014.
Tarikh tutup sampai 25 Disember 2014.
I tak letak entri terbaik dalam my blog ni untuk turut serta. I pilih yang I sukalah ya! Diana kata boleh, maknanya bolehlah tu. Tak kiralah kalau pun entri yang I pilih tu I aje yang suka, orang lain tak suka ^__^
Marilah kawan-kawan semua kita join sekaki kalau ada terlebih masa berada di alam maya macam I ni ^__^
Kak Diana, oh Kak Diana! Agak-agak Dik Ton boleh masuk blog Kak Diana tak nih?
Ish, tetiba aje rasa 20 tahun lebih muda daripada Diana!
Nak nyanyi lagu 'Forever Young' ler ^__^
ni yang saya malas baca blog MD ni.....
ReplyDeletemasuk sini je terpengaruh.. terpengaruh je masuk sini..
apa ayat dia ni baca ni.
lupa nk bagitahu, beberapa malam lepas, kami g makan kat tempat MD kata murah dan sedap di seksyen 7 tu, Papa N suka tul tengok bil baru tak abis satu note 50. nak pergi lagi..
ini pun satu hal, sebelum ni rasa pernah je tengok banner ni kat mana-mana, tapi pandang sebelah mata je.. ini kang dah terpengaruh..alahai.. tengokla kalau lapang.. kena mikir dulu apa entry terbaik saya tahun ni, rasa semua menarik... hoho...parah juga kalau bab ni pun terpengaruh ni.. tidak.. kena jauh -jauh ni
ha, lupa tadi nak komen pasal umur Dik Ton... Diana umurnya setahun lebih tua daripada saya je, tahu tak? Jadi MD mesti umur lebih muda nak jadi adik Diana.. haha.. asyik mengaku Kak Ton je ni.. ha, kang dah bocor rahsia.. saja je ye korang ye.. sama macam Okje, beriya mengaku mak, padahal baru 42 tahun..
DeleteHahaha...kan dah terperangkap Kak Tin nih ^__^ Saya ni dah nak masuk sama golongan dengan MakJilap. 2-3 tahun je muda, dah nak berkilau dah nih. Actually saya memang tahu Diana dan AN lebih muda daripada saya, itu yang saja feeling-feeling berangan muda nak jadi Dik Ton. Hahaha....
DeleteI is tak muda lagilah, AN. Dah sipi-sipi nak kejar OKje okey *__*
Okey, komen yang mula-mula tu, baru nak reply. Gelak besar punya pasal baca komen yang kedua dari AN sampai tak dan nak balas!
DeleteEh, janganlah tinggalkan saya kontang-kanting menulis entri syok sendiri. Kalau menjauhkan diri nanti sebab takut terpengaruh, kesian kat saya. Syok sendiri memanjang!
AN pergi Polperro Steakhouse tu ya? Pelikkan note RM50 tak habis guna. Macam pelik sangat-sangatkan! Saya hari tu kena bil dalam RM50++. Itu yang 2,3 kali dok belek bil takut tersilap, kang kesian cashier kena top up duit gaji sendiri!
Saya pernah baca juga pasal segmen ni tapi masa komen pukal kat blog Diana barulah sempat nak join sekaki. Bestlah sebab Diana tak request macam-macam. Senaraikan blog dia jerk. Senang cerita. Kalau nak suruh follow FB, Instagram, like itu ini, memang saya surrenderlah!
Saya pun letak entri syok sendiri bukannya entri terbaik sebab rasa macam semua pun terbaik. Lagilah kuat perasannya saya nikan ^__^
eh, dia lagi teruja nak baca komen pasal umo belia remaja tu ya? haha.. bagus juga gelak kuat-kuat, boleh jadi awet muda skomo..
Deleteha, Polperro tu yang kami pergi hari tu, makan empat beranak belum 50, suka hati tul orang yang membayar malam tu.. tu yang malas nak datang sini sokmo, asyik terpengaruh je kejenya.. guano nak buat ni?
ini bukan perasan.. blog kita pastilah kita rasa yang terbaik semuanya kan, kalau tak ok, takkan nak dipublish apa yang ditulis..
