Monday, April 14, 2014

14.4.14

Cantik tak? Cantik tak tarikh ni?

Ingatkan nak diabadikan sebagai tarikh kahwin tapi fikir punya fikir barulah teringat yang I ni dah lama kahwin rupanya. Dah senior, so tak payahlah ngengada mengenyam tergedik-gediks nak abadikan tarikh ni sebagai tarikh ulangtahun perkahwinan.

So, I open tender bagi pasangan muda-mudi belia remaja yang baru nak melangkah ke alam perkahwinan nih. Eh, ada ke orang pilih tarikh ni? Hari Isnin pulak tu memang tak glamor kalau jadi tarikh majlis persandingan berkompang bagai. Kesianlah pulak ...

Kalau nak pilih pun dah terlepas ya, Lyn so kita anjakan paradigma ke tahun berikutnya. Kata dah pergi kursus kahwin senyap-senyap hari Sabtu lepas, eloklah tu kalau pilih tarikh 15.5.15. Booked aje siap-siap dulu. Nama bakal pengantin lelaki boleh aje ditukar hingga ke saat akhir ya ~_^  Ikut kesesuaian diri kitalah ...

Sekali lagi I memilih tarikh sebagai tajuk entri bukannya apa. Nak kata malas ataupun takda idea tu tidaklah, cuma saja gatal tangan ni nak menaip lebih-lebih hari ni. I sebenarnya tengah tunggu cikgu datang tapi cikgu sibuk mengajar anak-anak murid yang lebih memerlukan khidmatnya berbanding I yang dah terlebih diajar nih. So, biarlah cikgu uruskan tugasan yang lebih penting lagi ya!

Hari ni terasa macam aman-damai aje. Mengapa ya? Pagi tadi semasa ke pejabat, jalanraya pun tak sesak. Lengang aje boleh feeling-feeling berangan sekejap. No hal pun. Takda pulak kena honk.

Di pejabat pun kerja tak banyak pulak. So bolehlah 'balas dendam' menghabiskan blogwalking mana yang dah lama tak bertandang. Tapi serius, macam sunyi betul hari ni. Suspense thriller pulak rasanya ...

Apa motif I buang masa menaip entri ni? Macam selalu ajelah bila terfikir tangan pun gatal aje nak tekan keyboard nih ...

Esok-esoklah kita cerita maharaja panjangnya entri ya *_*


44 comments:

  1. Br sempt bca sepatah2 tanpa langkau2.. entry ni cool je..x semput sgt.

    Maklumlah dah tua...xleh bca entry semput2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, kan dah kantoi! Main langkau-langkau rupanya dia... I is nak merajuk nih *lari-lari dalam sari keliling pokok taugeh*

      Eh, awak ngaku awak dah tua ek? Dah tua ke? Kita tak nak ngaku benda-benda cam ni!

      Delete
  2. acik pun ingat tarikh ni..tapi..hujungnya tak sama la hi hi..disurat berana acik tertulis..tarikh lahir 04.04..tarikh daftar 14.4....ingat jugak la kan MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke Acik? Kira anggap ajelah hari ni baru Acik genap 55 tahun, tarikh daftar lahir :) Cakap pasal daftar kelahiran ni emak saya lagi best. Maklumlah orang dulu-dulu. Lahir tahun 1938 tapi nenek saya (emak kepada emak) meninggal dunia dalam tahun 1937. Camna tu...confused gila rasanya!

      Delete
  3. Assalamualaikum...

    Amboiiiii..senang hati betul akk yer...

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Bila hati senang, kurang sikit gila meroyannya ....

      Delete
  4. Assalamualaikum...

    Ehh kak..trademark baru ea tajuk gune tarikh hehehehe

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Ha'ah, akak dah hantar trademark ni kat pusat paten negara lagik! Jangan curi ....hahahaha....

      Delete
  5. ha ah la..tak perasan hari ni tarikh cantik..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugilah, rugilah...dah setengah hari lepas :)

      Delete
  6. tarikh sangat cantik...hari ni jugak Qhaira genap sebulan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap aje dah sebulan ya, SA. Nanti cerita lagi sekali dah pandai jalan jatuh dah si Qhaira nih.

      Delete
  7. alaaaaaa, akak ni pecah tembelang lah...
    kursus semua pergi senyap2.. kwin tak senyap2 lah kan...
    klu 150515 tu lambat sgt.. lyn nak this year... hahahaha..
    tak pun on my birthday.. cpt skit.. dasar!! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haippp...nak kena babat nih! Suruh gi kursus, malas ler, boring ler... tapi nak pilih tarikh kahwin bukan main nak cepat. Bak sini punggung nak kena babat 18kali nih!

