Pilih kasih 2

Salam sayang semua!

Dah macam rancangan hiburan pulak tajuk hari ni. Tapi sebenarnya takda kena mengena pun ya dengan mana-mana rancangan TV. Ini lanjutan daripada kisah yang ini, yang pernah ditulis dan baru-baru ini menjadi tajuk terhangat 'tikaman lidah' suami-isteri (Eh, ada ke perkataan ni? Anggap ada ajelah ye...)

Keadaan jadi kurang menyenangkan bila Mami datang melawat. Mami beritahu Hubbydearie yang nampak jelas sekali si Bubbly Abang sayangkan Mommynya more than Daddydearie. Sikit-sikit kiss and hug Mommy. Bergurau dengan Mommy dan suka bercerita dengan Mommy juga tetapi tidak sekerap dengan Daddy.

I pun tanyalah pada Abang mengapa tak selalu hug and kiss Daddy macam dia buat pada Mommy. Ini jawapannya,

Daddy kan tak suka kena hug and kiss!

So, apa nak dikata lagi? 

Lepas tu, bila Mami ada di rumah, I memang concern sikit tentang makan-minum Abang. Si Abang ni makan-minumnya memang Mommy jaga habis sebab he is a very picky eater. Cuma Mommy aje yang sanggup bersusah-payah menyediakan apa yang dia mahu. Kalau Daddy, memang disuruh ikut katanya. Makan apa yang Daddy makan. Jangan demanding sangat.

Bila Mami ada rumah, selalunya bila weekdays Mami akan masak. Bila Mami masak, I tahu Abang takkan makan kerana tak ikut seleranya. Abang tak suka sayur. Abang tak makan ikan. Abang tak makan spaghetti. So bila I buat olio ke, carbonara ke, I akan buat juga mi goreng togel untuk Abang. Abang suka ayam saja dan nasi putih. Nasi goreng ke apa ke, memang tak digemari. Jadi bila masak nasi putih dan lauk-pauk, I akan gorengkan ayam untuk Abang juga. Kalau 5 hari Mami masak, memang 5 harilah Abang kebuluran. Bila I kesiankan anak, kadang-kadang I tanya pada my sister ada tak apa-apa makanan yang Abang boleh makan. Suruh Abang ke rumahnya untuk makan senyap-senyap. Bila Hubbydearie tahu Abang tak makan masakan Maminya, lagilah HD geram.

Bila Mami perasan Abang bersikap begitu, Mami tanya pada Hubbydearie. HD pun beritahulah yang Abang ni cerewet. Kalau masa makan, memang Mommy prepare makanan khas untuk dia sahaja (biasanya ayam goreng aje pun dan bukan untuk Abang sahaja. I goreng 3-4 ketul sekaligus untuk Adik dan Daddy sekali kalau mahu...)

Maka Mami pun tanya pada Hubbydearie, mengapa layan anak sebegitu? Mengapa anak tak makan apa yang kita makan? Apa yang kita hidangkan untuknya? Mengapa Abang makan lain daripada seluruh keluarga? Hubbydearie pulak as you know, memang anak yang taat. Semua kata-kata Mami akan absorb terus ke dalam hati dan fikiran.

Makanya satu malam, kami pun berbual pasal Abang. Mulanya masing-masing cool aje. Lepas tu, hah start dah meninggi suara....

Hubbydearie kata (tuduhlah senang cerita) nampak jelas dan nyata yang I ni sayangkan Abang more than Adik. I ambil berat tentang Abang. Prepare special food setiap kali makan untuknya. Kalau balik sekolah pun selalu belikan apa yang Abang mahu tapi tak buat untuk Adik. Tak pernah belikan Adik jajan ke apa. Tak pernah belikan Adik toys dan toys yang ada semuanya milik Abang diperturunkan kepada Adik (Hah? Ni pelik kerana semua toys kat rumah tu I aje yang beli dan banyak juga yang I beli baru untuk Adik...) Kata Hubbydearie, masa Adik lahir pun dulu dia perasan I takdalah sehappy macam ketika Abang lahir. Senang cerita, memang kasih-sayang I tu tertumpu lebih pada Abang berbanding Adik.  

