Monday, April 14, 2014

Terima kasih, Cikgu!

Salam Isnin yang penuh kasih-sayang ya kengkawan!

Eh, apahal pulak nak berkasih-sayang tak kena tempat ni? 

Takpa, takpa. Hari ni kita jangan banyak songeh. Kita nak tujukan entri ini khas kepada peminat pengirim hadiah yang pemurah ini.



Nak tahu siapa? Nantilah, bersabar ya tuan-tuan dan puan-puan!

Pengirim ni seorang cikgu sekolah yang seksi berdedikasi orangya. Muda belia remaja lagi, macam baru 20-an aje rupa fizikalnya (macamlah I pernah jumpa ya...)  Baru anak dua. Dua-dua pun superheroes. Macam MD juga. So kita sangat memahami antara satu sama lain setelah berkenalan sejak beberapa bulan yang lalu. 

Macamana kenal I pun dah lupa. Rasanya sebab main tinggal komen dan berbalas-balas kunjunganlah. Mungkin dari blog geng sekapal tu kot kita kenal. I really dah lupa...Sorry ya, cikgu!

I ni bila berkunjung ke rumah orang dan tengok si dia tu macam lipas kudung menguruskan diri, suami, anak-anak dan rumahtangga, memang suka betul bertenggek lama-lama. Best tau baca kisah orang ni. Namanya pun kepohci sikit ahkak ni kan....Konon-kononnya bolehlah berkongsi pengalaman, yalah tu.... Sebenarnya rajin sangat nak pergi meroyan aje.


Eh, dah banyak perenggan pun tak bagi tahu nama cikgu ya? Alahai, kesian cikgu kalau dapat kawan alam maya yang syok sendiri macam MD ni...Memang habis dia cover story diri dia dulu barulah kengkawan...

Nama penuh cikgu kita tak tahu.... Nama glamor cikgu kita tahu. Selalu kita panggil cikgu, AN. Ada orang panggil cikgu ni Aisy, sempena nama blognya yang merdu sangat kalau sebut tu ...

Sempena ulangtahun kelahiran anak lelaki sulungnya, cikgu pun suka-suka nak bagi kengkawan yang kuat meroyan kat blognya something, somethinglah. Makanya MD dan geng-meroyan-tak-ingat-dunia pun dapatlah  tempias hadiah si Naim ni... 

Datang kerja, hadiah dah ada atas meja. Apalagi, terus kurobek-robek tak sabar nak tengok isinya. Hah, cikgu siap bagi duit raya lagi kat anak-anak. Pemurah betul cikgu ni. Semoga lebih murah rezeki pada masa hadapan dan dapat berkongsi dengan MD dan geng meroyan ni lagi

Eh, melampaulah tu! Dah bagi sekali siap hint nak minta lagi! Memang nak kena dushum nih...

Tetiba MD pulak gian nak bagi GA juga. Gian nak appreciate kengkawan juga. Tapi tak tahu nak buat apa...Cuba bagi idea sikit. Tak rugikan...you all juga yang dapat. MD ni very the pemurah gitu *pujilah diri sendiri kerana tiada sesiapa yang memuji*

Sekarang ni pun MD tengah berkira-kira nak meng'anugerah'kan hadiah daripada Zalora untuk pengomen setia kat sini. Tapi pemanggang ajaib tak masuk senarai ye... Zalora tak jual ... huahaha.... jangan mengharap!

Jap,jap nak buat calculation, cukup tak budget untuk kengkawan sebabnya budget untuk 'window shopping' MD pun selalu aje tak cukup makan *_*

Eh, apasal merapu meraban nih!

Back to the tajuk. So, AN ... terima kasih banyak atas penghargaan yang diberikan. MD tetiba tak tahu nak meroyan apa...ingatnya nak tulis entri lima bintang untuk AN yang comel lote ni tetiba meroyan tersasar dari niat asal pulak. 

Nanti kalau ada penghargaan lagi, MD tulis yang best-best untuk AN ye... 

 

 

34 comments:

  1. Alhamdulillah, rezeki pagi ini kan...nak buat GA senang...nak buat contest pun senang. Ema pernah buat contest anankku menangis comel...memang ramai yang join.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takda idea nak buat GA apalah, Ema. Niat tu memang dah ada lama :)

      Delete
  2. Tak sabar nak tunggu GA Mummy ni...insyaAllah saya join :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, bila dah tahu nak buat apa nanti saya warwarkan :)

      Delete
  3. memang tau MD kasi chance kat dia habis semua cerita dia yang punya... ha.. ha...
    dah agak dah mesti cikgu Aisy Nasiha.. betoipun agakan akak kali ini...
    tahniah utk MD yang dapat hadiah dari rakan blogger...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kan blog MD kenalah dulukan tuan empunya blog yang syok sendiri nih :) Susahkan Cho kalau ada kawan cam saya ni...merewang aje kerjanya bila menulis. Ada hati lagi tu nak tulis entri khas untuk orang lain!

