Sudah Rabu lagi ...

Aduhai, mengapalah macam ni! Bila masuk Rabu aje mulalah rasa macam nak kena kerah tenaga buat kerja. Malas menular bukan main berlemak lagi. Dalam hati ni rasa macam nak minta cuti sekolah seminggu aje kat bos. 

Yalah, hati ni pun sayu dan sebak sejak dua menjak ni walaupun tak tunjuk dalam blog. Nak buat camna, hidup kena teruskan. Walaupun sedih, kena tahan air mata kalau boleh. Kena simpan rasa sedih supaya orang lain tak nampak. Kalau dah tak boleh tu, tutup pintu bilik nangis sekuat hati, mendayu-dayu. Itu dululah masa zaman bujang. Sekarang ni mana ada privacy cam tu lagi. 

Bengkak aje mata, sembab aje muka dah kena tanya. Kalau tak hubby yang bertanya sudah tentu anak-anak. So, tak bolehlah nak cengeng-cengeng sangat bila jadi mak budak nih.

Si Abang tu bila  Mommynya sedih, dia pun akan turut sedih. Kadang-kadang nak juga 'mengadu nasib' pada anak yang masih kecil tetapi belum intro lagi, dia dah bantai menangis ikut Mommynya. Cengeng alahai anak Mommy seorang ni.

Si Adik ikut kata aje. Kalau dah Mommy dan Abang nangis tak bersebab, dia pun apalagi tumpang nangis juga sambil sibuk nak duduk atas riba. Nak sambung nangis atas riba Mommylah tu. Berkongsi kesedihan kononnya. 

Dalam pada sedih ni nak cerita juga insiden kelakar. Selalunya I akan call Abang setiap pagi. Kalau Adik ada sama, memang sibuk dia nak bercakap juga. Terjerit-jerit panggil Mommy.

Bila call mesti beri salam. Mesti tanya Adik dah mamam ke belum. Mesti tanya tengah buat apa. So semalam lepas cakap dengan Abang, macam biasa Adik nak telefon pulak nak cakap dengan Mommy. Tetiba aje dia memulakan conversation,

Mommy, dah mamam?

Dah sayang!


Lepas tu tetiba beri salam kat Mommy sebelum nak sambung main...Eh, eh, terbalik pulak rutin! Hilang  rasa tension dan sedih Mommy bila mengenangkan keletah anak-anak.

Semasa cuti sekolah yang baru ni I kemas beg sekolah Abang. Korek semua pensel warna yang tumpul. Buang pensel kontot, ganti lead mechanical pencilnya. Pemadam tak payah cerita. Memang diconteng-conteng aje kerjanya. Dia tahu Mommy ada simpan sedozen pemadam di rumah. Mommykan yang selalu terlebih excited bila beli barang walaupun alatulis dan buku latihan anak-anak sahaja.

Dalam sibuk mengemas terjumpa nota cinta dalam kotak penselnya. Bukan main alahai. Tak nampak so terus ambil spek mata nak baca. 

Oh, rupanya dari Auni! Ni mesti main tulis-tulis nota  semasa cikgu ada dalam kelas. Dah nak bercakap tak boleh, takut cikgu nampak. I tak sempat nak snap nota tu so I ringkaskan ajelah di sini. Auni kata dia dah terima permohonan maaf si Abang (tak tahulah minta maaf pasal apa) dan Auni beri dua syarat kalau terus nak berkawan dengannya :

Pertama - jangan buat dia bersedih lagi
Kedua - jangan sakitkan hatinya lagi

Ewah! Ewah! Rasa nak sikukan aje si Abang ni... 

I terus panggil Abang dan soal selidik apa sebenarnya...

Abang kata dia tanya Auni something 2,3 kali sampai buat Auni marah pastu Auni tak nak kawan lagi. Abang takut kalau Auni marah sebab kata Auni bapanya ada rotan besar. Nanti bapanya akan datang sekolah nak merotan Abang kalau  tak kawan dengan Auni. Eh, katanya bapa Auni dah meninggal lepas ada affair dengan jiran sebelah rumah dan sekarang si Auni ni tinggal dengan makciknya... (ya, ya...budak yang sama dalam cerita sedih Abang dulu...) 

