Monday, December 8, 2014

Muzium TUDM

Salam sayang alahai semua!

Semput I pepagi ni tau dok sibuk transfer gambar. Oh, ya! Lupa pulak nak bagi amaran - entri ni ada 23 gambar kalau I tak silap kiralah tadi ^_^ Of course, of course, jangan harap ada gambar lovey dovey MDHD. Silaplah tu kalau berharap ^_^

Hujung minggu yang lalu kita buat adhoc plan. Tiga destinasi dituju tapi kat KL ajelah. Ni tengah berbincang dalam-dalam dengan bapaknya pasal nak ke utara dan selatan sebelum cuti sekolah tamat. Entahlah bila kejadiannya tapi cuti sekolah ada lebih kurang 4 minggu lagikan... Okeylah tu sempat pujuk-pujuk manja rasanya ~_^

Kali ni tajuk menceritakan isi penting dalam entri. I tak tipu ^_^

Dah lama sebenarnya I nak pergi Muzium TUDM ni tapi macam biasalah, kalau I plan je mesti tergendala. Kalau I tak plan, mesti jadi punya! Janji bangun pagi-pagi, buat kerahan tenaga sikit lepas tu masuk kereta dan jalan tanpa arah tujuan. Dah separuh perjalanan barulah kita beritahu supir nak ke mana. You all boleh gitu? Ahah, tak bolehkan.... Keh3x.

Sebelum taip entri sempat tinjau rumah kawan-kawan kiri, kanan, depan, belakang. Wah, melenjan juga nampaknya ^_^ 

Alright tak mahu cerita panjang walaupun dah separuh entri MD ni menceceh ya. Marilah bersama-sama I melawat Muzium TUDM di pagi hari yang indah, hangat bangat kena tempias sang matahari!

Model I dah penat sebab walaupun dalam blog jadi gambar pertama tapi hakikatnya ini gambar terakhir sebelum kita beredar dari Muzium TUDM ni *_* Alamak, Abang! Perut napa tak cover sikit. Kecil-kecil dah boroi ^_^ Sorry ya Mommy tak sempat photoshop pulak *_*

Tak tahu Muzium TUDM ni di mana ya? Nah, inilah alamatnya :-

Muzium TUDM
Pangkalan Udara Kuala Lumpur
Jalan Lapangan Terbang Lama
50460 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-2117 1201/03-2117 1202

Waktu Operasi :
Isnin hingga Khamis : 9 pagi - 5 petang
Sabtu & Ahad : 9.30 pagi - 5 petang
(Jumaat tutup) *Kalau buka, ramailah driver tak pi solat Jumaat nanti ^_^*

Bayaran masuk : Percuma 

Kalau nak info lebih-lebih mai sini jari tu gigih sikit google kat sini ya ~_^  Part jalan jangan tanya I, nanti sesat sampai ke Muzium Negeri entah mana-mana state, jangan pulak ada hati nak saman I yek! 

Amboi Adik... tangan awat lagu tu? Kita bukan nak nyanyi lagu nasyid sayang *_*
Lecak dek hujan malam kot jadi tak dapatlah nak melenjan sampai ke hujung!





Masa kami sampai pun tak ramai pengunjung yang ada. Boleh dibilang dengan jari sahaja. Mungkin ramai yang tak tahu tentang muzium ni kot...
Lepas dah penat membakar kulit di luar, kita pun masuklah ke dalam bangunan di belakang tu. Oh, ya nak pesan sikit! Kalau nak datang ke sini, silalah jangan datang masa matahari tengah panas membakar, mahu terbakar kulit si pengunjung juga *_*

Adik Cute ni harapkan berani dalam rumah je, kat tempat macam ni, kecut perut juga si kecil nih ^_^

Jangan percaya pada raut muka Bubbly Abang. Dalam hati sikit punya takut tu berdiri depan 'juruterbang' *_*


Memang seronoklah superheroes dapat tengok kapal terbang yang ada di sini. Teruja bangat mereka walaupun pada mulanya si Adik kecut perut sikit sembunyi belakang Daddy ~_^




Setiap kapal terbang yang dipamerkan ada nama masing-masing ya. Seronok juga membelek  setiap satu ni...

Yang ini kalau tak silap tinggi belajar ni *_* Nama tertulis di depan tu 'Harvard' Wah, memang 'educated' sunggup airplane yang ini ^_^

Besarnya alahai lubang hidung *_* Padanlah cepat rosak. Banyak betul sedut habuk di udara ^_^

Dah penat di dalam, kita keluar balik. Meninjau suasana 'nyaman' di sinari sang matahari sekali lagi....

