Oh, tidak....

Salam Jumaat kawan-kawan!

Whoaaa..... pagi-pagi lagi gigi dan gusi dah buat hal semula! Tapi tengoklah ni, I tak MC pun okey. Kata jiran sebelah rumah, I memang clever tahan sakit sebab nak meng-MC-kan diri hari Jumaat. Padahal elok jerk I datang kerja hari ni, tak terniat pun nak MC tau!

Lagipun kalau MC kena jumpa doktor which I cuba elakkan. Daripada jumpa doktor sakit gigi/gusi macam ni, lebih baik pi terapi minda kat KLCC. Kalau I jatuh demam ke apa, Hubbydearie selalu very suggestion bernas macam ni. Katanya, kalau I pergi melawat kawasan, mesti takdanya mengerang, berselimut bagai atas katil. Hilang esak-tangis dan sikap keji suka minta perhatian tu katanya...

Aha.... 'lomantik' tak my Hubbydearie? So moral of the story, jangan cari cinta sejati dari belah-belah sana nun. Mereka bukan spesies romantik bagi jambangan bunga, coklat Fererro Rocher, Godiva mahupun Royce yang time nak makan pun terasa sayang duit! Kalau nak, beli sendiri dan hantar kepada diri sendiri ~_^

Semalam I ada kata yang kami ada jamuan di pejabat meraikan beberapa orang colleagues yang sudah lama berkhidmat. Ada tu dah 20, 25 tahun bekerja di sini. Memang niat nak kerja sampai pencenlah tu....

Masa nak pergi jamuan tengahari, I pun menggagaulah cari my handphone. Rupa-rupanya elok dalam drawer, ringtone pun tukar silent tak perasan. Tengok-tengok bateri sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. I bawa jugalah tapi tengok semua tak teruja pun nak snap photo, tak akanlah I nak terjun menjunam kat lantai ambil segala shots. Sungguh tak mungkin. Makanya I pegang ajelah elok-elok.

Tetiba tengah big boss beri ucapan, he-ho I berbunyi sikit punya kuat. Nasib baik tak terpelanting dari tangan. I ni kan kalau panik, kalau tanjat gitu, memang suka betul main campak je apa yang dipegang! Lintang-pukang cari button nak silentkan he-ho. Masa tulah terkial-kial macam orang baru beli he-ho baru padahal kalau tak tanjat, tau je mana nak tekankan!

Yang buat I senyum, bukan I seorang jerk terlupa nak senyapkan he-ho jangan memekak dalam majlis rasmi.  Dua, tiga orang kawan lain pun he-ho berbunyi sama. Semuanya mak budak~_^ Maklumlah masa-masa macam tu, memang anak-anak sibuk telefon mak masing-masing.

Masa makan tu, my colleague who is mak anak dua juga, tanya kat I sambil tersenyum...

Who called you just now? Your eldest son huh?

I pun melirik senyum balik.... kita serupa.....*sambilnyanyilaguabangJenalAbidin*

Food yang ada tidaklah menarik perhatian sangat. So-so aje for me. Nasib baik sakit gigi katanya. Makan pun sopan, buat rasa-rasa jerk. Tapi ada satu insiden ni terus membantutkan rasa kebulur nak makan.... 

Tengok banyak kek, my friend pun ajaklah I terus melompat ke dessert. So kami pun ke buffet table. Sorang satu ambil kek tersebut. Masa tu takda siapa lagi makan dessert. I pun rasalah sesudu. My friend ni pulak dah dua sudu disuap masuk mulut bila a colleague of mine ( a non Muslim) came to us and said,

Wait, wait! I think I can feel the liquor! I'm not sure but I think you can't eat this!

Oh, my.... 

I baru nak makan sesudu lagi terus letak atas meja. Biar benar ni....

And, another Muslim friend approached us,

Kak,  yang ini tak boleh makanlah. Jap tu kata ada letak liquor!Saya baru nak ambil, dia kata so sorry tak boleh makan yang ini....

What the @#$^ buat macam ni.....

Selama ni we trust them. They know yang Muslim tak sentuh all these. So, selalunya ambil catering Melayu, tak pun hotel ternama, tak pun kalau ada 'barangan haram', siang-siang dah beritahu kat kita-kita ni makanya senanglah kita tak payah nak susah hati pergi attend!

