Nak letak tajuk apa ni....

Salam Khamis kawan-kawan!

Punyalah nak menulis dengan cepat, tajuk pun tak tahu apa nak letak. Itulah pasal, satu entri pelbagai cerita sampaikan orang tak faham apa nak disampaikan oleh si MD ni. Tapi takpalah, bukannya I bercerita tentang perkara berilmiah pun sampai kena hadam betul-betul.

Berbalik pada entri ini, I naik gelak bila ada yang rasa I dah gagal dalam penyampaian. Tapi takpa ya kawan-kawan, entri itu bukan untuk esei SPM. Jangan bimbanglah I akan gagal. I'm okay! Untuk esei ala-ala examination, I mesti cemerlang. Eh, straight AAA je tau BM and English dari Darjah 1 sampailah ke Tingkatan 5. Apa? Tak percaya? Nanti sat I keluarkan report card sekolah rendah dan menengah ya...


I ni selalu je tak sempat nak ambil breakfast. Kalau teringat pun ini ajelah yang I sempat 'gigit' ^_^



Tengahari semalam I makan ni je....



Sebelum makan kena check dulu expiry date maklumlah I ni sukan simpan lepas tu terlupa. Kalau dah expired nanti, pengsan pulak berangkat pergi spital...


Kesian alahai MDkan, maklumlah dompet koyak-rabak sentiasa, licin duit. Makanya pandai-pandailah nak hidup sampai bulan seterusnya. Hahaha....

Sebenarnya I malas nak keluar cari makan. Asyik-asyik pergi tempat yang sama. Mood keluar melenjan tak mari. Kalau ke tempat makan makcik favorite tu, selalu je kena hemtam kaw-kaw part harga. Padahal I ni pelanggan sejati, pembeli setia ikan masak sup, ayam percik mahupun ketam masak lemak cili padi! Langsung tak diberinya diskaun, tak kiralah harga minyak naik ke turun!

Selera tak tengok maggi I ni?



Haruslah tak selerakan ^_^ Kosong, kosong aje.... Sama peel macam buat maggi si Abang. Pandai pulak tu Mommy bebelkan Abang bila cerewet makan padahal sama je menurun perangai si Mommynya. Like ketam teaching babynya berjalan lurus. Pernah dengar kan....

Eh, maggi ni siap ada creamer di dalamnya! First time tau I nampak. Yang ni pun dah lama I beli. Maggi sebenarnya dah tak jalan dihati dan perut I ni tapi selalu simpan stok di pejabat manalah tau, dompet tetas lagi ^_^ 

Mulanya rasa macam tak boleh lalu je kat anak tekak ni. Selalunya maggi kari ke, ayam ke, laksa tomyam ke, semua memang tak habis makan. Letaklah apa pun sebagai penyeri dalam mangkuk maggi tu. Tapi yang ini, lepas sesuap dua, eh sedap pulak rasanya....

Baru la ni, I nak juga cuba maggi yang selalu keluar iklan dalam TV tu. Nampak kebaboom kesedapannya siap dengan daging itu ini (of courselah iklan je over excited, dalam pek maggi tu jangan harap jumpa daging ke apa yek!) Lepas makan terus boleh berK-pop dance. Sekali I tengok harganya RM7.90 untuk pek 5 bungkus. Oit, awat mahal ni? Selalunya dulu-dulu I beli maggi bila ada promosi murah, murah dengan harga RM3.95 je.

Lebih baik I makan mi goreng kedai mamak. Tak pun lebih baik I pi kedai makcik jual mahal yang selalu charge I harga bombastik tu!

Marilah kita terjah makanan 'berkhasiat' suami kesayangan MD, siapa lagi kalau bukan Hubbydearie... (Eh, kenapa ek lately ni nak manja-manja dengan suami nih! Cemburu pulak jiran-jiran I nanti, jadi bahan umpatan....Kalau boleh tempek gambar memang tak kira apa tajuk entri, apa kisahnya memang I selit je gambar I suami isteri tengah lovey dovey gitu ^_^)


Ini bukan I yang sediakan. Hubbydearie buat sendiri. I tolong potong memotong atas papan pemotong je. Hubbydearie bab-bab kupas bawang segala, memang malas. Nak quick and easy je kalau beliau yang nak masak di dapur. 

Nama resepi I  tak tahulah nak kata apa. Sebab resepi ini lahir dari jiwa seni kuli menari gelek-gelek sang arjuna hamba - Hubbydearie oh my lovely husband!

