Hello, we're back!

Hi, aunties..... !

We are back. Our Mommy ni kalau time meroyan, memang selalu lupa nak mention nama kami dalam blog. So hari ni, kena bagi peluang pada your beloved buah hati, ya Mommy *___*

Oklah, anak-anak sayang, hari ni kita sambung kisah anak-anak manja, busyuk mengada-ngada Mommy nih. Kalau takda mereka di rumah, gelap-gelita dunia MD ya. So, sebelum merajuk mehlah kita story-mory kisah mereka berdua.



Adik Cute sekarang ni dah 'pandai berkata-kata' tapi lebih banyak masa dihabiskan outstation (baca: rumah my sister) berbanding di rumah kami. Sampaikan Hubbydearie dok tanya kat isteri mithalinya,

Eh, Adik ni anak kita ke anak orang nih?

Bila I nak ambil bawa balik siap cakap, "Babye-yi, Mommy! Allava!" (Byebye, Mommy! I love you!)

Kalau I  tak pura-pura menangis, memang langsung tak mahu balik. Waktu pulang rumah untuk Adik adalah sekitar 9 - 10 malam sekarang ni, dihantar oleh 'penjaga/sepupunya/ibubapa angkat' a.k.a. my nephew ... 

Sekarang ni tidur malam I memang tak lenalah. Dah dia bantai minta susu 18kali semalam. Memang turun naik katil ajelah. Tak sempat bermimpi indah tetiba dia dah 'Mommy! Mommy! Tu-tu!'  (Kadang bunyi susu, kadang bunyi tutu, kadang pulak milk...entahlah si Adik nih)

Rambut I pun dah habis gugur dikerjakannya. Setiap malam memang mengajak jom-jom aje naik atas katil. Disuruhnya Mommy sheleep! Lepas tu mulalah adegan menarik rambut sampai putus. Sakit kepala... 

Tidur malam mesti ditemani oleh tab. Sebabnya - nak tengok youtube apa sahaja ikut permintaan hatinya. Boleh pulak letak tab atas bantal di sebelahnya walaupun mata dah layu betul. Kalau diambil tab, memang menjerit meroyan macam Mommynya juga. 

Bukan faham pun si Adik ni kalau kita kata tab takda bateri, tab tengah charge. Dia tetap merengek. Kalau tidak, handphone Daddy nak dirembatnya. Pernah sekali, Daddy suruh Adik naik atas katil tidur. Adik pun bukan main memanjat katil sambil kata, "Sheleep Daddy...sheleep..." Lepas tu dirembatnya handphone dari tangan Daddy, pontang-panting turun katil nak melarikan diri... 

Daddy tak terkata apa...nak marah pun tak guna. Bukan ke Daddy yang sound Mommy kata jangan dimarah anak-anak yang umur baru setahun jagung? *___*

I tak tahulah bila Adik ni dah fasih bertutur dalam bahasa yang difahami semua, memang I kena dok serah telinga dengar story-morynya ...






Ni kisah si Abang yang keletah dengan keluarga tapi pemalu ya amat bila di depan orang ramai ...

Suatu hari tengah tengok drama Melayu kisah si perempuan yang menghalau emaknya  keluar rumah.  Maka Abang pun berkata,

Betul kata Mommy, Abang ada taman dalam hati!

Kenapa?

Kalau cerita sedih macam ni, kalau tengok orang buat Mommynya macam ni, Abang rasa sedihlah!

So, Mommy nanti agaknya terima nasib yang sama tak?

Kan dah kata, Abang akan jaga Mommy. Abang tak mahu kahwin! Err, Allah marah tak kalau kita tak nak kahwin sebab nak jaga ibubapa kita yang dah tua?

Oh, Abang....sayu hati Mommy mendengarnya!

Mommy tau tak? Perempuan yang cantik memang tak menghargai ...

Tak menghargai apa?

Apa-apalah... Sebab itulah perempuan cantik tak sayang emaknya...

Kalau gitu Mommy ni tak cantiklah?

Mommy lain... Mommy dah tua!

(Adui, tersedak Mommy tetiba ...) 

Suatu hari balik dari sekolah, Abang beritahu Mommy ...

Abang dah cakap dah dengan kawan Abang (lupa Mommy siapa nama budak tu) dalam kelas agama tadi....

