Tuesday, April 1, 2014

Selesai satu tugas ...

Alhamdulillah! Selesai sudah hal-hal income tax. Punyalah jenuh mencari password terlupa letak mana. Belek punya belek rupa-rupanya ada aje tertulis kat belakang salah satu borang EA, punyalah besar tulisan pun tak nampak. Almaklumlah MD ni dah  rabun orangnya. Tulisan semua kejap nampak, kejap tak nampak *_*

You all di luar sana bagaimana? Dah settled urusan income tax ke belum? Kalau tak silap, tempohnya sampai 30 April. Alah, susah-susah sangat buat e-filing aje. Sap, sap, soi dah siap. Jangan lupa simpan segala maknek resit selama 7 tahun ya!

Teringat kejadian tidak diingini tahun lepas. Memang gelak bila mengingatinya tapi tak mahulah buka pekung di dada dalam blog sendiri ~_^ 

Hujung minggu lalu pergi ke Giant. Mencari stok makanan katanya. Walaupun dah penuh rumah dengan stok sebulan tapi entahlah tak faham kenapa nak kena pergi hypermarket lagi. Tak sah rasanya hidup ni kalau tak jejak kaki kat semua hypermarket yang ada di KL ni lebih dari sebulan.

Sebelum tu kita late breakfast kat restoran kakak ipar Dato CT. Sedapnya makanan kat sini sampai lupa nak snap foto @_@ 

Tengok perangai budak berdua ni. Gayung dijadikan topi. Buat selamba aje suruh Mommy ambilkan foto...



Ini stok aiskrim makpak ya.... Alkisah, Hubbydearie suka betul alahai aiskrim perisa durian ni. I, myself semua yang ada pun I bantai. Sedap tau!


Ini pulak baru stok aiskrim anak-anak yang berubah ikut citarasa masing-masing ... 


Keluar aje dari Giant, disambut dengan ini. Memang kena berhenti berehat seketikalah. Kalau tidak, mahu Adik meronta tak ingat dunia. Kan MommyDaddy ni pengeluar syiling ternama dalam dunia nih... 


Puas I dok fikir tang mana nak dimasukkan duit syiling. Takda tanda harga berapa sen. Tempat syiling pun tak nampak dek pandangan mata kasar. Tetiba Abang datang dan tekan punat hijau, teruslah riuh sekampung benda ni bernyanyi girang. Oh, percuma rupanya! Kalau gini memang selalu boleh bertandang bawa Adik. Jimat kos. Sebab Abang tak boleh muat nak naik lagi, kenalah jaga Adik dok kat tepi. Tolong pegangkan golf set Adik ajelah ye, Abang!



Dah lama tak bawa budak-budak ni pergi taman. Maklumlah lepas Mami balik kampung, kita memang takda langsung masukkan plan melawat taman sebagai agenda dalam hujung minggu. So, lets go anak-anak ...

Tak sampai setengah jam main bola, Abang dah penat. Apa ke tidak, Daddy sepak bola sikit punya jauh, Abang tukang kutip. Si Adik pula bosan bila takda peluang nak rembat bola. Terus aje ajak Mommy, ' Jom lari, Mommy! Jom! Jom!'






Tengoklah rambut Adik ni, panjang sungguhkan. Lama dah suruh Daddydearie tolong cut his hair. Takda masa. So bertabahlah Adik dengan rambut panjang mengurai gitu...



Ini gambar baru lepas kena potong rambut. Suruh duduk atas kerusi, umpan dengan tab oklah Adik. Potong aje dengan hair clipper. Bila nampak Mommy nak snap gambarnya, bukan main lagi buat aksi gembira nak tayang rambut baru. Tetiba nampak Adik membulat dah sekarang ni. Kami panggil dia 'Budak Buncit' Hehehe ...

Alamak gambar gegar pulak!

