Makan, makan, makan....

Salam sayang kawan-kawan!

Sejak kebelakangan ni kalau hujung minggu je mesti nak cari goreng pisang cheese. Okey, memang betul tekaan! I takda pun cerita I beli pisang setandan. Makanya memang I tak pernah goreng pisang di rumah mahupun mencuba buat goreng pisang cheese ni di rumah. I tak serajin mak-mak di luar sana. Tak juga semalas mak-mak di luar sana. Eh, apakah....

Okey, marilah I tunjukkan goreng pisang cheese yang baru je jadi kegemaran I. Dulu-dulu masa tengah viral orang mencekik makan goreng pisang cheese ni, takdalah pulak I sibuk nak mencuba!

Surprisingly, si Bubbly Abang pun minat dengan goreng pisang cheese ni. Memang Mommy's boylah awak ni, sayang! Pada suatu hari, di dalam kereta ketika sedang asyik membedal goreng pisang cheese ini, diusulkan kemusykilan hatinya,

Abang pelik tau, Mommy! Abang tak suka cheese tapi Abang suka NY cheese cake kat SR dan goreng pisang cheese ni. Sama macam Abang tak suka telur tapi Abang makan roti telur. Pelikkan, Mommy!

Takda yang peliklah, buah hati Mommy! Semua tu keturun gene spe-si-pik Mommylah tu ^_^ Sekali lagi, like ketam mengajar babynya berjalan lurus tapi dia sendiri tak tahu jalan lurus tu apa maknanya!

Nah, our favorite goreng pisang cheese ~_^ 

RM5 satu bekas polisterene. Maybe dalam sepuluh kepinglah *_*

I selalu 'mengeluh' tentang harga makanan di gerai makcik jual mahal di mana I selalu mendapatkan stok makanan tengahari ketika di pejabat. Makcik ni memang famous suka charge ikut suka hati. I taulah. I dah jadi pelanggan setianya lama sungguh tau. I pun dah buat kajian - beli menu makanan yang sama 2,3 hari berturut-turut tapi harganya berbeza setiap hari!

Tapi, tidak dinafikan makanan kat gerai makcik jual mahal ni memang sedap. Kena dengan  tekak I dan kawan-kawan. Memang membuka selera. Sebab itulah kita komplen belakang je, tak pernah berpiket kat depan gerai makcik jual mahal. Manalah tahu makcik ni ambil langkah drastik dengan meng-ban kita orang daripada membeli di gerainya. Yalah, makcik dah kaya sekarang sejak RON95 turun naik turun. Pelanggan pun ramai, tak heran tengok insan marhaen macam kami nih!

Cuba tengok ayam percik ni....

RM4 seketul. Kalau nasib  tak baik  tetiba assistant Indon kat gerai makcik jual mahal charge RM5 sebab 'ayam yang ni besar sikit'


Sampaikan kadang-kala I tapau bawa balik untuk santapan bersama Hubbydearie dan superheroes. Yalah, bila Mommy makan sedap di pejabat, tetiba aje ingatkan suami dan anak-anak. Terkilan kalau mereka tak dapat merasa kesedapan makanan yang Mommy rasa ni....

Bubbly Abang pun suka tau. Makan sehingga menjilat pinggan eh, bukan jilat jari jerk! Kadang tu dipesan juga minta belikan. Anak perempuan one of my colleagues/geng makan yang berbangsa Cina pun suka. Siap main pesan-pesan kat mak masing-masing *_*

Cuba tengok yang ini pulak....




Apa? Kurang menyelerakan? Sampai hati. Kalau nak kutuk pun biarlah beralas suratkhabar lama. Jangan main taram depan muka. Kecik hati tau!

Ah kak taulah ah kak masak tak sedap sebab selalu aje tak mahu bagi orang rasa sebab MALU *_*

Nampak ada perbezaan tak? Atau lagi mudah, apa persamaannya? 

