Bye bye 2014!

Salam kawan-kawan!

Akhirnya, sampai jua kita ke penghujung 2014. Terima kasih Ya Allah atas segala apa nikmat dan dugaan yang diberikan sepanjang menempuh kehidupan pada 2014. Walaupun tiada pencapaian yang begitu dibanggakan untuk dikenang sepanjang tahun ini, tetap juga ia menjadi lipatan sejarah dan memori yang sungguh indah untuk tatapan suatu hari nanti.

Kepada kawan-kawan semua, semoga apa yang terjadi dalam hidup kita pada tahun ini akan menjadi tauladan untuk kita memperbaiki diri pada masa akan datang. Insya Allah!

Secara peribadinya, tahun ini merupakan satu tahun yang manis buat I sekeluarga. Kami berjaya menempuhi segala dugaan yang datang dan mengalami setiap saat yang manis as one whole family. Syukur ke hadrat Ilahi atas segala macam peristiwa yang hadir dalam hidup kami. Semoga keutuhan dan kebahagiaan sekeluarga berkekalan selamanya.

Buat kawan-kawan semua, terima kasih kerana masih setia menemani I mengomel di blog Mummydearie yang tak seberapa ini. Seikhlas hati I ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang sentiasa bersama bergelak-ketawa mahupun sesekali bersedih bersama I di sini. Ikatan persahabatan yang terjalin walaupun hanya mengenali satu sama lain melalui blog ini amatlah I hargai. 

Once again, a BIG THANK YOU and I enjoy being here with all of you *__*

Sumber dari Mr Google *_*

* Nanti I update tentang pengomen tegar ya. Janji tetap janji tapi hadiah belum beli lagi. Hehehehe....



 




Comments

  1. salam tahun baru MD=) semoga kita sentiasa ke arah kebaikan hendaknya aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tahun 2015 juga buat CikSiti!

      Moga tahun ni dimulai dengan langkah yang penuh berkat *_*

      Delete
  2. selamat menyambut tahun baru 2015 MD..

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru kak MD..blog ni cam lain je ..wajah baru ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru buat Dik Sal juga. Hehehe...begakan mana yang pandai je. Nak ubah terus takut terdelete habis blog ni nanti. So, tengah tahan tangan jangan gegatal nak tunjuk pandai!

      Delete
    2. oklah ni...comel je.nanti boleh edit blog saya plak..hehe

      Delete
    3. Boleh jugak tapi upah mahal. Hahaha.... Kalau terus terdelete blog tu, jangan tak memasal panas punggung. Memang T&C nya macam tu ^_^

      Delete
  4. Selamat tahun baru 2015 MD.. semoga tahun hadapan lebih membahagiakan dan diberi kesihatan yg baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru 2015 buat CH juga. Moga langkah kali ini akan lebih seimbang dunia dan akhirat!

      Delete
  5. muaahhhh muaaahhhh muaaahhhh
    tenkiu gak sis rajin update so tat ada benda yg i leh sengih sensorang depan pc ni...

    semoga tahun baru ini akan membawa menjadi tahun yang penuh barakah utk kita dan menjadi kita yang lebih baik .. aamiin...

    hepi new year sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. I lap you till next year lagi yek *_*

      Hopefully semoga tahun baru ni akan membawa seribu satu kebaikan untuk kehidupan kita.

      Happy new year to you too ~_^

      Delete
  6. SELAMAT TAHUN BARU 2015 Buat anakanda MD...

    Semoga bertambah rezki ditahun baharu ini.
    ...semoga panjang umur kita jumpa lagi yer...

    Salam sayang untuk abang dan adik juga..dari Bunda mu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru 2015 buat Bunda juga. Terima kasih kerana beri sokongan pada saya untuk terus menulis. Sayang Bunda sangat-sangat *_*

      Nanti saya sampaikan salam sayang tu pada mereka ya!

      Delete
  7. Selamat Tahun baru MD.. Moga 2015 lebih gempak lagi mengomel.. hahahaha apapun kita enjoy baca entri MD yang memang ceria & happening selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... itu sudah pasti. Awak apa kurangnya Suria. Selalu je buat akak seram sejuk, berdiri bulu roma walaupun katanya takdalah takut mana je. Propa mesti lebih *_*

      Terima kasih ya kerana sudi membaca ngomelan akak yang suka melalut dan mengarut nih.

      Selamat tahun baru 2015 buat Suria juga ~_^

      Delete
  8. selamat menyambut tahn baru . bagi saya byk kelukaan di thn 2014 ni . thn 2015 nak buka lembaran baru penuh semangat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru 2015 buat Vee juga. Yang lepas jangan dikenang. Simpan ia sebagai kenangan terindah walaupun ia amat melukakan hati. Moga tahun 2015 membawa seribu kebaikan dan memori yang indah-indah buat Vee. Yang penting kalau makan nasi minyak, jangan lupa kat kita ni orang kampung tau!

      Delete
  9. assalam.mommy
    betul tu
    walaupon negara pelbagai berita memilukan tapi utk kenangan manis bsama keluarga ttap ada..

    selamat tahun baru 2015 buat mommy sekeluarga.smga 2015 mmbawa seribu rahmat buat kita semua. aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam Ciksu!

      Buat Ciksu tentu tahun 2014 membawa kenangan yang paling indah dengan kehadiran buat hati pengarang jantung ya. Semua ibu pun rasa seperti itu. Moga akan ada peluang lagi untuk melaluinya. Eh, buat Ciksu bukan buat saya pulak ~_^

      Selamat tahun baru 2015. Insya Allah! Semoga dirahmati hidup kita semua!

      Delete
  10. Selamat tahun baru 2015 buat Diana juga. Harapannya pun begitulah *_*

    ReplyDelete
  11. selamat tahun baru kak ton!
    syok pula sebut kak ton berbanding MD, glam sikit...hehe
    apapun saya doakan moga buku 2015 ni lebih baik dari 2014
    buat family kak ton ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru 2015, YY!

      Ish, Kak Ton memang dah glamor. Cubalah tolong glamorkan MD pulak. Hahaha...

      Terima kasih, YY. Begitu juga dengan YY sekeluarga. Semoga perkara yang elok-elok aje untuk kita tahun ni.

      Delete
  12. mkn meriahlah blog MD yer. KA pulak yg dh slow berblogging skng ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun semput juga sekarang ni, KA. Main terjah lepas tu komen berbakul-bakul terus. Senang cerita. Anyway, dalam kesibukan tu masih lagi membaca di sini, bangga sangat rasa di hati saya ni. Terima kasih ya, KA!

      Delete
  13. Amboi Kak Ton....ucapannnnn.....
    Nape tak panjang lagi haha...... Tahun ni berazam nak jadi adun ke? Bukan main lagi isi kandungan penuh ilmiah, bermisi dan bervisi.... Pergh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni, orang nak masuk tahun baru mestilah ucapan mengalahkan PM. Itu yang Kak Ton malas kalau jadi educated ni. Lebih baik meroyan je dalam blog. Hahaha!

      Delete
  14. byk betul kenangan 2014 ni.. harap2 thn 2015 ni bersinar hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapannya begitu jugalah, Lyn.Semoga tahun ni lebih ceria lagi hendaknya!

      Delete
  15. 2014 yang banyak dugaan buat negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Semoga tahun ini lebih baik buat kita semua.

      Delete

Post a Comment