P.S. Masa I sibuk nak snap foto makanan Hubbydearie ni, beliau terus kata - 'Snap! Snap cepat. Lepas tu masuk dalam blog!' Keh3x. 



Comments

  1. Pagi ini kakcik sarapan milo panas yang En Suami tak habis minum sebelum ke pejabat dan makan bun gardenia je... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengah mengunyah karipap, kak..... Demi nak beli sarapan 'hebat' sikit sampai lambat masuk pejabat ^_^

      Delete
  2. Bagus kan kita ada blog
    Boleh juga buat compliment apa yg org tersayang masak
    Apa lagi hasilnya memuaskan. Cuma resepinya mana? Baik MD tanya lain kali tak payah susah nak tanya macam mana nak masak sedap macam HD masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kes takda resepi, kak! Apa yang ada dalam peti sejuk semua kita bawa keluar. Takut dah terlebih tarikh. Main campak je apa nampak depan mata. Tapi semalam saya yang tolong grill daging kambing dengan campakan tersendiri lepas tu HD kata sedap pulak! Oh, bangga setahun dalam diri ni rasanya bila kena puji! Itu yang dok memuji suami je tu :)

      Delete
  3. Meh akak tlg bagi tajuk "Jom Makan2..." or "Jom Jamu Mata..."

    Maggie pn xserasi dgn tekak akak.....mmg xpernah habis separuh pn kalau makan. Mungkin masa belajar dulu maggie jd menu wajib kot.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi saya nak letak pasal 'makan-makan' tapi takut kena gelak pulak sebab gambarnya maggi kosong je ^_^

      Saya dah lama tak boleh makan maggi ni tapi stok sentiasa ada. Kalau setakat yang biasa tu, memang tak boleh habiskan. Tak kiralah dihiasi dengan telur ke, daging ke, memang dah tak boleh hadam. Yang ni first time beli macam sedap pulak dek creamer tu *_*

      Delete
  4. dolu-dolu maggie ni makanan orang takde duit, la ni maggie dah macam-macam rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu makanan ruji para students nikan, Sal....

      Bila harga barang makin naik, mungkin ini akan jadi makanan ruji jugalah. Tapi maggi dah mahallah sekarang. Yang boleh gelek-gelek berKpop tu nak dekat RM8. Uish, takdalah nak beli gaya gitu.

      Delete
  5. lepas ni jugak nak ajak TLBD gi JJ cari kamben tau....nak buat jugak cenggitu....macam sedap jer weyhhhh
    Makan gitu jerkan....tak makn dengan nasi....

    Ok cite pasal bab maggi ni hari tu pun mak teringin, suh AB buat, pas tu makan sambil lipat baju. Bolehlah....maggi kosong jer pun, sedapnya macamana sangatlah kan....Okje beli maggi chef kari laksa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam pun kita orang bergrilled kambing gak, OKje. Cuma untuk HDlah. Semalam saya tolong grillkan untuk suami tersayang mulut ^_^ Abe kata sodap pulak! Uhuh, kembang setaman hati saya ni tau. Itu yang dok puji tak bertempat 24-7 macam jiran sebelah!

      Macam mana nak makan maggi sambil lipat baju? Errkkk... tak retilah saya. Saya selalu makan maggi sambil bersantai barulah betul penghadaman. Tapi kat rumah tu makan apa pun rasa macam nak tercekik dibuat dua beradik tu....

      MaggiChef tu pun pernah cuba tapi yang ini betul-betul sedaplah, Okje. Krimer tu buat karinya menjadi pulak. Bayangkan ajelah kalau kita bubuh telur, ayam, cili tabur sana-sini, oh nikmat gak nih!

      Delete
    2. Tak dapat lagi nak makan western ni.... mlm ni Pak Jilap dinner Produa, so mlm ni anak bini yg ditinggalkan kena makan setaraf dengan dia makan...so ptg ni tak yah masak....senang kerja mak tau!

      Emmm idaknya jumpa lagi yg puji bini 24-7 kalau ada baru kawenlah tu... Yehhhhh tak reti yeh...... okje boleh jer....makan sesuap, lipat selai...makan lagi 5 suap lepas tu lipat sepender hihi lama lama makan sampai habis tak lipat lipat hihi....

      Delete
    3. So berapa dollar PakJilap tinggalkan untuk makan setaraf dengannya? Mak sukalah kan kalau dapat allocation makan di luar ni. Terus hilang ingatan sekejap dengan anak-anak. Hahaha....