MD ke Okje ke sama-sama muda lagi.. tapi mengaku tua tu kata orang sebagai tanda sedar diri dan ingat akan mati kan? saya pun dah tua......
Tak tahan nak gelak tau, kalau AN fikir saya ni muda daripada Diana. Hahaha....
DeleteSaya memang kuat gelak tapi itulah tak seawet muda OKje. Itu yang nyampah dengan jiran sebelah ni. Hehehe....
Makanan kat Polperro tu macam mana AN? Okey ke kat tekak awak sekeluarga? Saya ni asal ada spaghetti olio je saya balun. Tapi tengoklah kalau memang tak sedap, seikhlas hati saya tulis dalam blog memang tak sedap ^__^
Sebab itulah jiran sebelah ni boleh jadi geng ngumpat sebab dia faham isi hati nak dekat-dekat kilauan ni, AN. Habislah kalau dia nampak statement ni, kena bambu lagi nih! Dahlah semalam nak kena pancung!
join jugak ye..mesti pening nak pilih antara entry beribu-ribu tu..hehe
ReplyDeleteMana ada entri beribu-ribu lemon, Sal. Cuma 365 published entries je akak dah checked kejap tadi. Yang banyak bilangan patah perkataan. Berapa juta pun akak tak pasti. Hahahah!
DeletePenat weyh.....dah taip tetiba tertekan apa tah....hilang sudah...
ReplyDeleteGud luck yek mak Ton.....
Memang tak salah pun join segmen...boleh jer kalau rajin.....
Eh.....ni entry segmen ke entry umur ? Haha.. .
Suka lew tu umur dia lebih young dpd mak....nyampau tau! Mak pun nak nyanyi Forever Young jugak ar.....
Hahaha... mesti Mak banyak dosa dengan Dik Ton tau ^__^ Tak pun Mak nak suruh Dik Ton publish satu entri khas untuk Mak lagi sebab terdelete komen. Tau dah....
DeleteEh, Mak perasan ke kita orang ngumpat Mak? Alahai sowilah Mak ya, lenkali Kak Ton belanja sawi goreng belacan. Hihihi....
Kalau Kak Ton nampak awet muda 20 tahun daripada Mak lagilah Kak Ton suka tapi sekarang ni rupa Kak Ton sama je dengan umur Kak Ton. I is menyampah tau!
Cepatnya reply komen. Rasa mcm baru komen......
DeleteTak nak sawi ar....nak sawi cina tau....yg mcm salad tu...kat NSK murah weyh!
Haha...bila nak masuk Khamis & Jumaat, Kak Ton memang teruja lebih. Kerja pun macam tak mahu mari atas meja. Redha ajelah ^__^
DeleteNak sawi Cina pi beli sendiri. Kita tak tanam!
haha.. dah macam bukan entry segmen pulak ya...sebab MD lah ni.. sorry Okje, tersebut nama Puan Sri kat situ... mestilah sebut sebab memang Okje berseri sokmo..
DeleteErkkk... saya juga yang salah? Aduhai.... Entahlah tak tahu nak kategorikan entri ni sebagai apa. Konpius sekejap tengok komen dan tukang reply komen nih ^__^ Kalau Diana nampak, memang tak masuk dalam senarailah dah asyik keluar tajuk jerk!
Deletemula2 ada plan nak ke sini juga, dah ummi mnjg busy jer, saya pulak sibuk nak ke BBWolf yg penuh dengan books yg murah2 tu, lepas tu adik sibuk dgn aktiviti ice skating dier jadinyer plan ke sini cancel lah
ReplyDeleteAngah, salah parking komen nih! Tapi takpa, aunty faham. Ni pasal Light and Motion kat Putrajaya tu ye?
Deleterajinnya dia :)
ReplyDeleteOnce in a blue moon jer, Lyn. Selalunya tak rajin jugak!
Deletebagi ai.. semua entry MD best... sbb semput nk baca satu hal... yg pasti buatkan ai mmbca penuh emosi... hehe... semoga berjaya ya..
ReplyDeleteBest sebab semput nak baca ya, Maria. Ni boleh buat idea tulis entri baru nih. Hahaha....
