Terima kasih buat semua kengkawan yang memberi komen dan nasihat buat I dalam entri sebelum ini. I sangat menghargai pendapat yang diberi. Tak pernah ya buat entri sambil bersedih merembes air mata begitu (di pejabat lagi tu...).
Setiap kali nak balas komen pun, kepala ni terngiang-ngiang kata-kata Abang dan tindakannya setelah nampak Mommy bangun tidur dengan bengkak-bengkak mata dan tak berhenti menangis. Kalau ikutkan hati, memang 2 hari 2 malam pun I tersedu-sedu. Tapi Mami ada di rumah, terpaksa juga sembunyikan perasaan sedih seboleh mungkin. But then, bukan Mami tak nampak pun I bengkak-bengkak mata.
Sebenarnya banyak yang Abang keluh-kesahkan bila bercakap pasal I ni pilih kasih di antara dia dan Adik. Adik of courselah tak heran apa pun. Dia kecil lagi tapi sekarang ni pun dah pandai, kalau Abang kiss Mommy, dia nak kiss juga. Abang berbual dengan Mommy, Adik pun nak bual juga.
Bila berkeluh-kesah begitu, I cuma hug Abang dan beritahu dia, tak kira apa orang kata, I tetap sayangkan dia dan adiknya. Walau semua orang tak suka, I akan tetap sayangkan dia seluas langit ni sampai bila-bila. Takda siapa pun boleh paksa I untuk tidak menyayangi Abang dan Adik juga.
Sebenarnya banyak yang Abang keluh-kesahkan bila bercakap pasal I ni pilih kasih di antara dia dan Adik. Adik of courselah tak heran apa pun. Dia kecil lagi tapi sekarang ni pun dah pandai, kalau Abang kiss Mommy, dia nak kiss juga. Abang berbual dengan Mommy, Adik pun nak bual juga.
Bila berkeluh-kesah begitu, I cuma hug Abang dan beritahu dia, tak kira apa orang kata, I tetap sayangkan dia dan adiknya. Walau semua orang tak suka, I akan tetap sayangkan dia seluas langit ni sampai bila-bila. Takda siapa pun boleh paksa I untuk tidak menyayangi Abang dan Adik juga.
Oklah, I ni sebenarnya a happy go lucky person. Kalaupun rasa sedih, simpan dalam hati aje. Jarang nak share dengan sesiapa kecuali kalau rasa sedih tu memang tak terbendung sangat-sangat.
Bukan nak minta simpati atau apa pun, sekadar bertanya pendapat untuk mengetahui betul atau salah perbuatan I selama ini. Yalah, kita manusia biasa. Sukar nak mengaku atau menyedari kesilapan diri tapi sentiasa nampak kesalahan orang lain walaupun hanya sebesar kuman.
I memang nekad tak kira apa atau siapa, memang hak mutlak I sebagai ibu untuk menyayangi anak dengan cara I sendiri asalkan tidak mendatangkan musibah dalam kehidupan mereka pada masa akan datang. Walau apa pun orang kata, I sayangkan anak-anak mengikut cara I dan langsung tak berniat nak membezakan mereka.
Namun, I tetap terbuka menerima teguran (walau pahit macamana sekalipun) atas kesilapan mendidik anak-anak. Yang pasti hak mendidik anak-anak itu milik I sebagai ibu mereka. I akan pastikan yang I tak silap mendidik anak-anak kerana bagi I, membentuk masa depan mereka adalah tanggungjawab yang tak ternilai buat seorang ibu.
Hari ni nak lupakan episod sedih tu dan nak bercerita kisah MD sendiri pulak yang berlaku semalam ....
Sebaik habis waktu pejabat, I pun kemas-kemas meja dan tutup kedua-dua desktop dan laptop. Beriyalah mengangkut handbag yang maha berat tak tahu apa yang I pikul dan beg sampingan pun berat juga. Semalam akak pakai tumit tinggi ya. Lepas tu berangan jalan terkedek-kedek ke punch card room dengan dua beg tadi sarung kat tangan kanan. Rasa nak rebeh aje tapi tahan ajelah demi nak jalan terkedek-kedek tu (kalau dulu masa 20-an I panggil catwalk ler...)
Sempat lagi menegur seorang kawan yang baru nak keluar office dengan pertanyaan 'Nak ke mana tu? Jumpa kat JJ lagi tak hari ni (macam selalu)?' Sebaik aje kawan tu keluar, I pun terpusing 45 degree nak punch my card. Dek kerana tak balance, I terus jatuh terduduk!
Seluruh berat ditampung dek tangan kanan yang ada dua beg tu ya... Ingatkan boleh bangun, entah macamana terus jatuh terlentang! Nasib baik takda jejaka kacak dan available ketika itu. Yang ada cuma my Japanese colleague satu department. Dia pun terperanjat kot terus tanya, "Oh..oh... Are you okay?"
