Salam Selasa kawan-kawan!
Bersiaran sekali lagi, jangan pening kepala ya! I ni kalau dah kemaruk menaip, memang tak reti berhenti ~_^ Perkara biasa tu!
Sebenarnya sepanjang minggu lepas I ada masalah dengan pc. Itu yang tak boleh nak blogwalking dengan sepenuh jiwa raga dan setulus hati mengomen. Aduh, nasib baiklahkan. Kalau tidak bernanah je hati tengok komen berpukal I. Hahaha....
Hujung minggu lepas sekali lagi kami buat adhoc plan - bawa superheroes pergi melenjan main air di sungai. Di manakah tempatnya?
Ya, ya.... di sini!
Kami empat beranak bermandi-manda di Sungai Congkak ^__^
Seingat I lahkan, dah berkurun I tak jejak kaki ke kawasan ni. I sebenarnya confused antara Sungai Tekala, Gabai dan Congkak ni. Masa zaman kat universiti dulu rajinlah naik bas pergi buat aktiviti 'menangkap serangga' lepas tu kita bawa balik ke fakulti dan kita 'frozen'kan. Hahaha...akak memang kejam tapi nak buat macam mana dah tugasan. Kang tak lulus exam pulak, tak gradlah I nanti ^__^
Plan nak ke sini dah lama. I think first time nak bawa si Bubbly Abang like four years ago. Half way perjalanan tengok kereta bersusun banyak atas jalanraya, maka kita berpatah balik. That's four years ago yerk, masa tu Adik Cute pun belum lahir lagi! So, kali ini kita keluar awal sikitlah dari rumah. Awal-awal pun dalam pukul 10 lebih kot*__*
Superheroes biasalah janji dapat keluar rumah hujung minggu mereka sangat teruja. Tak kisahlah ke mana MommyDaddy akan bawa. Apalagi kalau dapat main air ni. Lagilah gembira tak terkata!
Sepatutnya minggu ni I ke Corus Hotel di Port Dickson, join sekaki dengan my sister. She has a wedding invitation di sana tapi I tidaklah dijemput sama. Cuma nak join berehat kat PD je. Bilik dah ditempah pun tapi last minit Hubbydearie tak mahu pergi. So my another sister's family took overlah. Kami ni kalau nak bermalam di hotel kena fikirkan Hubbydearie ya, bukan superheroes ^__^
Hubbydearie ni kalau swimming pool kecil sangat, tak sukalah jawabnya. HD nak berkuak lentang dalam swimming pool tu gaya bebas. Kalau sesak sangat memang HD duduk bilik ajelah nanti. Lagi satu, tak boleh crowded. Nanti HD perasan lebih-lebih orang dok pandang dia seorang. Yalah, yalah nak kata macam mana dah suami terlebih perasan!
My superheroes memang bagus. Janji keluar rumah aje, semua pun buat muka happy, terima kasih memanjang kat Mommy. Silap haribulan balik je rumah dah ada kad ucapan terimakasih dengan gambar kartun Mommy dapat 5 bintang okey! (Daddy dapat 4 bintang jerk walaupun Daddy yang jadi 'tourist guide' dan pemandu arah selalunya.... kesian kat Daddy!)
Masa kami datang, takdalah ramai sangat orang di Sungai Congkak ni. Lagipun tempatnya luas, mana-mana port nak pilih pun senang. Since I dah lama tak sampai (don't be surprise ya sebab Hubbydearie dah 2,3 kali ke sini membawa sahabat handai taulan yang nak mandi sungai dari benua satu lagi tu!) I memang tak ingat apa pun tentang jalan dan keadaan di Sungai Congkak ni. Macam biasa, Hubbydearie jadi penunjuk arah. Entah celah mana jalan yang dilaluinya, I akur je. Bila ditanya, semua pun I tak tahu!
Sampai di sini kami bayar parking RM3. Tak tahu pun yang boleh bawa kereta masuk terus ke dalam area Sungai Congkak ni. Yalah, first time. Hubbydearie dulu pun main jalan-jalan kaki dengan kawan-kawan ke dalam so HD pun tak tahu tentang ni. Menapaklah kami membawa superheroes ke dalam tapi tak kisahlah sebab cuaca baik.