I teruslah berhenti makan bila dah terasa syak wasangka. Kalau boleh jolok anak tekak, memang I nak jolok kat situ juga. Yes, I did that sebaik balik dari function tersebut. Tekak ni dah rasa mual, kembang semacam je rasanya.... 

I pun ceritalah pada 'kakak tiri' (Remember her? The one yang punch her card at 6.45 am daily without fail?) yang tak attend the function kerana dia vegetarian. So kakak pun habaqlah kat those Japs. Selamba je dia cakap kat bos besarnya,

How could you do this to Muslim local staff? Shame on youlah....

It's true. Sebelum ini mereka tak pernah buat macam ni tapi tak tahulah mengapa kali ni lain ceritanya. Kalau I  tahu, memang siang-siang I tak ikut serta. Lebih baik makan biskut cicah Milo jer kat pejabat!

Petang tu, ada insiden lucu. I nak ke admin bawa dokumen untuk diserahkan kepada seseorang. On the way ke sana, I jumpalah seseorang itu. So, I patah balik nak pergi jumpa my 'kakak tiri' pulak. Lepas jumpa kakak benggali ni,  tetiba I dah pucat lesi. I tengok dokumen yang I pegang dah takda kat tangan. Mana pulak I tercicir ni. I lupa langsung yang I dah serahkan dokumen tu earlier. 

I pun intercommed that seseorang. Katanya tadikan dah bagi..... Oh, lega! 

I pun ceritalah kat my colleague yang sama-sama termakan 'kek berperisa liquor' tu tadi....

Sedap je dia jawab ya....

Kak, saya rasa akak dah mabuk sikit ni kak..... Ni berapa kak, ni berapa kak? (sambil tunjuk jari suruh teka berapa finger yang ada...)

Nak kena tumbuk budak ni tau! Dahlah orang menahan sakit gigi dan gusi. Termakan benda tak sepatutnya macam ni. Dengan lapar lagi sebab makanan yang ada tak sedap mana pun!

Arghhh... malas nak sambung cerita!

Sukalah tu, sukalah tu hari ni novelist tak tulis 'cerpen'..... 

P.S. Dah masuk Subuh  pagi tadi tetiba boleh mimpi yang sangat 'ngeri' membabitkan ahli keluarga sendiri. Terus terjaga tengok jam dah pukul 6.15 pagi. Berdebar-debar dada bila teringatkan mimpi. Orang kata kalau mimpi tak baik, jangan diceritakan pada orang. Betul ke? 









Comments

  1. MD...kalau mimpi tak baik takleh citer kat orang. kalau mimpi baik pun kena cerita kat org tertentu. laaa...awat sama kita hari ni? sama2 mimpi bezanya saya sakit perut dan MD sakit gigi..kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya pernah dengar orang kata begitu. Teringat pun buat saya ngeri. Nauzubillah! Minta dijauhkan. Tak nak ceritalah, simpan ajelah ya!

      Saya minggu lepas kena sakit perut memulas-mulas tapi berulang ke toilet takda apa-apa pun. Lama juga. Sebu, bisa semua bersatu. Rasa memang anginlah puncanya. Awal minggu ni dah kena sakit gusi dan gigi pulak. Ni takut jumpa dentist, tahan ajelah. Makan painkiller barang selori gitu....

      Delete
  2. Erkkkkk. memang mual lah tekak kalau termakan benda yang tak sepatutnyaaa. sempat pulak dia bergurau main kira kira pulak. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja-sajalah tu dok gelakkan akak, katanya orang tak pernah 'mabuk'. Tapi seriuslah, teruk tau office buat macam ni. Selalunya mereka tak buat kalau semua staff ada. Tidak pun mereka akan beritahu siap-siap yang makanan tak halal. Kita pun takdalah teruja nak pergi ke apakan....

      Delete
  3. tetiba rasa nak marah pasal kek tu.. Almaklum la sedara seblog seislam la katakan.. sorang termakan terasa pulak di tekak ni. Sebab tu asben saya dah pratikkan kat saya.. kalau tempat tu pernah ada kontroversi status halal even dah katanya samak liplap pun tak payah la makan. macam kat Ikea & cadbury hahahaha.. Sakit gusi selalu sy belasah letak oral aid jugak even sebenarnya oral aid tu untuk ulser.. sebab dia rasa kebas so kurang rasa sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun sampai sekarang tak makan Cadbury.... Sekali dah syak, takdalah nak cuba lagi.