Ok ajelah I jawab. Masa tu memang tak sakit. Bila dah masuk dalam kereta barulah tapak tangan kanan ni berdenyut-denyut rasanya. Mana tidak, seluruh berat ditampung dek tangan kanan saja @_@
Teringat peristiwa 15 tahun lalu. Masa tu bila tumit kasut termasuk dalam lubang pavement, badan I macam elastik gitu, terus bangun berdiri dan jalan (bolehlah kata macam ahli gimnastik) walaupun muka merah padam satu bas penuh dok perhatikan insiden tersebut. Masa tu bolehlah berlagak macam ahli gimnastik kerana berat pun 42kg aje. Hah, sekarang tak boleh bend macam dulu ya!
Bila dah malam, barulah terasa seluruh urat dan sendi-sendi kedua belah tangan dan bahu sakit alahai....
Beryoko-yokolah I semalam sampai ke pagi @_@
Haha klako tau md nih...saya skang langsung tak bertumit tinggi pakai kasut leper jer...hehe tahun lepas 3kali terjatuh bak nangka busuk akibat gatai bertumit tinggi tahun ni awal tahun kita insap dulu..mhehe...kemain ringan berat md 42 kg tuh..skang baper....kalo tak tahan pakai yoko paakai flanil pun ok md...
ReplyDeleteBaru nak berangan pakai kasut tumit tinggi tau... bukan tinggi mana pun sebenarnya...tapi dah nak terjatuh tu...saja cari pasal. Hari ni kita pakai selipar ajelah. Senang. Harapnya tak menggelongsor pulak lah :)
DeleteItu masa 20-an, sekarang tak payah tanyalah Lizz memang lebih berat daripada dululah :)
ya Allah kak....dpt lieya bayangkan camne akak leh jatuh tu....lepas jatuh mmg tak rase sakitnye kak...tapi nanti bile dah lepas shari baru naik rase sengal2 tu...akak jgn lupe sapu minyak angin key...kalo cik abe pandai urut leh mintak die urutkan light2 tempat yg rase sakit tu.....kene hati2 kak lepas nie...akak kelam kabut tuh.....
ReplyDeleteape2 pun akak hepi2 key....nakmo sedey....
Hah tulah, masa tu tak rasa apa. Dah malam barulah sengal-sengal tangan kiri-kanan dan bahu juga. Dada kanan pun terasa sakit. Satu hal pulak dah. Pagi tadi pun bukan main 'merangkak' jugalah nak bangun... Hari ni pakai selipar comel ajelah :)
DeleteOk that was hurt. I pernah jatuh kat klcc ramai orang dgn skirt pendek. Malu giler tapi sbb i pregnant masa tu so org tak gelak kot hahaha
ReplyDeleteBila orang tengok kita jatuh, memang tak tahu nak react macamana. Like my colleague semalam, I nampak dia antara nak ketawa dengan nak tolong..tak tahu mana satu patut dilakukan. Kalau I pun macam tu juga sebab terkejut tengok orang jatuh depan kita...
Deletealahai, sakitnya... kena urut-urut sikit kasi urat lembut...
ReplyDeleteYalah, ni dah mula sengal-sengal satu badan. Memang balik ni kena urut-urut manjalah nampaknya!
Deleteakak, sebenarnya parents ni sayang semua anak2nya.. cuma ada lah terlebih skit kat mana2.. sgt lah org notice klu terlebih yer..
ReplyDeletealahaii ciannya akak.. mcm mane lah boleh jatuh sampai gitu skali...
lyn plak tak reti pakai flat shoes.. rasa mcm kaki ayam jer..
kemana2 mmg heels...
Dah lama tak berkasut tumit kan....Padanlah muka ada hati nak terkedek-kedek berjalan :)
DeleteMasya-Allah... kalau ada lelaki macho memang merah muka MD kakak rasa. Kesian betul kalau dah sampai terlentang memanglah sakit badan sekali. Minta HD tolong urut. Eh... org sana tahu urut tak MD? Kakak tak terfikirlah pulak...
ReplyDeleteYa Allah, kak... kalau ada lelaki macho memang saya melantun baliklah walaupun tak boleh... hehehe....nak suruh dia angkat takut berat pulak kang.. :)
DeleteHD pandai juga mengurut. Best gak kalau sesekali dia offer which is sangatlah rare... Semalam pun dia offer juga, tapi macam orang mengantuk punya offer, saya kata takpalah... Hari ni memang dah lenguh2 dah badan ni....
La, dah jatuh pulak... hati2 next time yer. Pernah KA terjatuh dpn org ramai dgn heels dulu, pas tu cepat2 bangunn wat tak reti je hehehehe... done nuffnang dah !
ReplyDeleteThanks, KA. Ni dah fully recovered ke?