Ya, ya, memang clever semua kawan-kawan MD yang lebih berumur ni (Huahahaha.... siapa baca statement ni maknanya dia setuju 100%) 

Kedua-dua lauk tu berasaskan kentang!

Yang pertama, macam biasa balik kerja I buka peti sejuk. I keluarkan semua bahan yang tak berkenaan atau pun dah lama terperap. I potong daging, potong daun saderi, bawang besar, lada pelbagai jenis dan warna serta bahan utama haruslah kentang. I goreng ^_^ Siap dah satu lauk makan malam. Hubbydearie dan superheroes nak makan ke tidak, sukahati. Janji I suka je mengunyah lauk kentang tu gitu-gitu aje *_*

Yang kedua pulak, samalah kekdahnya. Buka peti sejuk nampak cendawan dan tempe. Kita taram goreng je dengan kentang! Yang penting haruslah PEDAS! I tak makan kalau tak pedas. The second one tu, Hubbydearie tak suka. HD rasa pelik dengan rasa tempe so tak mahu makan. Kentang ni kalau buat freestyle gaya gini, memang selalunya I dan  Adik Cute je yang teruja. Adik memang nikmat je makan kentang ni apalagi kalau dibubuh dalam sup. Mesti Adik akan kata,

Thank you, Mommy for cooking ME! (Sambil sengih-sengih confident gila dah ohsem sangat buat ucapan terimakasih kat Mommy)

Adik makan kentang memang 'menggelupur' sama macam Mommy sampaikan bunyi blurpppp.... sibuklah nanti dia kata,


Ayam delah!


Adik, bukan ayamlah....Alhamdulillah! Berapa kali Abang nak ajar nih????

Okey, okey sebelum melalut, cerita anak-anak masuk entri lain ya ^_^











Comments

  1. Kak MD dan kentang berpisah tiada...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...nasib baik tau. Okeylah tak payah cerita panjang lebar pasal sejarah kecintaan pada kentang ni ^_^

      Delete
  2. kentang ttap dihati walau di mana ye hihi
    sedap ape kentang tu kan.. nk nk campur dgn tempe buat sambal berlada .letak pulak ikan bilis.dapnyyaaaaaaa

    serius sampai la saya blm mersa pisang cheese tu lagi.area wangsa maju depan sekolah ada 2,3 gerai jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab kentang goreng bercili tu saya dah tak berapa berkenan kotnya masa muda dulu itu jelah lauk peneman hari-hari. Hahaha... Sekarang ni menu kentang dah banyak melalui evolusi, Ciksu ^_^

      Delete
  3. akak, dtg balik.hihi
    nak ke pekasam?
    akak suka pekasam ikan apa?
    saya nk balik lagi 20 atau 21 ni. sbb ada kenduri.
    selalunya pekasam ikan lampam.

    kalau ada la.. arwah pak sedara saya yg mninggal hri tu rajin la buat. skrg kena tnya mak la koy kot ada org lain buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. La, Ciksu... terima kasih banyak-banyak dok tanya. Takpalah, menyusahkan Ciksu aje. Saya ada lagi sebekas kat rumah. Bila masak asyiklah terlupa nak keluarkan sebabnya saya seorang je yang makan. Kalau saya goreng, lain-lain tutup hidung ^_^

      Delete
    2. la nape ttp hidung.wangi kot bau seharum tu kan.. hihi.
      betul ni tak nak?
      lagipon skrg ni pekasam daging pon dh ada kan

      Delete
    3. Terima kasih Ciksu. Lain kali maybe boleh kirim kalau buka offer lagi ^__^

      Pekasam daging tu saya tak pernah jumpa dan of course memang tak pernah cubalah, Ciksu!

