Kemunculan Semula ^-^

 

Salam semua!

Entah mimpi apa hari ni tetiba terasa nak menjenguk blog yang lama dah bersawang. Bila dah menjenguk tu, apalah salah luangkan sedikit masa membebel di sini ya. Lama sungguh tak membebel di alam maya. Di alam nyata tu tak payah ceritalah, memang membebel tak ingat masa. Memang pun dah jadi favorite membebel ni, so kalau sehari tak membebel, rasa tak lengkap pulak hidup nih!


Hmmm... nak cerita pasal apa ya? Drama-drama di luar sana memang menarik semuanya sampai bosan nak ulang-tayang cerita dalam blog ni. Dengan pandemiknya, politiknya, kisah-kisah dunia yang lain memang rasa macam never ending story gamaknya. Tak tahu masih ada ke kesudahan yang baik-baik untuk any of the stories yang hangat sekarang ni. Sebagai insan marhaen, kita bawa haluan hidup sendirilah. Enjoy my little world empat beranak with things yang can make us happy. Nak harapkan dunia luar tu, entahlah kegembiraan apa yang akan dibawa ya!


Anak-anak pun sudah semakin membesar. Dah hampir dua tahun 'membesar' dalam rumah aje nampaknya. Bak kata anak bongsu, lama gila dah tak jumpa orang kecuali daddy, mommy dan abang. Rindu pulak nak keluar rumah. Hari-hari buat rutin yang sama. Bangun tidur, pdpr, main game, tengok tv, main lagi, makan, tidur. Itu ajelah hari-hari. Tapi bila suruh pergi sekolah bila sekolah buka nanti, pandai pula kata, "Eh, dulu kes 300 lebih je sekolah tutup! Sekarang kes puluh ribu, nak suruh gi sekolah ke? Mana lagi penting ni; nyawa ke pendidikan? Gila ke apa ni!"


Amboi, overlah anak mommy sorang ni! Don't you worry, nak! Dengan kes banyak macam ni fikir mommy nak bagi izin korang pergi sekolah ke? Hahaha! Mak pun sama over! Whatever it is, yang penting makpak korang dah fully vaccinated. Ada cip dalam badan ke kepala ke, biarlah. Yang penting dah vaksin ya! Errr, tetiba....


Kelakar juga budak berdua ni. Kalau dulu, setiap hujung minggu kita ajak keluar rumah, jalan-jalan, makan-makan or melawat shopping mall, punyalah mencuka. Terpaksa drag kaki tu keluar rumah sebab bosannya kena ikut mommydaddy gi shopping mall walaupun diumpan dengan makan-makan apa korang nak. La ni bila tak dapat keluar rumah, pandai pula komplen. 


Honestly speaking, my kids memang langsung tak keluar dari pintu rumah. Buang sampah pun tidak selepas kes menjadi-jadi mencanak naik sampai puluh ribu. Mommy inilah yang the only person dapat keluar rumah. Sesekali daddy juga. Prinsipnya senang aje, kalau dah terpaksa keluar rumah, orang itu ajelah sorang yang kena keluar. Buang sampah dia, angkat barang dia, ambil makanan & barang kat security guard house pun dia juga! Yang lain-lain remain dalam rumah!


Jadi, bila I kena bekerja di pejabat, hari itulah macam-macam kita order. Grab, Foodpanda, pick up barang dapur semua I bajet sampai pada hari yang I kena berada di luar rumah lebih 8 jam. Bila kerja dari rumah means memang I duduk dalam rumah aje tak keluar-keluar ya. Stok memang tak payah risaulah, tak pernah surut. Sentiasa stock up. Kalau kurang 1 item, memang laju-laju buka shopee or mana-mana delivery yang available dan cepat sampai! So senang life masa pandemik ni; semuanya di hujung jari walaupun sentiasa hidup dalam ketakutan dek COVID -19!


Security guard di pejabat pun macam malas dah nak update bila barang sampai. Memang ahkak sorang ni setiap tengahari pergi check! Masa terima barang tu seronoklah. Siapa tak seronokkan bila barang yang diorder dah sampai. Tak sabar nak unboxing, click-click ambil gambar then review. Masalah negaranya, bila nak mengangkut naik rumah....


Dulu kalau barang banyak, sebelum sampai rumah siap roger anak bujang minta turun tolong angkat barang. La ni sejak kes banyak bervarian dan tak gemar sangat anak-anak keluar just for few minutes angkat barang whatsoever, terpaksalah maknya berkorban sakit pinggang bagai mengangkut barang... Well, naik lif lah tapi kalau barang berat tu, nak nangis juga rasa hati.


Hai, semoga cepatlah pandemik ni berakhir dan segala kisah-kisah merapu di luar sana pun berakhir sama dan kita dapat kembali hidup bergembira seperti sedia kala. Dunia dah tenat, tak tahulah berapa lama lagi boleh bertahan. So, lets us feel whatever happiness yang ada sekarang ni dan sentiasa bersyukur. Susah macamana pun keadaan , kenalah sentiasa bersyukur. Betul tak?


Gambar pinjam Google

















































































































































































































Comments

  1. Salam Mummydearie. Terkejut saya tengok akak update blog setelah sekian lama. Harap sihat sejahtera satu family. Lama tak baca keletah Abang dan Adik cute tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam. Itulah tetiba ingat blog. Kalau teringat memang trylah menaip entri walaupun tak tahu nak bercerita apa. Harapnya Sal sihat selalunya. Jaga diri tau time-time macam ni.

      Delete
  2. Acik pun lama dah tak menulis sejak laptop anak bawak pi belajar anak dah habis belajar acik pulak dah lupa macam mana nak menulis nak upload gambar..lupa sungguh he he

    ReplyDelete
  3. Woot... Woot.. Macam chipsmore dah... hehehe... Kita ni pon jarang dah update blog melainkan untuk review.. hahaha... MD tak ada IG ke? Keep in touch kat sana lah pula.

    ReplyDelete
  4. Semoga kita tetap iman..kehidupan bukan seperti dulu..dunia akhir zaman

    ReplyDelete

Post a Comment