Friday, April 25, 2014

Adik Manja

Adik ni sejak dah pandai cakap macam train keretapi, bukan main lagi celotehnya. Kadang-kala bila mendengar Adik bercakap, memang nak gelakkan aje. Celoteh sebiji ikut entah siapalah agaknya .... *____*


Suatu malam, Adik yang tengah sibuk susun kereta dan main tab serentak, ternampak iklan Legoland kat TV. I tengah sibuk melipat baju tetiba terdengar suaranya,

Mommy! Mommy! Yegoland, Mommy!

Ok,ok! Nanti kita discuss dengan Daddy gi Legoland yek!

A-ah...angan upe awak Adik ekkkkk.....(jangan lupa bawa Adik ek...)

Selamba aje dijawabnya sambil tangan sibuk main tab, tak tengok pun kat Mommy semasa bercakap.

Bila dihantar pulang oleh sepupunya boleh lagi Adik berpesan,

Byebyeyi, Afiq... Oleh alik umah makngah ek... (Byebye Afiq, boleh balik rumah makngah ek) 

Padahal sepupu yang dipanggil tu umurnya 25 tahun. Macam BFF dia aje kalau memanggil. Kalau disuruh panggil 'abang' di depan nama sepupunya, memang terbelit lidah Adik kot panjang sangat ke entahlah...

Kalau si abang sepupunya yang lebih tua lagilah selamba kadang-kadang,

Uwan, uang sampah eh? (Iwan, buang sampah eh?) 

Terpegunlah sekejap MommyDaddy bila anak tak 'reti berbahasa' begini ...

Adik ni bila buat 'bisnes' memang boleh tahan baunya menusuk kalbu. Selalunya yang terawal dapat detect bau special ni tentulah si Abang. Kadang-kadang boleh pulak tu Abang pergi kat Adiknya sambil 'menghidu' and then beritahu Mommy,

Mommy! Confirmed dah ni Adik 'yak'!

Mommy pun keluarlah nak bawa Adik gi toilet.

Tapi bila kita tanya kat Adik,

Adik, you yak eh?

Haipppppp....takde, takde....Adik tak yakkkkkkkkkk.... Adik peeeeee.......

Bila selesai tukar pakaian baru, kita pun buatlah 'pesanan penaja',

Adik, jangan yak, jangan pee lagi, boleh?

Mommy, angan yak, angan pee agi, ekkkkkk .... selamba aje menjawab balik! 


Kalau ke pasaraya, memang dialah super excited nak tolak troli. Kalau tak beri, mulalah terjerit buat aksi menggoda di khalayak ramai. Untuk senyapkan aksi tersebut, kenalah beri aje troli tu suruh Adik tolak. Habis ke hulur, ke hilir entah ke mana perginya. Nampak troli aje bergerak tak tentu arah tujuan, si penolaknya tak nampak sebab terselindung dan di bawah ketinggian yang dibenarkan.

Bila nak beli mentos (ni favoritenya) pandai aje diambilnya dari rak baling ke dalam troli pastu terus menonong nak pergi kaunter pembayaran, nak 'bayo' katanya. Merengek-rengek kalau kita tak ikutkan. Maka Mommy kadang-kala kena jugalah terus ke kaunter bayarkan dulu. Boleh pilih pulak tu kaunter mana yang dia nak pergi! Bukan apa, Adik nak buka mentos tu sesegera mungkin, nak makan.

Kadang-kadang bila malas, I buka aje mentos tu bagi Adik makan. Lepas tu ambil satu lagi untuk cashier scan barcode bila buat pembayaran nanti. Adik ni memang ngengada. Dah dapat sebiji, dua teruslah tak mahu. Nak pilih yang lain pulak! Sakitnya hati kadang-kadang ...

Kalau ke shopping mall yang dah biasa pergi tu, jangan menghala ke bahagian permainan. Memang sengsara nak bawa Adik keluar dari area tersebut. Dilembikkannya badan, di tolak-tolaknya kita sambil merengek tak ingat dunia. Nak angkat aduhai....bukan ringan ya Adik ni. Macam besi beratnya .... Mahu terkehel tangan kalau Adik nak berdukung selalu....

Sekarang ni tengah favorite nyanyi satu rangkap pulak. Sakit jiwa raga Mommy bila mendengar senikata lagu ni...

Aku tak pandaiiiiii.......

Aku tak pandaiii......

Aku tak pandaiii mamammmmm ....

Aku tak pandai yakkkk.......