I rasa nak gelak pun ada, nak marah pun ada. Dengan perempuan pun takut ke Abang... So I cakap dengan Abang, beritahu Auni Mommy kirim salam. Kalau Auni nak panggil abahnya datang sekolah bawa rotan cari Abang, jangan lupa beritahu Mommy sebab Mommy pun nak datang sekolah nak jumpa bapa Auni dan nak tengok sebesar mana rotan yang dia ada. Mommy bawa anak buluh betong nanti!

Anak buluh betong tu apa, Mommy? Dangerous tak?

Arghh... malas Mommy nak explain lebih-lebih. 

Errr, dah baca pasal 'Cinderella Law' di Britain?  Aduhai alahai.... 

P.S. Hari ni I rasa sangat takda mood. Tetiba rasa bosan dengan working environment di pejabat. Apatah lagi bila berlaku beberapa insiden yang tidak memuaskan hati. Two of my colleagues dah tender resignation. Seorang lagi dah 'hilang dari  radar' hampir 7 minggu lamanya tanpa khabar berita. Nak kata nak berhenti kerja pun tidak, nak kerja pun macam tak nak juga... I ni dah kena tempias sikit-sikit sampai mood pun sungguh kedaung rasanya. Hai, seronoknya kalau dapat jadi surirumahtangga. Any idea nak buat apa kat rumah selain daripada menjerit?







Comments

  1. Assalamualaikum...

    Kak...sabar kak...anggap je dugaan kite bekerja..kita hidup mmg akn sntiasa diuji..akk mnta pd Allah utk tingkatkan kesabaran dlm hadapi dugaan tuh ea..sofia pn ade jg rs tuh..insya-allah dgn izin Allah kita akan rs ok dgn prob tuh...

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Pelik kadang-kadang, tetiba aje rasa moody tak menentu. A bit down gaklah 2,3 hari ni bila tengok keadaan sekeliling. Nasib baik ada anak-anak penghibur hati :)

      Delete
  2. hari ni pun mood saya ke laut...apa lagi yang kita nak buat kat rumah kalau tak menjerit? itu kan tugas hakiki tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila 2,3 benda buat kita down mengejut memang rasa moody sangat. Macam semua yang dibuat pun tak kena aje. Mulalah membayangkan itu, ini pulak... Hai bertabahlah wahai hati... Dugaan kecil aje nih!

      Delete
  3. Petang semalam jugak pegi Aeon cari eskrim potong tapi malangnya perasa durian tak de....hoho sudahnya ambik eskrin cedok aje le...satu vanila satu rasberry....tamak pulak tu ....
    Nape sedih? Janganlah sedih sedih.... nanti Okje pun jadi mcm abg nangis sekali, pas tu jadi mcm adik nak duk kat pangku sekali haha....
    Member ofis yg hilang radar tu bukan salah sorang penumpangkan...hehe
    Yelah kadang tu effect jugak bila kengkawan tender ni....kalau tak tempias kerjanya, tempias kat moodnya....
    Banyak yg boleh dibuat kat rumah weyh.....antaranya tengok tv sesuka hati katanya hobi haha..... pas tu tidoq terbongkang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, selalunya banyak aje aiskrim perisa durian ni kat Aeon. Ni mesti mereka sembunyikan sebab tahu OKje nak datang memborong. Tak dapat semalam, hari ni pergilah lagi :)

      Alah OKje...beratnya berapa nak beriba atas riba saya ni.... kang sama-sama pulak kita nangis tak tahan kebas kaki ni.

      Member ofis tu takda kena mengena directly/indirectly dengan MH370. Entah apa sebabnya hilang 'dari radar' tak dapat dikesan. Lama dah tu...

      Delete
  4. oh..moood dah dibawa pergi sb 2 org tu lah ek..

    tp auni tu bnyk ceritalah..kecil2 dah pandai cerita mcm2 ek.
    anak bujang ni lurus lagi..:) oh perepuan lg mature dr laki kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak benda yang berlaku kat pejabat ni yang sampai rasa cam takda mood aje 2,3 hari ni. Tu yang rasa cam nak sms bos sekali lagi nak cuti seminggu dua aje :)

      Delete
  5. Bunda dr mlm tadi lg asek nanges jer...nk tido tak blh...'hashiimmm'...