Yang kelakarnya bila kena bayar entrance fee. Biasanya RM1 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 12 tahun percuma. Hubbydearie ni sampai kat kawasan kampung macam ni tetiba nak berslang British kononnya. Ahah, teruslah I dapat soalan ni di kaunter bayaran :
Redhalah ya, Dear! Bukan mahal pun, RM5 je tapi I bayar lagi murah, RM1 jerk! Berbulu je Hubbydearie tengok senyuman sinis I ....
I rasa dah lama my superheroes ni tak pergi mandi sampaikan baju mandi pun dah tak muat, terutama si Bubbly Abanglah. Nasib baik Mommy bawa sealmari pakaian ganti. Abang malu sebab seluar mandinya dah sendat so dia tak mahu pakai lagi. Baju mandi Adik pun sama maka kita taram ajelah apa ada. Dah katanya adhoc plan, beginilah jadinya. Pakaian extra dan baju mandi mereka ni memang dah tersedia ada satu beg dalam kereta Hubbydearie. Ke hulu ke hilir I bawa walaupun superheroes dah lama tak pergi mandi di swimming pool. Mandi sungai inilah first time ^__^ Kesian betul kat my superheroeskan....
Gambar tak banyak di sini sebab kebanyakan gambar ada Daddydearie. Si Adik memang dengan Daddy most of the time, maka kuranglah nak buat tatapan semua gambar si Adik Cute. Mommy mereka macam biasalah, 'mengenang nasib' di tepi sungai jerk!
Lama juga kami di sini kerana superheroes jadi teruja mandi sungai sampai tak mahu naik. Tanya kat Adik mesti dijawabnya ' 10 minit lagi!' tapi 10 minitnya tu aduhai, letih menunggu! Lebih baik I duduk tepi menguyahdaun pokok sambil bersantai. Seronok juga tengok keletah suami dan anak-anak mandi sungai.
I memang sengaja tak bawa 2-piece swimming suits takut kalau masuk blog, ramai pulak yang cemburu! Hahaha....
Keseluruhannya kami semua seronok di sini, sesekali dapat lari daripada aktiviti kebiasaan di hujung minggu. Berbanding dengan bertahun yang lalu, I dapati kemudahan di Sungai Congkak ni agak terbiar. Kalaulah dapat diuruskan dengan lebih baik pasti dapat menarik lebih ramai orang untuk berlibur bersama keluarga di sini.
Selesai di sini, kami pulang ke rumah. I kena sambung masak dan cuci pakaian kotor mandi sungai tadi manakala HD dan superheroes merehatkan badan. Dah nasib si bibik, nak buat macam mana. Eh, I tak mengeluh! Setakat masak dengan cuci pakaian eleh enteng sangat ler!
Malam kita ada aktiviti lain pulak ^__^
Bersiaran sekali lagi, jangan pening kepala ya! I ni kalau dah kemaruk menaip, memang tak reti berhenti ~_^ Perkara biasa tu!
Sebenarnya sepanjang minggu lepas I ada masalah dengan pc. Itu yang tak boleh nak blogwalking dengan sepenuh jiwa raga dan setulus hati mengomen. Aduh, nasib baiklahkan. Kalau tidak bernanah je hati tengok komen berpukal I. Hahaha....
Hujung minggu lepas sekali lagi kami buat adhoc plan - bawa superheroes pergi melenjan main air di sungai. Di manakah tempatnya?
Ya, ya.... di sini!