Bingit betul telinga. Ya Allah! Adik.... penat tau Mommy siang malam berdoa pada Tuhan supaya Adik jadi anak yang soleh, cemerlang, terbilang, dan gemilang. Entah mana dapat kata ganti nama diri pertama gitu gayanya dengan lirik yang menusuk jiwa Mommy nih... tensi sekejap!

Ada satu statement 'ugutan' yang Adik ni suka cakap kat Mommy. Sebabnya Mommy dah beri warning kat Adik jangan sebut-sebut lagi nanti Mommy babat, tapi dia tetap tak kisah pun. Suka bukan main sambil tersengih bila dia tahu kita tak suka. Nak tahu apa dia?

Ni hah....

Adik ain birddddd....pastu Adik gi umah makngah....

Tak boleh main birdlah Adik... kata Abang.

Ha'ah, tak boleh main bird nanti Mommy beat nak tak?

Adik ain birdddd.... pastu Adik gi umah makngah.... sambil sengih-sengih mengejek Mommy!

 Geram betul!

Sungguhpun Adik suka buat joke begitu dengan Mommy, Adik ni anak soleh tau. Jangan tak percaya. Kalau tengah main sambil tengok TV (Adik suka buat kerja pelbagai dalam satu masa), kalau adalah azan atau bacaan Al-Quran mahupun zikir, jangan ditukar channel. Mahu Adik menjerit sambil rebut-rebut remote control suruh kita tukar balik channel tu. Jangan nak berebut tengok drama swasta ke, cerita Korea ke mahupun aksi stunt mat saleh. KO lah jawabnya. 

Tapi yang ini Mommy tak marahlah. Mommy lagi suka sebenarnya anak Mommy nak jadi imam muda tahun 2020 nanti. Siapa tak suka, kan...

Adik pun sebenarnya bukan suka sangat menonton TV. Kalau dibukakan TV, dia tetap main dan buat apa sukanya tapi TV tak boleh sentuh. Mahu kena lepuk. Melampau sikit perangai Adik ni. Ikut kata dia aje ...

Kalau tidur malam, Adiklah yang paling rajin mengemas katil. Dia tahu mana satu bantal Daddynya, Mommynya, Abang dan bantalnya sendiri. Mulalah dia akan menyusun satu persatu....bukan atas katil ya...diangkutnya keluar ke ruang tamu sambil mulut sibuk membebel,

Ni pi-yow Mommy.... ni pi-yow Daddy....Abang, amik pi-yow Abangggg!!!!

Memang berangkutlah balik pi-yow pi-yow tu kena hantar masuk bilik masing-masing. Takpa Mommy penat sikit, yang penting anak Mommy rajin... Kesian kan Mommy takda anak perempuan. So kalau dapat anak-anak lelaki yang ringan tulang macam Bubbly Abang dan Adik Cute, dah syukur sangat rasanya!

Adik, sayang Mommy tak?

Adik ayang Mommyyyyyy...angan akuttttt.... (Adik sayang Mommy, jangan  takut) 

Buatlah aksi manja gini, Dik... memang Mommy peluk cium, gomol-gomol tak lepas!













38 comments:

  1. MD serius KA baca n3 ni sampai air mata duk turun meleleh2 .. berkongsi rasa gembira MD ni, teringat kat waktu anak2 kecik2 dulu & serius miss my son ALong.... huhuhu walau ada 2 lagi anak pompuan kat umah ni MD,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu kat Along ya, KA? Hujung minggu tak pergi bawa Adik dan Angah tengok Along ke? Kalau sayalah KA memang tak merasalah anak-anak nak dok boarding school. Kalau Abang takat ni memang tak mahu sebab dia rindu Mommy lebih drp Mommynya ni hah...tang Adik tu tak tahu nak kata. Over si Adik ni :)

      Delete
  2. Weyh....kali ni masuk ikut tingkap pulak haha....

    Ini kes nak bagi adillah ni....hari tu entri abang, kali ni entri adik pulak yeh....
    Budak budak mmg suka tolak troli yek... apa yg best sangat entah le....tapi mmg suka ...anak anak okje dulu dulu pun suka....
    Insyaallah kalau panjang umur nanti dapatlah okje tengok adik kat TV jadi juara Imam Muda ...tumpang bangga weyh ...anak kawan blogger hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tak biasa...hahaha... katanya rumah jiran sebelah, memang asyik menyelinap aje bila Papazir pergi kerja ya!

      Entri untuk Abang tu tak masuk dalam senarai. Sebenarnya dua entri ni nak keluar dulu lepas tu baru nak draft satu entri Abang tapi dah terjadi insiden 'menyayat hati MD' sesangat, teruslah jadi gini ...

