Posts

Showing posts from April, 2014

Khas buat Geng Meroyan MD

Salam sayang semua!

Entri kali ini didedikasikan buat geng meroyan MD yang berada di dapur rumah MD sibuk makan makan sampai kosong tin biskut Munchy's dikerjakan sambil bergossip sehingga tak ingat nak balik rumah yang berada di sidebar sebelah kanan. Silalah jenguk-jenguk kalau terasa nak tahu ya *___*

Buat you all semua, dengarkanlah lagu ciptaan dan dendangan ucapan apresiasi (you all boleh guna perkataan ni, ahah...tak boleh kan...) dari MD buat kalian semua. Semestinya panjang bermaharajalela tok gajah, tok ketua semuapun bersangkut paut maka seperti selalu pandai-pandailah tarik nafas dalam-dalam dan baca :-

Sejak bergelar blogger kuat membebel dah nak hampir setahun usianya, MD sangat berterima kasih pada you all semua yang sudi singgah rumah, berkomen romen kat sini serta berjiwa kental menghabiskan cerpen hasil karya MD ni. MD tahulah MD bukannya sesiapa pun yang menyebabkan you all sanggup bertenggek bergosip secara berjemaah dengan MD di sini. Masa berharga you all yang t…

Kisah kek lagi ...

Huhuhu...

Janganlah click 'X' dulu. Hari ni entri takda panjang berjela-jela. Beri ruang untuk kawan-kawan bernafas dengan tenang. Nanti kang semput siapalah nak bertanggungjawab? Of course bukan MDlahkan ....

Semalam as usual, kita ronda-ronda kat shopping mall dulu sebelum gerak ke sekolah Abang. Alhamdulillah, hujan pun takdalah lebat macam hari sebelum tu. Kurang sikit rasa takut...

Kali ni niat di hati nak membeli Pandan sponge cake lagi. Macam biasalah, bila plan tak menjadi, bahan utama pun dah kena 'baham'. Kalau sebelum ni kita beli chocolate sponge cake yang harganya RM2.99 aje tapi semalam kita beli pandan sponge cake yang mahal sikit, RM5.50 satu. I rembatlah dua sebab keknya versi kecil molek gitu. Takut habis dimakan sebelum sempat cheese meleleh ...

Walaupun kata PK tajuk resepi 'Pandan Snow Cheese Yogurt', I tetap gak nak menderhaka dengan membeli chocolate sponge cake pada mulanya. Sikit ajekan. Bukan banyak mana pun. Janji cheese lelehnya ada, itu…

1Malaysia Theme Song

Grocery Shopping, Kenny Rogers, kek dan Domino's

Image
Huhuhu, hari ni meroyan nak up entri lebih daripada satu *___*
Tetiba ajekan nak menulis banyak kali. Ngengada tau. Dahlah sekali menulis tak reti nak full stop. Ada hati nak bagi susah orang lain membacanya. Eh, ada ke yang membaca dengan penuh khusyuk? 
Walaupun mengharungi kesukaran memandu dalam hujan lebat semalam, tetap juga nak menyinggah ke Aeon Big.  Katanya nak buat grocery shopping. Tak boleh tunggu hari lain gamaknya.Walaupun hujan lebat mengganas semalam, tetap juga nak pergi. Lagipun semalamkan 28hb. Kat Aeon Big ada 5% discount ^__^ 
Kalau bab-bab diskaun ni, MD mana boleh lupakan senang-senang gitu aje ...
Bila menjenguk blog besan kita, ternampak pulak cheese meleleh-leleh hasil masakannya. Manalah boleh tahan. Terkelip-kelip mata ni sambil menahan air liur daripada meleleh. Sesegera itu juga kita kopipes resepinya. 

Hajat hati  nanti nak cari bahan untuk buat 'Kek Pandan Snow Cheese Yogurt' versi PK. Beriyalah kita mengkopipes siap  tukar font, adjust bagai pastu …

Bila memandu dalam hujan lebat...

Semalam hujan lebat bukan main. I dah rasa seram sejuk juga ni. Maklumlah walaupun lesen memandu dah berdekad lama usianya, bila musim hujan ni cuak juga nak memandu. Pertama, sebab mata kurang jelas. Bila hujan lebat sangat memang tension jiwa-raga rasanya, tapi itu kira masalah kecil jugalah. Yang paling takut bila air naik. Duh, berderau-derau rasanya kalau nak memandu dalam air yang meninggi hampir separuh tayar tu...
Laluan nak balik ke rumah memang selalu air naik bila hujan dah lebat. Walaupun ada dua, tiga laluan alternatif, semua pun sama aje kekdahnya bila dah hujan lebat. Jadi petang semalam bila tengok hujan dah lama turun sebelum waktu pejabat berakhir, I dah boleh agak jalan mana yang boleh lalu, mana yang tak boleh.
Dek kerana bajet laluan biasa memang dah naik air, I pun ikutlah laluan alternatif yang pertama. Baru separuh jalan, dah jem. Bila tengok dua, tiga kali nampak beberapa kereta yang buat u-turn. Kereta besar lagi... 
I dah cuak. Bukan tak nak buat u-turn sama, t…

