Salam Selasa kawan-kawan!
Ahah, hari ni I nak 'baling belakang' sembunyi tanganlah *_*
Sebenarnya banyak cerita dan gambar yang tak masuk blog. Baik cerita berjalan-jalan mahupun makan-makan dan beraktiviti. Bila dah banyak sangat idea dalam kepala, tak dan jari-jemari nak catch up lelaju makanya terbiar gitu ajelah. Cerita di Avillion Admiral Cove tu pun sebenarnya belum sampai ke noktah terakhir ya tapi I penatlah nak mengarang manuskrip untuk novel alaf baru ni.....
Lama sungguh dah cerita ke Melaka ni tapi bila ya tarikh sebenar? Duh, I is lupa maklumlah usia dah lanjut katanya....
Kami ke Melaka for a day trip kerana 'nak jalan-jalan' katanya. Makanya I pun macam biasa siapkan itinerary laksana nak pergi vacation nun ke Paris gitu. Padahal pergi Melaka aje, kalau teruskan lagi perjalanan, boleh bermalam di rumah pusaka milik emak. Tapi dah katanya spesies si Tanggang, emak takda rumah makanya tak payahlah susah-susah hati nak balik kampung!
Perbualan macam biasalah. Bila sampai Jumaat malam, mulalah berbincang suami isteri mana nak pergi hujung minggu. Makanya, kata sepakat dicapai tanpa perlu bertikam-lidah~ kita ke Melaka sahajalah. Hajat di hati nak naik beca tapi tetiba aje malu pulak nak berbeca ala-ala tourist dari Kyrgystan rasanya ^_^
My superheroes asal kata nak naik kereta jalan-jalan, memang meriah sungguh suasana. Teruja melampau. Tak kiralah ke mana pun kami nak bawa mereka berjalan. Dapat pergi Pustaka Seri Maju belakang rumah mahupun beli aiskrim RM1 kat Petronas berhampiran pun dah happy melampau. Berpuluh kali ucap terimakasih pada MommyDaddy! Inikan pulak kalau betul maksud 'berjalan-jalan' tu, memang tak berhentilah ucap terimakasih sambil peluk cium pipi memanjang!
Okey, okey, cerita Melaka is coming now ~_^
Kalau ikutkan rancangan asal, kami nak melawat banyak tempat di Melaka tapi dek kerana ini hanyalah a day trip, masa memang tak mengizinkan. Bertolak dari rumah aje pun dah pukul berapa. Sepatutnya kalau banyak tempat nak cover, haruslah selepas solat Subuh dah gerak keluar, ya tak?
Kita mulakan dengan Zoo Melaka. Yeah, Bubbly Abang dan Adik Cute dah boleh bangga diri sebab sudah beramah-mesra dengan haiwan-haiwan yang ada di zoo. Ini kali pertama buat Adik Cute tapi dah banyak kali masuk zoo buat si Bubbly Abanglah.
Dek kerana Mommynya tetiba teringat status selebritinya, makanya kita naik tram ajelah. Panas weyh kat Melaka ni. Peluh menitik boleh basah bawah ketiak. Tak sanggup I nak bermandi peluh. Perfume tak bawa pulak tu.... Hubbydearie tak susah hati berpeluh sebab beliau memang suka bermandi perfume. Makanya long lasting baunya sampai bangun tidur esoknya...
Pusing pun sekejaplah sangat (Habis tu siapa suruh naik tram? Kalau nak berlama-lama, jalan kakilah cik kak oi....)
Keluar dari Zoo Melaka kita menuju ke Bandar Melaka. Ingatnya nak cari rumah upside down tu dan nak bawa superheroes masuk. Oh, yes... kalau Hubbydearie yang pandu arah, memang jumpalah tapi, tapi, tapi...tengok orang beratur panjang, tak kuasalah Akak Diba nak queue sama. Bab-bab queue ni memang I sorang jerk conquer. Hubbydearie tak buat punya. Maka kita batalkan niat. Kita pi singgah Masjid Selat Melaka untuk solat.