Kami empat beranak bermandi-manda di Sungai Congkak ^__^
Seingat I lahkan, dah berkurun I tak jejak kaki ke kawasan ni. I sebenarnya confused antara Sungai Tekala, Gabai dan Congkak ni. Masa zaman kat universiti dulu rajinlah naik bas pergi buat aktiviti 'menangkap serangga' lepas tu kita bawa balik ke fakulti dan kita 'frozen'kan. Hahaha...akak memang kejam tapi nak buat macam mana dah tugasan. Kang tak lulus exam pulak, tak gradlah I nanti ^__^
Plan nak ke sini dah lama. I think first time nak bawa si Bubbly Abang like four years ago. Half way perjalanan tengok kereta bersusun banyak atas jalanraya, maka kita berpatah balik. That's four years ago yerk, masa tu Adik Cute pun belum lahir lagi! So, kali ini kita keluar awal sikitlah dari rumah. Awal-awal pun dalam pukul 10 lebih kot*__*
Superheroes biasalah janji dapat keluar rumah hujung minggu mereka sangat teruja. Tak kisahlah ke mana MommyDaddy akan bawa. Apalagi kalau dapat main air ni. Lagilah gembira tak terkata!
Bubbly Abang ni makin bagus sekarang, a very protective brother. Sayang sangat kat Adik. Suka kacau Adiknya sampai si Adik Cute menjerit sebab 'tak tahan tengok Adik comel sangat'! |
Sepatutnya minggu ni I ke Corus Hotel di Port Dickson, join sekaki dengan my sister. She has a wedding invitation di sana tapi I tidaklah dijemput sama. Cuma nak join berehat kat PD je. Bilik dah ditempah pun tapi last minit Hubbydearie tak mahu pergi. So my another sister's family took overlah. Kami ni kalau nak bermalam di hotel kena fikirkan Hubbydearie ya, bukan superheroes ^__^
Hubbydearie ni kalau swimming pool kecil sangat, tak sukalah jawabnya. HD nak berkuak lentang dalam swimming pool tu gaya bebas. Kalau sesak sangat memang HD duduk bilik ajelah nanti. Lagi satu, tak boleh crowded. Nanti HD perasan lebih-lebih orang dok pandang dia seorang. Yalah, yalah nak kata macam mana dah suami terlebih perasan!
My superheroes memang bagus. Janji keluar rumah aje, semua pun buat muka happy, terima kasih memanjang kat Mommy. Silap haribulan balik je rumah dah ada kad ucapan terimakasih dengan gambar kartun Mommy dapat 5 bintang okey! (Daddy dapat 4 bintang jerk walaupun Daddy yang jadi 'tourist guide' dan pemandu arah selalunya.... kesian kat Daddy!)
Masa kami datang, takdalah ramai sangat orang di Sungai Congkak ni. Lagipun tempatnya luas, mana-mana port nak pilih pun senang. Since I dah lama tak sampai (don't be surprise ya sebab Hubbydearie dah 2,3 kali ke sini membawa sahabat handai taulan yang nak mandi sungai dari benua satu lagi tu!) I memang tak ingat apa pun tentang jalan dan keadaan di Sungai Congkak ni. Macam biasa, Hubbydearie jadi penunjuk arah. Entah celah mana jalan yang dilaluinya, I akur je. Bila ditanya, semua pun I tak tahu!
Sampai di sini kami bayar parking RM3. Tak tahu pun yang boleh bawa kereta masuk terus ke dalam area Sungai Congkak ni. Yalah, first time. Hubbydearie dulu pun main jalan-jalan kaki dengan kawan-kawan ke dalam so HD pun tak tahu tentang ni. Menapaklah kami membawa superheroes ke dalam tapi tak kisahlah sebab cuaca baik.
Yang kelakarnya bila kena bayar entrance fee. Biasanya RM1 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 12 tahun percuma. Hubbydearie ni sampai kat kawasan kampung macam ni tetiba nak berslang British kononnya. Ahah, teruslah I dapat soalan ni di kaunter bayaran :
Dia ada Mykad tak?
Errr....takda! Kenapa?
Kalau takda, kena bayar RM5 lah untuk bukan Malaysian!
Redhalah ya, Dear! Bukan mahal pun, RM5 je tapi I bayar lagi murah, RM1 jerk! Berbulu je Hubbydearie tengok senyuman sinis I ....
