Salam Isnin kawan-kawan...
Semalam tak boleh melelapkan mata. Kalau dah seharian di rumah, memang biasa sangatlah aktiviti tidur di petang hari tu. Menidurkan si Adik pada mulanya tau-tau Mommynya pun tertidur lebih masa juga. Sedar-sedar dah azan Asar! Terlebih tidur gamaknya teruslah sebelah malam tak boleh nak lelap sepasang mata ni. Bila begitu, mulalah teringat entah apa-apa.
Dalam pada entah apa-apa tu, tetiba aje teringat pada arwah abah dan abang sulung. Cerita lama. Makan bertahun sudah. Tapi masih terasa baru di hati. Apatah lagi bila sesekali teringat. Bagaikan perkara baru berlaku. My eldest brother pergi menghadap Ilahi pada usia 45 tahun, kerana penyakit jantung berlubang (katanya di salah satu injapnya terdapat lubang) yang dihidapi sejak berusia 15 tahun. Bagaikan baru semalam mendengar berita sedih ini sedangkan ia sudah bertahun-tahun lalu berlaku. Namun setiap kali berbicara tentang arwah abang, akan mengalir deraslah air mata!
I ni anak perempuan bongsu. Semasa kecil sehingga meningkat remaja, memang jadi kesayangan keluarga terutamanya arwah abang. Manja yang tak berpada-pada. Mengada-ngada. Kalau masa kecil-kecil dulu sebelum masuk sekolah, makan dan mandi pun nak suruh abang yang buat. Sukanya hati bergurau senda dan bermain air dengan abang. Kecoh rumah dengan hilai tawa kami dua beradik. Adik bongsu lelaki pun tak semanja dan semengada-ngada I ni...
Waktu I masuk sekolah rendah, abang bekerja di Kuala Lumpur. Setiap kali abang pulang ke kampung, adik perempuan inilah yang paling teruja menanti kepulangan abang. Mana tidaknya, malam boleh main geletek-geletek sampai letih. Boleh tidur sebantal dengan abang. Abang bercerita. Abang 'popok' sampai tertidur. Maklumlah adik kesayangan. Apa pun abang akan buat janji adik gembira. Nanti esok abang bawa jalan-jalan di 'emporium' atau supermarket kat bandar Batu Pahat. Best kalau abang ada. Apa-apa nak, abang mesti belikan.
Bila abang pulang semula ke KL, saat itulah yang paling sedih. Mahu malam sebelumnya dah mula menangis. Setiap kali tengok abang pulang ke KL, jenuh juga my late father memujuk suruh berhenti menangis. Kalau hari I bersekolah, abang kena ke sekolah dahulu sebelum pulang ke KL. Ketuk pintu bilik darjah dan minta izin pada cikgu di dalam kelas nak jumpa adik kesayangannya. Lepas cium tangan abang, abang akan beri ciuman di dahi. Pujuk-pujuk jangan nangis, nanti abang balik lagi. Abang janji next time balik kampung kita jalan-jalan lagi. Itu pun tak mampu nak menahan airmata I dari mengalir. Peduli apa kawan-kawan sekelas memerhati. Yang penting I memang sedih bila abang pulang ke KL!
Teringat ketika abang kata abang nak kahwin. Abang ajak pergi jumpa 'bakal kakak ipar'. Abang kata kalau adik tak setuju, abang tak kahwin dengan kakak tu! Lepas jumpa, kena sogok dengan gula-gula, coklat dan sebagainya, teruslah hati cair. Okeylah, kakak ni boleh kahwin dengan abang! Tapi abang kena janji. Bila adik dah 12 tahun, barulah abang boleh kahwin! Masa tu tak fikir tentang perasaan orang lain. Cuma fikir tak mahu kehilangan abang. Cuma fikir diri sendiri. Umur abang berapa kalau nak tunggu sampai adik 12 tahun pun, I peduli apa. Abang akur. Bila my umur 12 tahun barulah abang kahwin!
Saat itu, ikatan kasih-sayang adik-abang mulai renggang. Bukan kerana apa. Malu dilihat terlalu mesra dengan abang. Tiada lagi ciuman di dahi. Tiada lagi gurau- senda di depan ahli keluarga. Umur I pun kian meningkat remaja. Mungkin itu sebabnya. Tak sesuai nak bermanja tak bertempat dengan abang sendiri.
Bila abang ada anak, abang pernah menyuarakan rasa terkilannya pada emak. Mengapa adik kesayangan tidak mesra dengan anaknya. Mengapa adik kesayangan tidak sayang pada anaknya seperti abang sayangkan adik dulu. Mengapa adik tak boleh buat begitu.
