Posts

Showing posts from April, 2015

I takda mood.... (nak kerja!)

Salam kawan-kawan!

Hari ini sudah 30hb April. Sekejap aje masa berlalu. Tau-tau esok dah masuk bulan Mei. Tapi apa yang lebih penting esok, lusa, tulat dan tubeng adalah hari CUTI !

" Marilah, mari! Kita bercuti!"

"Jalankanlah kewajipan, pada keluarga!"

Eh, tetiba aje teruja nak nyanyi lagu untuk mengundi tapi telah ditukar lirik nih ~_^

I nak buat apa esok?

Seriously, I tak pergi mana-mana! I rileks dengan my family di rumah aje sambil menonton movie yang kita download free. Maybe sehari selembar benang 3,4 movies kita bantai tengok sambil buat air liur basi kat atas sofa. 

Hari Sabtu ada majlis pertunangan anak sulung my eldest sister, Ngah (Beliau memang Kak Ngah tapi anak perempuan sulung dalam keluarga dan jadi anak tertua sekarang selepas my arwah abang meninggal dunia...alkisahnya kalau ada yang tertanya-tanya...) Makanya, of courselah I akan menyibukkan diri walaupun tak disuruh. Itu pun I dok sembang jerk dengan adik-beradik yang lain. Kalau suruh buat kerja, mul…

Hari ini hari Rabu ~_^

Image
Salam kawan-kawan!

Yeah, hari ini I tak lupa hari! Hari ni Rabu, kan....

Of courselah tak lupa mengira hari minggu ni sebab hujung minggu nanti cuti panjang *_ * Bestnya dapat cuti 4 hari. Dapat mengulit anak-anak kat rumah pun dah best. Boleh main gomol-gomol sampai pengsan dengar jerit pekik mereka ~_^

Oh, ya! Ada berita sensasi tapi belum rasmi lagi. Ala.... my mak mertua rasanya macam tak jadi datanglah. Hip hip hurray!!!! Semalam kata Hubbydearie, abangnya ada email. Katanya Mami mungkin terpaksa batalkan niat nak datang Malaysia bulan ni sebab entah pak saudara mana nak kahwinkan anak!

Mereka memang macam tu. Kalau dah suka, tetiba je on minggu depan buat majlis kahwin. Kalau kitalah, haruslah nak berhabis ribu riban belas juta gitu bila nak kahwin. Maklumlah pengalaman sekali seumur hidup naik pelamin katanya....

Tapi belum pasti lagi kesahihan berita ni kerana belum dapat berhubung dengan Mami. Akhir bulan ni adik ipar yang bercuti di sana nak pulang semula ke US. Makanya tak mungk…

Untunglah! Untunglah!

Salam kawan-kawan!

I ni selalu je skodeng FB my nieces and nephews. I kalau di alam nyata memang 'geng' dengan depa semua instead of my kakaks atau makciks. Maklumlah I ni muda lagikan.... tak mainlah bergaul dengan makcik-pakcik mahupun kakak-kakak semua *_* Yang sebenarnya dalam group anak-anak saudara ni, I seorang jerk yang tua ~_^

So ada satu nephew ni, adalah seorang kawannya tu memang asal dia post something jerk mesti si kawan ni akan komen bermula dengan, 'Untunglah! Untunglah! Blahblahblah....'

I rasa si kawan ni bekas sawan 'untunglah' masa kecil-kecil dulu sebab itulah sampai sekarang pun masih bersisa lagi sawannya ^_^ Oleh itu, I pun terjangkit sawannya kerana suka sangat 'mentol menyala dalam kepala' bila baca komen si kawan my nephew ni *padanlahmuka*

Cuba bagi hint sikit MD, ni nak cerita pasal apa nih? Jangan make us konpius separuh jiwa raga pulak....

Yalah, yalah... I nak mula berceritalah ni! Cubalah bawa-bawa bersabar. Setakat baca intr…

Jalan-jalan hujung minggu dulu-dulu *_*

Image
Salam kawan-kawan!

Ahah, ini bukan cerita hujung minggu yang terbaru! I pun dah lupa dua minggu lepas atau pun seminggu yang lalu. Maklumlah dah tak berapa bagus ingatan katanya, memanglah koala cute ni cepat lupanya *_*

Masa tu kalau tak silap my sister pepagi dah call adiknya ni nak beritahu yang beliau tinggal sendirian di rumah. Makanya kalau nak berjalan ke mana-mana, silalah bawa sekali. Oh, okey! Jomlah ikut kami 'merayau' mengukur jalan  mana patut!

Mula-mula of courselah kami pergi breakfast dahulu tapi bila tengok dalam folder, takda pulak gambar makanan mahu pun restoran tempat makan. Ini mesti kes pergi tempat yang dah biasa. Makanya tidaklah terliur nak memetik gambar lagi ~_^

Lepas  tu, Hubbydearie bukan main sibuk nak ajak my sister ni pergi ke Setia City Mall. Katanya  tentu my sister suka sebab tak pernah pergi. Kalau ikutkan hati I, memang malas. Setakat shopping mall ni, kat KL melambaklah. Apa yang takda... 