      Selalu memang tak buat macam ni tapi entahlah hari tu siapa yang bersalah. Katanya makanan tu dimasak oleh tukang masak persendirian kegemaran bos besar. Oh, melampau weyh buat orang macam nih!

      Ahahlah, oral aid tu takdalah cuba dah kata untuk ulcerkan. Entah apahal agaknya dah 2 minggu ni asyik sakit biasa-biasa tapi berlarutan. Minggu lepas sakit perut, minggu ni turn sakit gigi. Tapi mulut dah terasa bahang, silap haribulan memang dapat ulcerlah pulak ni....

      Oh, ya...tak boleh komplen banyak! Penghapus dosa bila ditimpa sakit ni sebenarnya....

      Delete
  4. Aduhai...macamana pulak boleh jadi macam tu? Sengaja cari pasal ke tu?

    Nak kena tibai dengan Kaklong Kawasan ni!

    Tentang mimpi tu, selalunya orang kata kalau mimpi tak baik ia akan jadi sebaliknya...Wallahhuaklam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak tiri dah tanya kenapa jadi macam tu. Selalu takda pun benda macam ni berlaku. Boleh pulak Jap ni bertanggungjawab salahkan tukang masak kegemaran big bos, yang tak prihatin.... Yalah, dah mereka pun bukan Muslim tapi korang tu Malaysians kan, tak akanlah tak tahu bab-bab ni.... Ambil mudah jerk...

      Harapnyalah, kakcik ya.. Kalau jadi sebaliknya, alhamdulillah.....

      Delete
    2. dulu masa kat Japan saya pernah juga termakan coklat ada rum..lepas tu terus rasa mabuk juga hehe

      Delete
    3. Hahaha... tak biasa 'minum', memanglah mabukkan, CikSiti ~_^

      Delete
  5. alamak ada liquor,
    tapi dah kita tak tahu nak wat guano kan

    tentang mimpi, katanya kalau baik atau tak baik
    tak boleh cerita kat orang..
    boleh cerita pada orang yang boleh dipercayai.

    kalau mimpi tak baik
    ludah ke kiri (buat macam isyarat je, jangan ludah betui2
    karang kena muka orang haha)

    lepas tu baca taawuz
    (a'uzubillahiminasyaitonirrojim)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, sebab tak tahu. Tapi bila dah tahu, kembang semacam anak tekak ni. Rasa nak muntahkan semua termasuk makanan yang halal juga...

      Itulah saya tak cerita sebab walaupun tak pasti, masih juga rasa takut. Saya dah buat pagi tadi macam yang Tihara cakap kat sini. Harapnya ianya hanya mimpi buruk ajelah!

      Delete
  6. apa boss Japs tu cakap.. huhuhu.. agak2lah.. takkan dorang tak alert menda2 macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini the whole company punya makan-makan tapi first time big bos hire his personal chef masak. So kata Jap yang in-charge untuk local staff tu, salahkan cheflah! Senang benar. Lepas ni kalau ada even makan-makan big boss buat, memang malas nak pergi dah!

      Delete
  7. ada pulak ye kek tak halal,dah tahu ada Muslim kok tidak diberitahu..tak peka langsung kan..kena sikit dah lupa mana letak fail..klu makan byk kek tu hilang ingatan terus apa.hahaha...

    khurafat la tu semua..pasal mimpi baik ke tak baik kenapa tak boleh cerita pulak?huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah menyampahnya. Kita ni dah lama, tak pernah terjadi lagi kes macam ni. Makanya kita dengan yakin makanlah. Sebab memang tau pun mereka dah arif tentang halal haram ni walaupun tak faham sepenuhnya. Kalau ada syak aje, memang saya tak join. Tapi ni macam full of confidence lah tetiba boleh bantai letak liquor dalam kek. Haru betullah!

      Delete
  8. eh boleh plak mcm tuh yer. bkn tak tau ada staff muslim kat situ. nampak sangat tak alert. tapi klu lyn mm kujolok kan jugak tekak tuh sbb dah rasa tak sedap.
    laaaaa kak mimpi kan mainan tidur.. jgn di fikirkan sgt.. nnti tak tentu hala dibuatnya..
    syaitan tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang buat mendidih darah ni.. Chewah ~_^ Bukan tak biasa. Akak ni pun dah berapa tahun kat sini. So, takda istilah terlepas pandang ke apa. Dah korang yang jemput kita-kita ni pi majlis, tak akanlah tak tahu nak buat cara mana. Kalau tak nak jemput atau malas nak dok fikir menu berbeza-beza, tak payah jemput. Kita pun takdanya nak kecil-kecil hati!