Selesai di sana, kononnya nak pergi Jonker Street. Eh, bukan kononlah...memang betul pun kami pergi! Dulu pergi tapi tak dapat naik beca. Konon kali ni naklah try. Bila kena berpecah dua~ Abang ikut Mommy dan Adik ikut Daddy, teruslah cancel. I ni kalau anak-anak takda di kiri-kanan I, memang tension gila. Nak semua ikut I, kesian pulak kat pakcik bawa beca tu. Hahaha!
Makanya kita naik cruise ajelah di Melaka River Cruise. Masa ni penuh satu bot makanya duduk pun berlaga-laga lutut. Memang tak berapa seronok. Si Adik pula tetiba buat muka penakut, tak mahu berganjak bergayut dengan Daddy makanya takdalah gambar menarik dapat diambil. Menikmati pemandangan di kiri-kanan sahajalah sambil menghidu bau busuk air sungai. My superheroes ni bukan boleh bau-bauan di luar kemampuan hidung mereka, mulalah dok bising, "Eh, apa bau ni? Apa busuk sangat ni...."
Tunjuk signal suruh senyap pun buat derk aje sebab mereka tau Mommy tak akanlah nak 'mengamuk' depan orang. Mommykan perempuan Melayu terakhir yang paling bersopan-santun dan penuh kepura-puraan. Hahaha....
Dek kerana kami parking kereta agak jauh, akhirnya terpaksalah juga menapak bila nak menuju ke kereta. Penat punya pasal, makanya ini ajelah yang sempat dibuat di Melaka. Nak merasa Coconut Shake mahupun makan sedap-sedap pun tak dan.
Ingat nak pergi makan ikan bakar tapi bila memandangkan si Abang tak makan ikan-ikan bakar ni, makanya kesian pulak nanti kita sedap makan dan dia terpinga-pinga melihat. Makanya batalkan niat lagi.
Lain kalilah kita pergi Melaka lagi. Kalau pergi selalu pun bukan ada apa!
On the way balik ke KL Hubbydearie beritahu yang beliau penat memandu tapi macam biasa isteri mithali memang tak mahu drive kalau suami tercinta ada bersama. Jadi dengan muncung sedepa, HD kata next time pergi Melaka marilah kita tidur kat hotel ~_^
Bila nak pergi Melaka lagi?
Tak tahulah tapi memang takda dalam senarai pada masa terdekat ini ^_^
Kakcik selalu juga ke Melaka tapi ke zoo tu dah berzaman tak singgah. rasanya kali terakhir masuk ke situ 11 atau 12 tahun yang lalu... :)
ReplyDeleteKalau ada kali terakhir dan pernah sampai tu kira dah okeylah, Kakcik. Ada orang langsung tak pernah sampai. Hehehe....
Deletehehehe walaupun en suami CH org Melaka tapi tak pernah singgah Zoo Melaka tu MD.. katanya tak tahan panas dan menapak jauh...
ReplyDeleteAda sekali pergi Bandar Melaka .. tahun 2011 rasa nya .. itu pun singgah sebab nak Melawat MIL masuk hospital Melaka.. Adalah Naik Cruise, Taming Sari tu aje.. pastu tak pergi dah jalan2 Melaka hehehe..
Memang penat kalau jalan-jalan balik hari MD , memang patut kena cari hotel utk menginap satu malam pun jadi..
Biasalah CH. Kalau dekat memang tak teringin nak pergi. Kat rumah kampung saya tu ada waterpark macam kat Shah Alam tapi kami sekalipun tak pernah masuk. Tak terliur pun. Tempat lain habis kita lenjan :)
DeleteEh, eh...pernah masuk. Sekali ~_^
Saya nak naik Taming Sari tu tapi takut anak-anak seriau. Err, yang sebenarnya Mommy yang seriau lebih pastu malas nak queue beli tiket *_*
Acik dulu kan MD..nasa dok nilai..pi melaka pun tidur semalam..