Cakap apa?

Ini perbualan yang Mommy kopipes dari mulut Abang,

Abang : Awak nanti bila dah besar, awak nak kahwin tak?

Kawan Abang : Mestilah nak!

Abang : Saya tak nak kahwin! Saya nak jaga ibubapa saya!

Maka Mommy pesan kat Abang, jangan sibuk cerita pasal kahwin tak kahwin dalam kelas, kalau cikgu tau memang kena berdiri atas meja terus @___@

Abang sekarang tengah merajinkan diri menolong Mommy di rumah. Nasib baik sebabnya I ni mana ada anak perempuan. Nak tunggu menantu perempuan masuk rumah untuk dibuli, rasa macam lama lagi (memang lama pun dah anak bujang baru aje 8 tahun...)

Suatu hari Abang suruh I ajarinya melipat baju. Mommy yang mithali ni pun ajarkanlah cara-cara melipat baju versi songeh Mommy. Ini hasilnya ...





Kelmarin masa I sibuk kelentang-kelentung kat dapur nak buat makaroni bakar, Abang pun datang nak menolong,

Mommy, pleaselah Mommy! Pleaselah....

Pleaselah apa ni? Mommy sibuklah try resepi nih....

Ajar Abang masak! Nanti Abang boleh tolong Mommy. Takdalah Mommy penat sangatkan masak sorang-sorang....

Arghh... sudah! Bab masak-memasak ni Mommy tak gemar nak ajar Abanglah tapi kalau simple-simple untuk kelangsungan hidup tu bolehlah Mommy ajarkan. Yalah, kena fikir panjang. Manalah tahu nanti Abang sambung belajar kat obersi kenalah masak sendirikan sekali-sekala kalau teringat nak masakan Mommy di tanahair tercinta ni kan *___*  

Abang sekarang ni dalam proses nak jadi anak yang obedient sampaikan kalau Adiknya banyak songeh, memenatkan Mommy, Adiknya dilepuk. Yalah, kesian juga kat Abang. Adik tukang sepahkan rumah, Abang tukang kemas sebab takut Mommy pitching high-high lagi. Untuk mengelakkan telinga bernanah, kena kemas cepat sebelum ditegur Mommy. 

Yalah, Mommy ni suka 'mengugut' anak. Suka betul suruh anak pilih samada nak pilih kegemarannya ataupun Mommy. Manalah hati Abang tak syahdu sebabnya walaupun dia suka sesuatu tapi dia tak boleh pilih yang itu dan mengabaikan Mommy ~_^

Kalau Adik, dia tak peduli sesen pun kata-kata Mommy especially bila kita marahkan si Abangnya. Dipukul-pukulnya kita sambil mulut membebel sambil dalam hati (agaknyalah...) berkata, 

How dare you beat my beloved brother, Mommy???

Adakalanya kalau Mommy banyak songeh, memang selamba badak aje dia akan cakap,

Tak sayang Mommy!

Hah, nangis-nangis Mommy berjuraian air mata, kesat hidung, kesat mata kerana hiba teramat. Padan muka ...

Tapi si Abang ni kan very lembut jiwanya... Abang kata kadang-kadang dia tension bila terpaksa memilih especially bila Mommy kata, 

Pilih mana satu Abang nak - nak main Roblox everyday during weekdays ataupun nak sayang Mommy!

Oh, menangis-nangis Abang bila susah nak buat pilihan!

Jahat tau Mommy yang ini! 




















Comments

  1. ai Abang n Adik, see ur mommy, finally come out with an entry with cute pictures...lama juga tak disebutkan kisah deme ni ....

    Lewat juga Adik balik ya.. Ramai sedara dia boleh main di rumah mak ciknya tu kot, lebih meriah tu yang dia tak nak balik.. hihi.. tu yang kata MD kena tambah lagi, baru meriah rumah tu.. hihi, suka usik MD macam ni.

    Abang tengok cerita Melayu? kagum tu, mmg jenis boleh beri tumpuan Abang ni nampaknya, patutla dia bijak..

    Untuk kes Adik yang tidur dengan tab tu, dia tengok You tube ke? sama la dengan Naim ..mmg haru betul nak buat dia tido.. lepas satu2 ditengoknya.. lepas tu, pagi esok menangis masa nak mandi...