Hati I memang hiba. Cuma abang tak tahu sesuatu. I memang mengelak diri bila mengetahui kakak ipar cemburu adik dan abang terlalu rapat. Macam-macam kata menghiris hati. Demi kebahagiaan abang sekeluarga, biarlah adik pula berkorban sebagai membalas segala jasanya menyayangi diri ini sejak kecil. Kasih-sayang pada abang, biarlah tersemat selamanya dalam hati. Tak perlu ditunjuk lagi dengan perbuatan seperti masa lalu.
Abang bukan sahaja baik to me, tetapi terhadap seluruh ahli keluarga terutama emak dan abah. Abang tahu dirinya sakit. Boleh sahaja kalau beliau menjalani pembedahan tetapi abang menolak dengan alasan jika berlaku sesuatu kepada dirinya mampukah abah dan emak menerima kenyataan. Doktor tak mampu beri kata pasti ~ hanya 50-50 bila ia berkaitan dengan soal hidup dan mati! Dua kali abang diberitahu doktornya untuk menjalani pembedahan tetapi dua kali itu jugalah abang menolak. Tidak sampai hati abang membayangkan keadaan emak dan abah jika pembedahan tidak berjaya.
Menangis-nangis abang memberitahu kami (my eldest sister and I) pada suatu hari ketika datang makan tengahari di rumah kakak sendirian. Makanya, kami faham. Ingin dipujuk tapi kami hormati keputusan abang walaupun hati ini sedih bagai dirobek bila mengetahui nasib dirinya dan pengorbanan yang dilakukan demi memastikan emak dan abah tidak berduka kerananya.
Semasa I tinggal dengan my kakak, abang selalu datang menjenguk kami. My kakak pandai masak, sama macam masakan emak. Bila abang rindu masakan emak, rumah kakaklah jadi hala tujunya sendirian. Selalunya waktu lunch break di pejabat abang terjah rumah kakak. Kakak pun tau apa niatnya datang waktu tengahari ~_^
Raya terakhir, abang pulang ke kampung bersama keluarganya agak lama. Selalunya satu atau dua hari sahaja beraya di kampung, abang akan pulang semula ke rumahnya di Kajang. Tapi kali terakhir itu, abang pulang beraya selama 5 hari!
Paling terkesan, di pagi hari raya kami melawat kubur arwah abah. Mulanya I nak pergi sekereta dengan salah seorang my sister tapi abang mempelawa I naik kereta dengannya. I akur sahaja. Selesai membaca yasin, I tinggalkan abang sendirian dan terus masuk ke dalam keretanya. Tapi lama sungguh I tengok abang bertafakur di depan kubur arwah abah sambil menangis memeluk batu nesan.
Bila abang pulang ke kereta, matanya merah menangis. I diam tak bertanya tetiba abang bersuara. Kata abang, mungkin beliau masih hidup sampai waktu itu kerana berkat doa emak dan abah. Bila abah pergi, siapalah lagi yang akan mendoakan kesejahteraan hidupnya. I pujuk abang sambil kata emak masih ada lagi. Emak sayang sangat pada abang. Emak selalu kata abang anak syurga. Tempat anak lelaki kesayangannya itu hanyalah di syurga kerana abang terlalu baik. Tak pernah meninggi suara pada ibubapa. Tak pernah melawan kata. Kalau kena marah dengan abah, abang tunduk pandang lantai. Tak sampai 5 minit kemudian, abang akan tegur abah sambil cium tangannya minta maaf! Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata abang setiap kali selepas kena marah,
Bah, Din minta maaf ya kalau Din buat silap! (mencium tangan abah sambil tersengih-sengih walaupun abah memang terkenal sebagai seorang yang garang, marahnya boleh berterusan sehingga dua hari dua malam!)
Oh, Tuhan sahaja yang tahu ketika itu betapa I mahu memeluk abang kesayangan sambil menangis bersama-sama!
Buat pertama kali juga selepas berkahwin, abang 'berjaya' ikut kami berkonvoi berhari-raya ke rumah sanak saudara. Aktiviti ini biasanya jatuh hari raya ketiga atau keempat kerana rumah emakabah memang sentiasa di datangi tetamu sampai tengah malam. Tak dan kami nak keluar rumah. Asal baru nak gerak, ada sahaja saudara-mara yang datang.