      Nanti gilah bawa berbincang dengan keluarga tarikh apa lagi cantik dan lagi cepat supaya tahun ni juga boleh naik pelamin :)

      Delete
  8. no cantik tu kalau pengantin melayu pilih, payahle jemputan nak mai sebab tak cuti sekolah @ hujung minggu. kalau pengantin cina, mau ke depa dengan angka 4? kalau plat kereta pun tak mau, lagilah soal jodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah itulah...macam tak sesuai pulak harinya walaupun tarikh dah cantik. Kalau gabungan tu baik mungkin orang Cina pun suka kalau tidak, takdalah mereka nak kahwin pada tarikh ni. Kereta saya dulu 5574, kata kawan berbangsa Cina....memang 'suwey' betul nombor tu :)

      Delete
  9. memang cantik tarikh ni ...tapi bagi yang ada kena mengena dengan tarikh ni bolih ingatlah...tapi bunda tak perasan pula..sehinggalah terbaca nya entri ini...
    nampak tu lagilah ketara ketuaannya bunda ni kan.. nak buat camne memang dah tua pun ...June ni dah 55 thun dah bunda tau..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sebab dah tua, Bunda. Kalau tak free, tak ditelek-belek, memang tak perasan pun. Saya ni tarikh ulang tahun pun terlupa...tak tua lagi tu..

      Eh, Bunda sebaya dengan Acik Erna ya.... umur tu nombor aje Bunda....takda bawa maksud besar pun :)

      Delete
  10. A'ah lah.. Cantik tarikh harini ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan kalau dapat tarikh ni untuk dikenang :)

      Delete
  11. seronoknyer dgr dpt mulakan hari dgn meja yg empty ( x busy)... done nuffnang kat sini.. KA pulak pgi2 senin dah busy huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, memang best KA! Siap khatam blogwalking lagi.... Saya ni kalau nak sibuk tunggulah hari Jumaat. Entahlah mengapa they all ni suka aje nak susahkan saya on my good friday tau ...

      Delete
  12. Tu la, mmg cantik tarikh hari ni… masa isi form utk Irfan jumpa dentist tadi, berkali kali isi date yg cantik ni… next appointment 15/5 pulak, tapi bukan tahun depan…. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin lama makin susah nak dapat nombor cantik...

      So jangan pergi jumpa dentist in May, next year pulak ya, Nur!

      Delete
  13. my bestfrenz merangkap jiran merangkap rakan sepermainan masa kecik merangkap kawan sekolah yg membesar sama2 besdaynya ini hari..

    baru perasan tarikh cantik..apa ada pada tarikh.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik kita buat entri guna tarikh. Kalau tidak, dia lupa tarikh besday bestfrens/jiran sebelah rumah/rakan segame little2 dulu/schoolmate/growing up mate etc....

      'Terima kasih MD kerana mengingatkan...."

      'Sama-sama, PK!"

      Delete
  14. Hai Potamayo......hehe....
    Ahkak Jilapah datang memalam sebelum tido ni.....
    Bizilah weyh hari ni.....ingat org keje opis je ke bizi.....yang jadi sura suri ni pun bizi tauuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Kak Jilapah!

      Sebelum terjun tiruk atas katil ek ah kak datang mai sini? Semput kita tau baru nak pakai baju sexy nak tidur, ah kak ketuk pintu dapur!

      Ah kak sibuk apa ni kak? Sibuk membilang hadiah ke? Kalau dah lipat baju sejam, basuh baju satu load sejam, masak sejam, membongkang depan TV 24 jam... memanglah tak cukup masa ah kak oooi.....

      P.S. Next time nak datang ikutlah pintu depan. Bolehlah Potomayo bagi welcome drink air plain water from the pili bomba :)

      Delete
    2. Ampai ati nak bagi akak minum curah pakai pili bomba jer....dapat bayangkan tak macamana akak Jilapah nak telan .....tambah panjang lew gamoknya lida akak....hehe

      Delete
    3. Nak cepat, kak... lagipun dah masuk tidur kan... air pili bomba paling senang nak curah dalam gelas pastu bubuh daun mint sikit. Ah kak tak suka ke? Lain kali kalau kita ada masa borak-borak kat dapur ngan ah kak sambil sama-sama guna pemanggang ajaib memasing, kita buatkan menu complete breakfast, lunch and dinner, ya ah kak!