    Tengah on9 hp ..nanges lagi...'hashiiimmm!!'....sosek..sosek......BERSIN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selsema ke Bunda? Moga cepat sembuh...

      Ni takda penyakit ke apa cuma penyakit moody aje tetiba datang bila tengok keadaan dalam office nih. Sesekali bila datang, memang haru rasanya!

      Delete
  6. nape MD sedih2 ni...bagus abang tahu perassaan mummyer...hehe comel adik tumpang nangis sekali yek..
    waa siap ader nota dari auni lagi tuh hehe...

    lar kenkawan boleh hilang dari radar ni kira parah ni..
    yang last tu klakor selain menjeriit meh kita mengemas membasuh mengemop hehe..sama perassaan kita nak jadi surirumah jugek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah sikit-sikit benda buat hati parah ni, Lizz :(

      Office saya ni adakalanya benda serius dipandang remeh, benda remeh dipandang serius. Tak faham orang Jepun ni walau dah lama bekerjasama. Semangat bias tu memang sudah tentu adalah... takleh nak nafi-nafi. Kalau dah pekerja hilang dari radar tanpa berita, mestilah nak buat sesuatu kan. Ini rileks aje...tunggu dan tunggu... macam tunggu MH370 tulah!

      Rutin tu tak payah cakaplah...tak jadi surirumahtangga pun kena buat juga :) Ni nak kerja yang mendatangkan income sambil kita nyanyi-nyanyi kat rumah ...

      Delete
  7. baca sambil gelak2... akak kalau baca entri MD kena cari masa lapang sikit.. sebba nak menghayatiler... banyak cerita nak disampaikan... kenalah taukan...
    budak2 gituler anak akakpun sama entah apa takutnyer ngan kawan2... kalau emak dia yang cam singani idak pulak dia takut...
    persekitaran kerja memang perlu aman kot idak tak best.. sebab masa kita banyak kat sana juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Cho, hari ni saya tengah 'berkabung' sedih sebenarnya. Mood pun tengah merundum. Bukan mood nak menulis. Yang itu belum padam-padam lagi :) Saya dah terbiasa tulis panjang. Kadangkala nak gak pendekkan cerita, tak terpendek gak!

      Anak saya ni lelaki...itu lagilah tak faham. Apa yang ditakutkan pun tak tahu. Perempuan pulak tu yang 'ditakuti'. Dia kata takut kalau kawan tak mau kawan... Aduh, pening kepala saya nih!

      Delete
  8. heheh..saya pun kalau ada budak lelaki kacau anak saya kat sekolah mesti saya cakap gini.."cakap kat dia,nanti ibu pergi sekolah,nak koyak2 mulut dia.."hahahahha..sebenarnya rimas anak dok balik ngadu,ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amaran aje, kan... Sebenarnya takda niat pun nak pergi menyangsang ke apa...nak takut-takutkan aje...

      Delete
  9. MD, kenapalah kita kita lebih kurang sama je.. KA pun dah seminggu dua ni mood kelaut,, x puas hati sikit dgn mgmnt kt tempat keja ni.. cam nk tender notice je.. 2 - 3 kawan dh tingglkan KA, satu tgh berpikir2 lagi, KA ntahlah kena buat smbhyang minta petunjuklah nanti... apapun betullah dlm sedih2 ni anak2 lah byk beri KA semangat terutama Adik hehehe.. done nuffnnag @ sini yer x2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik bertemu di alam maya, dapatlah kawan yang memahami :( Memang banyak rasa tak puas hati semenjak dua menjak ni, KA. Kena bertabah ajelah kalau nak terus makan gaji kan...