Kebetulan juga, itulah tahun pertama kami beraya tanpa abah. Mungkin abang merasakan sebagai anak lelaki sulung, beliau bertanggungjawab mengganti tempat abah, menemani emak yang sememangnya masih dalam kesedihan. Abah meninggalkan kami sekeluarga tiga bulan sebelum hari raya. Sejak abah tiada, memang kami adik beradik seolah hilang tempat bergantung apatah lagi emak yang selama ini bergantung hidup sepenuhnya pada abah.
Semasa beraya di salah sebuah rumah sepupu emak, tetiba abang dengan gembira memperkenalkan dirinya sebagai anak sulung. Yalah, bila bertandang ke rumah sanak saudara yang sudah uzur, mana mungkin mereka kenal kami yang muda-muda. Abang teruja nak memperkenalkan dirinya....
Aha, ini Din... anak arwah yang sulung!
Kami gelak-gelak melihat telatahnya....
Selalunya my arwah abang ipar yang menjadi ketua bila berkunjung ke rumah saudara-mara tapi kali yang itu, abang nak 'ambil alih' ... Manalah kami tau, abang seakan tahu itulah kali terakhirnya beraya bersama kami!
Hari raya ke-5, abang pulang ke Kajang. Sebelum pulang, abang memanggil I yang sedang asyik menonton rancangan hari raya di ruang tamu. I pun turun ke bawah. Baru separuh tangga dituruni, abang naik mendapatkan I. Abang beritahu,
Dik, abang nak balik nih! sambil mengucup dahi I sama macam ketika I kecil-kecil dahulu....(setelah abang pergi barulah I sedar apa maksudnya beliau memberitahu I yang beliau 'nak balik'!)
Terkejut I masa itu kerana sudah lama abang tak mencium dahi adik kesayangannya ini ~sejak abang berkahwin! Bertahun sudah. Anak lelaki sulungnya pun sudah bersekolah ketika itu and I was in my 20's. Ahli keluarga yang lain termasuk isteri abang nampak kejadian itu. Masing-masing terpaku tapi kami tidak mengesyaki apa-apa jauh sekali terfikir yang abang 'buang tabiat' kerana seluruh keluarga tahu abang memang sayangkan adiknya yang satu ini.
Sehari selepas itu, I dan keluarga my sister pulang ke Kuala Lumpur....
Malam 9 Syawal, kami dihubungi oleh anak lelaki abang...
I sedang elok menonton TV di dalam bilik bila my sister menerjah masuk sambil menjerit menangis-nangis,
Adik..... matilah emak macam ni! Matilah emak kita!
Mendengar nama emak, I terus lompat katil. Dalam kepala cuma terfikir tentang emak sahaja. Rupa-rupanya abang yang pergi menghadap Ilahi malam itu.....
Kami bergegas ke rumahnya. Melihat abang terbaring kaku menjadikan hati I remuk redam. My abang kesayangan sudah tiada lagi! Abang yang selalu memanjakan dan menyayangi I seluruh hayatnya, sudah tiada lagi! Tersedu-sedu I di sisi arwah abang sambil memanggilnya. Aduhai air mata, mengapa tak mampu berhenti mengalir.....
I diberitahu abang berpuasa sunat hari itu. Entah apa yang dirajukkan, abang tak sempat berbuka. Ketika sedang berbaring menunggu azan Maghrib itulah, abang menghembuskan nafas terakhirnya. Kata anak lelakinya, dia terdengar satu bunyi seakan keluhan panjang dan bila menghampiri ayahnya yang sedang berbaring, ayahnya sudah tidak bernafas lagi!
Masih tidak terusik sepinggan nasi putih dan lauk ikan masin masak lemak cili padi dan nenas di atas meja untuk berbuka. Lauk kegemaran abang, sama seperti adiknya! Hibanya hati ini hanya Tuhan yang tahu....
Emak dibawa dari kampung dengan perkhabaran abang sakit tenat. Namun, bila emak sampai di perkarangan rumah abang, emak jatuh pengsan bila melihat tetamu berkopiah dan berbaju putih. Namun hati seorang ibu seperti dapat merasakan sesuatu. Emak seakan dapat merasakan ada yang tidak kena namun dipujuk hatinya supaya bersabar sepanjang perjalanan. Sebelum bertolak, tangan emak sempat mencapai kain batik lepas dan baki kain kapan putih yang digunakan untuk arwah abah. Mulanya kami ingin abang 'pulang' ke kampung halaman dan 'menemani' arwah abah tapi akhirnya kata putus diambil, biarlah abang bersemadi di Kajang berhampiran rumahnya.
