Thursday, April 10, 2014

Dah semput dah nih!

Oh, no! Hari ni lambat bersiaran kerana mengejarkan banyak perkara. Eh, entahlah kenapa sibuk aje lately. Tapikan bila difikir-fikirkan semula, lebih baik banyak kerja daripada takda kerja dan duduk goyang kaki. Yang itu lagilah meletihkan rasanya. I tak suka ...

Ni nak tanya kepada geng yang sibuk dapat hadiah tu. Kan cikgu dah pesan jangan publish, jangan publish. Kenapa you all derhaka? Tak dengar cakap cikgu? Nak kena babat ek? Maklumlah dapat cikgu muda bergetah baru anak dua, bukan mainlah manjanya. Buat main aje apa kata cikgu...

Camna ni cikgu? Takkan I sorang aje yang kena ikut perintah. Eh, tak leh jadi! Nak publish entri panjang lagik! Lepas tu cikgu nak tolak markah ke, majuks ke sukahati cikgulah. I ok aje sesekali kena marah. 

Pastukan, ni nak meluah perasaan yang tak habis-habis ni. Maklumlah column comment kengkawan tu macam tak cukup sifat, tak boleh nak meroyan banyak sangat. So kita balik meroyan kat sini ajelah (I dah berjanji pada diri sendiri pagi tadi tak mahu meroyan lagi tapi entahlah nafsu meroyan ni lain macam ributnya apatah lagi bila tengah stress...)

Adakah orang tu (kita majuks so kita tak letak link) asyik kata kita perasan kat dia... Memang tak patut bila memikirkan kita ni sekampung, segeng kapal selam dan sejemaah mengumpat. Melampau awak cetuskan lara di hati kita tau ... *muka buat-buat sedih walaupun dalam hati bertepuk riang dapat kenakan orang*

Nanti kalau kita majuks panjang, hilang dari radar ... siapa yang susah? Taulah awak tak susah hati tapi suami dan anak-anak kita yang susah hati tau .... Eh, susah hati ke mereka? Jangan-jangan mereka suka Madam Butterfly Singing Sensation ni takda kat rumah. Aman dunia takda siapa nak jerit larang itu, ini. Argghhh.....ah kak sedih ni orang tak peduli!

PB (PB lagik...) you alright ke I letak nama you banyak kali ni? I bukan mengumpat tau just nak tell you again, I tak boleh buat satu tajuk satu entri. Mesti nak satu tajuk sepuluh isi dalam satu entri. I'm sorry! Your advice tu I terpaksa abaikan buat masa nih *_*

Semalam balik kerja I singgah my ATF shopping mall. Sampai aje terus dapat parking. I ni suka sangat buat kerja 3 in 1. Masa tengah berjalan keluar kereta, I sibuk menyelongkar handbag mencari my purse (I know, I know very the dangerous one tak alert like this...) Tetiba ada satu budak lelaki tegur I. I guess dalam umur lepas habis SPM kot.

I yang kalut terus terberhenti langkah seribu. Dia pun ceritalah yang dia baru kerja 6 hari kat Subway kat bawah tu, telefon bapaknya suruh datang ambil tapi bapaknya habis kerja pukul 5.30 petang dan dia nak kena gi mana entah pukul 6 petang. Siap tunjuk duit syiling beberapa keping dalam tangan.

I ni pun dengar ajelah tapi dalam hati dap, dup, dap, dup. So dengar pun antara ya dengan tidak. Terfikir gak kalau budak ni menipu dan terus rembat my purse, apa I nak buat. Dahlah I dengan dia aje yang berlegar kat parking area tu ...

Motifnya budak ni bercerita - nak minta duit dalam RM10 ...

Bila I dengar aje terus laju I jawab, "Ahkak pun baru nak gi keluar duit ni, Dik!"

Mendengar jawapan I, terus dia blah tak kata apa....

I ni kan fobia. Dalam pada berjalan tu I terfikir gak budak ni betul ke nak minta duit aje atau ada niat lain. Kesian pulak tak bagi dia RM10 tapi kalau tetiba tengah cari duit dalam purse dan dia rembat handbag I camna nak buat? Oh, entahlah ...

Lepas keluar duit tu, I dok jeling-jeling, pandang-pandang juga manalah tahu dia berkeliaran di keliling. Tengok tu, selalu buruk sangka pada orang. Tak baik betul, kan!

Sebaik beredar dari ATM machine, I berjalan ke supermarket. Baru beberapa tapak melangkah sekali lagi I dipanggil dari belakang,

"Acik, Acik!" (melampaulah dik panggil ahkak 'Acik' pulak!)

I pun terus toleh, rasanya takda pulak keponakan I panggil I ni 'Acik' . Well, they call me 'Auntie' hokey ...

