Festival Light and Motion 2014 Putrajaya

Salam kawan-kawan!

Okey, ini sambungan aktiviti pada hari Ahad lepas selepas ke sini.

Terima kasih pada Lieyalatif yang meninggalkan komen berhubung aktiviti yang berlangsung di Putrajaya pada hujung minggu lalu. Kalau tidak, I pun tak tahu walaupun katanya kerap ke Putrajaya ni dan nak ke sana tu macam pergi singgah ke rumah jiran sebelah. Sekejap je dah sampai ^_^

Lepas Maghrib kami bertolak dari rumah. Sampai di sana agak awal, pukul 8.15 malam. Acara bermula pukul 8.45 malam, menunggu tetamu kehormat sampai...

Malang sekali dari mula sampai sehinggalah nak balik, Adik Cute buat hal. Dia tengah lena tidur dalam kereta dan bila dikejutkan mulalah meragam. Lagilah bawa berjalan lepas Maghrib dengan suasana gelap gelita di sana, lagilah Adik ni buat hal.


Sebelum acara bermula Adik dah merengek minta dukung. Bergilir-gilirlah kami ni mendukung. Bukan boleh lama, mahu patah pinggang kalau dok dukung si Adik ni. 


Muka Hubbydearie pun dah berubah merah padam menahan marah. Yalah, mulanya I pun pelik bila Hubbydearie setuju nak ke sini kerana tahu ajelah my beloved suami ni bukan suka tempat yang crowded. But then bila HD ajak pergi, of courselah I setuju aje ^__^

Bila anak dah mula merengek, mulalah bapaknya terasa-rasa orang sekeliling memandang keletah mereka dua beranak maka lebih merah padamlah muka, lebih amarahlah hati.



I pun ambil langkah selamat suruh Bubbly Abang ikut Daddynya dan I dukung Adik ke tempat lain. Makanya seksalah ya nak suruh berposing atau ambil gambar lampu, dengan nak dukung anak dan pegang he-ho lagi. Sungguh I tak suka bila situasi macam ni. Maka takdalah gambar lampu dalam gelap gelita tu ~_^

Lagi Adik dengar suara berkumandang dalam gelap, lagilah dia meraung nak ajak balik! Kiranya dapatlah dalam 15 minit di sini selepas acara bermula. Paling kesian pada Abanglah sebab nampak mukanya takut - bukan takut gelap tapi takut kalau-kalau Adik kena marah dengan Daddy!



Abang is very good boy I tell you. Sayang sangat pada Adik. Kalau Adik nakal, dia yang akan minta maaf berkali-kali pada Mommy sebab Adik tak dengar kata!

Eh, kata pergi tengok festival lampu di Putrajaya rasa pelik pulak kalau tak letak gambar satu. Tengok ajelah gambar kelam ni. This is the best I boleh buat sebab kalut dengan si Adik nih....



Ingatkan selepas 15 minit acara bermula, mudahlah kami nak keluar dari parking. Rupa-rupanya dah sesak orang lain pun nak balik sama. Lama jugalah baru dapat keluar dari area parking ni. Tension weyh...

Disebabkan tension tak hilang lagi, entri pun jadi pendek jerk ^__^

Oleh itu, kita jangan pergi lagilah tempat sesak macam ni nanti satu keluarga hilang mood. Hahaha! Clever! Clever!



Comments

  1. Bagusnya abang. Sayang betul kat adik. Takut adik kena marah yerp.

    Bila anak dah buat perangai, memang tak der mood lah jawabnya. Sbb tu tak suka gi tempat2 crowded mcm nih,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hilang terus mood. Nak ambil gambar sipi-sipi professional pun dah takda mood. Dok kelek sana-sini, sakit pinggang!

      Abang sekarang ni sibuk je sikit-sikit 'I am sorry, Mommy.......' dan Adik pun sibuk juga, sibuk beristighfar especially bila kena kemas mainan!