ReplyDeletetapi dah dekat sikit dok seremban ni baru balik hari.acik kalau ke melaka..dataran pahlawan tu tempat wajib singgah.
Hahaha...rasa macam segan pulak Acik nak tidur bermalam kat Melaka padahal rumah sendiri pun dah dekat aje, lagi sikit aje nak sampai kalau memandu terus ke BP *_*
DeleteNi saya nak tahu apa ada kat Dataran Pahlawan tu sampai jadi tempat wajib singgah? Saya tengok macam takda apa-apa jerk :) Ohhhh... saya pernah beli baju kelawar kat arked di sini tau... baru teringat *_*
Salam tuan rumah..lama tak berkunjung kesini..pekabar ?? hehe
ReplyDeletekenapa sy rasa tak pernah pegi tempat2 ni, walhal suami org Melaka.. haha
Wa alaikum salam dan khabar baik *_*
DeleteItu perkara biasa. Kalau tempat sendiri memang kita tak teringin pergi. Silap haribulan tak pernah sampai pun. Kalau tempat jauh, sekali pergi nak pergi lagi dan lagi ~_^
Adik makan apa tu sayang sampai comot-momot macam tu hihi..
ReplyDeleteJenjalan ni MD yg penting anak-anak bahagia kita tumpang bahagia. Riak muka mereka happy mummy/daddy pun happy sama walau sebenarnya letih kan..kan.. Itulah bila dah jadi parents ni semua sama aje. Tengoklah nak makan ikan bakar pun kurang selesa sebab abg kurang minat. Tindakan betullah tu. Apa guna kita happy anak tak happy... priority mesti pada anak kan..
Adik makan aiskrim Cornetto, Aunty Zakie ~_^
DeletePenat budak-budak ni sebenarnya. Lepas 'penat' naik tram, sebelum masuk kereta dah minta nak aiskrim, air sedap bagai.... Belikan ajelah... Kalau tidak kecoh sepanjang perjalanan yang seterusnya :)
Jalan-jalan macam ni pun sebab anak-anak juga, kak. Kalau ikutkan diri sendiri, lebih baik duduk rumah hujung minggu. Banyak kerja nak dibuat *_*
Saya kalau berjalan memang selalu fikir kebajikan anak-anak, bukan macam Daddynya. Hahaha....
Pustaka Seri Maju tu kedai buku ke,kedai mamak? hahaha
ReplyDeleteSaya tak pernah naik river cruise tu,ke Melaka pun lama tak pergi....mak ayah saya yg dah naik cruise tu mmg bagitau benda yg sama: bau busuk!! hahahaha
Hahaha... Itu kedai buku belakang rumah :) Dulu si Abang ni suka makan mamak. Lepas Daddynya tunjuk satu 'scene menarik' di India, terus dia pangkah kedai mamak. Sekarang kalau ajak makan mapley, memang dia tak mahu turun kereta!
DeleteSaya ni pun kalau time rajin, asyik berjalan aje. Kalau tak rajin, asyik melingkar aje *_* Betul tu, memang busuk bau air sungai tu. Pemandangan kiri kanan dah cukup cun saya rasa, boleh masuk scene drama pukul 7 malam kat TV3 tu tapi baunya memanglah tak boleh tahan!
hahaha..memang busuk sikit..kalau bawak budak-budak memang ada risk diorang exclaim "apa busuk ni?"..nak buat cmane, kanak-kanak kan jujur...huhu
DeleteKecohlah anak-anak akak ni, Sal. Siap tutup hidung membebel. Depa ni kalau terbau benda busuk sikit, mulalah buat lagak nak muntah bagai. Janganlah bawa ke bahagian barang basah kat supermarket tu. Ada juga yang muntah kat lantai nanti. Sama naik si Abang dan Adik!