      Delete
  9. mimpi apalah agaknya tu..
    bab makan-makan biasanya, tempat saya pun mcam tu, kadang tu amik caterer chinese tapi bagitahu kat kami dont worry..halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mahu ceritalah, Mar. Takut kalau diingat-ingatkan. Minta dijauhkan hendaknya.

      Halal kata mereka kadang-kala memang tak boleh pakai. Yalah, setakat takda arak, takda daging khinzir tu pada mereka dah halal lah, nak apa lagi. Kita ni bukan fikir tentang itu sahaja. Biasanya kalau bos buat majlis memang saya tak pernah pergi kecualilah kalau katanya guna catering. Itu pun nak tengok juga catering macamana rupanya....

      Delete
  10. Eh.. ngerinya kes gitu.lagi2 tahu time tu gak..kalau saya pun macam MD gak, cuba muntahkan balik. Ai.. simpang jadi gini.. adoi.. 23 hari rasa loya..

    Lagi2 kena masa tak selesa gusi gigi ya..ai memang hangin rasa..

    Moga dijauhkan drp benda tak elok ya. Doa banyak2..mimpi mainan tidur je tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kembang semacam jerk tekak bila tahu ada letak liquor. Yalah, kita tak biasa bila dengar pun rasa nak muntah jerk. Terus hilang mood nak menjamah makanan yang ada. Air pun takut nak minum....

      Nasib baik juga sakit dalam mulut kalau tidak, mewah juga dah mengerjakan makanan. Yalah, cuba ini itu lama-lama penuh pinggan. Oh, tak dapat dibayangkanlah!

      Delete
  11. hoho apa kes dorg serve kek yang ada alkohol ni? tak patut..sungguh la tak patut..

    eh, lebih seminggu i tak singgah bw sini, dah ready lg bersemangat i membuntangkan mata untuk layan mini novel u MD, apsal ala2 mini cerpen je ni? ^^

    ni mesti penangan sakit gigi, gusi niii...get well soon MD :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melampaukan... bukan first time buat majlis. Kalau rasa susah nak asing-asingkan, better jangan jemput jer kita orang ni. Habis cerita. Kita orang pun tak susah hati sangatlah kalau setakat tak dapat makan orang belanja ni....

      I kan sakit gigi dan gusi sebab itulah pendek jer cerpen I kali ni. Kalau tidak, sama naik mulut dengan tangan yang menaip. Memang pengsanlah kalau kata seminggu tak jejak rumah I ni tau....

      Delete
  12. sungguh xpatut depa buat mcm tu kt muslim.....patutnya benda2 mcm ni kena alert la...hish3x........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... nasib baik negara ini kita yang punya. Kalau negara mereka, entah macamanalah agaknya nasib kita.

      Lepas ni kalau bos besar buat majlis guna tukang masak persendirian macam ni, tidaklah saya pergi. Setahu saya memang personal chefnya ni Chinese. Kalau tak prihatin macam ni, memang so sorrylah takda ingin nak rasa makanan yang dimasaknya!

      Delete
  13. sepatutnya letaklah memo non halal kat situ . kan senang . tak de lah buat staff Islam sakit hati kan . mcm x ikhlas je nak bagi makan ke nak cekik dgn sedara mrk je . ke sbb yg non halal tu lbh sedap .. ermmm ... saya klu ada mimpi buruk selalunya akan ceritakan kat my kakak . just utk share antara kami berdua je ... saya pun ada mimpi buruk yg saya hanya cerita pd my kakak saja . bila perkara tu benar2 berlaku , barulah saya akan cerita pd semua org ... mimpi buruk saya selaluny mmg berlaku dan saya x nak org lain salah faham ... Islam pun suruh kita rahsiakan sbb takut jadi fitnah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sepatutnya. So kita ni takdalah terkejar sangat nak rasa dessert yang nampak sedap tu. Tapikan kalau depa letak, of course saya terus tak makan semuanya sekali. Was-was dah.

      Bab mimpi buruk ni saya selalunya berdiam diri aje. Dengan suami pun tak cerita. But that was very ngerilah. Saya tak mahu ingat mimpi tersebut. Harapnya ia sekadar mainan tidur aje.

      Delete
  14. huhu... klo lya maybe jolok2 trs keluarkan klo was2.. sbb trs tbayang kot,.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... terasa-rasa di tekak ni tau. Walaupun katanya liquor tapi dah terasa macam makan apatah!

