Tuesday, April 8, 2014

Si penulis dan tukang komen ...

Salam my friends yang awesome di luar sana,

Hari ni I nak cerita apa ek? (Sajalah tu buat-buat takda idea padahal jari-jemari dah get ready nak menaip) Semalam dah buat all in one. Bukan main ye tukang komen tinggalkan komen. Semput ahkak membacanya sambil ketawa guling-guling peluk bantal busuk ...

I puas berfikir tau semalam. Betul ke I ni memang gifted gitu? Hahaha.... janganlah nak terjuih mulut tu sambil membaca. Berdosa tau ...

I bila menulis memang tak perasan berapa panjang setiap entri yang I siapkan. Lazimnya on the spot dan tak sampai sejam dah siap. Memang jari-jemari dengan fikiran ni bekerjasama dengan baiknya. Macam air hujan melimpah-ruah idea turun mencurah-curah walaupun semasa musim kering-kontang tau. Tau-tau aje dah panjang berjela-jela. Of courselah kena publish juga. Sia-sia kalau entri tu I baca sensorang dalam draft. Lagi sia-sia kalau sampai mengantuk, meleleh air liur tukang baca nak menghabiskannya. 



So, bila orang kata memang dah trademark si MD ni suka meroyan dalam blog tak ingat masa, I rasa cam itu pujian ke kutukan agaknya ... Silalah jawab dalam komen nanti ya...saja je bagi idea kat you all nak tulis komen. Katanya sampai kena baca, fahamkan dan datang semula setelah dapat idea nak mengomen. Dah macam buku rujukan sekolah pulak hah... Ya tak CikNom?

Kalau you nak dating suai kenal dengan Minah Kentang aka Pot-pet-to ni kenalah banyak idea dalam kepala  tu nak mengumpat. Barulah berkat pertemuan. Kalau tidak, tak mahulah I jumpa you ... Nanti lidah kelu tak terkeluar kata-kata mutiara, siapa nak bayar minyak kereta yang mahal tu nak gi dating is caring? You rugi, I rugi, husband masing-masing lagilah rugi ...

I rasa cam nak buka kelas penulisan dengan Lyd aje. Macam sesuai pulak kalau kita berdua ni mengajar orang menulis entri, kan Lyd. Macamana nak bagi ideas remain dalam kepala jangan sampai blank tetiba *_* Oh, alahai...sukanya I dapat ngajar balik ~_^ Janganlah rasa tercabar ya, AN. Kita orang takkan ambil tempat awak sebagai cikgu berkaliber di sekolah. 



By the way, sebenarnya I nak bagi tau seperti kata pepatah tempohari, Time is Gold, kan. So sekarang ni time nak blogwalking ada sedikit tergendala. Sebab itulah I rasa tak up to date pulak sesi beramah-mesra bersama jiran tetangga semenjak dua menjak ni.  I rasa I nak tukar ke malam harilah. Maklumlah sekarang ni susah nak tidur malam. Tidur awal pukul 10 lebih, pukul 1 pagi dah terjaga. Tak boleh tidur walaupun puas mengarang drama dalam kepala. 

Makanya kalau tetiba you all nampak I datang bertandang pukul 2,3 pagi janganlah terkejut. Itu bukan langsuir yang meroyan dinihari tetapi memang sah MD yang you all kenali *_*

Eh, you all tak miss me ke kalau tak datang bertandang? 

Sampai hati tau ...

P.S. Disebabkan entri ni macam pendek aje, I sedang mengarang entri satu lagi. Bukan takda idea, saja nak bagi you all pening kepala penat membaca ... Kalau sudilah kan...takda paksaan ^_^  Gambar semua digoogle aje ye!





24 comments:

  1. Ni i dah datang bw entry u... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...

      Terimakasihlah cik Nurul :) Rasanya mcm dah jadi follower tapikan ni nak tell u the secret, tak tahu nak watpa nak follow balik...keh3x

      Delete
  2. i loveeeeeee the way u write....
    santai and rasa cam dok sembang dengan u je...
    i loikeeeee.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyalah sis... I kalau menulis macam telling story kengkawan tu depan mata I ajek...tengah dok borak-borak sesi mengumpat barang yang lepas jangan dikenang gitu ....hahaha....