Anak-anak I ni memang takut seriau nak gi barber mahupun salon. Abang dan Adik sama aje. So mesin tu belikan untuk Abang. Yalah, sampai 7 tahun ya potong rambut Abang di rumah. Sekarang ni dah ok. Dah boleh pergi jumpa barber si Abang. Adik belum lagi. 

Ingat nak tempek gambar Abang Adik pakai jubah sampai la ni Hubbydearie tak transfer pun gambar-gambarnya. Biasalahkan ...

Tengok gambar inilah....Adik solat mengejut namanya bila tengok Abang dah nak masuk dua rakaat. Dengan kadar segera dilanggarnya si Abang yang tengah solat kerana nak ambil sejadah dan sibuk nak bentang sejadah sambil jeling-jeling apa Abang tengah buat. Kumat-kamit mulut entah apa dibacanya ...


Tapi Adik solatnya tak lebih dari 1 rakaat. Tertib tetap ada *_*

32 comments:

  1. encem adik rambut pendek..rambut panjang lawo hi hi..ada beza ke MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila berambut pendek Adik nampak lagi membulat aje. Sebenarnya memang dia kuat makan sekarang ni.

      Delete
  2. hahaha cerita anak2 yang menceriakan.. KA x settle lagi income tax ni. lately kebusyan sungguh ler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah settled tapi refund tak dapat lagi ni. Cuak gak sebab letak nombor akaun baru CIMB. Oppss..terlebih pulak info :)

      Delete
  3. SA pun x settle lagi income tax..bila tarikh last eh...aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum April 30 ni SA. Ada masa lagi ...

      Delete
  4. Replies
    1. Itulah, macam tak percaya aje kan...

      Delete
  5. Samalah ngn bunda walaupun dah ada stok makanan kat rumah ...kalau termasuk ...ter...ter masuk supermarket ke mesti tetiba ajer ada jer bende yang nak di beli nak tambah stok konon...kalau tak ter masuk tadi takder la kot...
    orang pompan kan..bab berbelanja ni memang sinonim lah..

    Alolo sayanggg, comeynyer, cutenyer dia..oranya memang dah cute...di potong pendek camtu lagi tambah cute dia...pose yang sujud tu pun cute sangattt.. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah Bunda, orang perempuan. Memang banyak sangat 'ter' nya. Dah beli stok sebulan tapi masih lagi rasa cam tak cukup aje...

      Si kecil ni rajin mengajuk Abangnya. Kalau Abang nak solat, dia solat sama. Kalau Abang nak mengaji, dia pun sibuk mengacau nak ngaji sama. Kita kata alif, dia jawab gim...gitu ajelah mana dia suka!

      Delete
  6. wah kak..perucme tu...mcm pelik jek kan percuma..selalu paling koman pun kene letak 50sen...tapi tu dulu laa skrang paling2 murah pun letak singgit hohohho...lieya pun selalu kene paw kalo nampak minatang nie kak ....kering syiling tak memasal kak...

    kak, lieya pun suke sekerim potong ni kak....magnum almond pun layan tapi dpt sekerim potong ni sebat gak...lieya suke jagung...hubby suke kacang merah.....mia mija tak layan kak die kate keras haahaha budak2 zaman skrang kan.....

    comel tgk muke si abang redha pegang mainan adik ... adik dahmcm raje dah main sorang2 jek pay n ride tu yeak ekekekeekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelikkan...mana ada benda percuma lagi dalam dunia ni. Kira baguslah Giant ni bagi percuma kat budak-budak. Maklumlah kanak-kanak ribena macam Adik ni kalau naik bukan sekali ride aje mahu berkali-kali. Kalau kena yang kat KLCC, tak nangis-nangis, guling-guling atas lantai Mommynya membayar!