      Delete
  4. Lauk kentang tu nampak sedap. Kalau MD dengan Adik tak habis makan, hantar kat kakcik. Biar kakcik tolong habiskan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya habis, kak ^_^ Next timelah kalau jumpa dalam mimpi saya bagi sikit ya :)

      Delete
  5. sampai sekarang masih tak rasa nak makan pisang cheese ni. tak sampai seru tekak lagi kot. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun dulu Suria masa tengah viral, jeling pun tak mahu walaupun ada cheese. Favorite tu cheese-cheese ni semua. Ini pun tak sengaja terjumpa gerai jual pisang goreng. Teruslah berhenti konon nak try ajelah, boleh masuk blog nanti ^_^

      Delete
  6. Lya ada beli sekali pisang cheese.. beli on9.. dia buat delivery.. kat kemaman ni dh mcm2 delivery ada.. termasuk barangan kosmetik, nasi+lauk, kuih muih dll...

    Eyh.. bkn nk citer psl delivery tu.. tp nk citer psl pisang cheese y lya beli tu.. bila dpt sgt2 x puas hati. Pisang goreng debok + cheese tabur je. Xde lgsung y meleleh tu. Mmg frust sgt. Dh la 2set lya beli. Lps ni nk try lak dgn org lain.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, hebat orang Kemaman main order online sesaja hah....

      Sekarang ni macam-macam orang buat delivery. Kat sini pun ada tapi bab-bab tertentu ni nak juga tengok kat kedai, macam mana rupanya.

      Yang akak beli ni pun cheese main tabur lepas tu ada susu pekat. So sweet gigi ni menggigitnya :) Selalu beli pun kat gerai yang sama, tempat lain tak pernah cuba. Yang gerai ni jauh sikit dari rumah sebab itulah pisang goreng cheesenya tak pernah sampai ke rumah. Dalam kereta dah habis kena hadam ^_^

      Delete
  7. Owh ..satu lg... asya blh geng dgn MD.. sebab suka mkn kentang. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... ramai juga peminat kentang di luar sana ya. Tapi, tapi, tapi, akak aje ke yang 'senior citizen'? Lawannya si Adik Cute, si Asya...aduhai...terasa tua pulak ^_^

      Delete
  8. mommy jom la uli tepung buat roti sarang lebah tu.sambil tgk citer korea pon boleh.. hihi :)
    mommy buat in shaa Allah mjadi.. jgn risau lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomlah, Ciksu... tapi tunggu tahun depan boleh? Kata azamnya nak 'membakar' dapur tahun depan ^_^ Serius ni Ciksu, tahun depan nak main masak-masak dengan lebih rajin lagi. Harapnya jadi kenyataanlah, jangan hangat-hangat tahi ayam je sudahlah :D

      Delete
  9. Elok sebelum masuk kedai makcik mahal tu kasi habis khatam satu Alquran sambil tiup , kotnyalah , lepas tu dpt harga murah hihi....

    Jadi mak gitulah .....apa kita makan sedap, mesti teringat ngan anak laki kat rumah....kalau boleh jam jam tu gak nak tolong suapkan masuk rongga hihi....

    Tak pernah lagi makan pisang cheese campur coklat gitu. Weyh jak Ton, tp pisang cheese kak Ton tu kurang menarik ar....cheese cair ke apa tu?....hihi...

    Baru ckp dlm hati....takkan makcik mahal jual sayur ghuper tu hihi....mcm tak logik! Haha... Huh ....nasib mengaku cik Potam yg masak rupanya, kalau tidak tahun depan tak habis konfius lagi haha.....

    Adik cute makan pedas yeh? Baguslah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke kena main tiup-tiup gitu? Kalau tak jalan juga macam mana? Bakar je kedai dia agaknya senangkan! Hahaha....

      Betul tu, OKje. Kalau makan sedap aje dengan kawan-kawan pejabat, mestilah teringat suami dan anak-anak. Terkilan kalau mereka tak dapat merasa sama. Tapi kalau bapaknya makan sedap, bungkuskan pun tidak untuk omaknya. Alasannya saya ni cerewet. Oh, nasib sungguh dapat suami tak lomantik tau!

      Pisang cheese tu dah cairlah, dengan Kak Ton yang gigil nak snap foto dalam kereta sebelum pisang cheesenya habis, dengan perangai tak senonoh tak sabar nak makan, dengan si Adik Cute tidur beriba.... Saya lagi suka kalau takda coklat. Sebab yang ni siap ada susu pekat, coklat, cheese...so alahai sweet bangat. Seminggu sekali bolehlah kot. Hahaha!