Ketika kali terakhir menatap jenazah abang, perasaan si adik bercampur-baur. Linangan air mata kian hebat namun terasa syukur yang amat. Tamat sudah siksa abang menanggung sakit selama 30 tahun. Muka abang yang sememangnya putih semakin bersih dan 'cantik'. Abang nampak tenang seakan-akan bayi yang sedang lena tidurnya. Kali terakhir I memandang wajahnya, abang seakan tersenyum tenang.
Kata emak,
Din anak emak..... syurgalah tempatmu anakku! Pergilah dengan tenang, ya nak!
Bersemadilah dengan aman wahai abang kesayanganku di dunia dan akhirat. Semoga abang tenang di sana.
Adik masih rindukan abang. Sejak hari pertama abang pergi, sehingga kini dan selagi hayat dikandung badan....
Alfatihah buat Allahyarham Nordin bin Hj. Ismail.....
P.S. Terlalu banyak yang hendak dicoretkan mengenai abang. Oleh itu, I update entri ini semula demi mengingati seorang abang yang sangat dikasihi.

Tak boleh ditahan airmata ini dari mengalir...
ReplyDeleteSemoga roh Allahyarham Nordin bin Hj Ismail sedang damai di sisi Maha Pencipta.
Al Fatihah...
Saya yang menulis, saya sendiri tak boleh tahan sebak nak check entri ni over and over again.
DeleteSemoga abang tenang dan aman di sana. Abang memang baik sebab itu Allah sayangkan dirinya lebih daripada kami menyayanginya....
inna Lillahi wainna ilaihi rojiun
ReplyDeletesebak rasa hati sepanjang baca kisah ni MD
tak boleh tahan air mata,
moga kita tabah dalam menghadapi situasi kehilangan orang tersayang
saya sendiri kehilangan ibu tercinta
hampir dua tahun,
perit sangat bila kita hilang orang yang lahirkan kita,
namun Allah lebih menyayagi mereka,
Allah Maha Penyayang,
moga kita tenang dan mereka tenang di sana
di tempat yang mulia di sisi Allah.
Saya dah lama mencuba tabahkan hati dan redha dengan pemergiannya yang terlalu awal saya rasakan. Allah lebih sayangkan mereka, Tihara. Siapalah kita untuk menghalangnya bila sampai masa yang sudah ditentukan sejak azali lagi...
DeleteDouble blow untuk emak saya. 3 bulan sebelum itu kehilangan abah diikuti oleh anak kesayangannya. Emak memang hilang arah setelah kedua-dua mereka pergi. Kesian saya tengok emak masa tu. Sedangkan saya sendiri ambil 6 tahun untuk sedar yang abah dah tiada. Abang kesayangan saya pun dah tiada! Hanya memori bersama mereka yang tinggal terpahat selamanya...
Allah... airmata kakak gugur sama membaca entri MD kali ini. Jelas abang lelaki yg istimewa sebab itu Allah sayangkan dia. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah
ReplyDeleteKhususon ila ruhi Nordin bin Hj Ismail al-fatihah...
Abang bagai dah tahu dirinya juga akan pergi mengikut abah. Segala urusan duniawi berkaitan dengan arwah abah sepatutnya beliau yang uruskan tetapi asyiklah beliau bertangguh-tangguh. Sanggup beliau menyuruh adik lelakinya (abang saya yang seorang lagi) uruskan segala peninggalan arwah abah. Bila abang pergi juga, barulah kami tahu sebabnya....
DeleteSedih baca entry MD kali ni..
ReplyDeleteSemoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beramal soleh.
Mudah2an syurga tempat nya.
Seronoknya ada abg yg baik dan penyayang mcm arwah abg MD..
Zaman kecil saya memang penuh dengan memori bersama abang. Bila saya fikir kembali, memang saya seorang yang amat bertuah. Saya dilimpahi dengan kasih-sayang dari emak dan abah, abang-abang dan kakak-kakak sejak kecil lagi. Memangnya saya seorang adik yang manja. Sekarang ini seorang lagi kakak yang cukup baik pada pandangan mata seorang adik, rapat sangat dengan saya. Walaupun sudah melalui kehilangan orang tersayang 2 kali, saya jadi takut bila memikirkan akan melaluinya berkali-kali :(
Deletesedihnya baca entry kak MD ni..tak tau nak cakap apa.semoga arwah Abang kak MD dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..alfatihah untuk arwah..
