Caca-marba and the gang

Salam Isnin kawan-kawan *_*

Apahallah agaknya tajuk hari ni macam nak gagal exam aje yek? Takpalah, I tak kuasa nak fikir pasal tajuk. Lagipun I ni kan selalu aje terkeluar tajuk. So, kira perkara biasalah tu kalau isi dengan tajuk tak sebulu roma, ya tak?

Hujung minggu yang baru ni, I tak ke mana-mana. Hubbydearie dok berzikir ajak jogging (my definition of jogging : jalan-jalan dengan penuh lemah-gemalai sambil makan aiskrim) di taman tapi I ni merangkak rasanya nak keluar rumah. Untuk mengelakkan pertelingkahan yang maha hebat tentang siapa yang lebih berkuasa menentukan plan hujung minggu, kita akur ajelah. Penat I ni dok membebel dalam blog, membebel dengan anak-anak so kalau boleh tak mahulah main bebel segala apatah lagi dengan Hubbydearie *_*

So kita bawalah anak-anak pergi bersiar-siar di taman. Superheroes berdua ni memang excited kalau dengar perkataan 'taman'. Banyak perkara boleh explore. Nak kuak lentang, terjun tiruk, lompat galah semua pun boleh. Mommy takda kuasa kat taman ye...

Wah, si Adik bukan main lagi! Sekarang ni dia yang suka berposing. Adakah dah ketetel berlari sikit punya jauh tinggalkan Mommy, boleh reverse terkedek-kedek just nak beritahu I,

Mommy! Mommy! Amik gambar, Mommy!

Abang, tolong Abang kita nak panjat jugak!

Yeah, berjaya akhirnya!

Comel tak kita?

Penatlah posing Mommy apasal gambar gegar nih!

Mommy, rambut style Wak Doyok tu camna?

Siap posing lagi tu.... Wah, Adik ni memang nak jadi model cilik ke?

Hari Ahad malam, kami sekeluarga pergi makan di luar bersama dengan my eldest sister's family. Enjoyed makan chicken chop, signed and stamped *_* Gambar I tak ambil sebab ramaikan so I malu pulak rasanya. Lagipun I ni pangkat mak sedara, kenalah behave sikit depan anak-anak sedara ~_^ Yang sebenarnya nak kawal dua superheroes tu pun bukannya senang. Dari sejak keluar rumah sampailah balik, mereka bantai memekak dua beradik dalam kereta. Bertabah Mommy ni nak kawal suara sedap jangan pitching kelaut selalu!

So, itu ajelah aktiviti luar hujung minggu. Selebihnya kita dok rumah senyap-senyap sambil menikmati tilam Vono yang empuk. Kui3x... batuk pulak!

I dah terlupa kisah ini sebenarnya. Bila teringat, nak cepat-cepat tulis entri supaya boleh kongsi gelak dengan rakan-rakan. Ingat tak kisah ini?

Ya, baru-baru ini I terkangkang kiap sekali lagi dalam pejabat. Di hadapan boss lagi. Sampai dua orang my colleagues dan boss datang meluru sambil bertanya,

Are you okay?

Dengan selamba malunya I menjawab,

It's alright! I' m okay!

Padahal dalam hati, sakitnya punggung malunya muka ....

Entah kenapa kasut ni dengki sangat dengan I ... Kotnya pun I pakai sekali-sekala, janganlah bagi malu kat mem. I baru nak pusing badan tetiba hilang imbangan terus jatuh terduduk. I know, I know... ketawalah I tak marah mahupun kecil hati. And I know, nak tulis dalam komenlah tu ' berat sangat tu, MD!' Jangan bimbang, komenlah I tetap akan publish without doubt lagi...huahahaha...