      Sampai hati Mak kutuk depan-depan. Tahulah lidah Mak tak omputih sangat, kentang tak menyelerakan. Tapi bagus juga. Takdalah susah-susah lepas masak Kak Ton kena hantar sepinggan ke rumah sebelah. Buang masa, buang tenaga je.

      Superheroes semuanya tahan pedas tapi takdalah macam lidah Mommynya. Bolehlah untuk budak-budak ni. Kalau menggelupur pedas, 8 gelas air ditibainya masa makan ^_^

      Delete
  10. Salam sayang juga buat anak2 bunda disini....

    Samalah dengan bunda, suka makan kentang. Tak kiralah yang goreng ke rebus ke sup ke. Anak2 bunda kurang suka, kalau masak kuah apa2 yang perlu letak kentang, bunda sorang jerlah perabiskan.

    Kalau goreng trmpe bunda suka campur kentang dengan bilis...ansk2 kutip trmpe jer... tapi bunda tak gemuk pun...agaknya bunda kurang makan nasi kot.

    Okey jumpa lagi abang hensem dan adik cute dam MD ohsem.... (*!*)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkan Bunda kentang ni. Tak fahamlah pada mereka yang tak suka kentang ni. Hahaha....

      Ada orang kata makan kentang banyak sangat nanti 'lebar' tubuh badan tapi kalau tak makan pun dia nak lebar, lebar juga. Hahaha...

      Saya kalau kentang ni dengan ikan bilis boleh, dengan tuna boleh, dengan telur pun boleh. Dahsyatkan...Tahu depan nak explore kentang dengan cara lain pulak....

      Delete
  11. samalah kita hantu kentang.hehe.abang macam aiman ,selera banyak ikut ibu..cuma dia bukan choosy,semua dia bedal..takdenya pantang larang janji sedap

    adik bagusnya..TQ for cooking me.lawak betul!sengih2 sendiri mak mertua ni tau..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang ni lain macam sikit, PK. Picky teramat. Kalau nak masak tu mesti nak fikir menu apa sesuai untuknya. Kalau tak sesuai ikut anak tekak, memang takdalah dia bertambah. Sekarang ni tengah suka ayam masak lemak. Minggu lepas saya masak, 5 kali tambah nasi. Biar benar! Tapi sebab jarang tengok dia makan banyak ketika dinner, saya biarkan ajelah dengan syarat lepas makan jangan snacking lagi.

      Si Adik ni memang suka imitate Abang tapi separuh jalan. Abang kata thank you for cooking, Adik kata thank you for cooking me. Ahah, nasiblah Adik ^_^

      Delete
    2. 5kali tambah nasik..mmg sedap betullah mommy masak.hehe

      Delete
    3. Hahaha...jangan main-main. MD sekarang pandai masak tau ^__^

      Delete
  12. Tak pernah walau sekali beli pisang goreng cheese..
    Hari tu sanggup minta hubby beli pisang thenai buat kat umah.. simple tapi yang penting semua suka..
    Kentang.. kalau ada ai akan berebut dgn anak2 sebab semua suka.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ini spesies rajin. Kalau spesies tak rajin macam I lah tu, main tunjuk aje kalau teringin. I tak jumpa pisanglah nak buat pisang cheese. Alasan.... 'munasabah' sungguh ^_^

      Bestkan kentang ni. 5kg kat rumah tu sapsapsoi je macam-macam menu jadinya *_*

      Delete
  13. peminat kentan rupanya... klu masak sup kentang pun sedap.
    lepas tu leh daun sup byk skit.. mkn nasi panas2.. uisshhh sedap giler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat kentang, cheese, spaghetti. Kiranya semua yang menggemukkanlah, Lyn. Macam mana nak diet kalau gitu minatnya? Kenalah telan pil kurus kalau sungguh nak diet. Hahaha....

