Mari belajar menyiang...

Salam kawan-kawan!

Tajuk entah apa-apalah si MD ni! Tapi takpa, I bukan dalam mood marah. Takda siapa pun I nak parangkan apatah lagi nak kena 'siang' dengan I. Ni nak sambung cerita entri belajar memasak sebenarnya ^__^

I ni kan bab-bab rumahtangga masa baru kahwin dulu memanglah alahai. Bolehlah panggil lembap, takpa. I tak marah pun *__*

I ni tak pernah menyiang ikan mahupun potong ayam. Mula-mula dulu jarang beli ikan sebab tak reti nak siang. Hubbydearie tahulah tapi nak mengharapkan HD menyiang ikan tunggu beliau tak sibuk. Kalau sibuk, memang berkurunlah ikan tersimpan dalam freezer. Dah ditolong siang, banyak songeh pulak. Asyik komplen je kata macam tak kena aje ikan yang HD siang dengan yang I pernah nampak my mak mahupun sis siang dulu-dulu. Manalah tak cari modal nak bertikam lidah lite-lite!

Kalau bab ayam pulak memang tak pernah beli seekor. Matilah dok fikir macam mana nak potong ayam seekor tu nanti. Kalau beli bahagian ayam tu, I main 'tetak-tetak' aje. Hahaha... Sadislah bagi suami makan begitu gayanya. Dahlah masak pun gagal! But then again,  I respek bangat kat Hubbydearie kerana tak pernah komplen.

Sebenarnya I tak siang ikan atas dua faktor - I geli dan ngilu. Setiap kali dok 'tetak' ikan/ayam atas papan pemotong tu I rasa macam dok menetak badan orang je. Nak naik muntah jadinya! Kalau nampak bahagian leher, kaki mahupun kepala ayam, I lah yang rasa nak pitam dulu. Melentik-lentik tangan geli nak memegangnya ^__^

Lagi satu, masa mula-mula kahwin dulu pisau pun satu dan pelbagai guna. Itulah pisang potong sayur, potong daging dan potong buah. Multi tasks betul my pisau dapur tau. Maklumlah, tak tahu pun masa tu rupanya pisau ada pelbagai jenis untuk pelbagai kegunaan ^__^

Salah satu sebab lagi, masa dulu-dulu I tak tahu pun yang kita boleh suruh si penjual siangkan ikan mahupun potongkan ayam tu siap-siap. Nak potong 8, 12, 16 even nak potong 84 pun sukahatilahkan... punyalah bebal, Hahaha...

Nasib baik lepas kahwin pernah sekali ikut kakak ke pasar. I nampak my sister suruh penjual tu siang dan potong ikan. Barulah den tahu. Lagipun dulu-dulu punya cerita, pasar pun jarang sampai. Main bantai kat supermarket jerk! Senang dah siap kena 'tetak' *__*

Bab yang ni sampai sekarang pun tak improve. I memang tak pernah siang ikan mahupun potong ayam sampai sekarang ni. Ngilu ler selebihnya mengada ngada. Makanya, kita suruh penjual buat ajelah. Memang tak pernah beli ayam seekor lepas tu potong sendiri. Pernah juga I guna trick ni - I ajak my sister pi pasar sama-sama lepas tu beli ayam dan ikan sama-sama. Then balik rumahnya, minta my sis siap-siap siangkan ikan atau potong ayam tu. Tak pun tinggalkan aje di rumahnya nanti bolehlah my sis tolong masak terus! Bab manipulasi my kakak ni I cleverlah ~_^

Sekarang ni walaupun masih tak buat part ni, tapi tahulah macam mana caranya. Cuma memang tak ada hati nak buat sendiri. Bukan sebab pemalas tapi sebab-sebab yang tertera di atas tu ~_^ 

Mari, mari! Mehlah beramai-ramai datang rumah I. Nanti I sediakan ayam seekor masak kari dengan ikan siakap sweet sour tak sempat siang lagi. Hahahaha...menanah hati! Tahu pun takut kan..... 

P.S. I ni bukan boleh kena 'provoke'. Lagi orang kata jangan, lagilah I nak buat. Rasa macam nak keluarkan entri satu lagi lepas ni  tapi belum siap mengarang pulak ~_*











Comments

  1. Seumur hidup kakcik, hanya sekali kakcik pernah siang ikan keli yang suami beli. Itu pun siap menangis sebab ikan itu masih hidup tergedik-gedik melompat!

    Sekarang walaupun tak pernah beli keli lagi (nak makan kalu, siap masak juga beli), tapi bab siang dan cuci ikan memang selalunya suami yang buatkan... Bukan isteri dia tak pandai buat, tapi dia sukarela nak tolong...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seumur hidup saya tak pernah siang ikan, Kakcik! Hahaha...lagilah ohsemkan, kan, kan....