      Makan berkali suap, baru satu spender yang dilipat. Padanlah tak suka lipat baju. Dah tahu dah sebab musababnya!

      Delete
    4. Mak cakap jer makan setaraf hotel, tp makan gerai tom yam jer haha....yg pasti oleh kerana pak Jilap tak de, daging merah kena order 2, puas sikit nak makan hihi

      Delete
  6. suami acik tak tau kot acik ada blog ke tak he he ..dia tak pernah baca pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau ada button block rasa macam nak block Hubbydearielah, Acik ^_^ Saya malu bila suami sendiri baca blog. Nanti macam-macam sindiran terlantun keluar dari mulutnya. Tak tahan telinga nak tahan!

      Delete
  7. lama tak makan lamb chop. Pandai husband you masak. Visit me and join my giveaway.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My husband pandai masak 'sikit-sikit' jelah, Cindy. I pun sebenarnya confused tau bila HD ni belajar masak!

      Delete
  8. kiranya sedaplah megi tu ye MD..nak cuba jugaklah..memang mahal harganya berbanding megi lain nih..
    apa nama masakan HD tu ye? ok MD si isteri mithali dah upload dalam blog pon..kih2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni rasa sedap pulak tapi yang dalam iklan TV tu saya tak cuba lagi. Yang ni saya betul-betul lupa tau berapa harganya masa beli. Takkanlah RM7.90 macam yang saya nampak!

      Masakan tu tak bernama, Mar. Main kosongkan barang dalam peti sejuk je ^_^

      Delete
  9. alamak kak!! sedasp betul ke mee royale tu...lieya ari tu soping barang dapur...dah pegang2 dah..sekali tgk harga rm7 sebungkus..bapak mahal...letak balik amik megi kari ngan ayam jek sudahnyer...... harga ape hal lain dari yg lain plak.....megi perasa lain rm3 lebih ajek.....

    tapi dah akak promot baik punye ckp sedap, terus rase nyesal letak ablik hahaahahaha....takpe2 bulan depan punye belanja lieya amik laa ...try...dah le lieya puase ni kak...tu hormon tak tentu hala nie...tgk pic mknn mulee dtg meroyan kuasa 2 die hakaakakakakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang akak beli ni boleh tahan sedap rasanya. Lemak berkrim disukai ramai ^_^ Yang Korean Spicy tu akak belum cuba sebab tetiba je akak nampak harga dan akak rasa mahal sangat untuk nilai maggi nih ^_^

      Orang puasa memang gitulah, Lieya. Habis semua hormon melantak merembes. Tengok pun tak boleh. Eh, hari ni akak pun puasa tau!

      Delete
  10. Sebelum saya start baca entry kamu yg panjang ni, i nak ckp "i miss u". Lama betul tak baca blog ni dgn penuh khusyuk dan tawaduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, dupdapdupdap jantungku! Ada orang rindu kat kita. Eh, miss tu maksudnya rindulah kan... Alalalalala.... rasa nak berK-pop aje sekarang ni tau!

      I miss you too. Auww....malu nak jawab tau!

      Delete
  11. Oh, megi. Terliurnya. I mmg dah sgt jarang makan megi. Tp minggu lepas i ada try mee segera My Kuali. Tajuk dia Mi Penang, Kari Putih, ala lebih kurang la. Sedap woo.. Kari dia mmg kaww...

    Apa yg ur HD masak tu? Lamb ke? Yg kelakarnya siap kena suruh amik gmbr letak kt blog. Mmg perli lettew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maggi biasa I dah tak hairan bin ajaib. Tapi yang ni sebab nampak stok dalam drawer, haruslah cuba dah lapar bedo'oh. Nak keluar malas pulak. Sedap weyh menghadap blog sambil reply komen ^_^

      My Kuali macam tak pernah jumpalah. Nanti kalau I ronda-ronda grocery shopping I check rak jual maggi tu ada ke tidak...

      HD masak lamb. Nama resepi takda. Main campak-campak ikut suka hati.

      I tau HD perli tapi I nak letak juga. Sehari selepas I published ini entri, HD tanya kat I - Dah letak dah gambar masakan I dalam blog you?

      Hehehe....macam tau je. Yalah, sehati sejiwa, merpati dua sejolikan!

      Delete
  12. letak tajuk menu makanan saya hari ini....hehehe...maggi adalah penyelamat perut bila malas nak keluar dan malas nak masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau malas datang, memang nasiblah makan maggi je. Beruntung juga maggi ni. Betul-betul instant kekdahnya!