Bila I dengar, memang berjuraian air mata ni. Tak terkata apa lagi dah. Sedihnya hati bila dituduh pilih kasih begitu. Hati seorang ibu yang ada dalam diri I ni rasa sedihnya ya amat bila dituduh begitu. Macam gelap dunia ni rasanya!

So, I nak cerita di sini dan kalau sesiapa boleh beritahu memang I ni sebenarnya pilih kasih, mungkin tanpa disedari...

Jarak Adik dengan Abang bezanya 5 tahun. Sepanjang 5 tahun pertama tu, Abang memang jadi buah hati, bukan untuk kami suami isteri sahaja malahan seluruh keluarga. Semua perhatian tertumpu kepada Abang kerana dia cucu/anak saudara paling kecil. My eldest sister tu melayan Abang macam cucunya. Punyalah sayang mengalahkan I ni. Kerap dibelikannya Abang tu macam-macam benda. Begitu juga dengan my mom. Kalau my late abah masih hidup, tentu jadi cucu kesayangannya kerana I ni kan anak kesayangan abah!

Bila anak pertama lahir, memanglah kita gembira sangat menyambut kelahirannya. Yalah, kali pertama segalanya. Semuanya ibarat perkara baru dalam hidup. Bila Adik lahir, I dah ada pengalaman dan perancangan pun lebih teratur berbanding Abang. Tak pernah sekali pun I berkata apa tentang kelahiran Adik. I terima kehadirannya dengan hati gembira, sama aje seperti mana Abang. Cuma masa tu I mamai-mamai sikit selepas c-sect. Masa Abang dulu (dilahirkan normal), I dok berborak happily dengan doktor selepas kelahirannya ketika doktor sibuk 'menjahit'. Mungkin itu yang Hubbydearie kata rupa gembira I tak sama seperti ketika menyambut kelahiran Abang.

Bila Adik lahir, semua tumpuan immediately bertukar arah. Semua sibuk tentang Adik sahaja. Adik cutenya. Geramnya tengok Adik. Semua orang kecuali I.... Naluri I boleh rasa yang Abang terpinggir. Masa Adik lahir, 3 hari I dok hospital. Itulah kali pertama Abang tidur dengan my sister selama 3 hari. Bila dibawa melawat I di hospital, dia nangis sedih bila nak balik. Bila balik ke rumah, barulah Abang beritahu, itulah 3 hari yang paling sedih dalam hidupnya sehingga tak dapat tidur kerana Mommy takda! 

Kalau you as a mother dengar anak kata begitu, you akan rasa happy ke? As for me, hati ni meruntun sedih sangat. Masa orang sibuk 'membelek' Adik, Abang beberapa kali juga merajuk kerana katanya semua orang tak pedulikannya lagi sebab mungkin Adik tu cute sangat.

I ni sebagai ibu, cuba sedaya upaya supaya Abang tak berjauh hati dengan kelahiran Adiknya. Yalah, Abang nak menyesuaikan diri dengan kehadiran Adik yang tiba-tiba mencuri tumpuan semua orang padanya... 

Bila orang lain  tak peduli Abang, I akan selalu disampingnya. Lama-lama Abang dapat membiasakan diri. Dia pun bukan boleh immediately berenggang dengan I. Memang benar, dia closer to me berbanding dengan Daddynya. Apa-apa pun semuanya Mommy dek kerana mungkin Mommy aje yang selalu bersetuju dengan kehendaknya.

Bila Adik makin besar, Abang dah mula sayangkan Adik tapi kadang-kadang ditanya juga kenapa Mommy  tak pernah pukul Adik macam Abang kena. I pun beritahu sebab-sebabnya tapi bukan kerana Mommy dah tak sayang Abang lagi. Bila sepupunya bawa Adik jalan-jalan atau belikan Adik barang tapi tidak untuk Abang, I pula yang akan belikan untuknya. I beritahu Abang kenapa tumpuan mereka berubah. Sebab Abang dah besar. Dah boleh berfikir lebih baik lagi dan dulu Abang dah puas dapat semua tu juga. 