Ada suatu hari tu I keluar dengan anak-anak. Sampai kat satu jalan ni kami nampak sebuah lori sikit punya laju lepas tu menyenget sikit. I ingat lorry driver tu melanggar pavement sebab nampaklah tanah-tanah, batu-bata 'melanting' gitu. Bila sampai dekat rupa-rupanya dah terbongkang seorang budak motor ni. Motornya dah bersepai. Yang I nampak melanting tu bukan serpihan pavement yang dilanggar tapi motor budak tu sebenarnya.

Boleh pulak pemandu lori ni terus aje jalan. Ingat dia dapat lari malangnya lampu isyarat bertukar merah dan dia tak lepas. Apalagi, drivers yang lain teruslah meluru dan minta dia turun dari lorinya. Boleh pulak buat muka blur aje. Macam tak perasan dia dah melanggar budak motor ni tadi. Padahal serpihan motor budak tu tersangkut kat tepi tayar depan lorinya. Apa punya oranglah macam nih... tak bertanggungjawab.

I sempatlah tengok kejadian tu sebab terpaksa berhenti di lampu isyarat yang sama, dua, tiga kenderaan di belakang lori tersebut. Nasib baik budak tu masih mampu mengerang kesakitan. Kalaulah.... 

Itupun I rasa kesian tengok budak tu mengerang kesakitan di tepi jalan... The rest of the story I tak tahu sebab bila lampu isyarat bertukar hijau, I terus jalan. My anak-anak ada dalam kereta with me. Mana boleh nak kepohci sangat. Eh, kalau mereka takda pun bukan I berani nak turun kepohci beramai-ramai kat situ!

Eh, apa motifnya entri hari ni?

Macam biasa, takda apa-apa motif pun @_@










Comments

  1. dari hal joging..pstu kasut..pstu motor..memang ada sikit confius disini.
    bnyk modal Md..rasanya boleh tulis 3 ntry tentang ni..
    atau gabung gini
    1. cerita kebaikan jongging.
    2. akibat malas joging, berat naik, terjatuh..
    3. tetapi tidak semalam org motor tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... ni yang saya suka. Ada beri pendapat lagi... Saya ni modal tak berbayar memang banyak, PB. Agak-agaknya, siapa lagi hebat - suami PB yang peramah di alam nyata tu ke atau saya yang terlebih meroyan kat dalam blog? Saya menangkan....saya kan... :)

      Kalau saya pecahkan jadi 3 entri, setiap entri tu akan tetap panjangnya lebih daripada 1000 perkataan...camna nak buat agaknya?

      Delete
    2. amboi dah kenal peel laki kita..haha

      Delete
    3. Hahaha....ada nada jeles lagi di situ :)

      Delete
  2. hahahahaha memang caca marba punya story...
    but i loikeeee......
    comei adik posing tu sis...
    abg pun apa kurangnya...
    kids memang suka gi taman kan sis...
    tapi tu lahhhh...kita ni suka gak gi...
    kalo dpt org tolak naik atas wheelchair gitu hehehehehe

    miss you sis.............
    qada dah skit2 citer u ...
    citer bapa auni nak dtg bawa rotan..
    citer u emo lite2 *dah ok ke*
    citer u dpt gift.... ok lah skit2...buat lepas rindu...
    take caresssss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, sis Rasp dah balik dari umrah ke? Apa khabar? Baik semuanya? Eh, silap blog pulak. Nanti saya singgah sana...tengok kat tepi ni macam takda entri baru lagi...

      Miss u too... rasa macam makan tahun aje tak nampak you kat alam maya ni sis! I remain the samelah...meroyan aje 24-7 :) Kisah emo dah dilupakan ....hidup kena maju ke depan kan...

      Delete
  3. adik dan abang memang boleh jadi model..sebab comel..
    acik hari sabtu..pi melawat sedara masuk wad..hari Ahad..tak kemana mana..kete tak boleh start..nak repair kena tunggu hari Isnin.
    pasal jatuh ni MD..acik bukan terduduk lagi..terus terlntang..sakit jugak badan2 semua esoknya tu..
    acik bangun dari terlentang tu...acik terus pi buang sandal yang acik pakai..puas hati hi hi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah Acik. Patutnya terus buang aje kasut tu. Tapi sayang pulak rasanya...baru beli, pakai pun tak banyak kali. Suka-suka aje nak jatuh depan bos, geram betul!