      AN hantar pada ramai kengkawan yang sama level kepohcinya di blog tu, masing-masing dah up entri. Saya aje yang lembab *_*

      Delete
  4. Tahniah MD..dapat hadiah..suka kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka sangat Acik walaupun tak tahu macamana nak bega-begakan :)

      Delete
  5. Siapa tak kenal cikgu sorang ni MD. Kalau kakak kenal nama AN ni Aisy Nasiha. Ada beberapa blogger yg menerima daripadanya. Sebuah penghargaan yg sangat bererti..

    Tahniah dari kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kak. Ingatnya nak pegang pada pesanan, tak payah buat entri kasi tau satu universe pasal pemberiannya ini. Tapi tak syok pulak kalau tak langgar pantang larang ni. Dah habis semua orang buat entri maka haruslah saya pun turut serta ingkar :)

      Delete
  6. berkawan di maya lebih seronok sbb mrk tak pandang luaran juga material ... ikhlas . tahniah dapat hadiah MD .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Qaseh Wee atas ucapan dan sudi singgah ke sini :) Memang seronok dapat berkenalan di alam maya ni. Menambah kawan memanglah bahagia rasanya :)

      Delete
  7. Replies
    1. Kalau dah nama hadiah tu Lyn tak kira tua muda memang semuanya rasa seronok. Super duper excited gitu :)

      Delete
  8. wah seronoklah MD. cantik colornye rtu. murah rezeki pada yg memberi & meneriam yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA kalau ada warna-warna hijau tu memang 'ghairah' lah kan...Maklumlah peminat hijau katanya ... Terima kasih atas doa. Manalah tahu lepas ni boleh dapat lagi :)

      Delete
  9. adakah itu shawl?bukan MD tak pakai shawl ke?sini pos bagi sy.hakhak..

    org memberi kita merasa..bagus sgt idea MD tu..kira2 la budget tu ye..cantas sikit budget shopping tu klu nak berGA..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, iya itu agaknya adalah shawl dan jangan cakap kat AN yek...MD tak reti lilit kat leher ler...kah3x....

      Wah, nak minta pos ke sana tu macam jauh aje, macam tak cukup budget aje... nantilah kita carikan benda lain untuk PK... nak apa? Hah, cakap cepat...orang tengah offer nih! Rege tak boleh melebihi budget MD -RM5 aje

      Huhuhu....

      Delete
  10. Dah rasmikan ke belum tudung tu....kalau dah .....cepat cepat selfie pas tu tempek muka tu kat blog, mak nak tengok camne rupanya Potamayo tu.....hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum rasmikan lagi OKje sebabnya alahai malu nak habaq mai kat sini.... MD ni tak reti pakai shawl dan sekereta dengannya. Tengah membega-begakan atas kepala nih... tengah selfie-selfie tengok sesuai ke tidak...nak tempek gambar dalam blog aduhai kus segamat johor darul takzim....takdalah rasanya :)

      Delete
  11. Lupa lak nak tengok kat tepi tu adakah mak jilapah masih ditangga teratas hehe...
    Beb serious .....kita ikhlas komen kat sini....( ececeh mcm tuluskan...) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, mak jilapah ada lagi kat sidebar. Hah, cepat-cepatlah cakap nak apa? MacBook Air (kertas), Iphone (kertas), Ipad (kertas), rumah banglo (kertas), BMW 7 series (kertas) ...cakap aje apa nak...nanti ah kak bako kan kat belakang rumah :)

      Weyh, weyh, Potomayo tu nickname baru kita ek? Kelas gitu...ah kak suka tau...Ms Sweet Little Potomayo...adui alahai...sweetnya nama ah kak :D

      Delete
    2. BMW ajelah.....susah susah beno...hehe
      Betullah mcm sweet ek nama ni...kalau banding ngan Minah Kentang hehe...Nak nama ala ala omputih jugak...emmm...taste obersea!