      Saya 'berjiwa lembut' gitu maklumlah perempuan Melayu terakhir katanya. Tak sanggup menyakiti haiwan walaupun yang dah mati. Hahaha!

      Saya pun pelik HD pandai siang ikan. Kalau HD goreng ikan, tak mainlah pakai kunyit. Rendam dengan air asam pun tidak. Tapi ikan yang digoreng langsung takda bau hanyir. Saya memang konpius sikit!

      Delete
  2. Nak keluar jap....nanti sambung komen....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okje nak amik tempat dulu dlm ruangan komen ni. Pastu baru nak komen. Heheh.

      Delete
    2. Sajalah tu nak bagi tau dia nak keluar! Kalau komen no.2 pun bukan dapat hadiah, Mak! Nasib baik tak terdelete tau ^__^

      Delete
    3. Cis!!!!
      Alah sebenarnya kalau bab menyiang ayam ikan ni bukan tak tau....sebab utamanya malas......hihi ......yer mungkin tak tau sebab tak pernah buat tp kalau dah diajar, insyaallah tau punya .....tp kalau tak tau jugak mmg kena virus M tu namanya...haha....

      Kalau ikutkan sapalah yg rajin bermain dengan lendir darah ikan bau hanyir tu weyh....

      Nasiblah jiran sebelah dpt laki rajin, taulah jugak dia menyiang ikan.... kalau dapat laki yg tau makan pucuk jer....mmg sadis tau....huhu

      Delete
    4. Errr, Mak! Sebenarnya kalau sekarang ni, jam ni suruh saya siang ikan siakaplah katakan, saya rasa entah apa-apa saya buat kat ikan tu. Saya taulah apa yang nak ditetak, apa nak dibuang tapi datang perasaan geli, memang telur ikan pun I buang you.... Hahaha....

      Kadangkan terfikir juga beli ikan kat JJ tu, beli gelama je lepas tu minta tolong budak kat situ siangkan. Agaknya dimarah dalam hati tak budak tu kat kita? Hehehe....

      Jiran sebelah saya ni pandai ke tidak sebenarnya siang ikan? Harapkan laki jerk nak watpa! Uhuhhhh....

      Delete
  3. I sampai sekarang, tak reti potong ayam kalo beli sekor. Sebab i takde pisau potong daging. Sama le macam u, pisau i yg itu le potong bawang, yg itu la siang ikan, yang itu le potong sayur mayur dan segala benda. Luluh hati mak mentua bila tgk menantu dia mcm gitu. I kalo beli ayam, beli yg bahagian dada je semua. Senang nak potong. Kalo beli ayam sekor, mintak tlg brader yg kat kedai tu je potongkan. Ikan pulak, itu tugas hakiki my hasbeng. heheh. Kalo i nak makan ikan tp tak rajin nak siang ikan, dan hasbeng plak takde kat umah, i rela bayar mahal terduduk beli ikan tenggiri atau ikan merah. Dah tu, macamana duit aku tak cepat bengkrap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mula-mula kahwin memang sangat lurus I ni, Lyd. I memang tak tahu banyak perkara. Lepas dah kahwin barulah tau rupanya pisau ada banyak jenis untuk lain-lain kegunaan. I dulu belajar goreng ikan pun makan masa. Asyiklah ikan goreng I rasa weird sangat tau tapi suami tercinta redha aje, makan aje ^_^ Lomantik tak husband I? Tak penah mengeluh pasal masakan isteri sampai la ni tau....

      I pun bankrup sebab beli ikan kat supermarketlah. Lepas tu taste I memang 'high profile' punya ikan. Lagilah cepat bankrupnya :)

      Delete
  4. I memang selalu minta tolong pekedai potong kan. Ayam pon sama. Tapi udang ngan sotong siang sendiri lah. Mau kena maki ngan tukang potong...muahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu I tak tahu. Susah hati kalau teringin nak makan ayam ke ikan. Nak beli seekor tak reti potong sampailah I tahu from my sis yang kita boleh je suruh peniaga tu potong ayam/siangkan ikan. Lurus bendul I ni dulu-dulu. Itu pun I tanya kat my sister apa ke benda potong 8, 16,12 ntah apa-apa tu.

      Kadang I teringin juga nak suruh peniaga tu potongkan ikan gelama yang hak kecil tu tapi I pun takut kena maki. Hahaha....