      Delete
  15. Bila makan bercampur dengan non-muslim , inilah masalahnya MD.. tak dihiraunya halal haram yg muslim ni.... tak ada rasa bersalah pun.. geram jugak bila macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka senang je nak kelaskan makanan tu halal atau haram. Asal takda liquor, takda daging khinzir, okeylah. Tapi kita ni pun kena tengok-tengok juga. Dah katanya dimasak oleh chef peribadi, haruslah peralatannya jadi tak halal juga....

      Delete
  16. Kalau mak dulu masa kerja mau rasa nak terkencing kalau lupa dokumen yg kita bawak kat mana? Ada tak gitu?

    Buat kat mana kak Ton makan makan tu? Tapi bagus jugaklah merekakan sekurang kurangnya mereka informed jugak mana yg tak boleh makan. Kalau tak kaloo..... mau satu bulatan kek habis kena baham haha .....

    Betul....elok tak yah ceritakan kalau mimpi yg tak elok. Kalau tak silap, bila tersedar tu, ludah kekiri sebagai syarat jangan pulak kumpul air liur basi tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pucat lesilah muka, Mak.... Mana tidak, sekejap benar hilang ingatannya. Itu tanda-tanda tak bagus dah ~_^ Saya ni kalau kalut, lagi teruk kekdahnya. Semua serba tak kena. Ni ada satu tedency pulak, pegang something je mesti nak terjatuhkan.... Entahlah penyakit apa pulak!

      Makan-makan tu buat di pejabat. Katanya nak belanja so kita expect memang cateringlah. Selalunya mereka cater emak salah seorang staff yang ada catering service. Confirmlah makanan Melayu. Tapi hari tu dok tanya, takda siapa tahu apa menunya. Ingatkan import dari dapur hotel 5 bintang, rupanya personal chef dia jerk! Harulah... Masa makan tak tahu lagi. Lepas dah termakan liquor barulah tahu siapa yang masak!

      Kalau tidak kerana halal haram, kita orang fikir nak tapau untuk tea time jerk OKje.... *_*

      Delete
  17. Alahaiiii...siannya MD. Macam mana lah dorang boleh tak amik mudah. Baguslah kakak titi tu sound macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyampah tau tapi tak serik. Hahaha....

      Lain kali kalau I tahu bos besar ajak makan dan nak guna personal chefnya, memang saya tak akan pergilah. Buang masa jerk...

      Delete
  18. kesiannya kak MD, termakan benda yang patut..nasib x mabuk kepayang kat opis tu, kalau tak semua staf yang tuo-tuo tu kena heart attack

    ni dah elok belum sakit gigi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tak mabuk, Sal ~_^ Kalau tidak, pecahlah rekod tak pernah mabuk tu. Hahaha... Boleh dibuat main pulak benda serius macam ni. Apalah akak nih.... Sebenarnya menahan sakit gigi ni. Dah lama nyah dari mulut tetiba pagi ni sakit balik. Duh!

      Delete
  19. Err kalut gak MD ni ye? Siap boleh terpelanting benda klu terkejut. Hehhe.

    Mak aii kek tu ada rasa masam2 ke MD? Maaf.. Bkn nk ganggu emosi MD tp nk juga tau sebabnya LM ada terbaca luahan rasa seorang chef yg pernah keje kat hotel ternama. Dia kata byk kek kat hotel2 ni mmg ada campur tutttt bg lembut. Sbb xmo bersubahat dia berhenti keje bukak restoran sendirik.

    Plis plisss pastikan hotel tu mmg restorannya ada sijil halal klu anda tak mau mkn kek ada arak katanya. Sejak tu tgk kek lawa2 kat hotel LM macam takut2 nk ngap. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak je diva lebih, kalut juga, LM ~_^

      Tak sempat nak rasa keenakan kek tu, LM. Baru masuk sesudu kecil tetiba kawan datang beritahu tentang arak tu. Saya pun teruslah letak kat atas meja tak terliur dah nak makan lagi. Itu pun saya ada juga orang dengar. Kata mereka kalau kek kat kedai tu cubalah tengok memang jauh berbeza kelembutannya berbanding dengan kita orang Melayu buat walaupun buat kat kedai juga.

      Yang ini bukan kek dari hotel tapi dibuat oleh chef peribadinya yang berbangsa Cina.

      Delete

Post a Comment