      Delete
  4. salute betulalah dgn MD, boleh buat cerita siap flashback cerita dulu2 lagi, habis 4 -5 cerita dalam satu n3 mmg terbaik, mana nak dpat dengar cerita byak macam ni , hanya diblog MD hehehehe.....done nuffnnag yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, yang jatuh tu recently KA. Bukan kes yang pertama kali tu :) Blog saya ni dah jadi caca marba juga akhirnya. Kata hati nak tulis hal anak-anak je buat ingatan di hari tua :) Tak sangka pulak saya ni kuat meroyan rupanya ....

      Delete
  5. ermmm macam mane boleh terjatuh lagi tuh..
    mcm kena pakai kasut tu jer hari2... sure lepas pakai selallu takkan jatuh lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas first time jatuh, bila pakai aje kasut tu sentiasa berhati-hati. Bila alpa kejap aje terus tertonggeng lagi. Aduh! Ingat nak tampal tapak selapis lagi supaya tak licin sangatkan tapi tak dan ler, sibuk katanya nak menyinggah tempat tukang kasut...

      Delete
  6. mmg bukan MD,klu tajuk kena denan cerita..biasanya mmg macam ni kan..satu entry dengan byk cerita..semua pun cerita secara detail.hehe..

    adik,awk mmg comel.

    MD,sy kesian sama awk,tp maaf sy dh tergelak masa baca

    org yg eksiden, kesian juga sama awk..harap dipermudahkan kehidupannya selepas ini..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ya ke? Bukan ke selalunya saya cerita satu hal dalam satu entri panjang? Tak perasan pulak...tulah power of mengomel tau ...

      Tak baik gelakkan orang, PK. Nanti siapa yang susah di kemudian hari? Awak jugakan...hahaha...anak awak anak perempuan, memang sah kena buli dengan mak mentua. Oleh itu, jadilah bakal besan yang berwibawa..

      Delete
    2. ehh takut nti mak mertua yg kena buli sama menantu..menantu awk tu boleh tahan garang tau..awk je tak tau..:)

      Delete
    3. Garang-garang menantu, tak berani nak lawan cakap ibu mertuaku. Kena ingat, suamimu anak lelakiku...Ahah....parah nanti... Kena ingat juga....anak-anak lelakiku sangat sayang akan Mommynya :)

      Delete
  7. alamakkk dah tak sempat nak komen, esok insyaAllah i dtg lagi. kupai nak balik dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, ok, ok...kupai, kupai! Esok jangan tak datang ek ....

      Delete
  8. Memang sesuai sangatlah tu dengan tajuk...caca marba...hehe ....
    kalau beli CD ni untung tau....satu CD cite mcm mcm hehe...
    Eh adik punya rambut dah panjang yek....kejap aje...Lepas tu tak melencong ke mall ke tu?.....
    Taman mana tu? Tasik Perdana ke? Ke Bandar Permaisuri.
    Hehe....jatuh lagi ke? Siannya...lepas ni standby calsium yum bebanyak kat fridge....hari hari mau makan...kasi tulang kuat. OKje ni mmg tak sesuai pakai hill tau sebab jalan ala ala woody wood packer hehe...bayangkan ajelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taman Tasik Permaisuri, kanda dinda ....
      Dah namanya caca-marba, haruslah isinya menepati tajuk kan...kang kena blame pulak dalam komen asyik keluar tajuk... Kat area taman takda mall yang berdekatan...Lagipun kalau Bapaknya ada, enggak bisa Ibu buat lencongan ke segenap pelusuk mall ....