I rasa dah lama my superheroes ni tak pergi mandi sampaikan baju mandi pun dah tak muat, terutama si Bubbly Abanglah. Nasib baik Mommy bawa sealmari pakaian ganti. Abang malu sebab seluar mandinya dah sendat so dia tak mahu pakai lagi. Baju mandi Adik pun sama maka kita taram ajelah apa ada. Dah katanya adhoc plan, beginilah jadinya. Pakaian extra dan baju mandi mereka ni memang dah tersedia ada satu beg dalam kereta Hubbydearie. Ke hulu ke hilir I bawa walaupun superheroes dah lama tak pergi mandi di swimming pool. Mandi sungai inilah first time ^__^ Kesian betul kat my superheroeskan....
Gambar tak banyak di sini sebab kebanyakan gambar ada Daddydearie. Si Adik memang dengan Daddy most of the time, maka kuranglah nak buat tatapan semua gambar si Adik Cute. Mommy mereka macam biasalah, 'mengenang nasib' di tepi sungai jerk!
Lama juga kami di sini kerana superheroes jadi teruja mandi sungai sampai tak mahu naik. Tanya kat Adik mesti dijawabnya ' 10 minit lagi!' tapi 10 minitnya tu aduhai, letih menunggu! Lebih baik I duduk tepi menguyah
I memang sengaja tak bawa 2-piece swimming suits takut kalau masuk blog, ramai pulak yang cemburu! Hahaha....
Keseluruhannya kami semua seronok di sini, sesekali dapat lari daripada aktiviti kebiasaan di hujung minggu. Berbanding dengan bertahun yang lalu, I dapati kemudahan di Sungai Congkak ni agak terbiar. Kalaulah dapat diuruskan dengan lebih baik pasti dapat menarik lebih ramai orang untuk berlibur bersama keluarga di sini.
Selesai di sini, kami pulang ke rumah. I kena sambung masak dan cuci pakaian kotor mandi sungai tadi manakala HD dan superheroes merehatkan badan. Dah nasib si bibik, nak buat macam mana. Eh, I tak mengeluh! Setakat masak dengan cuci pakaian eleh enteng sangat ler!
Malam kita ada aktiviti lain pulak ^__^
Kakcik kalau bab2 main air ni memang suka sangat.
ReplyDeleteMandi kolam pun kakcik suka tapi itulah, sesetengah hotel tak bagi kita pakai pakaian yang sopan untuk berendam, kan... :(
Kalau swimming pool hotel memang kena standby baju mandi. Kalau tidak tak merasalah nak berendam.
DeleteDah lama saya tak pergi sungai. Rasanya superheroes ni pun kali pertama. Kesian mereka. Takpalah at least ada juga pengalaman. Saya teringin nak pergi yang kat Sg Woh ke apa namanya kat Tapah tu tapi tak ada masa nak plan. Adhoc pun susah jugak!
bestnya main air..
ReplyDeleteuntung la mommy dapat 5 bintang..sian daddy..
ehh kena bayar ke MD? rasanya zee pegi sebelom ni takde plak enterance fee.
ke kat area lain ni..
Sekarang kena bayar RM1 untuk dewasa dan 12 tahun ke atas. Saya pergi yang Sg Congkak Eco Resort tu. Yang kat Pangsun tu macam tak best pulak tepi jalan...
DeleteSERONOKNYA BERENDAM... :)
ReplyDeleteUhuh...sesekali dapat berendam memang best. Rendam kaki pun best ^__^
DeleteKadang kita mencari tak henti2 satu perkara tapi terjumpa di tempat yg tidak disangka2... dulu saya suka mengumpul duit yg bernombor siri yg pelik2.... lepas tu lama saya cari satu kombinasi tu, tetiba masa kat Sungai Congkak ni lah saya terjumpa masa beli aiskrim...
ReplyDeletekami datang ramai2 dah tu siap buat empangan lagi sebab air tu tak dalam... balik rumah semua sakit2 badan
Memang selalu begitu. Tempat yang kita tak sangka itulah yang selalu kita terjumpa sesuatu. Wah, pengumpul duit bersiri rupanya.... unik juga hobi nih!
DeleteAirnya cetek tapi kalau berendam memang nikmat terasa ^_^
Persoalannya ada ke geng blogger yg cemburu? Alah..... setakat gambo 2 piece fefel sangkut kat ranting tepi sungai apalah sangat kih...kih....kih
ReplyDeleteWeyh...serious weyh mak tak pernah sampai sungai sungai ni ....sebabnya nak tukar baju senang ke? Tu yg malas nak pergi tu....sebab ke dua, tak de pacat ke weyh....takut ar....