Bila toleh, nampak seorang gadis sunti alahai manis cute aje orangnya. Rasa I dalam 13-14 tahun kot. Oklah tu kalau dia panggil I 'Acik'. Melampau pulak kalau minta panggil 'Sista'. Keh3x.

"Acik, boleh tak nak pinjam handphone nak call mak saya?"

Sudah, satu lagi ....

I mulalah bersangka buruk lagi. Jangan-jangan budak ni satu geng ke? Tadi tak dapat, dia nak try cara lain pulak. Dalam pada tu, tetap juga keluarkan handphone.

"Ok, beritahu Acik nombor telefon mak..."

Dia beritahu, I pun dial. Bila I dengar suara perempuan maknya angkat, I pun pas he-ho kat dia... 

Dalam hati masih bersangka buruk lagi. Manalah tahu lepas bagi he-ho yang baru beli tu, dia bawa lari. Mahu ahkak nangis lagi macam he-ho yang berkecai terhempas hari tu ...

Lepas dapat cakap dengan emaknya terus diberi balik telefon tu kepada I sambil ucap terima kasih. 

Hah, yang ni berbudi sikit. Walaupun dah cakap sekali dan pergi, dia toleh sekali lagi sambil ucap terima kasih sambil kata,

"Acik, terima kasih ya bagi saya pinjam handphone nak call mak saya tadi..." seraya tersenyum manis.

Legalah hati Acik ahkak ni takda konspirasi rupanya...

Oh, itu aje nak tulis hari ni! Tak panjang sangatkan ~_^  Setengah jam aje ambil masa pejabat *_*

25 comments:

  1. Nak tanya sikit...column comment kat blog ahkak tu tak leh tulis banyak banyak ke? Ye ke....Tak tau pulak macam ok jer rasanya...Sajalah tu malas nak komen lebih column disalahkan.....hehe
    Serious beb.... rasanya cikgu tak delah bagi arahan tak boleh publish pun...
    Nak majuk yeh.....majuk le...faham faham...pompuan mmg suka majukkan biasalahtu.....nanti lelama baik sendiri lew tu hehe...
    Walaupun kita kena bersangka baik tapi kalau ahkak jadi acik tu (hehe....) mmg ahkak akan bersangka buruk jugaklah....lagi lagi pasal duit ni....mmg seram jugak tu.... pasal he ho lagilah seram, benda mahal tu kalau dibandingkan RM 10....
    Tp yg mintak mintak duit tu mmg kes biasalah MD........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahkak....cam marah je...cam nak kena jual aje... Yang ahkak marah sangat tu nape....sia-sia aje marah ngan kita yang suka meroyan tu... Yalah kita kalau datang blog orang terasa macam blog sendiri pastu bila mengomen macam entri tu kita yg punya. Kalau ikutkan kata hati nih, nak aje tolong reply komen-komen yang ada kat blog orang :) Nasib baik tak cukup masa!

      Cikgu dah biasa dengan OKje sebab itu cikgu tak pesan. Maybe cikgu ada pesan jangan bawa beg make up masuk dapur takut tak sengaja ter'rentung aje...keh3x.

      Hah, tulah acik......ahkak terkejut kena panggil acik tau! Memanglah ahkak ingat ahkak ni baru aje sambut besday yang ke 18 beberapa hari lepas....eh, siapa ahkak siapa acik nih....confused plak...

      Delete
    2. Ada tau cikgu pesan pada semua. Dlm email k. Rasanya selain MD, tak ada yg baca email... hihi

      Delete
    3. Nasib baik MD ni setahun sekali buka email. Kalau tidak, MD pun tak tahu...hehehe....

      Tapikan AN, saya rasa nak buat-buat tak perasan ajelah statement tu. Ikut kengkawan lagi best daripada ikut cakap cikgu :)

      Delete
    4. Mmg dah lama tak bukak email ....sori ye cikgu ... anak murid menderhaka hehe

      Delete
  2. Tapi kalau kakak pun cuak. Sekarang ni macam-macam cara org nak menipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ralat sebenarnya tak hulurkan RM10 padanya tapi bila fikir banyak kali, macam elok gak tak buat gitu. Dia langsung tak cakap apa bila saya kata saya pun nak gi keluar duit. Terus aje pergi, ucap takpa ke, terima kasih pun tidak...

      Delete
  3. Acik pun suka sangat buat perangai macam tu..sambil bejalan.sambil2 buka beg..cari purse la..telefon la..nemang bahaya kan MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalunya beringat tapi selalu juga saya buat perkara yang tak selamat macam tu...