      Ish, kalau anak jadi imam muda, dapat tiket free memang OKje pun saya bagi satu tapi dengan syarat, kena undi anak kita..huahaha...

      Delete
  3. Alohai x sabar plk nk dgr luth berckp.. puas dah ajar mak..mak..mak..

    Insyallah semua mak nk anak jd ank soleh. Sama kita, tiap kali ustaz don keluar tv mesti ckp nga luth. Nanti besar luth pulk ajar, jd ustaz..

    Kita pn dr kecil ank sepupu ke, adik sepupu ke x pernh pgil kak. X lekat..pgil nma, bukn x hormt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PB, bila anak dah start 'berceloteh' memang havoc suasana di rumah. Memang gelak memanjang ajelah. Ni aje cara mudah nak jadi awet muda. Dok gelak tengok keletah anak-anak :)

      Delete
  4. hee..beruntung adik..
    zaman anak2 saya kecil, saya takde blog lagi. tak de kenangan perangai dan kelaku mereka yang mencuit hati, namun ianya tersimpan di memori dan sekala sekali "dibuka" bila kami berempat duduk bersama2 di dalam kereta (balik kampung atau travel jauh)..
    bila baca entry MD...kita dok ingat2 kembali...lucukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungkan sekarang dah ada blog ni, Anim. Bolehlah simpan kenangan dalam bentuk penceritaan. Waktu begini memang seronok diingati. Banyak kenangan lucu dan kelakar. Kalau mereka dah besar pun, tentu merah padam muka bila kita bercerita tentang keletah mereka waktu ni.

      Delete
  5. alahaiiii keletahnya dia... pandai betul berckp even pelat2..
    klu kena kat mau lyn gomol dia.. hehehe..
    rindu nak ada budak2 kecik kat rumah...
    In Sha Allah next month dpt cucu baru.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelat si Adik ni yang jadi bahan gelak kami sekeluarga. Memang lucu bila dia start 'membebel' ...

      Delete
  6. time adik umur macam nilah seronok melayan..lehbi-lebih cakap pelatnya. kalau anak ema dah dapat channel kegemaran dia, terus selit remote celah paha dia..tak bago orang lain tukar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak sekarang semua mereka sapu bersih. Kita ni tercengang ajelah. Nak guna tab tak dapat, nak guna pc pun tak dapat. Nak tengok TV pun kena beralah dengan mereka. Kadang-kala handphone sendiri pun takda kuasa nak mempertahankannya :)

      Delete
  7. keletah yg menghiburkan..umur mcm nilah kita rasa nak je selalu peluk cium mrk.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geram nak gomol-gomol aje selalu ...

      Delete
  8. suka baca kisah bakal menantu..pandai adik,mmg suka dengar budak2 baru nk pandai bercakap..waktu azan mmg tak boleh tukar channel,kena habiskan azan dulu kan adik..bab yak n adik syg mommy jgn takut tu sweet sgt..tersengih2 ibu baca tau..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik bukan setakat azan aje, segala yang dia nak tak boleh diambil daripadanya. Memang ikut suka hati dia ajelah, senang cerita. Masa ni memang seronokkan PK. Sayanglah juga rasanya ketika Abang kecil, saya tak berblogging lagi, tak dapat nak simpan kenangan dalam blog :(

      Delete
  9. tergelak membaca loghat Adik tu...geram tengok..bkn main debab lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jarang guna 'ek' kat rumah tapi entah mana dia tiru pun tak tahu. Tak mungkinlah dari Daddynya :)

      Delete
  10. Mestilah best dpt gomol adik ni. Kalau auntie duduk sebelah rumah adik sah selalu kena culik masuk rumah auntie. Ramai yg nal gomol. Bukan pipi aje gebu, tangan, jari semua tu auntie nak gigit. Best ni.. banyak daging hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang saya kalau berjiran dengan KakZakie. Lepas balik kerja boleh hantar anak ke rumah akak dan saya buat kerja rumah :)

      Sekarang ni pun tak ingat balik rumah si Adik ni, kak... Asyik duduk rumah kakak saya yang menjaganya. Rumah kami dah macam rumah keduanya pulak...sedih kadang-kadang!

      Delete
  11. Haha... Comel je. Mcm azfar xkp x berhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak baya gini memang suka bercakap tak berhenti agaknya kot :)

      Kadang-kadang laju semacam Adik ni bercakap sampai terkial-kial kita nak fahamkan ceritanya .