      Delete
  15. Semalam saya perasan tarikh ni cantik bila kawan bagitahu.. amboi..ada yang nak buat tarikh kawin ya.. senang nak ingat kalau tarikh macam ni kan..apa kata MD target pulak 15.5.15 nati tarikh nak dapatkan adik untuk dua superheroes tu? Haha.. bijak tak cadangan? Ada yang nak kena baling kasut ya...kasut mahal tu, pikir dulu sebelum baling.. kan kena pergi window shopping lagi nanti..

    Saya sebenarnya ada terbaca entry tipah tertipu tu masa latihan boling semalam. Tapi biasalah, saya ni pun pemalu macam MD juga. Lagi2 kalau nama diseru, segan wei nak menjawab. Nanti rasa macam saya galok pulak. Hihi.. tapi bila lepas tu dah sampai sekolah, kena buat2 sibuk tu dah lupa dah nak buka blog. Hadiah tak seberapa tapi korang dah glamorkan saya ya..hihi.. dapat juga saya dgr ulasan MD pasal blog merdu saya ya.. terima kasih.. tapi lain kali kena sertakan nota ugut dah.. kalau tulis juga entry, tiada komen susulan bagimu.. haha..takut tak? Ops, yang lain kali tu entah bila taoi insyaAllah kalau ada rezki lain ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tak sesuai saranan tu, AN. Terus nak nyanyi lagu apatah tajuknya hah, 'Cukup, cukup sudah...cukup sampai di sini sajek...' Keh3x.

      Haippp...tak baik baling kasut belum pakai. Kalau dah pakai tu memanglah afdal buat gitu, tapi kita tak buat kat kengkawan :)

      Sekali lagi nak tegaskan....kita tak suruh pun awak berlakon jadi tipah...kan dah kena tipu...huahahaha.... Alah, AN...setakat kena ugut pakai kertas, we all memang takda takut sekelumit pun.... tak mau bagi respons, hah nanti kita terjah beramai-ramai tanya khabar kat rumah pastu kita up lagi entri panjang lebar pasal sikap membisu seribu bahasa nih.... ada berani nak main-main dengan geng kuat meroyan kat rumah AN tu? Hah...kan dah takut....

      Delete
    2. Oo zaman sekarang orang dah tak takut kena ugut ya.. globalisasi ya.. nak kena cari kelemahan ni, baru boleh jadikan ugutan yg sesuai. Hihi.. cam Naim, ugut tak nak bagi dia susu lagi, selalunya boleh hilangkan memberontak dia..

      ai...jangan ingat tak berani tau.. saya ada 3 hero tau... Naim tolong mama ni...

      Delete
    3. Please take note : 3 superheroes kita besar-besar belaka. Ditambah dengan anak-anak PK, tiga anak OKje...agak-agak terlawan ke PapaN, Naim dan Nazif? Keh3x.... Jawab jangan tak jawab. Kalau tak jawab kita consider kalah ajelahkan cikgu....

      Delete
  16. ha.a.. kan baru perasan tarikh tu bila baca entry akk ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...dah lepas dah...Kena tunggu tarikh seterusnya 15.5.2015. Setahun dari sekarang ...

      Delete
  17. kalau tahun depan 15515 tu jatuh hari cuti per salahnyer...
    14414tu anak akak dah 8 tahun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak-agak ada cuti tak tahun depan, Cho? Kalau ada saya nak siap-siap tempah tarikh tu. Buat besday party 4 in 1. Hehehe....

      Delete
  18. mmg cntik tp jatuh hari bekerja
    rasanya xda yg abadikan tarikh ini sbgi hari istimewa. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya orang nak kahwin aje pilih tarikh cantik. Kita-kita yang dah senior dalam alam perkahwinan takdalah kot :)

      Delete
  19. Mmgcntk tarikhnya. Sape lahir hari ni dlm ic pun cntk jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayangkan kalau dapat no. IC 140414-14-0414 ...Arghh...cam nak nangis tengok kecantikan nombornya ...

      Delete
  20. sedang terfikir 15 . 5 . 15 tu jatuh hari apa yer . klu jodoh tetiba dtg bergolek , molek gak ambil tarikh tu ... angan x sudah . heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau 15.5 tahun ni jatuh hari Khamis, mungkin tahun depan jatuh hari Rabu kot tak pun Jumaat... Kalau Jumaat tu sedang eloklah nak buat majlis akad nikah :)

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...