I dapat tahu, Mami pun sebenarnya sayangkan my Hubbydearie more than anak yang lagi tiga tu. Ni sampai la ni, bila anak berpeluh tolong lapkan. Bila anak berpuasa, prepare makanan untuk anak kesayangan. Kalau ke mana-mana, bukan main menepuk  Hubbydearie sekali sekala tanda rindu dan sayangkan anak, right? So, I tanya kepada Hubbydearie mengapa orang lain boleh tunjuk kasih-sayang pada anak dan I tak boleh? Bila dibuat dikatanya pilih kasih.

Kata Mami, nasihat atas pengalamannya juga. Tak elok terlalu memanjakan anak.  But then di rumah sekarang ni pun, tumpuan mereka pada Adik kerana katanya Adik kecil lagi, tentu semua orang suka. Bila dah besar nanti jadilah macam Abang juga. Ya ke begitu?

I tengok Hubbydearie pun sebenarnya more to Adik. Setiap kali Adik buat apa sahaja, kata HD takpa kerana dia kecil lagi. Tapi bagi I, kalau dari kecil tak ditegur, sampailah besar mana mungkin boleh berubah. HD kata dia sayang sangat Abang sebab he is his first boy. Lagipun masa umur Abang 4 bulan sehinggalah setahun, HD tak dapat melihat sendiri Abang membesar kerana terpaksa berada di negaranya ketika itu. Cuma Hubbydearie tak mahu memanjakan Abang atau tunjukkan sangat kasih-sayang kerana Abang dah besar. Itu alasannya.

I pun beritahu alasan I mengapa Hubbydearie nampak layanan I berbeza terhadap Adik. Dari segi makanan, Adik makan apa sahaja. I tak beli jajan untuk Adik kerana I tak mahu dia jadi terbiasa dengannya seperti Abang. I tak masak special untuk Adik kerana Adik makan apa sahaja yang ada dalam pinggan I. I bukan tak mahu belikan Adik toys selalu tetapi kerana toys Abang banyak yang dalam keadaan baik kerana Abang memang tak lasak masa kecil dulu. 

Pun begitu, untuk mengelakkan terasa hati bila beli pakaian untuk Adik, I belikan untuk Abang juga. Kalau I spend this much untuk Adik, I akan cuba spend  the same amount untuk Abang juga. Punyalah I cuba untuk tidak bias terhadap anak-anak. Beli Adik ini, I belikan Abang yang itu. 

Lepas bertekak on that one particular night, I pun tidur berendam air mata. Bila pagi, Abang nampak of course dia bertanya. I pun tersasul beritahu yang Daddynya marah I sayangkan dia lebih katanya... And guess what did he say?

Kalau semua orang tak suka Mommy sayang Abang, Mommy janganlah  tunjuk Mommy sayangkan Abang. Mommy sayanglah Adik! Abangkan dah besar....

Aduhai, rasa nak pecah dada I ni bila mendengarnya....

A day after kami keluar satu family. Selalunya Abang akan tunggu Mommy. Bila jalan, nak pegang tangan Mommy. Tetiba on that day, Abang meluru nak ikut Daddy. Pegang tangan Daddy. Bermanja-manja dengan Daddy.

Luruh hati I bila melihatnya... 

So, kalau you all baca entri ni sampai habis, betul ke memang I salah dan nampak sangat I ni pilih kasih seperti kata Hubby walaupun bukan itu yang I maksudkan? Share with me your thoughts...

P.S. Masa menaip entri ni pun bergenang airmata I dek kerana  terasa sedihnya lagi walaupun ini bukan perkara baru berlaku *long sigh*

 






Comments

  1. memang panjang lebar entrinya. Ema pula masa dapat anak pertama memang diberi sepenuhnya kasih sayang..dan bila lahirnya anak kedua, kasih sayang akan terbahagi. memandangkan anak-anak ema lelaki dan perempuan...mainan-mainan ada dr si kakak dan ema belikan yang lain..bila beli pakaian untuk adik, si kakak pula akan tanya 'kakak punya tak ada ke?" so, kenalah beli dua-dua....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang lebar tu memang dah jadi kebiasaan, Ema :)

      Itulah saya pun selalu buat begitu. Pertama, kerana tak mahu mereka rasa saya ni pilih kasih. Kedua, saya sendiri rasa berbeza kalau tak buat begitu. Maka, belilah ini untuk Abang dan itu untuk Adik, ikut kesesuaian umur masing-masing.