    Hhaha.. Mummy dah tua??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah gelak, Mommy sedih ni!

      Abang tu biasalah. Maksud perempuan cantik (dan muda) yang bawah umur Mommylah tu. Lagipun Mommy dah anak dua takda 'muda' lagi katanya...

      Adik kalau boleh tak mahu balik rumah. Memang serasi dok kat rumah makciknya. Bukan ada kawan pun, mainan pun takda kat situ. Kawan-kawannya ialah sepupu yang berusia 29 tahun, 25 tahun dan 24 tahun :) Macam geng-geng dia aje bila panggil nama!

      Mommy yang selalu ajak Abang tengok drama, tak kira cerita apa. Abang minat horror sesaja ... Kalau ada cerita yang mengaitkan anak-ibu, memang saya suruh tengok pastu saja je ngengada tanya, ' Abang, nanti agaknya kalau Mommy dah tua, Abang buat macam ni tak kat Mommy?' Mulalah 'tersedih', mendayu-dayu beritahu yang dia tak akan sia-siakan Mommy yang dah tua :)

      Adik tengok you tube macam-macam ikut minatnya malam tu. Sekarang ni tengah sibuk 'belajar bahasa Korea' tapi satu aje yang pandai disebut - angdaeyo (gitulah lebih kurang yek)

      Delete
  2. SubhanAllah. Beruntungnya mommy ada anak sebaik Abang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya berpanjanganlah ingatannya terhadap Mommy sehingga dewasa nanti....

      Delete
  3. mommy.. hahah... ugut anak tu paling tak tahan. naye ke abang.

    i rasa u sgt bertuah sbb kanak2 seusia abg dah request utk ajar dia buat kerja rumah. request okay. tak perlu pun u yg susah payah nak jadikan rutin dia, dia yg offer. mana nak dpt tu... i iz zelez.

    baju jubah dia tu nama apa ye. i nak buat satu utk luth. tapi mcm tak tau hujung pangkal kat mana nak mula.

    *part yg dia ckp mummy dah tua tu... i gelak golek2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome back! Lama tak nampak mu kat sini!

      Lagi anak takut, lagi nak ugut. Memang ngeh ler Mommy nih! Anak terpaksa redha ajelah dah takda pilihan lain. Tapikan saya rasa, memang dia sayangkan saya sangat-sangat. Selalu aje menangis bila katanya dia tak boleh imagine hidup without Mommy. I yang tersedu lebih-lebih...

      Alahai, Lyd itu time dia nak jadi anak yang obedient. Selalu lepas tazkirah panjanglah. Kalau tidak, towel pun Mommy nak ambilkan...baju kotor hulur aje kat Mommy nanti Mommy masukkan dalam bakul baju kotor!

      Jubah tu I tak pasti ler namanya apa... My sis belikan kat Mekah masa balik umrah tempohari...

      Janganlah sampai tergolek gelakkan kita... nantilah tunggu Luth pulak pandai bercakap, tengoklah keletahnya macamana...kalau ikut emak memang parahlah nak bersoal jawab nanti :)

      Delete
  4. Budak perempuan gf yg ayah dia garang ek..
    Cantik tak bakal menantu auntie?

    Mesti jd suami soleh ni anak auntie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni memang kes nak kena babat 18kali ni.. Meh tadah punggung, 'auntie' nak babat budak kecil tak ingat dunia nih!

      Bukan si Auni tu, PB. Budak tu dah masuk senarai blacklist Mommy, asyik dok ugut anak bujang orang aje....boleh lagi tu masuk kategori perempuan cantik mengikut kata Abang...

      Delete
  5. alahaiiii sweetnya abg siap mintak di ajar masak lagi..
    apa nak buat takde anak perempuan 'lagi' hahahaha..
    semoga dia sentiasa nak belajar... suka budak2 mcm tuh.. explore with new thing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...takda 'lagi' :)

      Time dia merajinkan diri, memanglah bagus. Time dia melepakkan diri, memang tinggi aje pitching Mommynya.

      Delete
  6. Salam ukwah..salam perkenalan.. 1st Blogwalking time sampai sini.. salam dari MyCherita..comel nya anak akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal :)

      Terima kasih sudi singgah dan pujian juga :D

      Delete
  7. Assalamualaikum...