      Delete
  14. dah dua hari tunggu, mesti saya tak tekan publish hari tu...alah...
    kalau anak dah memuji2 masakan ata apa yang kita beli tu, memang dh rasa macam satu kejayaan yang snagat besar buat kita kan?
    rumah saya pun dah mula beli kentang banyak sikit drp biasa. nak goreng utk anak2 dan masuk dlm sup, memang sedap dan laku kat rumah ni sekarang..
    cuba boikot sekali kedai tu, haha boleh tak? leas seminggu bila pergi, kot jurujual perasan MD dah lama tak pegi, bgi tahu dia, mahal ni, saya masak sendiri satu minggu hari tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius AN bukan kes terdelete ni. Takda nampak pun komen AN sebelum ni. Saya ni masak apa yang anak-anak suka makan walaupun simple je berbanding dengan orang lain. Yalah, kalau masak sikit punya awesome tapi anak-anak tak mahu cuba/makan, buat penat aje. Lagilah mood nak ke dapur tu takda!

      Kalau bubuh kentang dalam sup, kentangnya si Adik Cute makan, kalau daging Daddylah yang wallop dan kalau ayam pulak of course habuan untuk si Abang....

      Masalahnya AN, dalam banyak-banyak gerai yang ada, gerai nilah yang paling kena dengan tekak dan parking pun percuma. Yang lain tu kurang sedapnya, ada yang mahal juga dan ada yang murah. Kalau teringin spaghetti olio, satu port je yang saya terjah kat KLCC tu ^_^

      Delete
    2. Ala..gitu pulak kesnya.. macam mana ni.. kena redho je ke?

      Delete
    3. Redha ajelah nampaknya. Takda pilihan ^__^

      Delete
  15. saya pun suka makan goreng pisang cheese tu..samalah rm5 tapi kalau makan sensorang tak abis..
    ayam percik tu nampak menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam percik tu penuh dengan cerita kalau membelinya, Mar. Nasib baik minggu lepas tak teringin nak terjah beli pisang goreng cheese ni. Dah mula jemulah ni kot ^_^

      Delete
  16. bikin lapar je entry MD ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri makan-makan, memang selalu buat orang lapar, Maria. Sebab itulah saya jarang buat. Hahaha....

      Delete
  17. samalah mcm my abg ipar yg banjar tu . x pandai mkn tempe tapi sambal tempe blh lak masuk tekaknya ... kentang klu goreng pastu pi tabur garam , pepper , serbuk cukup rasa , goncang sesedap rasa , bawa depan tv , kunyahlah sesedap rasa ... mesti dah kaya makcik jual mahal tu kan ... asal masak sedap org mmg x komplen wpun mahal ... tetiba rasa nak buak restoran lak . budget mcm pandai masaj jer ... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD pun tak minat tempe. Katanya tak tahu rasanya pelik! Kentang kalau goreng gitu-gitu aje memang laku licin kalau dok depan TV. Tak perasan dah habis, Vee!

      Makcik tu memang dah lama kaya sebab harga makanannya sentiasa naik walaupun minyak turun. Manalah tak kaya-raya!

      Delete
  18. Mula2 rasa mcm banyak idea nak komen wp kisahnya pasal D suka makan kentang dan HD tak suka makan tempe. Sekali baca ayamdelah terus hilang semua idea. Hehehe.. Comelnya alhamdulillah adik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nampak dah sekarang ni ciri-ciri ustaz pilihan, Lyd. Sepah mainan kita suruh kemas pun dia beristighfar. 'Ayam delah' tu kalau minum air bunyi sendawa pun 'ayam delah' jugak! Takpalah slowly slowly belajar sementara hilang pelat tu *__*

      Delete
  19. nak kejar n3 MD yang berlori2 ni mmg x dan ler gamaknyer ni... Kalau bagi kat Angah kentang sepalastik, macam2 idea menu yang dier boleh keluarkan busuk2 pun sambal kentang hehehe.. anak2 zaman skang kan even maknyer dulu dah muat dok makan sambal kentang je !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan dikejar KA, nanti jatuh terjelepuk, siapa yang susah? KA juga yang kena MC nanti. Hahaha... Baca ajelah mana dapat. Awak kan tengah sibuk. Lainlah macam kita, kerja ikut suka hati jerk....