ReplyDeleteTerima kasih, Sal. Dah lama ingin mencoret sesuatu tentang abang dalam blog ini. Abang memang sangat istimewa. Tiada suatu pun ingatan tentang abang yang mendukakan hati akak kecuali pemergiannya yang agak awal. Kalaulah abang ada lagi sekarang ni, mungkin beliau akan bertindak menggantikan arwah abah. Sayang sekali, umurnya tak panjang. Sedapkan hati ini yang Allah lebih sayangkan insan sebaik dan seistimewa seperti beliau....
Deletebetul tu kak...key word dia adalah redha, semoga dia tenang di sana
DeleteBetul tu. Lama juga nak membiasakan diri dengan kehilangan. Apa-apa pun semoga beliau tenang di sana.
DeleteAlfatihah buat allahyarham....
ReplyDeleteSedih ar baca cerita ni.....bergenang tau air mata mak. Dahlah Pak Jilap tak de mlm ni huhu....Gi Tronoh ambik SA.
Kak Ton, mak dapat rasakan bonding yg sangat rapat antara kak Ton ngan abang tu. Nampak mmg manja sangat Kak Ton ni tau. Nak kena salam cium dahi pulak tu sebelum abg balik KL.....
Weyh berapa tahun beza abg ngan adik pompuan bongsu dia ni?
Okje faham....mmglah terasa kehilangankan kalau org tempat bermanja kita berkawen. Rasa kasih sayang tu jauh. Tp kenapa Kak Ton ngan anak diaorang kak Ton tak rapat ek.....
Yelah....org selalu kata org nak meninggal selalu buang tebiat ek...Tapi selalunya kita akan perasan bila dia telah pergi selalunya...
Apa jadi kakak ipar kak Ton sekarang ni?
Honestly speaking, saya memang adik yang manja sangat, OKje... Saya memang dilimpahi kasih-sayang yang melimpah ruah sejak kecil. Tak pernah kenal susah. Tak pernah kenal sedih. Itulah zaman kanak-kanak saya. Abang dan saya berbeza umur dekat 20 tahun juga. Kalau dulu, setiap kali balik kampung macam-macam hadiah dibelikan, macam-macam gaun cantik dibelikan untuk adik perempuannya ini. Saya je yang dapat itu semua. Adik beradik ramai. Mak bersalin hampir setiap tahun. Cuma saya dan kakak di atas berbeza umur 7 tahun. Sebab itulah mungkin saya jadi kesayangan keluarga.
DeleteSaya ni dulu masa 20-an pun manja. Kalau gatal celah kaki, boleh heret jari jemari mana-mana kakak yang ada suruh garukan sampai lega. Punyalahkan mengada-ngada tak ingat dunia. Itulah sebab saya rasa saya ni lambat matang :)
Saya tak rapat dengan dua anak abang sebab menjaga hati orang, OKje... Yang paling penting, saya tak mahu abang saya susah hati!
Ada perkara yang kita tak boleh bercerita panjang lebar nanti katanya membuka pekung di dada. Cukuplah sekadar bercerita mengingati abang tersayang. Yang lain-lain tak begitu penting lagi bagi saya....
Ok...ok ....faham..... sambung kat WA jerlah hihi...
Delete^_^.... Tak tahu nak kata apa....silalah tanya, tengok boleh jawab ke tidak :)
DeleteMD..saya nangis baca Kisah Abang awak ni..Orang yang baik selalu pergi dulu..sedih tak mau komen byk2..:(
ReplyDeleteMungkin betul juga, orang baik pergi dulu. Tapi hakikatnya, Allah lebih sayangkan mereka. Ajal maut tak boleh cepat mahupun terlewat bila dah sampai masa. Sakit, sudah tua dan sebagainya hanyalah alasan semata.
DeleteSebenarnya saya memang beruntung, Diana. Arwah abah, emak, kakak-kakak, abang-abang dan adik semuanya sayangkan saya. Saya memang dilimpahi kasih-sayang yang melimpah ruah sejak kecil dulu. Cuma bila meningkat usia, haruslah perasaan jadi berbeza. Kita pun dah ada keluarga masing-masing. Perasaan terhadap adik beradik memang akan akhirnya berbeza berbanding ketika sama-sama tinggal sebumbung dahulu...
ReplyDeleteInnalillahi wainnailaihi rajiun...MD potong bawang erk. Sampai cyberjaya pedih bawang tu masuk mata. Beruntung MD dapat abang yang penyayang. Kita pon pernah kehilangan kakak dan abang. Kakak pergi masa kita darjah enam. Abang plak pergi masa kita tengah pregnant anak sulung. Tahun 2007. Bila MD citer pasal arwah abang MD ni, terus teringat kar arwah kakak & abang kita. Sebab dorang kakak & abang yang best...Al-fatihah :-(
ReplyDeleteSesekali potong bawang, Fiza, tak boleh selalu. Deras air mata menahan pedihnya...