Susah betul nak capture gambar si Adik ni. Tak reti diam langsung!

Ini ajelah model yang bekerjasama dalam terik matahari walaupun tak rela, tak mahu mengecilkan hati Mommy katanya!





Selepas hampir sejam di sini, I tengok muka my superheroes dah merah padam menahan kepanasan. Okeylah, harus cepat-cepat masuk kereta dan beredar sebelum mereka buat muka mencuka dan nak balik rumah!

Last gambar ya sayang walaupun muka superheroes dah mencuka tak tahan panas. Nak buat macam mana, Mommy kamu blogger tegar katanya ^_^
I dengar ada ura-ura lapangan terbang lama ni akan dibangunkan menjadi bandar Malaysia something makanya, pi lah melawat muzium ni dengan kadar segera kalau berminat, manalah tahu nanti-nanti tak dapat nak posing sebelah airplane hidung besar lagi ^_^

Beredar aje dari sini, si Bubbly Abang bukan main lagi mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada MommyDaddy kerana membawanya dan Adik Cute ke sini. Walaupun plan nak pergi ke tempat idaman mereka belum mencapai kata putus lagi, Abang sangat teruja dengan outing kami kali ni.

Lepas ni ikut kami ke Pameran Evolusi Senjata & Kemanusiaan Sedunia ^_^



40 comments:

  1. model tu rela sbb x nak derhaka . dah mommynya pemalu teramat kan . heh heh ... mcm2 model kapal ado ... nak ubah jadi bandar malaysia ? mcm best jer bunyinya . mudah2an masih dipanjangkan umur utk melihatnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Vee. Pandai betul meneka. Yalah, syurga kan di bawah tapak kaki ibu. Yang si kecil tu dia peduli apa. Kita suruh posing jawabnya senang je - Adik malas! Adik pinat (penat)! Adik panaslah!

      Delete
  2. mungkin tak ramai sebab panas terik kot..best jugak kan kat sini, dahla free..nanti nak bodek Abang ipar bwak anak-anak sedara datang sini.nampaklah cam budak-budak yang nak datang, padahal makciknya.hehehe. minat betul anak kak MD dengan plane, nak jadi pilot ke?ramai penumpang makan hati nanti abang pilot hensem sangat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah alasan 'budak-budak' tu, Sal. Akak ni pun bagi alasan nak bawa anak-anak tengok kapalterbang yang pernah digunakan padahal yang teruja Mommy mereka. Mereka bukan tau pun tempat ni, akak yang pernah baca!

      Itulah, akak rasa tak boleh promote kerjaya sebagai driver kapal terbang ni takut ramai penumpang yang makan hati dan jatuh sakit! Huahahah....

      Delete
  3. Comel betul dua beradik tu...

    macam pernah jumpa je... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke, Kakcik? Cer cerita sikit pelan-pelan bisik kat telinga, jumpa kat mana tu?

      Aduh, dapdupdapdup jantung ni tau ^_^

      Delete
  4. Abang dah ada gaya dah mcm pilot. Jadi, kesimpulannya, mereka berminat ke tak dgn kapal terbang ni semua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mereka kata minat, I pengsan dulu, Lyd. I bagi peluang mereka tengok segala jenis kapal terbang je. Abang nak jadi pilot boleh tapi kena work up lebih sikitlah. At this age of 8, perut pun dah boroi. Actually bukan salah perut, salah baju tu terbeli kecil dek main order by telephone je kat adik ipar....

      Abang tanya kat pintu masuk tu ada senarai juruterbang yang terkorban dalam nahas. Soalannya memang nak kena cepuk - 216 je, Mommy? Ingat ramai lagi! Yang MH17, MH370 tu mereka tak kira ke?

      Delete
  5. Adik tak reti diam itu yg jadi tambah menarik bila posing. Kakak suka tengok - geram dgn pipi dan matanya tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak ambil gambar si Adik ni, kak. Dahlah Mommy ni terror bab-bab ambil gambar ni. Mommynya apa yang tak terror kan... Hahaha....

      Delete
  6. Weyh... ni mmg tak termasuk dlm list mak nak melawat ni kecuali dapat Rm500 barulah boleh difikirkan hihi.... Itupun kalau terpaksa pergi mesti tak sepenuh hati hati hihi...

    Ok....layan ajelah, ye dak....dah ada anak teruna yg belum akil baligh surelah minat benda benda gini. Eh.... mommy suka ke tidak sebenarnya ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam nak terdelete jerk komen Mak ni tau!