      Delete
  2. Nampaknya kena tunggu sampai anak-anak besar sikitlah ya.. saya pun rasa resah kalau anak-anak buat hal di tempat yang sesak. Rasa memang serba tak kenalah..
    Ha, ini entry yang dah semalam ada nampak di dashboard rasanya kan? haha.. tensen betul tu kalau semalam draf hari ni baru boleh publish..ke saja buat gempak semalam, tertekan publish masa belum siap tulis..
    Alhamdulillah, seronoknya baca pasal abang yang cukup berbudi bahasa dan sayang Mommy dia ni.. sejuk hati tu.. kalau Naim ni macam sayang mama juga, tapi reaksinya ganas sikit. kalau adik buat hal, contoh terpukul mama, abisla, kalau Naim nampak, dibalasnya pukul adik dan sempat dia nasihat, " pukul la mama, nanti adik masuk api neraka".. haha, manalah adik faham bendanya lagi.. riuh menangis je lebih-lebih, haru betul jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letihlah AN kalau anak-anak buat hal. Kita kata nak tunggu besar sikit, bila besar sikit lain hal pulak jadinya ^__^ Dulu anak belum berjalan, tunggu anak dapat kaki. Dah dapat kaki lain jadinya! Tak pandai cakap, tunggu pandai cakap dulu. Dah pandai cakap, pening pulak!

      Oh,bukan! Saya ni font kopipes. Jadi saya paste banyak-banyak dalam draft bila nak menulis entri barulah mengarang. Tetiba dalam pada sibuk kopipes font, tetiba satu tu terpublish. Itu yang nampak tajuk '2' kan?

      Abang ni memang lain macam sikit. Balik dari Sg Congkak dapat kad ucapan terimakasih. Mommy penerima bintang paling banyak ada 5 stars. Daddy dapat 4 jerk. Dia pun dapat - sama dengan Adik 3 bintang. Kotnya sebab berkelakuan baiklah. Budak berdua ni pantang bertemu roma, memang kecohlah suasana!

      Oh, si Abang dah kata kalau girlfriend Adik tak hormat Mommy nanti, kita hantar je ke balai polis sebab dia tu anak orang lain tapi Adik memang kena api nerakalah tak hormat Mommy! Hahaha....

      Delete
    2. betul gak, macam entry Okje, anak dah besar nanti dibuatnya pael yang sesuai dengan usia besar pulak ya.. abis, kena redha la lagi nampaknya, memang keberkatan jadi mak orang ni sebab kena banyak sabar..

      yang tajuk 2, ya betul.. oh lain pulak ya...

      ha, kena simpan statement si Abang ni, kena tunjuk kat dia bila ada girlfriend nanti... hantar je ke balai polis ya..

      Delete
    3. Selalu tak sempat record apa Abang cakap. Hari tu dia tengok blog ni lepas tu dia pesan jangan 'mengata dia macam-macam' nanti dia malu! Hahaha....

      Delete
  3. Festival light ke apa mendanya cenggitu punya style.....kelam mcm rumah pontianak jer haha......

    Pelik jugak tu camne boleh pergi tempat cenggitu.....lainlah kalau mami yg ajak hihi....
    Weyh ...pak Jilap pun tak suka gi tempat tempat cenggitu kecuali shopping compkex hihi....Mak boleh jer....layan.....flexible.....kalau bab bab berjalan, sesak camne pun tak delah sampai naik angin, lelaki ni lain mcm ek.... agaknya depa tak mau pergi tp dah kita ngajak, terpaksa gi tu yg kalau tak kena sikit nak naik angin saje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni mulut, memang tak cover insuran Takaful tau ^__^

      Mulanya tak nak dah bubuh gambar kelam ni tapi dok fikir balik sia-sia bergasak dengan si kecil tu. Kita upload je lah gambar, hangpa nak kata apa sukahatilah! Ingat, dosa tanggung sendiri! Hahaha....

      Sayalah yang bagi cadangan dengar Lieyalatif beritahu hujung minggu ada festival ni. Saya pernah sekali tengok kat youtube festival macam ni tapi kat negara omputih mana dah lupa. Cantik tau...