      Delete
  3. sipenulis dan tukang komen
    ada masa kita jadi penulis..ada masa kita jadi tukang komen..saling bergandingan..tu la dunia blog..betul tak MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Acik. Memang saling berkait. Kalau takda yang menulis, takdalah yang mengomen. Kalau takda yang sudi mengomen, hambarlah hati si penulisnya :(

      Delete
  4. hah..make sure entry ke-2 pas ni tulis nama i plk..
    i jeles, komen pnjng2 bun nama 2 org tu je..jap i nak usha apa 2 org tu komen semlam..

    huhu..
    jap colek idea nk tulis apa ni kat blog i..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, macam tau-tau aje dalam hati kita ni ada taman! Cam na ek you leh tau PB entri seterusnya memang I nak bubuh nama you besaq-besaq gitu? Sat-sat la I tengah menaip ni... Jangan jeles membuta-tuli dulu, tak baik tau nanti Tuhan marah!

      Colek idea takpa, colek orang tak leh...nanti masuk lokap!

      Delete
  5. Waa md amik syif mlm lak yek..tu la bila yime membizi lizz pun tak meyempay nak bertandang umah jiran dialam maya nih..jemputls nyinggah kerumsh saya memalam pun tak per kuih muih lauk psuk tersedia kat sidebar umah saya tu tau...jgn segan doploh empat jam pintu sentiasa terbuka..hehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah Lizz. Dah penat shift siang. Tak cukup masa. Shift malam aman damai sikit. Senang nak dok lama-lama kat rumah orang sampai kena halau balik orang nak tidur. Yalah, yalah... nanti kita datang tiap-tiap malam makan minum, borak kat rumah Lizz. Jangan penat melayan pulak tau....

      Delete
  6. Kdg2 tu mmg x sdr pn pjg. Tp try jgk pndkkn. WW je blh buat pendek plus sempoi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kalau saya buat WW pun hati ni tak aman...mesti gak nak tulis something... Bila dah tulis something tu memang dah lari tajuk, memang akan panjang :)

      Delete
  7. Hahaha..MD memang terer mengarang..entry MD memang panjang..tapi seronok membacanya...memang terbaekla kalau jari-jemari ngan otak bekerja serentak..memang laju je la menaip...saya ni asyik tersekat-sekat je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... nak masuk bengkel menulis takda full stop dengan saya tak? Saya ni bab meroyan boleh sikit-sikit aje. Bab bahan berilmiah kena perah otak gak nak menulisnya. Mahu 7hari 7malam pun tak siap :)

      Delete
  8. Sekarang ni banyak kerja ke .....sampai nak kena ambik OT malam....malam pulak tu bukan sebarang malam....dini hari ....mmg time time spesis langsuir ke penanggal shopping tu hehe....
    Jangan lupa buat solag tahjud dulu supaya tak kena ngurat hehe....

    Alah.....sangka baik ajelah....anggapkan pujian je lah....
    Serious beb......mesti malu malu kan kalau kita dating ....pestime katanya.....
    Rasanya dah tak de modal nak bercerita kot sebab dah habis mengumpat kat blog dah....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vely the bizi body and mind lah sekarang ni, OKje. Kerja datang takda berhenti pulak. Baru aje nak BW, dah yang kecik, medium dan besar datang menjengah... So apa-apa pun kalau dah namanya pejabat kenalah dulukan urusan kerjakan...

      Serius, kita kan leh tak tidur 3hari3malam. So kalau ada di antara hari-hari yang kita nak berjaga atas pokok, kita akan datang menyinggah. Jangan terkezut pulak....

      Kita ni rasanya memang dalam blog aje bukan main mulut tak reti tutup, bila jumpa for sure malu-malu kucing macam nak kena pinang aje gayanya... Eh, kalau tak jumpa mana nak tahukan tahap malu kita ni level berapa!