      Siapalah agaknya yang nak bagi dia RM500 suruh pi tempat percuma macam ni. Mak takut rentung dek bahang mentari ke, Mak? Pi lah masa musim salju. Sah-sah memang tak pernah sampailah kalau nak tunggu salji turun.

      Eh, best apa tempat ni... Yang teruja nak datang of courselah Mommy mereka. Nak bagi pendedahan awal kononnya. Manalah tahu anak-anak nak jadi driver kapal terbang. Of course kalau mereka nak, Mommy yang pura-pura pengsan dulu terkejut ^_^

      Delete
  7. hahaha.. sama jugak dengan ai.. dah nama blogger, gambar haruslah ada.. ekekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu malu lah sikit nak snap photo. Sekarang ni dah kurang walaupun kadang-kadang malu gak!

      Nasib baik ada anak-anak jadi model ^_^

      Delete
  8. bagus juga bawak budak2 ke tempat macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eloklah bagi mereka pendedahan kalau berminat. Saya yang terlebih teruja nak ke sini. Anak-anak pun excited jugalah bila dah nampak airplane bagai jenis depan mata!

      Delete
  9. Wah.. kali ni ke Muzium TUDM ya..jeles ni. Kalau saya bawa dua Ahmad ke sini pasti seronok dan teruja diorang untuk explore semua benda yang ada tu.. thanks for the tips, kena pergi pada hari yang semalamnya tak hujan ya.. saya akan ingat tu. Pernah terlintas nak singgah masa lalu kat kawasan ni, tapi niat tu tinggal niat sahajalah nampaknya.. papa N ni kalau ke tempat berekon memang laju je, kalau ke tempat gini kena mintak banyak kali baru dia bawa kalau mood ok.. adoi..

    Mujur lagi tu banyak juga gambar Abang..masih lagi rela bahi kerja sama dengan mommy si blogger tegar ni.. boleh jadi penyeri blog MD..

    Samalah pendapat Papa N dengan Mak Jilap kita tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa NaimNazif mesti seronok kalau ke mari. Bawalah mereka, AN. Tengok kapalterbang perang lebih dekat lagi. Mana tau tetiba nak jadi pilot, jangan mama pulak melalak macam saya ^_^

      Bahagian dalam tu takdalah panas sangat tapi kat luar open space memang panas berdetinglah. Nak kurang panas datang pagi masa buka pukul 9.30 (hujung minggu), takdalah rasa panas terbakar ^_^

      Kalau PapaN macam MakJilap, AN bagi je card credit suruh pegang boleh swipe RM500 punya amaun. Dah dapat melenjan kat muzium ni, ambil balik kad kredit simpan elok-elok dalam handbag! Hahaha....

      Delete
    2. Sayang wei nak bagi suami 500.. elok dia yg bagi saya.. haha.. kena ugut cara lain.. pameran kapal terbang ni memang saya nak pergila.. beberapa kali baca pun rasa teruja.. haha.. dah macam budak pulak

      Delete
    3. Bukan bagi PapaN RM500 cash, bagi kad kredit je dengan janji boleh swipe RM500 punya amaun. Habis tour, ambil ler balik kad tu, jangan sampai PapaN sempat swipe pulak. Sayang duit kita kena bayar kad bank nanti. Hahaha....

      Memang pun mak-mak yang teruja. Sebenarnya yang nak datang ke mari pun saya yang lebih-lebih. Anak-anak dah sampai baru tahu tempat ni. Tapi mereka enjoyed themselves, so happy jugalah mission accomplished!

      Delete
  10. Ler dah abis ke entry nak kena review?haha.. ingatkan banyak lagi ... mana entry baru Kak Ton? Dah hampir pukul 10 pagi ni. Jom kongsi kisah Pameran Evolusi pulak.. ai, nama pun agak unik tu..tak sabar nak tahu pa kes..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh...buat banyak-banyak nanti kengkawan komplen. Dahlah satu entri pun semput orang nak baca. Kalau ikutkan nafsu menulis saya ni, memang saya nak pulun habis-habisan sampai kering idea. Tapi tulah, takut takda siapa yang nak baca. Hahaha!

      Delete
  11. hahaah.. pasrah lah dgn perangai mummynya.. nak wat camne... kenalah bergambar, kang di cop derhaka plak.. hahahah

    dari sehari ke sehari kononnya nak pgi.. tapi tak pegi lagi. lebih rela tidur musim2 hujan sekarang ni.. ermm masuk free kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab takut jadi anak derhaka itulah Abang rela dalam penuh keterpaksaan, kepanasan dan kehausan. Ni adik beradik mendera anak namanya nih ^_^

      Akak pun mulanya tak berapa sangat tapi dok belek-belek gambar rasa macam teruja pulak nak bawa superheroes datang sini.