      Saya ambil berat tentang makan-minum Abang sahaja kerana saya tahu dia cerewet. Kalau nak makan di luar, saya pastikan ada makanan yang disukainya. Kalau tidak, kesian orang semua makan dan dia berlapar dengan muka masam. Tapi itu dianggap seperti saya ni melebih-lebihkan Abang pulak :(

      Delete
  2. Of koz i baca entri ni sampai habis MD.... tapi nak mengomen dan bagi pendapat ni bukannya mudah yek....

    Emmm....biasalakan sebagai ibu walaupun kata mulut, sayang anak ni semuanya sama tapi jauh disudut hati kita mesti kita akan lebih sayang pada mana mana anak. Lebih lagi anak yg tu ikut kata, sayang kat kita lebih....surelah kita sayang lebihkan...., atau anak yg tu kurang dari segi kewangan ke, lagilah kita kesiankan.....Walaupun sebenarnya bukan bermaksud nak bias! Tapi orang yg memandang dan melihat memang akan nampak bias tu. Tulah tu kekadang bila ada campur tangan mertua walaupun sebenarnya benda tu nasihat yang baik tapi sedikit sebanyak mengganggu gugat hubungan jugak....

    Bagi OKje awak bias bersebab, awak tak mo abg terasa terpinggir .....bukan purposely bias...
    Selalunya org akan nampak kita melebihkan yg kecik yang kes awak ni terbalik pulak yek! Macam my hubby selalu pesan bagi adil sama rata kat semua anak anak, ( sebab dia rasa kot haha... mak pulak sebab anak bongsu, rasa mak tu sayang lebih jer kat kita hehe)

    Samalah Okje ngan awak MD kalau toys atau baju abg yang masih boleh guna lagi nak buat apa beli barukan....membazir...so gunalah tuk adik pulak!
    Anak Okje yg sulung tu pun memilih makan masa dia kecik....biasalah mmg le masak lauk lain tuk dia, dah dia tak makan.....( mungkin yg sulung ni kita tak de experience atau dah mungkin tabiat semula jadi mereka! OKje pun tak tau)...Yang kedua pulak mmg makan apa saja! senang kerja mak! hehe...)

    Adik tu tak tau lagi nak jeles sebab dia masih kecik.... Sok kalau memasing dah besar, rasalah pulak komplen dari mereka bukan setakat dari hubby dan mami hehe...
    So buat ajelah apa kita rasa betul dan baik utk mereka, mereka kan anak kita, ikutlah didikan kita, ambik pengajaran mana yg baik.....dengar org cakap mmg tak akan sudah sudah kesnya..... Yang penting berlaku adil dengan semua anak anak at the same time ajar bubbly abg makan apa saja .

    Betul kata bubbly abg tu MD, kalau awak rasa awak nak lebihkan dia awak berlakon je le hehe......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik tu kecil lagi memang tak tahu nak jealous. Sekarang ni kalau Abang peluk Mommy, dia pun datang nak peluk saya juga. So, saya peluk dua-dua serentak. Kalau Adik cium Mommy, Abang pun nak cium juga. Saya suruh cium serentak kedua pipi saya kanan-kiri. Memang kalau boleh, saya tak mahu nampak sayang anak ni lebih daripada yang itu. Saya sayang kedua-duanya sekali sampai kadang-kala bila orang asyik bercakap saya ni pilih kasih, saya mulalah membayangkan situasi yang sukar di mana saya perlu membuat pilihan. Senang cerita, biar dua-dua pun tak dapat pilih saya daripada saya yang perlu memilih. Itulah sampai ke situ sekali saya berfikir!

      Delete
    2. Wah...Okje punya komen kemain panjang...