      Delete
  9. akak memang respek orang pandai mengarangni.. kalau mai blog akak tau dahkan pendek2jer.. ada idea tapi tak reti nak bina jadi cam 'smooth' kalau orang baca.. jadinyer tuler selalunyer biarlah gambar berbicara...
    semua orang tak samakan... tapi secara ikhlas akak katakan blog MD walaupun panjang akak suka baca.. der orang yang tulis panjang2 tapi susah nak baca ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Cho. Saya anggap itu pujian ajelahkan :)

      Saya pulak jenis tak kisah orang tulis panjang ke pendek. Yang penting hati saya tak serabut bila membacanya. Kalau boleh gelak, lagi bagus. Dapat exercise mulut walaupun just duduk depan komputer. Apa pun orang tulis saya baca aje....suka tak suka kemudian cerita. Cumanya kalau saya rasa macam tak sesuai, of courselah saya tak bertandang lagi ....keh3x pecah tembelang!

      Delete
  10. bukan sng nak mengarang dengan idea yg mencurah2..dulu2 sy masa takde anak kecik bolehlah..skangni baru nak taip tajuk dah menjerit..tgn si keck dh merayap nakpegang mouse sama2.cmna?

    rindu jugaklah..byk hari dh ni dok tggu MD dtg blog kite..hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah PK....alasan aje.... Afia nak dijadikan alasan.... Kita pun ada anak kecil juga yang kuat meroyan macam Mommynya :) Ok aje...dekat office kita bantai buat entri panjang-panjang. Dulik apa .... (Amaran : sila jangan ikut cara makan gaji buta kita ...)

      Saya ni dapat tekan web address aje pastu terbiar gitu... Kadang sempat baca tak sempat komen. Lepas tu bila baca balik rasa macam dah baca tapi napa tak tinggal komen....Rasa macam misteri sangat.... Saya memang 'tempah' hari-hari tertentu untuk baca secara pukal kat blog kengkawan sebab tak cukup masa tapi hati tu rasa ralat pulak kalau tak mengacau kengkawan sehari suntuk :)

      Bersabar ya besan.. nanti I sampailah...siapkan makanan enak-enak. Bukan makanan yang Afia makan tu yea....

      Delete
  11. Kagum betullah dgn MD ni. Tulis entry panjang on the spot dlm masa sejam je? Kalau saya mesti ambil masa berjam2 kalau nak ada entry panjang. Mmg tak leh lawan ni..

    Makin ramaila kawan MD ni, kena la faham dan ambil giliran nak tunggu MD datang lawat kami ya.. takpe faham je.. blog makin femes ni mesti ramai yg suka..memang pujian ni..

    dulu saya sempat dtg berkali2..ada masa dtg nak baca komen dr Md, sekarang ni agak semput sikit jadi memang menfharapkan dah ada banyak komen lain, jadi baca je apa yang ada.. tapi mrmang seronok baca entry n komen kat sini.

    pasal tercabar tu..haha.. kalau ada sesiapa nak gantikan tempat saya silakanlah.. mana tahu ada yg jatuh hati lepas cuba sehari.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sebenarnya kagum dengan diri sendiri. Kalau saya takda blog, saya tak tahu pun saya boleh menulis sepantas ini. Tapi memang sejak azali saya tahu saya memang suka corner baring bila menulis :) Masa sekolah dulu takda pulak cikgu komplen pening kepala bertampal koyok lepas baca karangan saya :)

      Ni tengok AN dah slow down, mesti sibuk sangat tu dan banyak fikir ke? Sometimes kenalah rilekskan body and soul juga, rasa macam nak lari dari semua kebiasaan yang kita lakukan...

      Saya no hal nak ganti tempat AN tapi qualification takda pulak...kang budak-budak tak hormat pulak kat cikgu 'tusyen' nih ...

      Delete
  12. lain orang lain cara penulisannyer. serius KA suka cara MD menulis n3. sgt2 tersendiri & dan perasaan nak membaca tu membuak2 walau kdg KA harus akui , pemyakiyt sempu tu dtg juga sesekali bila N3 mcm cerpenjang jadinyer hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks KA kerana selalu bagi support kat saya. Kalau kita down, memang kawan-kawan beginilah yang kita perlukan. Kasi naik balik itu semangat :)

      Saya kalau tak panjang entrinya memang adalah hal-hal di luar sana yang 'merosakkan' hati ini... hahaha ...

      Delete

Kisah Rumahtangga...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Takut mendengarnya! Macam nak menjaja kisah rumah tangga aje kekdahnya.  Tapi kenalah sedia maklum...