      Calsium Yum kat rumah hanya dapat perati aje anak-anak kerjakan...Saya ni telan air liur ajelah beli 4, 4 secs dah abis. Beli 10 pun 4 secs juga diabiskannya...langsung tak dpt merasa...

      Ni tengah bayangkanlah ni Woody Woodpecker datang mematuk pintu rumahku :)

      Delete
  9. Tajuk tu memang kena sangat dah tu..nanti kita leh tiru hehe...waa dah baguih tu janji jogging..walopon lemah gemalai..jgn pakai heel sudah haha...
    La md jatuh lagi ker..
    Sian dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut eh nak berjogging pakai heels...mahu kebaboom tertonggeng nanti. Jatuh air muka selebriti berdebum jatuh in public :)

      Ini kes terlalu banyak tajuk dalam kepala tak tahu mana nak tulis dulu. Satu entri untuk semua senang. Kalau tidak lagi panjang kalau nak buat entri satu-satu :)

      Delete
  10. rajin gak kot gi taman jogging(ehm joggingker??) tak kisahler janji jalan ... katanya jalan 1000 tapak pun dah ada kalori yang burn... so seronokkan diri untuk ketaman...
    tang jatuhtu tak nak komen sebab akakpun sama jatuh ayu haritu.. padn muka ingatkan ok tapi tak ok...
    alahai boelh pemnadu loritu buat tak reti meamng nak kenaler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cam saya ni macamana kalori nak terburn, dahlah jalan santai siap makan aiskrim lagi.... HD dan anak-anak bukan main excited berjogging...saya pulak excited menjerit aje :)

      Ya ke jatuh juga Cho? For sure masa jatuh tu tak rasa sakitnya. Cuma malu ajelah kalau orang nampak tapi lepas tu arghhh...semua sendi rasa cam nak tercabut!

      Melampaukan pemandu macam tu. Tak logik kalau dia tak sedar dia langgar budak motor tu. Ni kes nak main langgar lari ler tu!

      Delete
  11. Ish.. tajuk guna bahasa rojak ni memang patut kena tolak markah bahasa tau.. hihi

    jatuh lagi ke? Ni rasanya mmg bukan masalah berat, mesti MD jenis jalan kalut bila asyik kepala fikirkan kerja yang banyak tu. Haha.. kena hati2.. saya pun sokmo gitu, dalam kelas elok2 tengah mengajar pun boleh tergelincir padahal pakainya wedges je. Kalau pakai heels mcm MD entah boleh bergolek saya depan 40 anak2 tu.. haha..

    bestnya tgk comel berdua tu gembira main di taman tu. Pandaila bergaya bila nak diambil gambar.

    jahatnya pemandu lori tu. Risau juga nak menyibuk dengan anak2 ada dlm kereta tu..kan.. kat tempat macam tu ramai orang nak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, itu dia cikgu sudah kembali ke jalanraya :) Lama tak nampak AN... Sibuk tanda kertas peksa budak-budak ke? Alah, pejam mata aje tanda. Katanya objektif....Huahaha...matilah kalau dapat MD sebagai cikgu semua pun lulus dengan bergaya!

      Back to your comment :

      Alahai, ganas ler cikgu! Baru guna kat tajuk aje bukan isi karangan apa .... Sampai hati nak tolak markah...Tolonglah cikgu...saya ni budak Melayu yang tak bersalah!

      Yalah tu, saya tertonggeng lagi sekali. Tempat yang dipilih pun memang superb - depan Bos Medium. Tercengang member nak gelak tak boleh so kenalah tanya ok ke tidak. Of courselah ok masa tu...lepas tu aje tak ok :)

      Anak-anak MD biasalah memang suka posing. Eh, eh, eh.... ter 'riak' pulak... tak baik.... mood meroyan tu menebal sungguh this week itulah jadi macam mereng sikit tak ingat usia :) Minta ampun, minta maaf kat kengkawan yang terpaksa baca 'sampah-sampah' menggunung dalam blog kita ....

      Delete

Post a Comment