      Delete
  13. roti gardenia tu mmg menu wajib breakfast or hi tea kat office..
    sekali beli mmg berpack2.. mkn sebungkus dah kenyang..
    maggi?? sedapnya.. Lyn klu nak mkn, kena senyap2.. or else kat rumah sendiri.. klu kat rumah my mum, mau kena titik tgn nya... dia tak boleh tgk kitorang makan maggi.. mknn tak berkhasiat mcm plastik katanya sibuk di makan.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kalau tengah gian makan roti tu, memang beli untuk seminggu punya cerita. Kadang tu penuh rumah, dengan bekal Abang seminggu lagi. Abang itulah roti idamannya buat makan ketika recess sepanjang tahun tau!

      Maggi yang ini sedap sikit, Lyn. Jangan makan kat rumah Mak. Makan kat officelah tak pecah rahsia ^_^

      Delete
  14. nak letak tajuk apa ni...
    kan dah menjadi 1 tajuk tu..
    hihi..

    selalunya gitu r MD, part nak letak title tu selalu pening. kdg takut x sesuai dgn isi kndungan.. kdg tu lya bahang rambang je. haha..

    MD tahu x.. suatu masa dulu maggi tu mjdi rutin kat ofis ni..kul 3 je..perut start bbunyi.. mmg penuhla aroma maggi dr pantry waktu tu.. biasa lya n ofismate suka buat maggi kari or ayam letak cili padi.. mmg kaw.. kaw..


    yang maggi royale ni mmg x pernah cuba lagi.. harga boleh tahan mahal.. xpela, layan je nafsu hati nak mencuba jugak ni..

    hihi.. xleh blah kata2 abg sado MD ni.. patutnya dia kena kata
    " u snap la pic i masuk blog u.. i kan ensem mcm TMJ"

    eyhhh.. nanti mesti abg sado MD baca komen ni...
    soriiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk je tak tahu nak letak apa tapi kalau suruh merapu merapi ahah, inilah blogger tegar. Kah3x....

      Kadang malas nak fikir banyak pasal tajuk sebab memang tahu pun isi entri tak pernah sama pun dengan tajuk. So, kita belasah jelah janji sipi-sipi ada kaitan. Hahaha...

      Akak dah quite lama tak makan maggi ni. Ni pun entah bila punya stok tapi still boleh makan lagilah....

      Maggi sekarang memang mahallah, mengalahkan gerai makcik jual mahal yang akak dan kawan-kawan pejabat selalu singgah!

      Hahaha...janganlah panggil HD abang sado. Akak pulak yang nak gelak guling-guling!

      Delete
  15. mkn roti n maggi je patutlah MD slim..:p

    sy boleh dikatakan setiap hari bfast nasi lemak ayam tambah.pastu lunch sendiri masak tentulah sedap menjilat jari..badan pun dh kembang ni.bila nak start excercise?hahaha

    wah pandai jugak ye HD memasak..dh faham sgt bini beliau seorang blogger..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru first time tahun ni nak makan maggi. Of courselah tak slim mana, PK. Statement berbaur tekaan tu. Hahaha....

      Kalau nasi dengan ayam goreng ni memang si Abang punya favorite. Mana tempat kita makan pun itu ajelah yang dipesannya! Nak pengsan tengok ayam kat rumah dengan ayam tergolek atas meja makan di luar rumah juga!

      HD bolehlah masak campak baling sikit-sikit. Macam PK jugalah lebih kurang....

      Delete
  16. Cerita makan MD lagi!! Haha, cadangan utk tajuk entry ni.. bagus kalau ada stok makanan, mcm magi ni. Kalau sayalah, sebab mmg nak masa singkat sediakan benda2 makan di masa kita sibuk kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam dah sinonim je tajuk tu, AN ^_^ Lagipun takkan nak hidang maggi je kat tetamu yang datang berkunjung. Hahaha....

      Dulu rajinlah simpan stok maggi banyak-banyak. Sekarang ni dah tak lalu. Entah bila dibeli yang ni pun, saya dah lupa. Nasib baik boleh cuba makan lagi.

      Lain kali saya nak bega-begakan resepi dengan maggi jelah. Buat untuk seminggu. Jimat masa!