      Delete
    3. Hehe....tak sedarlah AN.....panjang rupanya....
      Weyh....mana awak punya pendapat wahai cikgu....hehe
      Dah...dah...MD tak mo sedih sedih....tarik nafas dalam dalam, awak ada style awak sendiri nk didik anak so jangan rasa bersalah....

      Delete
    4. Dah namanya minta pendapat, AN... seharusnyalah panjang :)

      OKje, jarang ya saya bersedih. Selalunya huha huha aje memanjang... saya ni kememeh tau sebenarnya!

      Delete
  3. sedih pulak lizz baca entry ni...huhu..macam lizz kekadang hubby selalu pesan jangan lebihkan sesape kasi sama rata...tapi tu lah kan kita tak perasan tapi sejak akhir ni saya perasan abang selalu mengadu mummy tak berapa sayang abang...tak macam mami sayang adik...sedih dengo...macam saya nih kalo nak diikutkan sama jer saya layan kalo adik beli mainan abang pun sama kena beli dua2 begitu jugak kalo beli buku mesti kena sama tak kirala beli atau bagi apapaper...mesti kena sama kalo adik beli buku barbie abang pulak beli buku komik janji bukukan...nanti kang ader yang merajuk peluk bantal nangis shahdu belakang pintu...

    kesian pulak kat abang tu ha siap cakap macam tu sekali siap cakap dia dah besar mau tak bergenang air mata nih huhu....

    tapi ini saya ingat n pegang pesan hubby Jangan bezakan kasih sayang antara anak kita....kerana Setiap anak punyai kelebihan dan kekurangannyayang tersendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kalau boleh memang tak mahu berat sebelah. Saya memang sayang kedua-duanya cuma layanan berbeza kerana umur masing-masing. Lagipun walaupun saya bekerja, saya yang mengulit mereka more than their Daddy. Saya tahu kelemahan/kelebihan Adik dan Abang. Itu yang saya cuba titik beratkan tapi disalahanggap pulak. Memang Abang lebih manja dengan saya tapi Adik ni dia lebih independent walaupun lebih kecil. Dia tak cepat merengek. Saya cuba perbaiki kelemahan saya dalam mendidik Abang masa dia kecil dulu melalui Adik dek kerana pengalaman yang saya lalui ketika membesarkannya. Anak-anak berbeza karektor, tentulah berbeza cara kita menanganinya tapi entahlah mungkin pengalaman saya sebagai ibu anak dua ni masih tak cukup lagi kot!

      Delete
  4. Samalah kita. Bila suruh kiss n hug, jawapan sama. then I told hubby, nanti papa dah tua anak-anak tak nak kiss n hug u jangan menyesal tau.
    like my son n my daughter , before bedtime memang akan datang jumpa mama dia mintak kiss dulu, pastu cakap I love u, u love me. Dgn papa dorang... good nite papa tu je lah.
    apa apa problem, mesti go thru mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memang lebih rapat dengan anak-anakkan.... Kita lebih tahu karakter mereka berbanding dengan Daddynya. Anak yang kecil belum lancar bercakap lagi. Kalau dah lancar, tentu Mommy juga dicari untuk bercerita. Takkan Daddynya nak mendengar pulak.

      Delete
  5. Pandangan ikhlas kakak MD tak pilih kasih, begitu juga HD. Cuma persepsi tak sama. Kakak punya style sama macam MD sebab abang punya favourite makan tak sama tak salah goreng ayam yg satu-satu membuka seleranya. Toys pula membazir kalau asyik beli, since ada lagi elok main ajelah..

    Rasanya tak ada mak yg pilih kasih (pada kakaklah). Kalau ada baik segera berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah ada sesetengah tempat aje yang saya ambil berat lebih tentang Abang kerana cerewetnya dia... Takkanlah kalau anak tak makan, saya tetap nak paksa. Lagipun itu aje makanan kegemarannya. Daddy memang banyak kali tegur tapi jadi lebih marah bila Maminya menegur cara dia mendidik anak. Saya pun pelik, HD sampai besar pun jadi favorite Mami tapi saya tak boleh silap sikit dalam menunjukkan kasih-sayang. Dikatanya saya ni pilih kasih.