      Aiskrim potong ni macam nostalgialah Lieya. Akak suka semua flavor, HD suka durian aje. Memang sentiasa ada stok kat rumah. Nasib baik kami berdua aje kalau tidak jenuh berebut dengan si superheroes berdua nih... Magnum almond tu akak dah cuba gak...bolehlah...hehehe.... aiskrim potong gak nikmat :)

      Delete
  7. Kakak perhati abang ni memang anak yg boleh jadi mentorlah MD. Dari raut wajah dia pun nampak dia punya caring, obedient boleh jaga adik main walau dia tak dapat naik mainan tu. Tengoklah sampai masa solat adik langgar pun dia faham adik masih belum mengerti. Gelihati kakak tengok adik sujud jeling abang kat sebelah - kakak senyum sendiri ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni Abang ngaku dia ada 'taman dalam hati' Janganlah kita cerita sedih especially tentang emak, sure dia nangis dulu. Dia ambil berat Adiknya sampai la ni cuma selalu gak kena marah sebab kalau Abang ada aje di rumah memang riuh rendah mereka dua beradik dan si Adik pun satu, memang asyik nak menjerit aje kalau main dengan Abang.

      Ada lagi gambar dia pakai jubah tengah sembahyang dua beradik, HD tak transfer2 kat saya. Geram!

      Delete
  8. Balik ambik TLBD sekolah agama nanti, nak beli eskrim potong durianlah pulak, teringin hehe...
    Sama le Okje, MD.... tiap tiap minggu ada aje agenda nak cari barang....kalau tak jenguk Tesco ke Aeon mmg tak sah .....Sawan ke apa agaknya ni! hehe
    Nape jadi togel dah rambut adik tu....ala..... tak encem le macam ni adik!!! Papa ZIr selalu ugut nak potong rambut cenggitu....OKje bukan main lagi melarangnya...sebab Okje tak suka, nampak kepala dia kecik haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sawan memang tak boleh diubatikan OKje. Bila masuk dapur aje nak masak, ada aje benda takda padahal dah complete rasanya buat grocery shopping. Kalau masuk hypermarket tu lagilah, konon nak masuk aje tengok2 tu memang menipu besar ler.

      Aiskrim potong ni nostalgia zaman kanak-kanak kita kan OKje. Budak zaman sekarang tak heran mereka. Anak-anak saya pun pandang sebelah mata pun tidak.

      Itu baru lepas potong. Nanti saya snap gambar Adik yang lagi encem dengan jelingan manja. Dia ni sekarang memang pandai posing depan kamera. Kalau nampak kita nak ambil gambar bukan main lagi mulut, 'Amik! Amiklah! Hah, amik!'

      Dah bulat cam ni senang Mommynya nak cubit pipi...hehehe...

      Delete
  9. lyn pun tak siap lagi income tax. In Sha Allah sehari dua ni dah boleh submit..

    nampak makin tembam adik potong rambut gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia makin kuat makan sekarang ni. Perut pun dah buncit. Bila rambut pendek memang nampak ketembamannya :)

      Delete
  10. comelnya adik bila berambut pendek..
    lucu tengok dia solat tertonggeng cam tu. adui..sampai langgar abang, huhu. nak kejar pahala jamaah tu..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik ni rajin solat ANIM. Ngaji pun rajin. Yang susahnya nak mengajar. Kita kata alif, dia bantai gim. Kita kata Allahu akbar, dia kumat-kamit mulut ikut mulut Abangnya membaca entah apa-apa. Setakat jeling-jeling tu memang saya pun kadangkala tak menahan. So kena suruh dua beradik ni solat dahulu. Kalau tidak mahu tak khusyuk solat Mommynya ...

      Delete
  11. Assalamualaikum...

    Aduhhh! sofia pun tak buat lagi e-filling..

    thx ingatkan kak!

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarikh tutupnya 30 April, Sofia. Ada masa lagi. Nanti kalau free bolehlah buat e-filing. Sekarang ni mudah sangatkan.