      Tetiba HD kata okey! Terkejut den tau! Den apalagi, on ajelah plan. Tak sangka pulak orang ramai yelah, benda free ^__^ Ada buka foodstall lepas tu HD kata orang Malaysia ni festival apa pun yang penting pergi cari makanan dulu, lepas tu balik!

      HD kan tak suka tempat crowded. Bila Adik seek attention merengek macam tu, haruslah HD dah serba tak kena, dok perasan orang pandang-pandang. Yalah, suami den kan kembar dengan apa namanya tu, TMJ.

      Hahaha!

      Delete
  4. tak tau pon..kalo tau harus pegi gak ni..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun Lieyalatif yang beritahu dalam komen entri. Kalau tidak, tak sampai juga malam tu ^__^

      Delete
  5. ni lah sebab saya tak suka tempat crowded..duduk rumah lagi best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilihan bijak ^__^

      Tapi malam ni tak pergi menjerit kat Restoran Ghulam Mi kat Damansara ke, Sal? Malaysia lawan Thailandkan...

      Akak dok rumah tengok movie hantu Siam dalam youtube jelah!

      Delete
    2. mak ayah takde kat rumah, so diorang tak bagi keluar.jerit depan TV jelah. huhu

      Delete
    3. Anak saudara akak balik je cerita pasal dia jumpa Lisa Surihani kat sana. Cerita bola terus tenggelam *_*

      Delete
  6. Saya pun tak dapat pergi.. sebab kat taman rumah saya ada kenduri.. makanya tengok je kengkawan yang pergi upload gambar.. eemm.. tapi tak pergi pun tak rugi sebenarnya sebab nak parking je satu hal.. tu belum masuk jalan sesak bagai lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar takda yang menarik. Yalah dahlah hati gigil melayan si Adik Cute ni, tangan pun gigil sama! Tak sempat nak bega he-ho main snap je. Last-last dah macam rumah hantu pulak orang kata! Hahaha...

      Delete
  7. Bagusnya abang. Semoga kasih mereka hingga ke hujung nyawa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang tu memang sayang tapi dalam pada tu suka juga menyakat sebab Abang rasa Adiknya comel sangat. Suka tengok Adik menjerit. Aduhai....

      Delete
  8. So, moralnya... lenkali takyah le pegi dah tempat2 crowded ni. Dah tentu ramai org dtg dan susah nak parking. Itu yg susah nak jangka dgn mood budak2 ni kan. Kalo dtg tantrum dia, kita pujuk cemana pun tak jalan punye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moral of the story, gitulah ^_^ Kalau ada anak kecil ni, elakkanlah tempat crowded macam ni. Letih dibuatnya.

      Masa datang nak parking okey lagi walaupun kena pusing beberapa kali baru jumpa tempat parking ni. Masa nak keluar tu yang tersiksa. Ingatkan kita keluar awal, orang tak ramai berpusu-pusu. Silap juga!

      Delete
  9. untunglah rajin pi jalan tgk festival light..
    lyn dgr jer lah pasal festival ni.. klu nak pergi mmg tak lah. ater org putrajaya jer dah ramai... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali ni je tak tahu kenapa HD setuju. Mungkin HD pun expect festival lampu ni cantik macam yang kami pernah lihat dalam youtube tu dulu. Dah kalut dengan anak tak tahulah apa yang menariknya. Dapat tengok sekejap je.