DeleteAlfatihah buat semua insan tersayang yang telah meninggalkan kita. Semoga mereka tenang di sana. Hanya alfatihah yang dapat disedekahkan, pengganti rindu yang hadir sesekali dalam diri.
alfatihah, sebak membaca n3 MD ni. jgn lupa sedekahkan alfatihah bila rindu tu menjelma yer, tanda ingatan kita tk pernah padam pada arwah..
ReplyDeleteKalau ikutkan rindu, memang sentiasa rindu, KA. Hanya Allah yang tahu rindu yang tak mampu diubati lagi. Hanya alfatihah pengganti rindu tersebut. Tak pernah lupa setiap kali selepas solat lima waktu!
DeleteAl-Fatihah. Sampai tak tahu nak komen apa ni akak , sebak benar hati orang sekarang ni. Huhu. Semoga dia tenang dekat sana. :)
ReplyDeleteHarapnya my abang tu ahli syurga juga hendaknya... Baiknya beliau sebagai seorang abang dan seorang anak memang tak boleh lupa, tak dapat dinafikan lagi!
DeleteGugur airmata CH membaca entri ini MD... CH sekarang baru kenal erti rindu bila kehilangan arwah abah, tiga bulan yg lalu.. apa lagi MD yg melalui 2 orang yg disayangi pergi..
ReplyDeleteAl fatihah buat arwah abang MD.. semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan damailah ia disana . Aamiin..
Faham saya, CH. Memang siksa bila menghadapi saat kehilangan orang tersayang ~ tak kisahlah sama ada kita sudah bersedia atau belum. Yang pasti kita tau insan tersayang tak akan kembali bernyawa lagi.
Delete6 tahun saya ambil masa untuk memujuk hati menerima kenyataan yang abah yang dikasihi dan abang yang disayangi telah tiada....
Al-Fatihah buat arwah...
ReplyDeleteSemoga abang saya tenang di sana....
DeleteTakziah buat MD dan keluarga.. kuat betul ikatan adik beradik antara MD dan arwah.. membacanya pun dah membuatkan ramai sedih. Menitis air mata.. jarang jumpa adik beradik yang boleh mesra sangat sampai kalau nak ke tempat lain wajib pergi jumpa dulu.. patutla dah lama arwah xda pun terasa sangat kehilangan lagi seolah-olah baru berlaku kejadian ni. Arwah ni orang kelantan sebut 'mati muda'.. mmg baik orangnya ni.. Saya yakin..
ReplyDeleteMacam mana tahu kak ipar cemburu? Menyibuk lak nak tahu.. Hihi..
Saya tak sempat nak merasa kasih sayang seorang abang..arwah abang sulung saya meninggal masa usia 2 tahun, masa kak long bayi lagi. Kami ni dengar jelah kisah arwah abang. Abang ipar yang paling baik dengan saya pun dah tak ada, yang tahun lepas meninggal tu.. alahai sedihnya.. bila fikir2 orang yang baik2 ni cepat je meninggal..
Kami memang akrab masa kecil-kecil dulu. Beza umur abang sulung dan adik lelaki bongsu saya lebih 20 tahun. Tapi yang paling manja dalam keluarga dah tentulah saya ni. Yang lain suka melayan. Tiga kakak yang pertama memang manjakan saya. Abang sulung apatah lagi... Sekarang ni tinggal kakak yang paling sulung yang rapat dengan saya sampai emak saya kata kakak ni dah macam emak saya~menjaga saya dari kecil sampailah dewasa dan kini jaga anak-anak saya macam cucunya pulak!
DeleteSaya masih ingat sampai sekarang perangai abang kesayangan saya ni. Kalau beliau jumpa semut dalam air, bukan main menjerit sambil buat muka hingga kita nak gelak. Teringat saya pernah satu hari dengar beliau menjerit di luar rumah. Rupa-rupanya sebab ada kucing landing atas keretanya dan beliau geli nak halau kucing tersebut *_* Saya dan kakak bantai gelak tak ingat dunia sambil geleng kepala!
Ni jawap komen random ke apa? Haha.. saya tanya lain dia cerita lain..
DeleteBagitahu la mcm mana kak ipar cemburu keakraban MD dan arwah?