    Hahahahaha!!! akk mmg dengki ekk dengan anak2 akk...sian abang...

    untung akk dapat anak macam abang tuh...bagusnyaaaa

    hahaha tp part abg ckp ngn member die psl kahwin tuh mcm tak blh blah..haha budak skg...jauh sgt pemikirannya hehe

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, mana ada dengki.... cuma nak menduga aje sedalam mana kasih-sayang Abang pada Mommynya :) Hahaha... memang jahatlah Mommy yang ini. Nak buat camna kan :D

      Sibuk bercerita pasal kahwin tak kahwin...penat akak mendengarnya!

      Delete
  8. MD, KA kalau bab anak2 req nak suh jara buat itu ini sendiri ni, laju ke KA... hehehe. Abang, apa kata jadi menantu Aunty, nanti boleh sama2 jaga Mummy & Ummi yerk . Sweet je kalau diingat2kan kata2 ikhlas anak2 kecil ni kan MD. harapnyer ingatan & kasih mereka pada kita berpanjangan sampai bila2 lah yer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Certain things tu memanglah nak ajar mereka tapi ada bab-bab tertentu, paknya pun tak suka :) Eh, kalau Adik Suffiya dan Abang Luth nak jaga makpak semua, memang kecoh lah dunia ....

      Delete
  9. gud boy lah abg
    nak jaga ibu bapa nti
    tp jgnlah x kawin hahaha
    lau kawin nti bini boleh tulun mommy msk2

    si adik smlah pagai ngan anak kecik iols tu
    x abis2 ngan aapad dia..smpai nk tido pun nak aaapad hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bini tak ngam ngan Mommy, camne? Hahaha...

      Mommy pun sama 2 x 5 sibuk aje kahwin tak kahwin punya cerita :)

      Delete
  10. anak saya pun kalau takde tab..takble nak tdo..nak tgk hello kitty la...hagemaru la...bateri habis pun tak faham...pandainya abang ...nak jaga mommy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geramkan...berebut-rebut nak pegang tab buat tidur. Makpaknya sibuk ngan handphone itu pun kadang-kadang kena rampas dek tab takda bateri.

      Abang nak jadi anak mithali. Insya Allah.

      Delete
  11. alahai so sweet la abang ni..terharu sungguh bila abg ckp begitu.ye la di usia yg masih muda belia gitew.sgt meruntun jiwa aklau dpt nyembang dgn abg kan tp pemalu pulak dgn org luar ye....


    Md , ate anak murid lain ’xnak dengar kata’ makanya anak murid yg paling muda kena ikut la jugak khennn... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Ciksu jumpa Abang memang tak terbuka mulutnya, malu konon. Obedient sesangat. Kalau nak tengok aksi lasaknya, kat rumah ajelah ...

      Anak-anak murid degil Ciksu. Janganlah tiru perangai akak-akak nih :)

      Delete
  12. sweetnya abang..tak nak kahwin nak jaga mommy..
    haha, terkesan dari drama ya..

    adik??18kali minum..aduh, tak ngompol ke..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lencun basahlah...apalagi....kejap-kejap susu, kejap-kejap tutu...boleh pulak tu kalau pagi kita tanya, 'Adik pee tak?' dijawabnya,' Haiiiiitttt, tak peeeee....!' Menegakkan benang basah :)

      Abang memang tak mahu kahwin sebab perempuan cantik tak menghargaikan...hahaha....hanya Mommy aje yang sayang Abang dan Abang tak leh imagine hidup tanpa Mommy :)

      Delete
  13. adik kecik lg.mana nk reti syg mommy macam abg..abg ni mmg syg mommy gila2..bagus la MD dia sendiri offer diri nk buat kerja rumah..bab tgok cerita melayu tu sebijik perangai aiman..klu cerita sedih bergenang air mata mengalahkan ibu..

    abg belum jatuh cinta bley la cakap tak nak kawen..dh jumpa gf nti mommy jadi no2 baru tau.haha..mommy tua?no komen.muahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik ada sikit eksyen ...dia ada banyak penjaga angkat....itu yang tak ingat balik rumah. Kawan-kawan pun semuanya 20-an nyer umur. Itulah lagi sombong, tak ingat rumah :)

      Hai, Aiman pun sama? Betul-betul berjiwa penyayang si Aiman di sana dan Abang di sini. Rasanya tak lama lagi, jadilah Aiman dan Afia macam Abang dan Adik di sini. Satu lembut jiwanya, satu lagi kental ya amat!