Tak yah le nak cross perkataan kunyah daun tu....apa salahnya letak....kan kak ton dah lama berjiran dgn zirafah ....bukan dah biada ke? Haha
Persoalannya adakah anda ingin lihat MD pakai 2-piece swimsuits? Hahaha....
DeleteBiar benar Mak tak pernah mandi sungai. Sekali pun tak pernah ke Mak? Ingatkan anak-anak kita je yang tak pernah jumpa sungai! Saya simpatilah kat anak-anak mana tahu sampai besar nanti sungai tak tahu, mandi sungai tak pernah macam orang tu. Maka saya relakan diri bawa anak-anak sambil termenung mengenang nasib di tepi sungai. Tapikan sebenarnya hati ni meronta nak join sekaki. Dapat rendam kaki pun jadi lah ^__^
Tak selera nak pergi tempat tukar pakaian tu. Takut masuk rimau tapi HD pergilah tukar pakaian kat situ. Ada surau siap kat sini Okje. Lepas puas mandi masuk waktu, bolehlah solat dulu lepas tu sambung main air. Hahaha...
Kena cross takut ada yang terasa. See, kita cross pun ada orang perasan ayat tu meant for her. Aha, macam mana tu? *__*
Yeh...bukanlah tak pernah....pernah sekali kot...kat Gunung Ledang tp kita pun tak mandi budak budak jer lah...Pasalnya sebab tulah nak salin malas....
DeleteAir sungai air dia sejuk ek....best mandi time panas .....
Weyh....memang ar tak sanggup tp mak renggangkan jari ar.....Haha....
Wajiblah perasan....makanan ruji tu
Oh, bercakap pasal Gunung Ledang saya rasa dah berkurun tak sampai. Last sekali zaman Dinosaur masa ada kot!
DeleteItulah masalah kalau mandi sungai ni. Nak salin pakaian susah sikit. Itu yang teruja nak mandi kat hotel yang ada swimming pool dalam bilik tu. Bolehlah akak nerai 2 piece swimsuits akak.....
Akak pun dah lama tak bawa anak2 akak mandi sungai ni MD.. en suami akak lah takut kena virus kencing tikus lah.. kesian jugak kat anak2 ni..
ReplyDeleteSeronok tengok abag dan adik cute tu mandi... terasa nyaman kesejukan air sungai ni .. :)
Saya pun mulanya fikir gitu juga. Macam-macam fikir tapi bila dah bangun pagi tetiba nak buat adhoc, lupa segala. Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang tak baik berlaku.
DeleteMemang sejuk CH air sungai ni. Lama betul rasanya tak berendam kat sungai!
Hai, ni payah kalo bersuamikan kembar TMJ. Kena pergi tempat yg takde ramai org je. Takut org tgk katanya. Selamat la hasbeng ku hanya kembar mat yo. Org tak heran pon nak tgk. heheh.
ReplyDeleteNampak air sungai tu mcm best je, cuma nak pegi tempat2 mcm ni agk takut dah skrg *paranoia lebih*. Takut kepala air atau kencim tikus.
Itulah, dalam kelas tersendirikan. Senang cerita kelas perasan tahap maksimumlah ni....
DeleteIngat nak bina kolam mandi belakang rumah je tapi rumah atas langit pulak. Manalah boleh nak kuak lentang besar-besarkan....
I pun kejap paranoid kejap terlupa bab-bab paranoid tu. Dah banyak kali plan cuti sekolah ni tapi bila dengar kencing tikus tu takut pulak. Tetiba je minggu lepas terus berdesup pergi, lupa segala. Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah.
Bestnya mandi sungai. Nampak jernih air sungai tu yerp.
ReplyDeleteSama ngan my hubby. Tak suka tempat yg crowded. kalau restaurant ramai orang, memang dia tak nak makan kan situ. Apatah lagi kalau nak ajak gi matta fair, baby fai dll...ppffttt...