      Delete
  17. oit , apasal mahal sgt sampai 7+ tu . dah campur gst kot ... biasalah , bila perasa baru jer keluar , ramailah nak merasa sedap ke idak kan . tu sbb harga mahal kot . blh thn gak HD memasak tu . klu saya mkn sayur n daging tu dah kenyang . nasi tolak tepi jer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal gilakan.... Terkejut tau first time saya tengok RM7.90. Dah ambil, letak balik. Macam harga makan kat gerai makcik jual mahal tu je. At least dengan makcik jual mahal pun dapat ikan masak sup seketul. Kalau RM8 dah dapat ketam seekor masak lemak tau ^_^

      HD sekarang memang dalam proses say no to nasi. So itulah yang rajin sangat campak baling menu macam ni :)

      Delete
  18. KY makan butter croissant yg beli semalam di AEON dan kopi o secawan.
    nmpk sedap lamb chop tu..merenate dgn sos apa MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak marinate pun, KY. Memang campak baling dalam grill pan je. Taburlah salt and pepper macam chef mat saleh selalu buat tu. Lain-lain tak tahu pulak saya apa suami saya tabur dalam tu. Sayur-mayur tu sebab nak habiskan stok. Habis semua saya campak baling juga!

      Delete
  19. ha.. ha.. ayat suami suruh snaptu sebijik cam hubby i gak tau... nampak sedap sangattu... berkhasiat lagikan.. menarik tertawan... jom bukak kedai makan.. ha.. ha...
    memang tang nak letak tajuktu payah sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehari lepas tu saya pulak mencampak baling daging kambing dalam grill pan tu. Jealouslah HD boleh buat maka isteri mithali pun nak buat juga. Tapi bukan saya makan, bagi kat suami tercinta. Katanya sedap, itu yang saya dok asyik puji sayang HD nih. Kah3x.

      Delete
  20. kalau saya kena tulis tajuk dulu
    barulah lepas idea datang untuk entry...hehe

    wah, nampak lazat maggi tu.
    cuma macam kembang pula, saya suka hak yang tak kembang
    mak ai HD hebat masak rupanya
    cuma suruh suami saya, maggi aje dia hebat
    berjaya tanak nasi pun dah kecoh sekampung...hehe

    tu tanda dah restulah bini dia berblog tu MD
    siap suruh masuk blog lagi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reporter memang cam gitu cara kerjanya. Mana boleh tulis sembarangan. Kang lari tajuk pulak! Hahaha....

      Saya terlebih rendam sebab asyik benar blogwalking sampai lupa tengah dok rendam maggi lama sungguh.

      Hahahah...orang lelaki biasalah. Pandai goreng telur pun kecoh satu kampung. Kalau ada blog, habis gambar mereka dengan telur goreng tu diblogkan. Huhuhu....

      Siap tanya lagi YY gambar yang saya snap tu dah masuk blog ke belum. Siap tanya response kawan-kawan saya lagi. Malas saya nak kata. Saya cakap takda siapa pun response menunya nampak best!

      Hihihi...dasar isteri hasad dengki!

      Delete
  21. Hahaha...nampak sangat isterinya blogger tegarkan ^_^ Tabah ajelah dengar sindiran suami sendiri :D

    ReplyDelete
  22. kambing kan itu.. dorang ni suka kan kambing, I sekarng pun dah terjebak sama... uhhh sedap sedap.
    psssttt i pun tak lalu tengok maggi hahahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah, memang pencinta kambing dia orang nih!. Lagi satu roti yang keras tu, boleh simpan beberapa hari, kalau baling ke dinding pun tak apa-apa. Oh, tension I masa mak mentua datang kena makan roti jerk... Sebulan I tak breakfast nasi lemak tau!

      Delete
  23. hahaha.tau dh hd dgn gelagat cik binik nya kan.. lelaju je suruh :)

    blh tahan harga magie k pop tu kan.mmg xda pon jgn tertipu
    dh lama ni pantang magie..

    roti jagung tu buat stok saya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal betullah harganya, tak sama harga maggi biasa. Apa yang kelas sangat ek? Tahun depan tak boleh beli ni lepas kena GST. Hahaha...

      Baru pekena roti jagung buat breakfast pagi tadi ^_^

      Delete
  24. Saya pulak kadang tu malu sikit bila HD tengok blog. Tapi setakat snap photo tu HD memang dah tahu motifnya apa. Hahaha...

    Semua itu saya tak makan, Diana. Petai, jering dan seangkatan pun saya tak makan juga.

    ReplyDelete

Post a Comment