      Mommy dah ada anak dua ofcozlah dah 'tua' kalau ikut kamus Abang :( Selalu juga Abang tanya kalau Mommy dah tua macamana nak buat nanti ... sedih pulak!

      Bertuahlah ya siapa jadi menantu sulung Mommy yang pasti - tak cantik...kah3x.

      Delete
    2. tu la kan MD..Afia sekarang ni dah tunjuk kearah berjiwa kental dah..macam mana nak satukan jiwa kental bersama dengan kental..klu dua2 kental susah jadinya..macam tak berjodoh je kita nak jadi berbesan.muahaha...

      Delete
    3. Hahaha...makin besar, makin terserlah perbezaannya. Nak wat camna, PK. Kita jadi neighbour alam maya ajelah. Tapi kalau part masak memasak kat rumah tu, saya dilupa jangan :)

      Delete
  14. alolo tomey2nya kanak2 rebina tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kanak-kanak ribena yang ini memang lain macam sikit kalau posing :)

      Delete
  15. Adeh... Mommy pn satu. Tp bab masak bgs jgk ajr dia org. Abg sy terrer msk. Mak mertua dia puji kuah kacang dia sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ajar masak juga ke? Ya tak ya kan...buat betul-betul tak nak kahwin, mana nak dapat makan kalau takda menantu nak masakkan? Hahaha...

      Delete
  16. macam si adik i nak tidur kena gentel rambut baru lena erkh... hebat abang kecik-kecik dah mula berdikari..nak tolong mummy..nak belajar..good boy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakitlah dia menarik rambut tu. Sampai putus kadang-kadang. Kalau geram, memang babat je :) Itupun spesies tak serik, susah sikitlah...

      Abang kan nak cari duit banyak sebab nak jadi jutawan :)

      Delete
  17. anak akk pon suka bawak tab tidur sekali...sakit ati betul...rasa nak jual je tab tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pernah kena jirus dengan air lagi tab saya tu, nasib baik tak rosak. Mengong kejap ajelah ...

      Delete
  18. ehmmm betoiler dah lama tak der kisah dua orang budak comelni.. tak patut tak patut... ooo adik kecik lagi .. gituler sifatnyer.. tapi memang dari kecikpun kita dah boleh nampak mana yang lembut hatinyer ker idakkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommynya sibuk meroyankan, Cho itulah pasal terlupa kisah mereka. Sebenarnya memang nak tulis sesaja tapi ada aje idea yang 'kacau daun' Hahaha.

      Delete
  19. MD.. semalam Adik baca n3 ni, dier kata bagusnyer anak dier siap nak tolong mummy dier masak semua, bila KA tanya Adik minat ker.. cepat je dier jawab... Eeeeeeeeee Adik cakap ajelah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mehlah datang rumah Adik! Aunty (alahai Aunty lagi aduh...) nak test Adik Suffiya pandai masak dan menambat hati ke tidak...Hahaha....

      Rasanya si Abang lagi pemalu berbanding Suffiya tau! Camna nak berkenalan nih ...

      Delete
  20. kenapa amik gambo kena berdiri kat sudut sofa tu?huhu..tp saya suka sofa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...kerana hanya di situ aje ada 'munga' ! Hahaha....

      Sofa tu entah tak tahu berapa kali kena basuh sarungnya dek kerana tumpahan pelbagai aneka benda oleh Adik yang clever tu!

      Delete
  21. Comei sangat dua budak ni...
    Tapi abang lagi la comei sebab mengaku dalam jati ada taman....
    Nampaknya abang tak suka perempuan cantik.. untung la MD sure jadi the fairest of them all

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kalau jadi mak mentua ni memang kejam, makchaq. Disuruhnya anak pilih - Mommy ke isteri kamu? Huahaha..... Kalau masa tu Abang masih sayangkan Mommy oklah, kalau tidak tidur beralaskan air mata di lenganlah nampak gayanya :(

      Adik pulak Mommy 'takut' nak tegur. Kang tak tahu siapa gertak siapa ....