      Delete
  10. awal akak sampai..sure dpt parking best...lieya parking agak jauh...kene laa berjalan sikit nak tgk lampu2 tu....alaaa adik lak wat hal...die ngantuk sgt le tu kak...mesti siang tak tdo nie...jenuh gak nak mendokong sepanjang kat sane tu kak... dgn org ramainye....kene stenbai buggy la kak len kali....

    mmg azab gile kak jemnyer.... lieya pun sekat kat jalan 2jam kot...adoiiii.... lieya ni dulu mmg tak rajin join kalo putrajaya buat event2 mcm nie...tapi kali ni terpanggil nak pergi sebab pes time buat festival lampu nieh...tapi tang parking n nak keluar balik tu laa payah...letih ajek dpt nyer....tapi anak2 lieya enjoy so terubat laa sikit letih hadap jem tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak tahu pun start pukul berapa sebenarnya, Lieya. Main terjah je lepas Maghrib. Masa sampai tu pun berpusing kami cari parking. Ingatkan parking tepi-tepi jalan je tengok banyak kereta buat begitu rupanya ada parking khas. Si Adik tu bukan ringan, kalau berdukung sepanjang masa mahu patah tulang kudrat kami ni. Kecoh mulutnya merengek ajak balik. Tak suka, tak suka. Tapi nampak pedang berlampu bukan main lagi dok minta beli. Akak tak tahu nak pi beli mana so ckp kat dia kalau tak nangis je beli. Dah nangis sampai balik, takdalah nak beli-beli nih!

      Akak tak nampak apa pun yang menarik dah kalut dengan anak. Itu pun 15 minit pertama kali tengok jugalah antara anak dengan bangunan tu. Tension kejap!

      Delete
  11. acik suami isteri..dari muda sampai ketua ni tak suka pergi tempat yang sesak..tak tahan MD pening kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun memang kurang suka tapi entah kenapa kali ni HD agree nak pi Putrajaya tengok lampu!

      Delete
  12. kalau ke tempat yang sesak memang mood akan spoil..asben saya pon jenis camtu..lagi2 kalau pusing2 parking kete jauh..mau dia ajak balik wehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang elak tempat macam ni sebabnya bukan superheroes yang selalu buat hal. Daddynya nanti yang dari baik moodnya tetiba jadi angin satu badan. Tau ajelah kalau suami yang buat hal, lagi siksa. Kalau anak-anak tu bolehlah lagi diakal, dipujukkan!

      Delete
  13. x sempat nk pg tahun ni MD< busy dgn byk benda lately !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pun kali pertama pergi tempat sesak dan ramai orang macam ni. Selalunya kami pakat-pakat lebih baik duduk rumah sahaja!

      Delete
  14. niat nk pergi tapi, elok nk siap je... ank dah merengek smbil buat mata kebil2 nk tidur.. haha... lupa kan aje nk jenjalan malam hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun jarang bawa anak-anak jalan malam ni. Bukan langsung tidak tapi elakkan. Anak-anak ni bila mood tak baik, kita yang tension pulak. Mommy mereka nikan Catwoman. Time jadi perempuan Melayu terakhir okey lagi, kalau dah bertukar suit Catwoman, mahu pengsan nanti!

      Delete
  15. baiknyalah si abang ni ... bila besar nanti mmg sungguh dia jaga adik ... mmg hilang mood klu anak2 buat perangai . kekadang tu kesian tgk mak bapak yg nak handle anak camni . nak buat camna kan . budak kan ikut jer perasaan dia ... x dpt nak tgk gambar yg lagi cun ... huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, sekarang ni memang nampak sangat sayang adik 'cute'nya tu. Tapi si Adik ni buruk sikit perangai. Asyik kerja nak lepuk si Abang tu jer.

      Saya ni dua aje kalau buat hal, memang rasa nak jadi singa pun ada. Tak tahu macam mana orang yang ramai anak. Kalau sayalah, mahu pengsan kat atas jalan tu juga!

      Delete
  16. tgk npics kat blog lain meriah sungguh lampu lampinya. nsb baik xde mak lampir berdiri sama kat sana sebab teruja jgk tgk lampu lip lap lip lap tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak tengok gambar lampu memang kena pi blog lain, Sal. Saya memang tak terambil gambar bangunan tu. Jauh pun ya. Nak setting pun tak sempat dah si Adik ni buat hal. Ingat tak nak letak gambar tu dah macam rumah hantu pun ya tapi macam tak best pulak kalau tak letak. Hahaha....