Nak kata jernih sangat tu tidaklah, nak kata berkeladak kotor pun tidak. Okeylah, terliur juga nak rendam kaki ^_^
DeleteHD tak boleh menunggu lama-lama. Kecoh mulutnya dok marah. So, kenalah pandai plan. Masalahnya suka betul HD ni adhoc plan. Kalau kita plan elok-elok nak pergi ke satu tempat tu sekian-sekian tarikh, memang selalu tak menjadi!
walla, mmg x berjodohlah kita MD, KA pun bawak anak2 dan en hubby ke sg chongkak weekend lepas... xde jodohlah gamaknyer yer nak berjumpa hehehe
ReplyDeleteYa ke, KA? Saya mulanya nak pergi hari Sabtu tapi HD ada hal. Nak pergi hari Ahad tu pun pepagi baru HD kata on. So, lelajulah kita bersiap nak pi mandi sungai.
DeleteKalau tidak memang bertemu jodohlah kita jumpa kat sinikan, KA ^__^
ye ye, kita pergi sg chongkak ahad tengahari tu, siap makan2 nasi lagi kat situ
DeleteOh, around 12 something tu aunty dah baliklah, Angah. Kita orang berempat jenjalan keluar dari situ. Kalau bertembung memang camlah. Tak kenal rupa Angah tapi Adik Suffiya yang glamor tu aunty taulah. Anak-anak aunty of course umminya boleh cam. Dah kerap jadi model dalam blogkan. Hahaha...
DeleteSaya pun sama dengan Okje. Tak pernah lagi sampai ke sungai ni. Kalau dikatakan tak ramai orang tu memang bagus sangat tu, bolehla mandi spuas hati..
ReplyDeleteGambar adik minum air kotak tu, ayunya ... hihu.. cara posing kakinya dah macam pose dengan kasut tinggi..
Yeke MD mengenang nasib je? Kot2 sama berendam ya?
Hahaha...nak menangis rasanya! Baru je kutuk OKje rupanya ada pulak geng sekapal yang tak pernah sampai sungai. Eh, tak pernah sampai Sg Congkak ke atau tak pernah sampai sungai ni? Erk, saya silap tengok ke? Alah, belasah jerlah publish reply ni malas nak check balik ^_^
DeleteAdik membebel sebab tak cukup puas mandi sungai padahal sejam juga mereka berendam. Dah naik barulah 'ha ghus' (haus) katanya. Minum yoghurtlah Dik. Abang tak mahu kalah, RedBull dibantainya!
Saya mengenang nasib tak dapat mandi sama sambil kunyah Twisties, minum milo tin, dan tukang ambil gambar *__* Dapat jugalah rendam kaki ....
aktiviti berkubang paling anak2 suka,tak kiralah disungai ke swimming pool..sungai congkak ni pemes sgt mana2 org sebut..sy tak pernah smp lagi..tak sgka ye mandi sungai pun ada bayaran masuk.huhu
ReplyDeleteSaya dah bertahun tak sampai sini. Banyak yang dah berubah. Kemudahan yang ada pun dah uzur walaupun seingat saya masa saya datang dulu-dulu punya cerita, takdalah entrance fee, sewa khemah bagai ni. Chalet yang ada pun takut sungguh nak sewa, macam rumah hantu jerk!
Deletesyaa algilah jakun bila dengar tempat macam ni ada bayaran masuk.biasanya mmg takde..kecuali la toilet kena bayar..huhu
DeleteSaya pun dah lama tak ke sini. Sungguh lamalah kiranya. Tak tahu pun kena bayar. HD yang beritahu dan ada kawan pejabat pun kata begitu. RM1 tu okeylah tapi still rasa tak berbaloi pulak nak mandi sungai kena bayar. Lepas tu, facilities yang ada pun bukan terjaga sangat.
DeleteDulu masa anak kecik2 dulu bunda tinggal kat Langat, selalulah juga pergi keSungai Congkak...sekarang tak pernah pergi dah area sana. Katanya Congkak sekarang tak sesejuk dulu dah....ye ke.?