      Delete
  22. alahai kak...sejuk hati ...rajin betul abang tu...abang ni lieya perasa matang dari usia die la kak...kecik2 mcm tu dah pandai ckp nak tlg mummy bagai tak mo kawin....tapi rugi tak mo kawin laa abang oiiii ekekekekeekekekek... tegelak2 lieya bace perbualan abang tu kak....panjang akal die...in sha Allah sampai kebesar laa baik n bijak camni....

    si adik pun lucu jugak...perangai mmg sebijik dayyan kak oiiiii...hantu ipad tuh...mate dah kuyu pun ipad tetap kat sebelah....jgn di usik selagi tak betul2 tdo....tapi lieya suke cas ipad tu takpenoh...so biar cepat bateri abis...kalo tak asik mengadap jek ipad tu .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang dia nampak matang, ada yang memang kebudak-budakan sungguh cam Mommynya :) Namanya pun budak. Abang ni sayang Mommy memang terlebih-lebih tapi kalau tanya jawapan cliche nya - Abang sayang Mommy dan Daddy sama rata!

      Nak juga cakap tak kahwin tu rugi tapi sok, sok punya ceritalah. Selalu gak ditanya kenapa Allah suruh kita kahwin sedangkan bukan ke baik kalau kita setia jaga makpak kita bila dah tua nanti? Aduhai...memang serius pilu, sayu gitu mendengarnya.

      Adik ni lain pesen sikit. Very tak takut orang punya. Mamat Pakistan pun dipeluknya tak kisah pun... Memang taknak berenggang langsung ngan tab. Tension rasanya. HD nya tension lagi teruk sampaikan nak dibelikan satu khas untuk Adik gunakan sorang!

      Delete
  23. Dari kecik dah nampak abang punya caring. Sampai susah nak buat pilihan gara-gara mommy yg 'nakal' ni. Adik pun boleh tahan kalau bab jadi pembela sebab tahu kalau menyepah siapa yg tolong kemas kalau bukan abang kesayangannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...memang jahat Mommy ni, kak... Kalau ngan Abang bolehlah main ugut mengugut. Cubalah dengan Adik, serius dia tak peduli pun. Ugutlah apa cara sekalipun...ada kena kelentung dengan dia....serius berani si Adik ni. Abang memang forever nak jadi Mommy nya protector!

      Delete
  24. Sebenarnya hari Jumaat ke bila dah datang tapi macam biasalah sejak sekarang ni mcm dah terbantutlah pulak idea nak mengomen hehe..... dah semakin kerepot agaknya...
    Kita tengok abg besar esok ....betul tak yg dia cakap dia tak mo kawen, dia nak jaga mummy.... sekali tu kawen dengan omputih....kang mummy pulak yang terbang gi sana nak jumpa abang.....sok sok kalau ada blog lagi keluarlah entri 'Bersama menantuku....' hehe....

    Agaknya anak anak depa esok apa gadget yg jadi mainan kan MD....Budak sekarang kecik kecik dah main tab..dulu okje dapat mainan dalam jajan pun dah suka sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kira ni spesies rajin ni OKje. Dah datang baca sikit punya panjang pastu datang balik khas untuk tinggal komen. Memang salute. Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak selalu bagi sokongan dengan membaca dan mengomen di sini. Appreciate sangat-sangat.

      Kalau Abang nak kahwin omputih, Mommy ok je...dapatlah Mommy fly-fly melawat Abang 12x setahun :) Mahu merana wife Abang nanti asyik dok tengok mak mentua aje depan pintu rumah!

      Insya Allah, kalau umur panjang dan ada menantu, of courselah ada gosip-gosip pasal menantu jugak. Cuma time tu tak tahulah jari jemari ni leh tekan keyboard ke tidak. Kalau satu abjad pun nak tekan sampai 10 minit, memang watammatlah entri panjang berjela, tinggal sejengkal aje!

      Alahai OKje...'gadget' MD masa kecil dulu just baju-baju yang main sangkut kat muka gegirl tu...apa yek namanya... paling ohsem pun kalau dapat buku cerita takpun komik gila-gila .... Tab ke, smartphone ke, memang tak kenal. Masa mula-mula kerja dapat beli motorola yang besar gedabak pun dah bukan main eksyen nak show-off kat orang tau!

      Delete

Post a Comment