      Delete
  6. Pada acik yang dah tua ni MD..sebagai ibu kita sayangkan anak kita sama..cuma layanan mungkin berbeza....bila ada adik..kita memang lebih kan abang..sebab adik masih kecil masa tu.macam MD kata semua orang belek adik takut abang rasa terpinggir
    .acik pun pernah rasa arwah mak lebih sayangkan adik...sampai ke besar acik rasa macam tu.tak pe MD..jangan rasa sedih sangat ye..sebagai ibu..bila kita tengok nanti dah besar anak2 tak pandai bergaduh dah sayang menyayangi itu dah buat hati kita berbunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin betul kata Acik. Saya ni kalau suruh pilih anak mana yang lebih disayangi, saya pun kalut tak tahu mana sebab dua-dua saya sayang. Tapi macam kata yang lain, Adik tu kecil lagi tak tahu cemburu. Lagipun Adik more independent, tak macam Abang walaupun Abang lebih tua. Sekarang ni saya bersusah sedikit, apa pun saya buat, saya akan buat untuk kedua-duanya sekali.

      Delete
  7. Ala, pagi2 baca kisah ni bergenang pula air mata… Terus banjir bila baca bait2 yang terakhir… Nampak sgt abang dah makin matang…. Abang bijak dan sangat pandai ambil hati mommy… Pandai dia berlakon depan Mami….
    For me, MD dah buat yg terbaik utk anak2… setiap anak2 ada karekter mereka yg tersendiri.. tak boleh nak main pukul rata jer semua sekali…
    My Irfan pun pernah cakap, "Kenapa ummi sorang jer yg sayang abang?". Saya pun terkejut bila dia tanya mcm tu. Bila bercakap dari hati ke hati, baru tahu yg dia kecil hati sbb abah asyik menangkan adik2 bila mereka bergaduh even dia tak buat salah… Tu yg dia come out dgn conclusion "abah tak sayang dia". Tapi kat sini memang senang nak tegur abah bila ada apa2 yang tak kena. Abah boleh terima dan tiada campur tangan pihak ketiga.
    For the time being, memang kena berlakon aje la dgn mami kot. Cer tanya abang bubly, dia sanggup tak makan apa yg Mami masak sepanjang mami kat sana sebulan dua ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Nur sedih apatah lagi saya yang mengalaminya. Setiap kali nak baca komen teringat pulak kata-kata dan perbuatan Abang. Sebenarnya banyak yang dikeluhkesahkannya sampai sedih hati saya ni dibuatnya tapi malas nak tulis takut airmata tak berhenti pulak turunnya. Saya ni kalau bersedih buruk sangat rupanya. Merah padam muka ni nanti.

      Delete
  8. lyn berbeza lah dgn akak kan. takde anak, tapi boleh belajar untuk akan datang nnti hehee
    tapi tgk environment family sendiri mmg ada anak2 fav klu dlm family tuh.. tapi rasanya tak tunjuk sgt kot. but yg bongsu2 sure dpt more attention than others.

    contoh mcm my niece lah kan. Anak bongsu, perempuan sorang pulak tuh. ape yg dia nak mmg dpt, manja terlebih.. so anak2 lain nampak jugak terasanya. Act parents sayang tak kisah anak bongsu ke sulong... cuma klu ramai, kena beri sama rata kot. tapi mesti ada yg kurang jugak kat mana2.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar dari pengalaman orang. Yang baik dibuat teladan, yang buruk jadikan sempadan. Memang kadang-kadang kita tak perasan tapi sebenarnya memang tak terlintas langsung nak bersikap begitu. Tapi, memang betul ada juga ibubapa yang memang jelas dan nyata pilih kasih. Yang begitu, tak tahulah nak kata bagaimana...