Tak mahu buka cerita lama. Macam jawapan saya kepada OKje. Saya hanya nak cerita di blog kisah abang kesayangan saya sahaja ~_^
DeleteAl fatihah utk arwah abg MD.Kuat sungguh pertalian MD sekeluarga.kuatkan semangat MD dan x salah menangis sekali sekala bila teringat pada insan yg dh.pergi tinggalkan kita
ReplyDeleteMasih ingat lagi bila abang nak balik kampung, abah akan pergi pasar beli udang galah sebab abang suka. Mak akan masak kari udang galah. Kami adik beradik yang di kampung ni tentulah teruja bila tengok udang besar tapi selalu kena marah sebab kena tunggu abang balik dulu. Tapi saya selalu ngelat. Kalau mak tak beri, saya merajuk taknak turun makan nanti. Malas agaknya tengok kerenah saya, mak bagi jer saya makan dulu. Tapi sungguh gitu sebab sayang sangat kat abang, saya selalu tunggu nak makan dengan abang. Duduk makan sebelah abang!
DeleteBergenang airmata saya MD..
ReplyDeleteingatan yg tak mumgkin akan padam dari ingatan.
Saya ada 9 adik, MD. masa raya saja saya berpeluang mencium pipi 7 adik2 lelaki saya. saya sentiasa mengharapkan adik2 ipar saya tidak mencemburui saya. iyalah, saya kan kakak mereka...
pengajaran buat saya...mudah2an adik2 saya juga akan merindui saya setelah saya tiada seperti MD merindui arwah abang MD
Maknanya samalah kita, Anim. Saya pun ada 10 adik beradik. Saya nombor 9, perempuan bongsu. Ada satu lagi adik lelaki dan yang nombor 5, abang kedua saya. Masa semua belum berkahwin dan 5 adik yang paling bawah ni masih kecil-kecil lagi, kami cukup akrab. Kalau makan mesti selepas abah balik kerja tengahari. Bila minum petang, abah akan mula bagi teka-teki, sambung pantun mudah, lawak jenaka dan sebagainya. Besar gelak kami adik beradik. Saya rasa masa itu paling indah. Mungkin bagi emak saya pun memori yang terindah dalam hidupnya melihat suami dan anak-anak berkumpul dan hidup penuh riang gembira!
DeleteBila masing-masing keluar dari rumah untuk bekerja dan berkahwin, ikatan sedikit berbeza berbanding dulu. Bila ada yang dah berkeluarga, lebih besar perbezaannya. Saya memang amat rindu saat tika kami semua tinggal sebumbung!
Saya pasti Anim pun seorang kakak yang baik. Tentu adik-adik yang ada akan sentiasa mengenang kakak sebaik Anim jika ditakdirkan suatu masa nanti kita harus pergi dari hidup mereka....
Salam rindu sayangku....lama sungguh akak xjengah sini...sibuk + mood berblog ke laut menyebabkan dunia blogging akak makin ke laut......Kehilang insan trsyg memberi tamparan hebat pada kita...last year akak kehilangan 3 org insan tersayang...arwah pakcik, abg long n k.long...terasa separuh nyawa melayang......hingga saat ni airmata pasti tumpah bila merindui mrk.
ReplyDeleteSalam penuh rindu juga, kak... Saya pun lama tak dapat berkunjung kerana sibuk membahagi masa ~_^
DeleteTak dapat diterangkan dengan kata-kata bagaimana perasaan kehilangan orang tersayangkan, kak. Hanya bila melaluinya, barulah kita tahu pedihnya bagaimana...
Kalau dah terlalu sayang memang tak kira bila kita mengingati mereka, akan tumpah juga air mata. Untuk membalas komen di sini pun, entah berapa kali air mata saya ni bergenang, kak.... Bila teringat abang, terasa bagai hancur terus hati ni.....
sedih...
ReplyDeletesebagai seseorang yang pernah merasai kehilangan, saya memahami apa yang MD rasakan.... semoga terus tabah dan biar kenangan terus hidup di dalam ingatan.. insyaAllah, bertemu semula di syurga nanti..
sabar k..
Saya sentiasa mendoakan kesejahteraannya di sana. Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Kenangan bersama abang tersayang, memang tak mungkin akan hilang dari ingatan selagi hayat dikandung badan...
DeleteAl fatihah buat Allayarham. Moga syurga buat abang MD. manjanya MD dgn abang ye. Berlinangan air mata baca bait2 kata MD.
ReplyDeleteBetul la.. Hati ibu. Mmg dia terasa ank dah takda kan?