      Kentang goreng bercili saya pun dah kurang feel sekarang ni. Kena buat kentang versi melayu moden. Menu kentang ni macam buat baju juga. Ada kurung moden, ada kurung Pahang. Hah, gitulah lebih kurang ^__^

      Delete
  20. Sedap plak tgk pisang goreng cheese tu. Haritu ada beli. Dapat makan panas2, memang sedap sangat. Nak beli lagi, tapi kedai tu tak bukak2 lagi dah...cissss....

    Sedapnya kentang + tempe + ikan bilis tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu lepas tak sempat merasa. Rasanya minggu ni kena cari lagi pisang goreng cheese ni. Nak suruh buat macam biasalah, MALAS!

      Delete
  21. pernah mtk husben belikan sbb teringin sgt nk mkn. tp dia pergi je kedai tu dah tutup. ada la dlm 2-3 kali. sudahnya bila snd pergi, pisang plk x panas jdk cheese tu x cair. kureng sdp la. geram pny psl crk je pisang goreng dlm rm3, buat snd. kbtln ada cheese kat rmh. susu pkt manis blh krgkan manis skt. alhamdulillah... kenyang. dan2 plk lps tu husben beli sbb kbtln ms dia keluar kedai tu bukak. tp pesan dah dgn husben next itme x pyh beli sbb pisang dia dah sejuk. unless kalau pisang dia panas br ok sbb cheese cair tu la yg buat goreng pisang cheese tu ohsem. hah, akak ni kalau dah start bw ssh plk nk stop. adehh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tak yakan...beli je goreng pisang biasa lepas tu tabur cheese, tabur ceklat rice, tabur susu pekat. Jadi dah pisang goreng cheese. Lepas tu tunjuk dalam blog kata kita buat sendiri dari A - Z. Hahaha... Tak payahlah tunggu nak beli pisang setandankan!

      Saya ni suka pisang dengan cheese tu tapi bab chocolate rice dengan susu pekat tu saya tak tahan sikit. Too suweetttt....

      Delete
  22. saya selalu juga goreng pisang, tapi tak penah terfikir nak campur dengan cheese
    entah tekak melayu kot, tak layan makan cheese ni
    saya pun suka makan kentang, tapi tak lah kesemua hidangan
    tapi biasa saya campur kentang dalam masakan, confirm saya sorang aje makan
    yang lelain sebelah mata pun tak pandang, ni kira kita sehati sejiwa ke apa? =)

    hehe...comellah adik cute cakap alhamdulillah
    siap boleh bayang cuit pipi dia =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mula-mula masa viral pisang cheese ni takda pulak meroyan nak makan walaupun saya peminat cheese. Tapi dah habis viral barulah rasa enak pulak. Nak suruh buat sendiri, memang saya ni spesies 'membeli lebih mudah daripada memasak' . Makanya takdalah cerita saya goreng pisang tabur cheese kat rumah. Hahaha....nak berbesan sangat ke? Makin keringlah anak dara awak tu nanti!

      Delete
  23. Ubi kayu saya je yang kenal kat rumah tu. Mereka bertiga tak makan. Kalau kentang tu memang saya pulun 5kg punya. Time mood meroyan (macam tulis blog) memang menu berasakan kentang ajelah. Time mood tak meroyan, benyek kentang tu jadinya....

    Komenlah banyak-banyak, Diana. Saya tak kisah. Korek entri lama pun tak kisah tapi saya ada malu sikitlah. Maklumlah bak kata jiran, saya syok sendiri je masa mula-mula dulu *_*

    Eh, barang saya nak beri tu takda dalam gambar tau! Hahaha....

    ReplyDelete

Post a Comment