      Delete
  9. sedih sgt baca..selalu dtg sini mesti gelak2 baca ur entry.kali ni sy baca dengan deraian air mata MD..:)

    Kalau semua orang tak suka Mommy sayang Abang, Mommy janganlah tunjuk Mommy sayangkan Abang. Mommy sayanglah Adik! Abangkan dah besar....

    ayat abg yg ni n cara dia dekatkan diri manja2 dengan daddy buat sy tambah emo..seriously touching giler..

    sbb membayangkan situasi yg sama dengan aiman afia..walaupun en suami tak pernah tegur sy lebihkan sesiapa,sy sama macam MD,cuba membuatkan Aiman tak rasa terpinggir..afia kan kecik lagimana tahu cemburu..kadang2 rasa macam tersentak bila Aiman kata,ibu ni asyik tengok fia je..tgok la Aiman sama..peluk la aiman sama..

    baby kecik macam afia mmgla jdi tumpuan,jadi kesayangan sesiapa saja..En suami plak jenis suka mengusik, selalu kata abah sygkan afia lebih..budak2 kan..gurauan tu mana tahu dia pandang serius..sejak baby aiman mmg kurang masa dengan en suami dek tuntutan kerja abahnya tu..walau tinggal serumah en suami pernah kata yg beliau byk terlepas peluang melihat aiman membesar depan mata..en suami plak jenis tegas,pantang buat silap mesti aiman kena..sy plak tak berapa setuju cara didik anak naik tangan semua..tp bila pandang sudut positif mmg byk kebaikan aiman takutkan abahnya..

    sejak aiman naik dajah 1 ni abah dia tunjuk kasih syg berlebihan la plak kt aiman..setiap masa bg advice macam2..bg aiman faham abah marah abah pukul sbb nak didik aiman,sbb abah syg aiman..afia plak skang ni kadang2 takmo kt abah..abah naik jeles..ibukan ada nenen..abah ada apa.hakhak

    ni anak masih kecik,nti dah besar lain plak dimensi pilih kasihnya kan.kita sebagai mak mmg cuba samaratakan kasih syg..cuma perbuatan n cara kita disalah anggap.mungkin juga kita tak sedar yg kita dh terlebihkan anak yg mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang buat saya sedih. Bila dia cuba nak mengubah persepsi orang supaya tak nampak macam saya sayangkan dia... Bila saya tanya kenapa buat begitu, dia jawablah 'Hai, kan Mommy kata orang tak suka Mommy sayangkan Abang!' Saya peluk cium Abang dan beritahu dia Mommy tak peduli apa orang nak kata, siapa nak kata. Anak-anak Mommy, hak Mommy. Suka hati Mommy nak sayang anak macamana. Walau satu dunia kata tidak, Mommy tetap sayang Abang forever!

      Delete
  10. Alhamdulillah baru palang nak bagi pendapat kat sini.. haha, semalam Nazif yang sibuk mencelah, mamanya tak sempat nak karang ayat..

    Terharu baca entry ni.. penuh emosi luahan yang tulus nampaknya ni.. For me, dilemma juga bila dikatakan kita pilih kasih antara dua anak yg dikandung sendiri dengan penuh kasih saying. percayaah, saya pun faham ni, mengalami pun pernah. Papa N pernah jugakata saya pilih kasih semasa Nazif masih kecil. Katanya saya utamakan Nazif dan tak pedulikan sangat Naim. Saya kata ada sebab sendiri, nak bagi Naim faham dia kena berkongsi mama, saya terpaksa tegas, lebih2 lagi adik perlulah lebih perhatian sebab adik kecil.

    Saya rasa MD, teruskan je macam biasa, mungkin dengan sedikit perubahan layanan kepada abang dan adk... Lambat laun akan ada perubahan situasi kat situ... Mami tak tinggal lama, jadi beliau tak faham sepenuhnya persekitaran di rumah MD... InsyaAllah, Allah maha tahu apa yang di hati kita, dan kita pun samalah berdoa semoga sentiasa menghargai pemberian Allah ni.. Mungkin ada masa kita alpa, jadi semoga sentiasa diberikan hidayah semasa keadaan tu berlaku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks AN di atas nasihat yang diberi. Sukar kadang-kadang menjadi emak ni. Diluah mati emak, ditelan mati bapak... Saya fikir-fikir balik, saya tak kisah apa nak dikata tentang saya dan anak-anak. Saya curahkan kasih-sayang sama sebenarnya cuma cara berbeza mengikut keadaan anak. Saya puas berfikir, saya sendiri tak boleh nak memilih anak mana yang saya sayang lebih. Macamana nak pilih kasih? Mungkin persepsi orang berbeza bila melihat cara saya menyayangi kedua-duanya dengan cara berbeza.