Spaghetti Hailam Kering-kontang

Image
Salam sayang kawan-kawan!
I ni bila Hubbydearie takda, memang rasa malas nak memasak. Maklumlah yang selalu merasa masakan isteri mithali semestinya HD. Anak-anak ikut suka apa mahunya. Tapi kesian pulak pada superheroes kalau Mommy tak masak. Bila dah balik rumah memang jangan haraplah I nak keluar lagi. Malas nak memandu. HD pun takda nak jadi supir terhormat.
Cadangnya nak buat mi hailam. Kebetulan terbaca dalam blog. Terus teruja nak membuatnya. Mi hailam ni my favorite juga masa zaman muda belia remaja tapi tak pernahlah nak buat sendiri. 
Since HD kena ke Penang on Friday evening, I ni pun panjanglah langkah. Lepas balik kerja, terus pergi membeli barang yang perlu. Entahlah heran pun ya juga hati ni. Beli barang dapur paling tidak dua kali sebulan. Bila membeli rasanya complete satu rumah, cukup makan untuk sebulan. Tapi bila nak memasak sesuatu tu, memanjang aje tak cukup barang, nak kena pergi beli. Ini lebih ikutkan hati dan perasaan rasanya, bukannya bahan yang tak ada. Padaha…

Adik ke Ikea

Image
Salam Isnin kawan-kawan!
Ini kisah minggu lepas sebenarnya. I ada ambil cuti sehari setengah last week dek kerana kes si Abang ni lah. Lepas sendiri buat diri menyesal, teruslah cari jalan nak make my superheroes happy especially my Bubbly Abang. Terukkan kena dengan Mommy ...
Tapi masa ni Abang kena sekolah jadi I pergi dengan Adik Cute, my eldest sister and my mom. Puas memikirkan mana nak pergi, my sister pun teruslah bagi suggestion. Dah lama tak ke Ikea katanya. I pun apalagi, ok saja sepanjang masa. Oh, ini bukan trip sebab nak menghiburkan superheroes, ini trip untuk menghiburkan hati Mommy *___*
Jenjalan bersama superheroes pada hari yang lain pulak ... 
Sebenarnya I ni dah lama tak memandu jalan-jalan makan angin. Selalunya tugas pak supir dieksploit sepenuhnya oleh Hubbydearie. Lagipun Hubbydearie kan Malaysian more than me. Tahu aje mana nak tuju, mana short cuts bagai... 
I ni kalau memandu memanjang aje sesat apatahlagi kalau minyak full tank. Lagilah kerap 'kesesatannya&#…

Adik Manja

Image
Adik ni sejak dah pandai cakap macam train keretapi, bukan main lagi celotehnya. Kadang-kala bila mendengar Adik bercakap, memang nak gelakkan aje. Celoteh sebiji ikut entah siapalah agaknya .... *____*


Suatu malam, Adik yang tengah sibuk susun kereta dan main tab serentak, ternampak iklan Legoland kat TV. I tengah sibuk melipat baju tetiba terdengar suaranya,
Mommy! Mommy! Yegoland, Mommy!
Ok,ok! Nanti kita discuss dengan Daddy gi Legoland yek!
A-ah...angan upe awak Adik ekkkkk.....(jangan lupa bawa Adik ek...)
Selamba aje dijawabnya sambil tangan sibuk main tab, tak tengok pun kat Mommy semasa bercakap.

Bila dihantar pulang oleh sepupunya boleh lagi Adik berpesan,

Byebyeyi, Afiq... Oleh alik umah makngah ek... (Byebye Afiq, boleh balik rumah makngah ek) 

Padahal sepupu yang dipanggil tu umurnya 25 tahun. Macam BFF dia aje kalau memanggil. Kalau disuruh panggil 'abang' di depan nama sepupunya, memang terbelit lidah Adik kot panjang sangat ke entahlah...

Kalau si abang sepupunya yang l…

Entri Rawak 1

Image
Salam kawan-kawan!
Hehehe ... tengoklah tu tajuknya. Sekarang ni memang malas nak fikir banyak. Kalau rasa-rasa cam sesuai aje dengan tajuk (Eh, pernah ke isi entri sesuai dengan tajuk?) terus ajelah guna. Ingat nak guna bahasa omputih, 'random' tapi dah biasa sangat dengar. Kalau guna 'rawak' ni dah macam bahasa saintifik pulak tak pun subjek glamor yang I pernah suka dulu - Maths *_^
Entri hari ni memang tiada penghujungnya hujung pangkalnya. Makanya, teruskanlah bertabah membaca. Kalau rasa penat, you know what to do, kan.... Itu pun I nak ajar gak. Ngengada tau *____*
Cantik tak lo-li ni? Masa I jenjalan cari biskut Marie nak buat kek batik, tetiba ternampak tin biskut ni.  Comelnya alahai... I pun membayangkan kalau Adik yang nampak lo-li tin ni memang excited punya. So I pun rembatlah satu masuk dalam troli demi Adik ... Harganya RM19.90 dan dalam tu cuma ada 4 peket kecil aje biskut oreo. Sajalah nak tabur duit sedekah kat owner kilang biskut tu ...
Hah, hari tu tak…