DeleteItulah pasal tambah sendu, tambah haru, itulah akhir ceritanya.... buruk benar mak budak jatuh terlentang...kalau anak dara tentu ramai offer nak tolong angkat masuk kereta :)
erkkk..jatuh!
ReplyDeleteHahaha...apa nak buat!
Deletebetul kata-kata u sis...
ReplyDeleteanak-anak kita tu lah amanah dariNya...
hak kita untuk mendidik mereka...
menjadi insan yg berjaya dunia akhirat...
sat i tak puashati sebenarnya nak komen lebih2...
sbb tak baca entri you sebelum nie...
so malam ni or esok nak qada baca hahahahahahaha...
masya Allah sis... mau tak sakit...
tak dpt nak ku bayangkan u jatuh tu...
tapi kalo bayangkan mau i gelak kan u hehehehehe...oppss...ampon ampon ampon...
i pun dah give up my 3" heels...
takat 2" tu leh gagah lagi ler skarang ni...
tapi tetap selesa with flats...
i kenalah praktikal and be realistic kannnn...
my body kena equals to type of shoes i wear hahahahaha...
Last statement tu I suka, sis. Kenalah berpijak di dunia nyatakan.... I ni perasanlah kononnya sebab dah lama kasut tersadai. Nak rasa high2 this year. Hah, ambik...terlentang terus. Ni dah lenguh2 dah satu badan... Kalau muda belia mesti ramailah yang hulur tangan menolong. Ni dah jadi mak budak, memang orang gelak dulu baru tanya, ok ke tak?
DeleteI tak salahkan you sebab kalau I pun I rasa nak gelak juga...barulah tanya ok ke tidak...hahahah :)
haha kesian MD,tula sapa suruh pakai heels..sy pkai kasut tumit tggi bila kursus sahaja..selain tu pkai selipar..haha
ReplyDeleteSesekali teringinlah, PK.... Kelam kabut punya pasal tambah sendu di dinihari, itulah outcomenya. Nasib baik takda orang kalau tidak merah alolo muka kita ni...rasa macam nak masuk kat lubang punch card tu aje :)
Delete42kg jer? Mak ai.. kecil molek orangnya… saya 45kg pun orang duk panggil papan lagi…. lepas bersalin baru la boleh merasa berat ideal… hihihi
ReplyDeleteTu yang buat saya seram kalau pakai kasut tumit tinggu…. Rasanya sepanjang hidup, baru sepasang saya beli sandal bertumit tinggi… tu pun pakai utk special occasion jer…. Tapi skrang, ntah ke mana lempat kasut tu… Dah lama sgt dah tak ber'high heel'…
Lagipun skrang en hubby mmg a BIG NO utk pakai kasut tinggi.. kena pakai yg flat jer…. nanti lebih tinggi dari laki sendiri pulak… hihihi
Isteri lebih tinggi daripada suami (naturally ya tanpa tumit tinggi) katanya murah rezeki. Kalau nak murah, murah rezeki... pakailah high heels selalu :)
DeleteNur, jap...jap...jap...Itu cerita 42kg masa zaman muda belia, 20-an...La ni takdalah 42kg. Kalau tak mention tu dah tentu lagi berat. Kalau sekarang ni 42kg, hari-hari I mention dalam blog sebelum mula entri tau!
Betul tu MD....kadang apa yg kita luahkan bukan utk mintak simpati cuma nak share
ReplyDeletedan apa pendapat kengkawan kan...
hish takkan jatuh sampai terlentang weyh....siannya.....hehe...
Mesti awak ni kuruihkan MD.....( dlm kepala cuba perempuankan wajah bubbly abg ngan adik cute dlm keadaan terlentang hehe....)...
Mamikan ada.....suh le Mami urut! ....
psst....tp bag okje pun berat tau...tah pape je dlm tu, selalu gak lenguh bahu mmg yoko yoko jugak ubatnya!
Itulah ceritanya, OKje. Nak tahu juga betul ke kita ni buat salah? Kadang-kadang bila sendiri buat salah, memang tak nampak sesaja. Lepas tu nak gaduh-gaduh kata orang yang salah. Itu yang nak tanya pendapat dengan cerita panjang berjela-jela nak bagi faham situasinya.
DeleteMana ada kurusnya...asyik mention dulu ajekan...kalau sekarang ni kurus macam tu, memang 24-7 lah saya mention kat sini nak bagi orang semua tahu :)
Entahlah yek...napa beg kita ni berat? Kalau bawak sekepuk note RM1000 tu takpa juga..ni yang banyak entah apa-apa ler...
Haha..bagusla macam tu. Jangan fikir yang sedih2.. hati kena gembira baru hidup tenang sokmo.. lagipun pasal anak ni urusan yg takkan selesai.. anak dah bercucu pun kalau kita sihat lg mesti nak masuk campur juga.. haha.. mak saya yg cakap gitu.