      Delete
  11. salam.saya masih ada pertama anak lagi.entah kedua saya belum tahun mungkin belu sampai seru utk anak kedua. seronok baca komen2 ibu lain2.moga sabar selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Suri,

      Itulah bagusnya ada blog ni. Kadang-kadang boleh meluah perasaan, boleh juga minta pendapat :)

      Moga keinginan menambah zuriat tu akan termakbul ya!

      Delete
  12. Sedih & sebak KA baca, pengalaman yg sama pada KA juga. Sebabnya bila Angah lahir, perhatian tertumpu pada dier. Ingat lagi bila KA balik dari hospital bawa Angah, Along menyorok2 belakang tiang sebab cemburu dan takut kita takkan sayang dier. Tambah sedih bila sedara mara kawan2 yg datang duk sibuk puji2 angah dan bagitau along lepas ni kuranglah sayang pd dier. Nampak sgt along merajuk masa tu sampai satu masa dier ambil botol susu n ketuk kepala Angah sebab cemburu. Sebagai ibu kita cuba yg terbaik utk tidak pilih kasih pada anak2 kan. Pernah en hubby KA , KA lebih2kan Along, jrg nak marah2kan dier n selalu backing along, tanpa KA sedar. entahlah.. Sedangkan Along & Angah pulak kata KA lebihkan Adik....MD sebagai seorang ibu KA faham perasaan itu, sayangilah anak2 kita sama banyak, yg pernah cuba jgn terlalu lebihkan mana2 anak, dan sentiasa tegas pada semua. In Shaa Allah, semuanya akan baik yer .... !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah KA. Susah juga kadang-kadang rasanya. Setiap anak berbeza karakter. Takkan semua nak dilayan dengan cara yang sama. Bukan nak melebih yang ini atau yang itu. Cuma bertempat ajelah. Macam Abang tu kan cerewet tentang makan. Takkan saya buat tak tahu dan biarkan dia berlapar. Itu kira nak menjaga hatilah saya senyap2 telefon kakak tanya ada tak makanan sesuai ikut selera Abang. Kalau ada, berbisik-bisik saya hantar dia supaya HD dan Mami tak tahu dia pergi ke sana nak makan.

      Delete
  13. salam ,... bunda datang menjengah...sebak pulak rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bunda,

      Setiap kali teringat pun sebak juga tapi tak mahulah sedih-sedih selalu...

      Delete
  14. Salam, sebak baca post ni, saya pun lebih menjaga hati si abang, outcome dari your treatment kat abang tu menjadikan dia budak yg understanding dan caring dah bagus nanti adik terikut jadi sama, tentang makanan tu, saya dgn anak cakap ini je yang kita ada, tengok papa makan, dia buat rasa2, alhamdulillah sekarang dah makan nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan pilih kasih. Cuma bab makan sahaja saya ambil berat sikit, lebih daripada si Adik kerana Abang cerewet. Lain-lain sama aje layanannya.

      Delete
  15. sebaklah MD.,tak tertaip sy coz mataku berkaca...hanya Allah yg tahu hatimu sebagai ibu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali teringat pun sedihnya hati, WA... tapi tak mahu sedih-sedih selalu gak. Saya anggap itu dugaan membesarkan anak-anak. Saya sayang kedua-duanya. Mana mungkin sebagai emak saya boleh memilih anak mana yang lebih disayangi. Beri perhatian lebih kerana bersebab tu bukannya pilih kasih. Contohnya, sama seperti ibu di luar sana yang ada anak sihat dan kurang upaya. Tentulah yang kurang upaya lebih mendapat perhatian.

      Delete
  16. Betul tu MD...bersabarlah,jgn sedih2.....i lap u 2 3 4.....hehe...senyummmmm

    ReplyDelete

Post a Comment