Tapi dah suami tersayang kata 'jomlah tunjuk kat k…

Milan(o), aku datang *_*

Image
Salam Isnin kawan-kawan!

Hujung minggu ni kami tak ke mana-mana pun kerana kaum kerabat ramai yang naik ke Kuala Lumpur. Makanya kita berkumpul dan mengumpat berjemaah ~_^

By the way, tak ke mana-mana tu mengikut definisi kamus dwibahasa Tamil yang I ada, tidak termasuk grocery shopping, melawat shopping mall dan makan di luar *_* Jangan salah faham pulak ~_^

Hari Sabtu kami keluar membeli barang keperluan rumah. Dari Aeon ke Wangsa Walk ke MidValley kami melenjan. Itu nanti kalau rajinlah cerita. Kalau tidak, tak payah ceritalahkan. Panjang weyh nak cover ~_^

Pagi Ahad bangun aje tidur teruslah terfikir nak breakfast di KLCC. Sanggup tu tahan lapar sampai pukul 11 pagi demi nak makan kat foodcourt KLCC tu. I ni kalau sebut KLCC asyiklah teringat pada Pizza Milano. Apa lagi kalau bukan nak makan spaghetti olio. Tak kiralah pagi, petang, siang mahu pun malam, janji dapat makan olio ~_^

Oh, nikmatnya.....


My superheroes lagi baik. Malam sebelumnya I pujuk mereka tidur cepat sikit supaya - &#…

Mommy memang selalu pun over tau ~_^

Image
Salam Jumaat kawan-kawan!

Aduh, terima kasihlah atas puji-pujian yang tak terhingga tentang kecomelan gambar Kak Ton semalam. I faham, memang ramai yang 'makan hati' bila tengok kecomelan I bergayut. Itu baru satu pose, kalau banyak, alahai... tak tahulah persepsi kawan-kawan macamana! Harus ada yang berguling kat atas lantai dapur sebab dok fikir selama ni dia aje yang awet muda tanpa mengetahui yang Kak Ton ni awet cute-comel-lote gitu. 

Hahaha...

Silalah bertabah dan bersabar dengan perangai gediks Kak Ton ni yerk. Sebab itulah I tak suka paparkan pose istimewa my HD and I dalam blog. Takut ramai pulak yang merana *_*

Dah terlanjur bercerita pasal pose gediks ala ngengada tahap nak minta lemps ni, teringat pulak kat entri kawan kita ni... Dah dua entri berturut-turut dok ajak suaminya posing maut dalam blog. Sajalah tu nak suruh penyakit muntah kaler-kaler Kak Ton mampir semula. Dulu jiran sebelah kena sawan selfie. Sekarang ni pulak, bakal besan buat hal. Ish, takut pulak nant…

Bila dah tak tahu nak ke mana ...

Image
Salam kawan-kawan!

My family and I memang rajin meronda dan mengukur jalan di Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya. Adakalanya bila mood terlebih over, kita terus bayar tol masuk highway keluar KL *_*

Tapi ada juga masanya yang kami tak tahu nak ke mana dan nak buat apa. Salah satu aktiviti yang paling kerap berlaku bila tak tahu apa nak buat tentulah melawat taman bunga. Walaupun kecintaan terhadap tumbuh-tumbuhan menipis dalam diri, demi buah hati tercinta, I panjangkan ajelah langkah menuruti jejak mereka bertiga. Lagipun ini salah-satu persediaan bila mak mertua datang nanti (Jangan ditanya lagi bila Mami nak datang, saja nak bagi surpriselah gamaknya mak mertua den ni tau...) 




Sungguhpun beriadah itu aktiviti yang sihat, I ni manalah pernah ke taman untuk beriadah. Tugas I macam biasalah, terus bertukar kepada tukang angkut dan jaga barang. Takda sesiapa pun yang lantik, I dengan rela hati melakukannya. Lagipun I tak berapa rela nak lari setempat apatah lagi suruh lari be…

Cerita Rawak Hari Rabu

Image
Salam Rabu kawan-kawan!

Serius okey, I tak tipu. Tadi masa letak tajuk, ingat nak letak 'Cerita Rawak Hari Khamis'. Tetiba je teringat nak tengok kalendar di sisi. Baru hari Rabulah, cik kak oi. Kenapalah selalu sangat lompat bergalah. I suspect, ini satu jenis penyakitlah walaupun PK kata I menipu. Hahaha....

Hari ini ada makan-makan untuk menyambut ketibaan bos baru dan ucap selamat tinggal pada bos lama (lagi). Wah, kenyanglah makan Japanese food. Budget macam biasa RM40. Tapi knowing me ni kan, mana ada makan bersungguh kalau dah nama Japanese food ni. Again, I pesan Salmon Shioyaki Set. Hopefully hari ni takdalah pulak sake. Huhuhu....

Well, marilah kita tunjuk what I did eat last summer makan-makan sempena menyambut ketibaan bos wanitaku yang ulung ini...


Close up sikit udangnya tu .....


Amacam? Tak terliur? 

Tak terliur takpa. Bukan itu maksudku.... Saja suka-suka nak tayang makan tengahari entah hari bila agaknya ~_^

Tapi dah namanya tekak Melayu separa-sejati-bila-sampai-wak…