      Delete
  12. saya tak pernah isi borang e-filling ni....kalau free, hari-hari boleh pergi main... sama dengan anak-anak ema, suka sangat naik music car ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang Ema buat e-filing. Pejam mata aje dah siap. Eh, jangan ikut kata saya. Habis nanti figurenya lari terus tak dapat pulangan :)

      Kalau free, oh bestnya...hari-hari nak bercanda dengan anak-anak :)

      Delete
  13. kedai kak ipaq ct tu kat mana dear?
    kelakarler boleh dia nak bergambar gitukan.. anak2 memang macam2 ideanyer...
    kamipun dah lama tak bersantai ke taman.. sejak jerebuni lagiler...
    dekat Giant Kinrarapun tempat main cam gitu free...
    alahai comeljer dia solat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak ipar CT pun ada kedai makan kat Giant Tmn Connaught. Kedainya tersembunyi sikit kat belakang bangunan Giant yang berhantu tu...hehehe....

      Sebelum jerebu mai balik dan ada cukup air nak mandi-manda, eloklah kita bawa anak-anak buat aktiviti luar cam ni :)

      Delete
  14. benda percuma takde plak budak berbaris tggu nk main kat situ..untung mommy takpayah jadipengeluar syiling lagi..abg sgt sweet n nmpk matured duduk sambil memegang mainan adik...

    adik rambut pendek dh serupa muka abg la..membulat mukanya.apapun tetap comel..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, pelik takda budak-budak berbaris! Kotnya mereka yang tinggal kat-kat situ dah tak heran dengan benda ni. Dah muak.

      Abangkan anak Mommy, memanglah siuman sesaja. Menjaga peradaban sepanjang masa :) Si Adik ni pulak memang kuat makan sekarang ni PK. Kuat segalanya!

      Delete
  15. Haha..kisah perenggan 1 tu sama macam saya. Always.. kalau kalut dan nak cari sesuatu..benda depan mata pun tak nampak, saya geram betul dgn diri ni.. hihi.. mujur ada geng yg sporting, walaupun ada masanya kena gelak dgn diorang, saya lega yang benda lupa macam ni kawan2 memahami..

    pasal incometax tu, haha..geli hati nk citer, saya tak buat pun lagi akaun lhdn. Ada kawan dah nak pencen pun tak buka juga. Tapi sekali sekala risau juga kot kalau kena tiba2 orang lhdn tu buat spot check, tak ke dia bagi saya saman beribu riban? Haha.. azam tahun ni nak pergi buat akaun tapi belum lagi pegi setakat ni.. ish

    Bestla diorang dpt main secara percuma ya.. ni macam maknya tak ada alasan nak ajak balik. Tapi si Naim ni ada masanya kalau jumpa yg berbayar pun dia nak duduk tanpa masukka duit.. n kalau jumpa yg tak kena bayar, dia pula cepat bosan..entahla

    Nak try sekali asi krim durian tu. Kamj peminat solero je.. yang lain mmg jarang cuba.

    wah..lawa sejarah MD.beli di Mekah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...faktor usia...faktor usialah tu :)

      Hal income tax kalau belum buka akaun lagi lebih baik jangan sebar dalam blog :) nanti tak pasal-pasal kena kejar. Seratus dua oklah kalau buatnya ribu-riban melayang...mahu nangis-nangis tak dapat shopping lagi buat sementara waktu :D

      Saya dan anak-anak pun suka gak Solero tu. Untuk anak-anak memang kita rotate apa mereka mahu. Untuk makpak, aiskrim zaman dulu-dulu cukuplah. Saya ok, HD pun ok sebab tak pernah jumpa aiskrim tu kat sana ...huhuhu...

      Sejadah tu hadiah dari abang saya semasa beliau balik dari mengerjakan haji. Pandai AN teka beli kat Mekah ya!

      Delete
    2. Dah salah eja sejarah la pulak....mujur ada yg memahami.. memang lawa patutla...

      Delete
    3. Nebemain.... saya faham. Maklumlah dulukan cikgu tusyen :)

      Delete

Belajar

Salam kawan-kawan! Hari ini dah masuk hari kedua peperiksaan UPSRkan. Walaupun my anak tidak menduduki peperiksaan besar tahun ni, rasa...