Err apa yg abg rajukkan sampai dia tak sempat jamah nasiknya utk berbuka MD? Sempat tegur air ke? Sayu rasa hati baca dia tak sempat makan:(
Saya memang terlalu rapat dengan beliau, LM. Kenangan zaman kanak-kanak memang dipenuhi wajah beliau. Abanglah yang selalu memenuhi kehendak hati adiknya ini. Abanglah yang selalu cuba membuat zaman kanak-kanak adiknya ini ceria selalu. Saya masih ingat bila abah mengadu pada abang tatkala saya boros berbelanja ketika mula bekerja dan jawab abang~ Biarlah, Bah. Dia baru dapat pegang duit. Teringin juga nak baju hijau, kasut hijau. Baju merah, kasut merah. Lama-lama nanti pandailah dia sayang duit!
DeleteSaya sengih aje gembira kerana ada abang yang tolong back-up ~_^
Abang memang sakit tapi tak pernah sekali pun tunjukkan pada emak dan abah yang beliau sakit. Jadi bila diberitahu abang tenat, emak rasa pelik. Tak pernah berlaku sebelum itu. Ketika hampir sampai ke rumah abang pun, emak sudah jadi pelik. Kalau tenat, kenapa tak bawa abang ke hospital. Kenapa perlu biarkan abang menahan sakit di rumah... Hati emak memang kuat mengatakan abang dah takda tetapi beliau pun cuba menafikannya. Itu ikut kata abang kedua yang bawa emak ke rumah abang ketika itu...
Entahlah, saya pun tak tahu. Kalau tengok kepada keadaan nasi dan lauk kegemarannya yang tak berusik tu, saya rasa abang belum makan. Yalah, kata anaknya, beliau berbaring ketika menunggu azan Maghrib... Saya pasti abang masih berpuasa ketika itu....
Kak, sedihnya baca entry ni. masih terngiang2 bagaimana Arwah Abah meninggalkan kami sekeluarga. Hanya Allah saja yg tau..
ReplyDeleteSemoga Allahyarham tenang dan damai di sana. Semoga rohnya di cucuri rahmat & diletakkan di kalangan org2 yg beriman. Al-fatihah. Amin
Sudah lama sebenarnya nak menulis tentang abang tapi tak kuat semangat. Kalau malam hari, tak dapat tidur, mulalah teringat kisah-kisah lama dulu. Akak yang menulis ni pun setiap kali nak balas komen, bergenang air mata. Kuat lagi ingatan pada abang sebenarnya. Setiap patah perkataan menulis, asyik teringatkan dirinya dan kenangan kami adik beradik dulu-dulu. Indahnya... akak memang tak akan lupa!
DeleteOrang yang kita sayang, tak kiralah betapa lama mereka telah tinggalkan kita, akan terus tersemat nama mereka dalam ingatan kita ni, Lyn.
MD..sape la yang potong bawang ni..kan dah berair mata acik ni.
ReplyDeleteacik pun sama mcm MD..ada 5 kakak ipar..tapi masa acik sekolah dulu baru ada 3..tapi tiga2 cemburukan acik..tapi tak pulak cemburukn adik perempuan acik.
tapi skarang ni yang dua tu dah meninggal..tinggal yang sorang tu..Alhamdulillah dah lama lupus cemburunya sejak acik dah kawen
Entahlah Acik susah nak tafsirkan mengapa. Saya malas nak mengingati hal tersebut. Yang masih ada kuat dalam ingatan hanya kasih-sayang arwah abang terhadap saya dan kenangan indah bersama-samanya ketika saya masih kanak-kanak. Yang itu tak akan saya lupakan selamanya!
Deletesedihnyaaa baca entri akak kali ni. sebak rasa. semoga arwah tenang di sana. al fatihah.
ReplyDeleteSesekali bersedih. Akak ni kan spesies suka gelak dan lawak memanjang. Bila teringat pada arwah abang, memang sedihlah jadinya...
Deletesebak dan menitis air mata ... ada ulama kata , org yg meninggal pada usia muda sebahagiannya krn amal ibadahnya sudah cukup ... buatkanlah sedekah , amal jariah bagi pihaknya supaya arwah mendapat ganjarannya di sana . buatkan upah haji jika belum ... semoga Allah menempatkan arwah bersama orang - orang beriman ... al fatihah .
ReplyDeleteMungkin ada betulnya, Vee. Arwah abang ni memang seorang yang baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Sampai sekarang tau saya ingat macamana arwah tersengih aje bila kena marah. Kalau kita ni, kena marah aje mulalah merajuk. Mulalah nak memberontak dengan makpak sendiri!
Delete