      Delete
  5. bab menyiang memancung bagai ni bagi kat KA je, laju aje KA kerjakan, cuma siaplah lepas tu rasa pedih sana sini kat jejari tangan tu, luka sana & sini hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, tabik springlah kat KA! Nasib baik tak duduk sebelah rumah, kalau tidak dengan manja-manja saya datang menonong ikut pintu dapur minta potongkan 2 ekor ayam seminggu! Menangislah kalau berjiran dengan saya ^_^

      Delete
  6. Amboi.. takut dengar nak masak kari seekor ayam ? Haha.. dasyat gak ugutan ni.. memang lari tetamu yang nak datang.. kalau digrill tu boleh tahan lagi.. kalau gitu, saya bawa bekal siap2 la kalau nak pergi ke rumah MD. Kalau MD pelawa, saya makan bekal saya je.. Haha..ini mesti MD kata 'tak faham bahasa betul".


    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, kita offer nak bagi makan kalau datang rumah, orang tak sudi pulak! Nak bawa bekal pulak.....

      Kalau macam tu memang saya sediakan plain water ajelah, cicah biskut Marie. Pandai-pandailah nak buat muka suka masa mencicah tu. Tuan rumah cepat kecil hati kalau orang bermasam muka nih. Hahaha....

      Eh, lagi senang tak payah pelawa datang rumahlah! *__*

      Delete
  7. I siang ikan mmg terror.. sbb dari2 dulu2 dah belajar. Asalnya my arwah abah suh belajar dgn my sis & my mum. Tapi bab siang ayam, mmg fail.. tgk org buat, tapi mcm terkial2 jugak lah.. Tapi skrg kan senang, beli ayam mintak dorang siang kan sekali. senang hidup den lepas ni.. hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, tak sangka ada bakat terpendam rupanya! Napa dulu-dulu tak masuk Masterchef Junior? Hahaha....

      Akak sampai sekarang tak pernah siang ikan. Potong ayam pun tak pernah. Semua ready made kita buatlah. Nasib baik dah pandai masak. Kalau semua tak pandai, apalah guna hidup jadi wanita nih *gelakbesar*

      Delete
  8. samalah sy pun tak reti potong ayam.tp siang ikan tu retilah..tipu klu tak reti..tu pun pas kawen baru belajar siang.hakhak..

    pernah sekali masa kt johor dulu beli ayam yg sekor.punya susah nak menetak.main taram je la.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik mak mentua saya jauh. Kalau dekat, mahu saya nangis selalu. Buatnya dia teringin nak pergi pasar dan beli ayam seekor, tak pun ikan berkilo minta disiang, mahu saya melalak belakang pintu bilik air tau!

      Delete
  9. kalaulah umah MD ni dekat, saya dah terjah dah..rugi tak makan lauk pauk yang sedap2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ayam seekor tu saya main tetak je erk... sanggup ke makan? Jangan termuntah nanti tengok hasil seni saya memotong ayam. Hahaha... Yang pasti tak akan jumpa hati, pedal, kaki ayam, tongkeng ayam, leher ayam mahupun kepala ayam di rumah saya. Semua saya dah suruh peniaga tolong keluarkan siap-siap. Kalau tidak, tergedik-gediks nanti saya nak membasuh segala bahagian ayam tu!

      Delete
  10. saya bab2 ptg2 ikan ayam ni mmg surrender, tunggu ummi kerjakan semua cuci segala darah semua, lepas tu barulah boleh nak pelan2 masak, kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salutelah kat Ummi, kira beranilah 'pancung' ayam. Aunty memang surrender sampailah ke tua nih rasanya. Kita beli siap-siap potong ler, kalau tidak lagilah rumah tak berasap!

      Delete
  11. saya bab ptg ayam , sampai sekrg mmg x reti . selalunya beli kat supermarket dah siap potong ... klu pegi pasar x berapa suka pergi bhgn ayam sbb baunya yg 'harum' gitu . mau loya tekak wooo ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu siap pasang telinga lagi bila beli ayam nak dengar apa orang kata. Nak tahu mana satu potong 8, potong 12lah, potong 16lah...

      Saya dah berzaman tak singgah kat pasar. Pasar tani tu adalah *__*

      Delete
  12. haha... tak apa. husben yg considerate adalah husben yg blh tolerate. husben sy sblm ni pandai je msk. blh la stkt nk mkn2 tu. skg ni bila mtk tlg msk serba serbi jdk tak pandai. geram je. blh je nk msk tu tp blm smp seru. bab siang ikan kecik2 okay la. tp ikan siakap tu selalunya sy srh kedai jgk buat. sbb mls nak sepah2kan dapur. haha... ayam pun kedai yg potong. tp blk rmh akan potong jgk lg kasi kecik2 lg itu ayam. ada kedai dia potong terus kecik2. ada tu 8 bhgn je. nnt blk rmh kena potong jgk. tp xde ada mslh pn nk potong ayam sbb br2 ni dh beli pisau pemotong baru. rs mcm chef plk guna pisau tu. kah3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau boleh ikan gelama pun nak minta orang siangkan. Taulah gaya macam mana nak menyiang tu tapi itulah, tak sanggup nak buat. Kasi pada yang lebih ariflah nampaknya *__*

      Saya kalau susah sangat saya suruh potong kecil terus lepas tu balik rumah masa nak membasuh mulalah tension tengok ayam semua kecil-kecil, kalau goreng nak makan memang tak terasa di tekak. Hahaha....