      Delete
  4. hihi..tak panjang..tak panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan.... ni tak panjang sangat kan? Itulah saya dah kata tadi memang tak panjang. Tipulah kalau ada yang kata panjang sangat :)

      Delete
  5. Bila baca kisah budak lelaki tu, teringat kat kisah my abang ter tinggal dek arwah ayah kat stesyen minyak… mcm mana boleh tak perasan my abang belum bonceng motor, tapi arwah ayah dah start enjin dan tinggalkan dia… dah la duit langsung tak bawa, mmg terpaksa minta ihsan orang utk balik dgn teksi… hihihi

    Tapi tak salah kita beringat MD… lagi pun mmg mcm2 kes pelik skrang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang kesian pada yang betul-betul memerlukan bantuan. Dek kerana sikap segelintir, menjadikan kita lebih berhati-hati takut tertipu. Kalau jadi macam adik Nur ni, tak ke kesian namanya. Nasib baiklah kalau minta kat seorang terus dapat. Kalau minta kat berpuluh orang pun tak bagi, bukan ke haru biru jadinya.

      Delete
  6. Lyn pernah kena mcm tuh kak.. kes nak pinjam hp..
    terus cuak semacam... tapi tu lah kita ni selalu pikir yg tak baik dlu dr baik kan.. Alhamdulillah, dia org baik... tak lama tu mak dia dtg jumpa saya.. siap ucap terima kasih lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni banyak cara orang menipu, tak kira muda ke tua, perempuan ke lelaki. Jadi itu yang kita ni pun banyak berfikir negatif berbanding positif. Nak buat macamana ...

      Delete
  7. Assalamualaikum,

    Hurmm sofia pnh kne kes mnta duit kat stesen myk..sofia trs bg je..tp kne marah dgn member sbb pcaya sgt kt org..zmn skg tak blh pcaya org sgt..nthla..sofia jd confused bile keadaan mcm ni selalunya..sofia pnh baca kalau nk bg tuh..jgn difikir org tuh baik ke tak..jnji niat kan utk Allah..tp bila fikir blk apa yg member sofia cakap pasal keselamatan sendiri..btl juga..blh membahayakn diri

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Akak ni pun Sofia sekarang ni memang jarang 'bersedekah' cara gini. Jadi cuak pulak bila dengar banyak kisah. Lagi takut kalau kita berdua aje. Manalah nak jerit, nak lari kalau ada apa-apa berlaku.

      Delete
  8. huhu seram je. bahaya juga kan
    nasib yg gegirl tu beradab sikit

    next time kena berhati 2 ye acik
    jgn diulang lagi ska nyelongkar beg sambil bjalan.bahaya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi buat kerja 3 dalam 1 tu macam best aje, CikSu. Jimat masa :) Selalunya akak memang alert tapi adakalanya juga cuai. Masa tulah selalu kita kena kan ....

      Delete
  9. Kalau saya pun mmg berprasangka dengan orang yang tanya macam2 kalau terjumpa di tepi jalan. Mulalah tengok kiri kanan pegang beg kuat2. Fobia bila dengar kisah kawan2 macam2.. mintalah dijauhkan daripada kejadian yang tak diingini.. tapi kalau orang yang betul2 nak minta tolong, kesian la pulak kan..

    ruangan komen tak cukup ruang? Kali pertama dengar ni.. hihi.. patutla..siapa yang tak kenal MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam tu juga. Nampak aje macam berani bukan main padahal penakut. Kononlah berani. Ada baiknya kadang-kadang nampak sombong ni :)

      Yalah AN....tak cukup ruang. Kita ni jenis menulis tak ingat dunia. Takut pulak tuan tanah cemburu tengok komen kita lebih panjang daripada entrinya...mahu kena 'blacklist' nanti :)

      Delete
  10. Teringat kat my fren's mum. Kami pggl makcik. Tp si kwn kata pggl auntie. Mak dia x suka makcik. Mcm org tua. Haha... Sy suka pggl acik. X tua dan x muda jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...saya pun sama gak tu. Asalnya tak tahu apa pangkatnya, nak panggil MakSu bukan. Saya anak kedua terakhir. Perempuan bongsu. Paling senang panggil Aunty ajelah. So sekarang bila kena panggil Makcik rasa cam lain pulak :)

      Delete
  11. saya takut juga mengalami keadaan gitu.. maalumler dalam hati nak tolong gak tapi dalam hati juga takut insiden yang menimpa ramai orang sekarangni....
    syukurlah takder apa2pan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terpapar niat suci di muka tu, bolehlah ditolong tapi sekarang ni macam-macam hal tipu menipu berlaku. Memang scary sikit. Apatah lagi kalau tempat sunyi. Memang penuh dada syak wasangka nih!

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...