DeleteSaya memang tak reti tulis pendek-pendek. Kalau saya start menulis memang idea tak berhenti. Kena pakai remote control tau kasi stop itu idea semua *_*
dah ramai blogge join segmen ni ... sesekali cuti jap dari membebel ... ekekkeee
ReplyDeleteKalau tak membebel pun susah juga, Vee. Lagi banyak idea terkumpul. Ni kira sampingan jelah. Hahaha....
Deletemungkin jgk blh join ni sbb kebetulan tgh on laptop. line internet pun nampak cam okay je pagi ni. apa pun selamat bersegmen ye MD.
ReplyDeleteSenang je nak join, Sal. Pi lah check. Diana tak minta apa-apa pun. Link kan ke entrinya dan add dalam bloglist. Kerja mudah tu. Chewah!
DeleteGood response nampaknya segmen Diana ni. Kalau buat gaya senang begini, memanglah senang nak join. Silalah jangan suruh like FB, instagram ke, jadi follower ke, yang itu memang tak teruja nak join *_*
DeleteHahaha... orang tua memang suka berlagak muda, Diana! So, lepas dah tahu janganlah panggil saya akak ke, makcik ke. Terasa pulak diri ni tua bangat. Kah3x.
ReplyDeleteAnak kita lebih kurang sebaya sebab klunya saya kahwin lambat ^_^
Ahah, itulah saya pun tak faham pengomen ni. Saya tulis entri segmen tapi dah jadi lain dah pulak. Sebab itulah saya tak suka bersegmen tau. Diana! Hahaha....
alahai rajinnyer MD.. akakni memang jarang2 buatnyer...
ReplyDeleteMana ada rajinnya, Cho. Ini baru sekali ni jerk....
DeleteWaaaa.. pabila MD join segmen..
ReplyDeleteMoga ada rezeki MD utk segmen ni
Harapnya Diana buka laluan besar-besarlah untuk MD. Takda hadiah pun cuma join suka-suka dengan blogger lain untuk berkongsi entri.
Deletesaya pun ada entry pasal budak kaca mata. tapi x sama entri lah. hahahhaha...
ReplyDeleteselamat bersegmen! x sempat lagi nak join. in shaa ALLAH one day. eh, ke dah habis?
Ya ke? Kisah apa tu? Nanti akak datang terjah kalau termasuk dalam entri terbaik blog Amy ya.
DeleteAda lagi ni, Amy sampai 25 Dis nih.
kita pun join juga tau
ReplyDeleteni banyak ayat yang bodek diana ni, tak aci ni...hehe
tapi betullah apa yang semua di atas kata, entry MD ada nilai yang buat
orang sawan gelak...hehe
moga success ye...
Mana ada saya bodek Diana? Takda hadiah pun YY. Cuma berkongsi entri je nanti. Ikut pemahaman sayalah menurut kata Diana. Uhuh, ya ke saya dah jadi clown buat orang kena sawan gelak sokmo?
DeleteAda juga yang tak bagusnya, Diana. Kotnya kita dah bongkok tiga anak masih lagi di bangku sekolah. Parah!
ReplyDeleteThanks Ayu sudi singgah. Nanti kalau ada masa, akak singgah blog Ayu pulak ya *__*
ReplyDeletesemalam dtg komen pastu line tiba2 hampeh..sambung balik komen.hehe..
ReplyDeleteentry pertama tu pasal awak rabun dekat tu kan..nk buat macam mana belum kilauan dh rabun..anggap jelah org pandai ni rabun..sbb rajin baca buku.haha..
entry kedua pasal keletah bubly abang n adik cute..cerita depa ni mmg antara peberet sy..suka baca pasal adik yg semakin pandai cakap..abang yg banyak cakap n banyak cerita
Hahaha...nasib baik pandai menambat hati. Okeylah nanti hantar souvenir ye *_*
DeleteSelamat bersegmen MD. Nak baca entry terbaik MD tu ☺
ReplyDeleteTerima kasih, Fiza. Alahai, entri syok sendiri je tu. Memang malu sebenarnya nak cakap kat Diana tapi tengoklah apa jadinya nanti :)
Delete