      Delete
  13. Lya pom bru kawen mmg failed bab nk myiang ni.. skarang pom camtu
    . Tp blh la sikit.. tp hasilnya mmg x cantiklah.. klo ayam biasanya mmg suh kedai tu potong siap2..

    Cuma ikan y mmg xleh nk siang ikan keli n serupa dgnnya..auhh.. terbayang mde lain. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak sampai sekarang tak siang ikan ni. Suruh kedai siap-siap siangkan, bawa balik rumah basuh mana patut dan masak jer.

      Akak ikan sungai memang tak makan. HD tu semua pun boleh tapi dah isterinya ni gediks bab-bab masakan ni, takdalah dipaksanya suruh masak. Kalau teringin memang kena belilah!

      Delete
  14. percaya tak saya sampai sekarang tak reti potong ayam!
    selalu suruh orang kedai potongkan
    kalau dapat saya potong, dia tak jadi ayam dah
    dia jadi burger daging ayam...hehe

    tapi ikan biasa buat, kira okay jugalah
    cuma tak tahan bau hamis tu ajelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang senangkan, serah je pada yang arif. Hahaha....

      Saya dulu pun kalau dah suruh orang kedai potongkan (dulu tak tahu pun bila potong boleh pilih nak kecil besar saiznya) bila balik nanti potong kecil-kecil sikit lepas tu saya main tetak ajelah! Kalaulah kakak saya nampak memang kena gelak tak pun kena hamun dengan mak sayalah terror sangat bab nih!

      Delete
  15. Err LM belajar siang ayam
    Masa 14 tahun kot. Lunyai ayam tu dikerjakan. Siang ikan pula masa 9 tahun. Mmg tercabut2 dulang dr isi. Dah la letih kena bebel lg ngan mak masa tu. sedih giler.

    Tapi.. Skrg ni mana ada siang sendri. Ayam ikan beli semua dah siap siang. Mmg cuci dan masak je . X perlu susah mcm dulu2 kot..

    Lg satu, LM rasa lg cepat dan lawa kalau siang ikan pakai gunting. Ikan kecik le.. Ikan beso biasanya hubby yg siang. Kdg tu luka2 jari LM cabut insang ikan siakap x blh gak tercabut. Malas la .. Mual pun ye ngadap ikan. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kahwin umur dah lepas 30 tahun, LM. Makanya masa tulah saya baru tau hal-hal dapur ni. Kesian sungguh kalau mengenangkan kisah lampau nih!

      Serius ni, LM. Saya baca statement LM kata siang ikan guna gunting pun saya dah ngilu. Dok membayangkan saya tengah 'gunting' diri sendiri. Hahaha....

      Delete
  16. morning akak :)
    sihat ?

    ini sama dgn sya.zaman bujang x pernah siang ikan.sbb nya mcm akak kata la. ngilu dan sedih bila tgk ikan kena siang.
    saya sanggup x makan kalau ikan yg saya siang tu. selalunya part siang ikan sy mmg suruh adik lelaki no 2 arwah dh skrg. dia yg tlg. bila kwin nasib dpt cik abe yg cukup suka siang ikan.kikiki.nak nak kalau ikan besar

    dh la bila kuala cik abe suka beli ikn sungai
    perghhhhh.. gelisah hati ceq tau.nasib mak mertua memahami. sokmo mak mertua atau cik abe yg siang kan je..

    tp tu la sampai bila erkkkk !!

    hrap la anak saya nnti ikut perangai ayhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi Ciksu :)

      Laaaa... tak sangka Ciksu yang pandai masak ni rupanya tak tahu siang ikan juga. Kalau akak ni lainlah, maklumlah masterchef.... Takda masa nak fikir-fikir pasal siang ikan ni. Hahahaha....

      Betul tu, Ciksu. Akak pun rasa yang sama. Ngilu semacam bila pisau kena kat ikan. Meremang-remang bulu roma yang tak berapa panjang ni tau :)

      Erkkk... anak lelaki ya? Oh, jangan bimbang. Kalau nak dia pandai siang ikan, ajar dia lepas dah pandai bertatih nanti. Hehehe!

      Delete

Post a Comment