      Delete
  12. Sama...saya pun selalu dek tak tahan budak2 ni buat permintaan nak makan benda yg dl troli tu, bg je diornag makan n bayar dengan barcode je. Semalam, oren sunkist jadi mangsa. Selamba je kopek oren, bg anakanda berdua ni makan sambil menunggu giliran nak bayar.. buat selamba je orang pandang kami 3 beranak menikmati kemanisan sunkist tu..

    kalau bab berak pula, Adik kami jenis heboh bila ada benda. Terus cakap, "yak" dan tarik tangan mama atau papanya ke tandas, minta dicuci segera... Kata papanya, sebab mama pilih nama Nazif(bersih)... haa..sekarang gitulah,mmg heboh kalau dia b---..

    Ai..ni mesti Adik petah sebab ikut Mommynya.. kan? Haha.. jangan tak mengaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecoh AN kalau Adik ni di rumah dengan Abangnya. Apalagi kalau bawa mereka berjalan. Saya kalau nak beli barang, memang tak akan keluar bertiga. Mahu terkangkang kiap dikerjakan dek Adik dengan Abang ni. Berpeluh-peluh ketiak pastu pengsan :)

      Adik ni kalau yak memang dia buat selamba derk aje. Boleh lagi kalau kita tanya dia kata dia tak yak tapi dia pee aje. Ajak masuk bilik air, boleh main tarik-tarik talilah. Tak mahu ditinggalkan apa yang dia tengah buat.

      Agak-agaknya kalau betul jawapan tu nak kena bagi apa ni sebagai balasan? Hahaha...

      Delete
    2. Bagilah tiket legoland satu!! Haha

      Delete
    3. Cukup ke 4 beranak, tiketnya satu? Mana nak dulukan, anak kecik, anak besar, PapaN atau Mamanya yang excited nak gi Legoland? Hahaha....

      Delete
  13. Assalamualaikum...

    Hahahaha ank akk pandai cakap la...aa petah..tgh macam ni sebenarnya sedap layan diorang cakap kan...dgn expression diorang bile bercakap..comeeel gile

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikum salam Sofia,

      Budak-budak ni kalau dua-dua ada di rumah, memang nak gila rasanya. Takdalah nak feeling-feeling harmoni, nak suasana sunyi sepi ke apa....Tapi kalau tengok keletah mereka atau dengar mereka berborak dua beradik, memang kelakar betul :)

      Delete
  14. Replies
    1. Pergi mana, OKje? Ada aje saya di sini...Ahah, rindulah tu...ngaku ajelah rindu....

      Delete
  15. petah betul celoteh dia ye...comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Cindyrina! Adik ni memang non-stop menghiburkan dan menghancurkan hati Mommynya :)

      Delete
  16. alolo so sweet la kamu ni adik.
    geram geram tapi geramnya buat kita lagi bertambah sayang kan.
    in shaa Allah smga adik berjaya mnjadi imam muda 2020 nanti.aamiin

    MD, sblm ni mmg guna aje storage yg ada.kasi buka smua isinya. tpi tu la bilik air kecik.makan ruang.huhu. nak tak nak kena juga mmbli yg jnis meninggi. xlist dpt kurngkan space dlm blk air tu.huHu


    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram boleh, cubit tak boleh :) Hahaha....

      Insya Allah manalah tahu Adik umur 10 tahun dah jadi Imam Muda..

      Delete
    2. sblm tu nk gelak dulu.hahaha
      actually sy dh tersilap komen jawapan pasai storage box tu.kikiki. maap la ye tersasul kat sini pulak :)
      org lain tanua, pi jwb kat org lain.. apa pon tak boleh..

      md, pasai jeruk tu kan, kalau x silap kalau yg beli kan ada mcm gas, asid tu kan.. yg bua sndiri x da la perap lama mana..
      ala, lagipon nak rasa je... ^_*

      Delete
    3. Oh, ya ke? Saya pun tak perasan Ciksu :) Hahaha...saja nak gurau ngan Ciksu pasal jeruk tu. Mengidam sangat kan nak makan sampai buat sendiri. Ada lagi ke bakinya tu ...

      Delete
  17. amboi dahler muka comel .. keletah pulaktu.. memang geramler kalau auntie dapat jumpa... macam2 perangaikan.. tapi tuler nak marah sangatpun tak boleh kdg kita ada salah silap masa mendidik ... jadi terus berusaha moga perangai yang kurang2tu hilang tinggal yang comel2jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau marah pun masa ni dia buat tak faham aje. Perabih air liur aje bercakap banyak dengan Adik ni. Dia memang berani banyak, lasak banyak dan keletah pun banyak!

      Delete

Kisah Rumahtangga...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Takut mendengarnya! Macam nak menjaja kisah rumah tangga aje kekdahnya.  Tapi kenalah sedia maklum...