      Delete
  17. ala kesiannyuer... cam penatjer yaerk.. suami sayapun tak suka bebeno nak gi tempat ramai2 orangni... alahai kadangtu teringin gak kitani.. tp tuler kalau bawak budak2ni bukannyer boleh kirakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak berbaloi rasanya dari KL ke Putrajaya malam tu. Ingatkan nak singgah IOI Mall sekali lagi tapi tengok lain macam je kereta bersusun. Balik rumah tengok TV lagi best!

      Delete
  18. Entah kenapa saya rasa sebak pulak bila part abang akan minta maaf kalau adik buat salah tu..baik sangt abang ni.betul2 melindungi adik dia...besar nanti jadi kawan baik...
    banyak review yang saya baca pasal festival ni..dan kebanyakan nya kata tak best dan tak de apa..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time dia jadi budak baik, Diana. Time dia geram dengan adik dia, habis satu rumah dengar jeritan si Adik jelah....

      Harapnya bila besar nanti memang betul-betullah dia jadi abang yang protective dan sentiasa mereka berbaik dua beradik...

      Delete
  19. Ramai y complain pesta lampu ni bosan n suram je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan judge gambar dalam blog ni. Confirm memang buat kesimpulan dull sangat ^_^ Akak pun tak sempat nak tengok habis dah si Adik buat hal. Tapi 15 minit pertama yang akak dapat tengok tu pun, tak berapa best juga....

      Delete
  20. alahai, x sempat nak ke sana. kawan pergi dengan boyfriend dia, so i'm left alone inside the bedroom. sobs T___T

    baguslah ada abang macam tu :) sangat menjaga adiknya.. adik saya ni pun, kalau depan kami, dia pnya buli adik bongsu. tapi kalau dibiar berdua, dia jaga sungguh2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu... kesiannya kena tinggal tapi takpa, tak berapa ummpphhh pun. Akak tengok sekejap je, nak ambil gambar elok-elok pun tak dan dah anak buat hal.

      Sikap seorang abang kot. Nampak je macam pembuli tapi bila dah kena jaga adik sendiri, terus berubah jadi protective. Bagus tu!

      Delete
  21. aritu ada perancangan nak ke sana
    lepas tu last minute tukar plan sebab kebetulan cuaca tak elok
    end up kami hanya pusing sekitar shah alam dan sunway aje
    tak apalah, berjalan juga =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun kalau ikutkan dah penat bermandi-manda tapi entah mengapa HD beria-ia nak pergi. Selalunya kalau tempat crowded ni, HD yang give up dulu. Tak payah tanya pun dah tahu. Biasa ajelah, YY takda apa yang nak dicanang-canangkan sangat. Tapi tak tahulah juga ye, manalah tau saya ni je yang tak pandai untuk menilai ini semua ^_^

      Delete
    2. tapi saya ada dengar memang tak best festival light kali ni
      so kira betullah penilaian MD tu =)

      Delete
    3. Kalau bab gambar ni, blog saya memang tak boleh jadi judgelah. Saya ni snap photo pun kedaung. Gigil-gigil tangan. Main setting auto semuanya. Dah nampak macam rumah hantu dah. Hahaha.

      Delete
  22. Kesian abang.. Mesti dia nak duk situ lama kot. Takpelah, adik mmg akn meragam klu br bgn tido. Syafiq pun gitu gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang ikut aje apa Mommy kata tapi Adik memang jenis memberontak sikit. Jauh beza sikap mereka dua beradik ni, LM.

      Delete
  23. ada baca kt blog mana ntah mmg tak best pun festivel lampu ni..setakat nak tengok lama bersesak2 nak keluar parking pun susah memang cari bala.hehe..takpelah at least dpt pegi..ada benda dpt tulis kt blog.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rata-rata kata tak best. Saya tak boleh nak buat conclusion dah 15 minit je dapat tengok festival ni antara melayan si Adik yang merengek dengan tengok lampu. Gambar pun ended up gelap semuanya dah macam rumah hantu!

      Delete

Post a Comment