ReplyDeleteEntahlah Bunda. Masa saya rendam kaki elok je sejuk. Siap rendam tin Milo lagi sebelum minum ^__^
DeleteAirnya tu takdalah jernih mana tapi nak kata kotor pun tidak. Okeylah boleh lagi buat mandi. Tapi kemudahan yang ada nampak uzurlah, Bunda. Chalet pun dah macam tempat hantu bertenggek. Ngerilah nak sewa!
MD & HD tak berendam sama ke? saya suka mandi manda air sejuk camni..hehe
ReplyDeleteHD puas berendam. Adik Cute memanjang dengan Daddynya. Saya pulak walaupun kepingin, malas nak tukar pakaian. Tempat tukar pakaian tu takut saya nak masuk. Jadi saya duduk tepi sungai jelah, rendam kaki mana dapat ^__^
DeleteMasalahnya sekejap sangat berendam. Saya tengok ukurlilit paha pun sama jerk lepas tu. Hahaha....
ReplyDeleteishhh lama dah tak pergi sg congkak sg gabai segala ni.. time dulu2 rajin wat konvoi dgn kawan2. yg paling best air dia sejuk kemain...
ReplyDeletecuma yg tak suka tang toilet lah klu pegi kat kawasan cam ni.. kotor...
Itulah bila ingat-ingat balik, lama tak sampai. Anak-anak of courselah kalau makpak tak sampai, mereka lagi tak tahukan. So bawa jelah dan nak jalan-jalan keluar kawasan semuanya terbantut, banyak sangat kiranya HD nih!
DeleteBab tukar baju tu memang akak pun surrender sebab itulah tak mandi. Tempat salin pakaian tu takut ler akak tengok.
dah lama saya tak gi sungai conkak . time musim hujan ni air banyak la kan ... sya dah biasa pergi air terjun gabai . anak2 buah dr kg dtg bawak gi situ siap main bola kat air lagi ... sungai tekala baru sekali pergi . trek masuk dalam jauh gak . klu nak camping , best kat situ ...
ReplyDeleteSaya confusedlah, Vee. Dulu-dulu, saya pernah tanya pasal Sg Gabai dengan orang kampung mereka kata dah takda lagi, mereka refer ke Sg Congkak sebab masa tu saya and the gang sibuk nak tangkap insectskan. Saya rasalah memang Gabai dan Tekala tu saya tak pernah sampailah!
Deleteyg penting anak2 happy walaupun ahkak ni blm berani lg nak bwk budak2 ni ke tmpt2 mcm ni. kes kencing tikus la apa la. ni sebab org pergi berkelah buang smph merata2. tikus pun dtg la kan. yg prihatin mmg jag kebersihan. yg tak prihatin tu la mslhnya. eh, membebel plk. husben kata tggu Aus bsr skt la br blh pergi taman tema. stkt skrg ni pergi tmpt selamat dan senang nak handle bdk kecik dpt kaki ni. *sigh...
ReplyDeleteMula tu takut juga pasal kencing tikus bagai. Lama juga postpone. Itu yang tak suka kalau plan, ada je aral melintang. Tetiba bangun pagi kata jomlah pergi, aha, lupa terus kencing tikus ke apa. Alhamdulillah, takda apa-apa. Kawasan Sg Congkak ni pun terbiarlah rasanya. Chalet yang ada macam tempat rehat haiwan liar je, macam rumah hantu pun ye juga. Facilities lain tak payah ceritalah, takut nak guna.
DeleteSaya pun macam tu juga. Sebab anak-anak selalunya plan tertangguh. Tapi bila dah lepas satu level, pun susah juga nak bawa mereka ni.
tak penahler sampai sini.. tapi memang betoiler yang kawasan peranginan gini memang lain macam tak menepati piawai betoilerkan... syioknyer mandi2kan... anak2 akak pun tak penah mandi sungai... ha.. ha...
ReplyDeleteHahaha...budak sekarang memang banyak yang tak pernah. Tapi bab teknologi canggih jangan lawan, mereka semua pandai daripada kita.
DeleteNak pi sini seronok yang tak seronoknya bab kemudahan tu. Siksa nak salin pakaian bagai, nak pi toilet.