      Delete
  10. tak kisahlah bila nak bagi salam, janji dia bagi...kecik lagi kan...hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. This boy memang nampak cam ustaz sikit :) Rajin solat, rajin ngaji, rajin segala... tapi yalah umur baya si Adik ni, ikut suka hati dia aje apa nak belajar :)

      Delete
  11. alahai kesian MD..betul tu jadi mak budak ni nk nangis pun kena sorok..cerita abg ni mmg selalu kelakar.menceriakan hari sy...igtkan bercinta dengan auni tadi.org brcinta je slalu merajuk.abg takut tak klu kena rotan besar bapak si auni tu?haha

    sy tgh happy n bersemangat nak turun dapur membaking!Alhamdulillah tmpt kerja dh ok skang sejak ada dua manusia yg suka buat onar dh dishuffle ke tempat lain..kerja jgn fikir negatif sgt MD..kita yg mengawal perasaan kita.mmg tak mudah,to kena cuba happy2..:)

    MD jgn sedih2..en suami pun sma tu tgh intai peluang kerja tempat lain..dh tak seronok katanya kerja dgn boss sekarang..nasihat sy satu je..klu rasa boleh teruskan,teruskan..buat je kerja kita tak payah pnin fikir macam2..klu rasa tak boleh sgt benti cri kerja lain..rezeki ada kt mana2..:)

    semoga urisan MD dipermudahkan..kami semua ada klu MD perlukan tempat utk bercerita n melepaskan tekanan..cheewah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang ni memang dalam rumah lantang suaranya bila keluar aje pintu rumah, alahai sopan bersantun bagai...Dengan gegirl pun takut kalau mereka taknak kawan...apalah Abang ni... Kalau Daddy tau, memang kena kerahan tenaga. Alangkah kalau Daddy dengar cikgu marah Abang terus disuruhnya anaknya menjawab balik...lagi parah!

      Sekarang ni mmg tak happy sungguh dengan environment di tempat kerja saya ni PK. Kerja no hal. Senang bangat. Kalau tak takkan ada banyak masa terluangkan.... hehehe... tapi tulah, ada perkara-perkara lain yang sungguh tak puas hati. Rasa dah macam bias pulak maklumlah ada banyak bangsa di sinikan...faham ajelah bangsa apa yang akan didahulukan...

      Ahhh....so sweet my besan nih! Thanks so much ada gak tempat untuk mengadu :)

      Delete
  12. smga dipermudahkan urusan MD
    curlass syarat auni.kemain ye. hihi

    lawak pulak bca kisah dorang ni kan.
    anak anak lah penghibur ibu ayah.

    doakan sy baik baik aja dan dipermudahkan juga urusan tok timang anak sndiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecil-kecil dah letak syarat. Tak sanggup alahai Mommynya melihat anak bujang kena buli. Takut sungguh dengan si Auni nih. Habis semua auta Auni pun ditelan bulat-bulat :)

      Bila hati tak tenang, memang keletah mereka berdua banyak menghiburkan. Insya Allah, ada rezeki CikSu untuk bergelar ibu juga suatu hari nanti.

      Delete
  13. Sweet je kisah dua beradik ni.. mujur ada diorang pengubat hari MD di kala agak berserabut ya.. mana lagi pengubat lain yg lebih baik drp keletah anak2 kan?

    Kalau dapat tulis sedikit macam ni pastinya MD ok la kan.. saya rasa kawan saya ni mmg kuat semangat orangnya. Banyakkan berdoa minta Allah permudahkan urusan kita ya.. me too. Last few days really ...malas nak sambung, biarkan jelah yg dah lama tu.. eh saya pula melara hati kat sini... hihi. Tanda2 dah ok la ni kot. Itulah saya, selagi booeh luah tu ok..kalau mendiamkan diri tu maknanya tak ok..

    tak gi shopping KLCC ke saat stress hari tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang tak kena ni AN? Luahkanlah baru lega hati tu. Kalau terlalu simpan, nanti merana jiwa raga. Saya ni pun suka menyimpan sebenarnya kalau ada masalah tapi bila tak tertahan sangat, anak-anak jadi tempat meluah rasa. Bukan luah apapun, tempat tumpang nak menangis :) Baru lega sikit rasanya ...

      Tak sempat nak shopping dek kerana hati ni lara betullah sampai hilang segala mood.

      Delete

Post a Comment