      Masuk memang percuma je. Itu yang lagi best. Sesen tak keluar duit!

      Delete
  12. boleh masuk yer muzium tudm ni... tak pernah plak terpikir..
    kalo dapat bawak hero3 zee ni mau gamat dibuatnya..dapat sentuh kapal terbang depan mata katakan..hahahaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, ikut Jalan Lapangan Terbang Lama. Percuma lagi, Zee. Mesti hero-hero Zee suka berposing sakan sebelah kapal terbang ^_^

      Tapi... kena tahanlah panas terik. Terbakar rasa kulit nih!

      Delete
  13. kenapa saya tak tahu kewujudan dia huh?
    ni kalau bawa afif memang dia excited
    aisyah lebih lagilah...hehe
    tapi orang cam tak ada ye, seram juga jalan sesunyi gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang ada tapi tak ramailah, YY. Takdalah takut apa pun ^_^ Rasanya budak-budak tentu suka. Dapat pegang dan tengok kapalterbang macam ni.

      Delete
  14. bestnya dpt naik kapal terbang lagi..buat anak yg minat nak jadi tentera tak pun nak jadi pilot sini mmg port paling sesuai bawak.abang terpaksa rela bergambar buat mommy blogger tegar..

    kapal terbang semua tengah padang,panas terik mmg tak tahan la kan..lagi2 puteri lilin pmpuan melayu terakhir...demi blog je relakan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kat luar tu kami tak dapat posing sakan sebab lecak. Habis kasut kalau nak kena terjah. Mommylah yang paling sayang kasut ^_^ Budak berdua tu tengoklah, fesyen kasut memang sama je posinglah kat mana. Itu yang mereka paling suka-sandals!

      Sebab bloglah I came here, you know! Hahaha.....

      Delete
  15. haa..ni lagi satu tempat saya mesti pergi dengan family nanti. Kimi tu peminat citer Planes dan suka dengan kapal terbang... terima kasih kerana berkongsi MD! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eloklah bawa Kimi ke sini kalau dia minat sangat dengan planes. Seronok juga sebenarnya bawa anak-anak ke sini. Sesekali bertukar angin. Asyik-asyik pergi tempat sama je boring juga.

      Sama-sama, Fand. Kalau boleh berkongsi di blog, haruslah kita kongsi sama ^_^

      Delete
  16. alahai saya blm sampai lagi tau..
    cik abe selalu ajak pergi. tp sy x teringin nk pergi.ada anak anak sonok la kan.tgk mnda bersejarah. tunggu bby besar la..
    tapi tu la dh nak diambil alih kan..
    time cuti sekolah ramai juga md.

    tudm akan berpindah. yang bru dkt sendayan dah nk siap dh.dekat dgn rumah sedara saya di sana. hihi..

    nk kena la pergi juga, bergambar dgn si hidung besar.kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berdua tak best, Ciksu. Kalau ada budak-budak tu seronoklah. Sendayan tu kat NS kan? Uhuh, lagi jauh kalau dah berpindah nanti. Nasib baik saya dah bawa superheroes pi lenjan kat muzium tu. Okeylah kot ^_^

      Delete
  17. Serius lya baru tahu adanya muzium ni.. malunya... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan malu. Akak pun baru tau jugak! Itu yang sibuk bawa superheroes ke sini. Katanya nak dipindahkan ke tempat lain tak lama lagi. Tempat ni nak dibangunkan.

      Delete
  18. Kalau tempat ni dah di naik taraf nanti agaknya berapa pulak bayran masuk nye..kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dipindahkan aje tapi tak tahulah kalau mereka akan caj harga masuk. Setakat ni free, bolehlah pergi berpuluh kali bergambar dengan kapal terbang *_*

      Delete
  19. ooo baru perasan MD dah sampai sini.. ini antara tempat impian CZ jangan tak tau pulak.. tapi tuler belum kesampaian sebabnyer dah dekatkan jadi rasa nanti 2 kita datang pun boleh... jadinyer tertangguh... tertangguhler lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya nak dipindahkan tak lama lagi, Cho. Kalau dah dekat tu haruslah terjah cepat-cepat. Cuti sekolah pun panjang lagi ni, bolehlah pergi sambil posing di bawah terik matahari *_*

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...