Cho, ada satu sungai kat Tapah tu teringin nak pergi. Last pergi zaman anak dara ikut adik bawa. Nanti kalau dah sampai lagi, saya habaq dalam blog ya ^__^
Bestnyer.. dh lama.gile x mndi sungai ni. Dulu sungai just blakang rmh tok wan.. rsa nk.mandi terjun je sungai tu.. tp skarang sungai tu dh x cantik n air pom cam x bersih dh.
ReplyDeleteSungai tmpat MD pergi ni masih tpelihara..ok la..bestnyer mandi sbb air dia sejuk je
Dulu kat rumah kampung pun ada kolam besar. Siap boleh bersampan lagi tapi la ni tinggal parit kecil je. Air pun kotor. Kolam tu pun dah kering jadi tempat buang sampah untuk dibakar. Sekarang ni kalau sungai tak dijaga, kesian kat anak-anak kita nanti. Sungai pun tak kenal. Kenal swimming pool kat hotel ajelah....
DeleteDapat rendam kaki pun dah ohsem rasanya sebab sejuk sangat!
saya dah lama x ke sungai congkak.. rasanya last mandi sungai 2 tahun lepas.lamanya -.-
ReplyDeletex bestlah sungai and laut semua x dijaga dengan baik, nnti xde orang nak datang. apatah lagi orang bukan Malaysia. x selera nak nengoknya kang..dah la berbayar. lagi berapi macam tu.. haha
Akak lagilah lama tak pergi mandi sungai ni. Anak yang tua tu dah 8 tahun barulah ni first time pergi mandi sungai. Lama sungguh....
DeleteSayanglah kalau tak dijaga. Kesian pada generasi akan datang. Tak dapat nak rasa nikmat mandi sungai macam kita dulu-dulu. Sungai sekarang pun tak sebersih macam dulu. Sekarang ni nak mandi sungai pun kena fikir 18kali.
biasa dengar temapt tu, tapi tak pernah sekali pun sampai
ReplyDeletekalau anak-anak saya memang suka tempat berair gini
saya aje yang geli nak mandi tempat gini
setakat dok rendam kaki okay lagi, tapi suruh mandi, minta maaplah, GELI!
Eh, kenapa geli YY? Ada pengalaman silam yang mengerikan ke?
DeleteSaya kalau jernih air sungainya, teruja juga nak join sama. Cumanya tempat awam macam ni nak menukar pakaian tu siksa sikit. Jadi dapat rendam kaki pun jadilah, buat cukup syarat pergi mandi sungai!
nak kata ada pengalaman silam yang menggelikan tu, tak ada
Deletetak tahulah, saya terasa geli
padahal masa kecil dulu selalu sangat terjun sungai
tak ada jawapan tuk soalan MD tu
Pelik juga tu ya tetiba muncul perasaan geli bila dah 'tua-tua' ni. Saya pulak masa kecil-kecil dulu jarangalah mandi sungai. Kat BP mana ada sungai. Kolam kat belakang rumah tu adalah, bolehlah merasa bersampan.
DeleteNmpk bersih!!!
ReplyDeleteLM teringin nk g sana tp lum pernah smpi lagi. Sempat tak ek bermandi manda sblm bersalin? Nnt ada baby takkan nk usung baby gi situ:(
Kalau sempat kena pi musim cuti ni, LM. Dah ada baby nanti memang takda harapanlah nak mandi sungai. Kena tunggu baby besar sikit. Makan 2, 3 tahun tu. Hahaha....
Deletesyiokknya adik beradik ni dok berendam
ReplyDeletekena tunggu ank bsar blh la gi sini
lama dh x gi sini
kan, knapa x dijaga erk !
kalau dijaga segala kemudahan tu lagi menarik agaknya..
First time ni dapat mandi sungai. Kalau tak dibawa, memang tak merasalah mereka berdua. Yalah, patutnya tempat tumpuan ramai macam ni kenalah jaga fasilitinya. Lupa pulak nak snap gambar fasiliti yang ada. Mulanya ingat nak main air sekali tapi aduhai, mana nak tukar baju nanti. Takutlah nak masuk bilik persalinannya!
Delete