      Delete
    3. Amboi, kalau suruh pilih bukan main lagi pilihannya. Terimakasihlah bagi nickname lemak merdu ala-ala obersi kat kita. Kita suka sangat-sangat... lain kali kalau nak tukar nickname kita lagi, carilah yang sesedap rasa sehalwa telinga mendengarnya :)

      Delete
  12. Ai..ni mmg sekawan budak yg tak dengar kata cikgu ya.. dah ada diberi pesan deme buat juga lain drp pesanan cikgu.. ooo jadi ni sebab semalam dh dpt izin ye? Tipah tertipu nampaknya. Tipah ingat maksud sms tu sebab MD dah buat dua entry ada sipi2 sebut tanpa nama sebelum ni. Rupanya dia nak tambah lagi satu entry, siap buh link ke blog tipah lagi.. adoi bijak2.. memandai je cakap tak kisah semalam ya.. kang dah kena. Mmg tak leh apply prinsip, tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu ni..

    Eh.. nak buat GA ke? Wah.. pastikan hadiahnya bukan kasut tumit tinggi ya... hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam nilah nasib cikgu kalau dapat mak-mak budak jadi anak murid. Kita orang ni dah terlebih belajar so memang susah nak diajar apatah lagi yang mengajarnya tahap-tahap adik-adik kita punya usia (kecuali PKlah kan...) Eh, kita tak menipu cikgu tau! Camna pulak cikgu rasa cikgu jadi tipah tertipu nih.... Lagipun kalau kita tak ikut kawan-kawan kita punya cakap, kita yang susah. Cikgu tak tahu sebab lepas mengajar cikgu duk berehat dalam bilik guru. Kita pulak teruk kena belasah kiri-kanan dek kawan-kawan yang tak makan ajar tu, cikgu! (Nak nangis dah nih...)

      Mestilah bijak, cikgu... takkan dah berbulan mengajar cikgu tak perasan kita aje yang dapat 100% bila cikgu bagi test paper :)

      Hadiah GA yea? Tengah kira budget dari semalam lagi...

      Kalau nak kasut tumit tinggi boleh gak nih.... tapi masalahnya nak buat soalan apa untuk GA pun kita tak reti...hehehe...

      Delete
    2. Haha. Nak kena repot dengan cikgu disiplin ni. Ada kes buli ni..mana leh biarkan berleluasa..haha.. mesti kalau kes belasah ni, PK ketuanya.. Okje assistant.. QR tukang ikut je... hihi..

      ni boleh bikin cikgu cepat naik darah, anak murid bijak2 tapi tak reti diam ni. Nak marah pun takleh.. hihi..

      Delete
    3. Rasanya kalau ikut umur, kelayakan jadi class monitor tu jatuh pada OKje. PK memang sah-sah nak ambil jawatan kaki pukul, kali buli berkaliber. QR budak-budak kena ikut kata orang tua lah...keh3x

      MD nak jadi apa ek, AN? Ahah....top student kita nak!

      Eh, tak suka ke kalau dapat satu kelas memang bijak aje? Tiap-tiap hari masuk berita atas kesalahan lalu lintas? Tak suka juga?

      Delete
  13. Eh..nama blog saya merdu ke? Haa.. terima kasih.. kali pertama dapat pujian macam ni.. bagus ni...

    rasanya kita kenal drp blog Okje kot. Ke blog LieyaLatiff.. eh ke PK..Saya selalu tgk nama MD di blog diorang sebelum tu.. lepas tu gitu2 la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merdulah...kalau tergeliat lidah macam nak sebut Aisyi teru aje...cikgu tahu tak apa maksudnya? Saranghae ler....tak faham gak? Meh anak murid take over :)

      Eh, bukan blog akak jilapah owner pemanggang ajaib yang boleh tukar ayam jadi ikan tu ke? .... Betul lupalah AN...tak ingat kat blog mana....

      Delete
  14. Replies
    1. Biarlah rahsia *sambil kenyit-kenyit mata*

      Delete
  15. bukan ke cikgu dah pesan hihihi
    tak tau la nkomen apa lagi.. suka la bc komen MD, okje, AN.. Hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. They all tu memang degil, Ciksu... Jangan ikut perangai ah kaks semua ...

      Cikgu pun dah pening dan malu-malu kucing dapat anak-anak murid degil tak boleh diajar....Eh, Ciksu aje ke ikut kata cikgu?

      Delete

Belajar

Salam kawan-kawan! Hari ini dah masuk hari kedua peperiksaan UPSRkan. Walaupun my anak tidak menduduki peperiksaan besar tahun ni, rasa...