ReplyDeletesekarang bpe berat tu? ... haha.. sibuk je nak tahu.. siannya jatuh... haha mujur tak ramai yg ternampak ya..
15 tahun dulu masuk u? So i guess umo MD ni sama ada 33, 34, 35 ? Kan?
Nanti-nanti turn kita pulak menyibuk hal anak-anak yang dah besar panjang...itu salah, ini tak kena, ya tak? Namapun emakkan....but tang pilih kasih tu memang saya tak suka statement tu. Terbuku dalam hati nih....
DeleteSekarang kalau tak mention memanglah lebih berat daripada 42kg,AN. Pendekata, bawah 50kg tu macam takda harapan lagi dah dalam hidup ni...hehehe....
Hah, silap lagi maths tu.... Tak payah teka-tekalah ya...Anggap aje kita semua ni adik,kakak..hehehe ...(tak sedar diri dah tua...) Yang pasti, saya tak semuda AN lah :)
salam MD..
ReplyDeletekalau dtg ke blo MD ni kena yg last sekali,kena od waktu yg begitu senggang,sbbnya nk baca kisah2 MD yg tk menjemukan wpun panjang,
beg sypun berat MD,bila sy cek blk,rupa2nya ada tiga coinbag yg oenuh ngan siling dlm handbeg sy tu,itupun lepas mk sy tegur ..hehe
awat yg kalut sgt smpai terjatuh tu MD?fikir nk cpt smpai n jumpa anak2 ke sbb agenda lain...hehehe....
Kesian WA... semput ya membaca tulisan saya ni. Anyway, terima kasih yang tak terhingga kerana sudi juga menjenguk ke sini. I lap U, ya :)
DeleteEntahlah yek... napa beg tangan kita ni berat sesaja? Bila tengok dalam, duit takdalah banyak mana...sampah memang tak terkata. Kalau boleh semua pun nak simpan. Kalau nak cari something, memang bernanahlah baru leh jumpa!
Saya tengah tersedih hari tu kan...itulah pasalnya...dalam kepuraan menayang muka happy tetiba tergolek!
hee sedih selalu layan belog jer sis tak layan novel.suka baca novel?
ReplyDeleteDua-dua pun saya suka :)
Deleteassalam MD..cerita pasal jatuh teringat acik pun pernah jatuh..ingat tak de yang nampak..sekali bila acik cepat2 bangun ada pulak yang tegur..dapat ke..cis..malu setahun..dia tanya dapat ke....saja ngusik..ingat acik tersembam tu sebab nak tangkap katak..
ReplyDeleteSalam Acik,
DeleteNasib baik setahun aje Acik malunya..hehehe... :) Acik sibuk nak tangkap katak buat apa pulak tu?
Kawan jepun tu ada tak melatah dlm bahsa jepun masa tgk u jatuh? :P
ReplyDeleteDia tak sempat tukar bahasa pengantar ya, DZ. Saya nampak dah dia nak 'terketawa' tetapi cepat2 dia tanya saya ok ke tidak. Nasib baik alahai kawan perempuan, kalau boss saya yang hensem2 ke tentu saya kata tidak, minta dia hulur tangan tau :)
Deletemungkin sifat budak2 kot, cepat terasa.. =(
ReplyDeleteadehh kak.. nape la tak letak je dulu beg2 tu.. =S
Nak cepat punya pasal, Dik. Beg-beg tu pun bukan ada kepentingan dihurung ke hulu ke hilir. Kononnya nak ber'catwalk' ler sekali sekala, mana tahu tak balance dek beg2 yang berat. Nangis akak takda pemuda2 kacak yang tolong ...hahahah!
DeleteAlahai Siannya...
ReplyDeleteAkak pun pernah jatuh jugak ..kat tangga pusat beli belah yg mmng ramai orng..tapi bila tengok, tak de sorng pun ketawa...hihihi..dia orng kesian kot...nasib baik laling ada...
Dia orang tu kesian. Itulah saya kata, bila berlaku depan mata memang rasa nak gelak juga tapi kena tahan tak sampai hati pulak ketawakan orang jatuh :)
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletehahaha..kak, cakap psl jatuh terjelepuk ni...sofia teringat dulu pnh jatuh kt tgh2 jalan2 ms nk lintas jln..dpn byk2 kereta lagi...time tu mmg malu gile..hahaha..sampai skg adik2 sofia asyik ingatkan je peristiwa tuh bila lalu tmpt jatuh tuh
regards,
Triplesmiley
Hahaha...gelak2 kan dulu! Akak kalau badan boleh melantun, memang akan lantun bangun semula..keh3x...soal malu tu memang tak leh nak elaklah kan...kita buat-buat bodoh ajelah walaupun muka dah merah padam :D
Delete