Deletedah lama tak pegi jalan jalan kat melaka. hari tu pegi sebab kebetulan lalu melaka & singgah melaka semata mata nak cari coconut shake klebang. hahahaha. ehh apesal comot benauuu mulut adik tu. hikssss. zoo pun dah lama tak masuk. hahaha. nani ni tak berapa minat binatang. tak kena dengan jiwa sangat. hahaha :P
ReplyDeleteAkak ni Nani kalau plan memang tak menjadi. Kalau mengejut terkejut pepagi buta di hujung minggu tu, memang on lah kisahnya.... Ini antara yang mode 'on' lah....
DeleteAdik baru makan aiskrim, Kak Nani. Adik tak tahan panas sangat dalam zoo maka Adik tenyeh je aiskrim Cornetto tu kat mulut. Senang sikit....
Akak pun tak kena dengan jiwa zoo-zoo ni semua tapi sebab anak-anak, kenalah masuk juga. I is diva gitukan, tak tahan ler bau-baun lain macam ni ~_^
Penat sangar dah adik nampaknya tu. Kalau bagi bantal, mau lena dan dan tu jugak......
ReplyDeleteYelah teringat si AN cakap ada rumah terbalik kat Melaka. Tak pelah nanti boleh pergi lagi. Bila tu , toksah tanya, lagi di tanya kang makin lama perginya kang.
Ngengadalah Kak Diba ni, nak pulak anak kanan kiri....nampaknya kena req beca kembarlah kalau cenggitu....
Udahlah....mak nak beradu....ngantuk tahap sawan dah ni....
Masuk aje kereta lepas naik cruise terus tidur sampai KL, OKje... Memang penat. Adik ni pun tau ajelah bila dah penat, dia nak bergayut. Dengan Mommy memang tak boleh bergayut-gayutan sebab tak kuat. Tak ringan si Adik ni....
DeleteIngat nak juga masuk rumah tu tapi queue mak ai... tak sanggup Kak Diba nak mencemar duli beratur panjang sama-sama fans tau tak!
Eh, memang gitu. Kalau keluar dengan anak-anak, semua nak dengan saya. Barulah feeling safe gitu. Lepas tu memekak, membebel sebab semua kita kena buat sendiri dan Daddynya macam orang bujang jerk jalan sorang. Sendiri cari pasal, sendiri mulut bisingkan... Hahahaa...
Mak ni sekarang kalau datang dah tengah malam. Asal datang jerk, dah nak tutup lampu bilik. Dah jadi BFF batman ke, Mak?
Selamat cuti ! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* villa
ReplyDeletewww.villafamosaresort.com
Oh, ya! Kalau kembali ke Melaka mungkin boleh singgah ke sini :)
Deleteuntung lah ada driver kan. boleh bersenang lenang di sebelah.
ReplyDeleteermmm kena pi repeat lagi tu kak.. tak habis jelajah melaka lagi tuh.. heheheh
Hahaha....sekarang memang banyak untung. Dulu-dulu dah penat jadi driver. Nanti Lyn pun boleh buat benda yang sama~jadi mem besar duduk kat belakang :)
DeleteMemang kena repeat lagi tapi tak tahu bilalah!
pergi melaka memang tak cukup Satu hari kan MD..paling kurang pun dua hari satu Malam baru puas pusing.teringin juga nak ke upside down tu..tgok AN pergi macam best ja.. kami pun dah lama tak ke melaka.river cruise pun tak merasa naik lagi..tunggu budget penuh poket baru jjcm melaka..entah bila la kan nak byk duitnya.hahaha
ReplyDeletePenat jugalah dari pagi sampai petang jenjalan. Kalau suruh jenjalan sorang diri kat shopping mall dari pagi sampai malam pun tak sepenat ini. Bawa anak-anak lagi. Kena tengok ragam juga. Lain kali memang kena bermalam tapi hotel kat Melaka nampak eksotik sangat sampai jadi seram. Hahaha....
DeleteAsal ada duit makan, duit minyak dan duit untuk hotel bajet, jalan ajelah, PK. Kalau nak tunggu duit penuh kat bank memang tak berjalanlah jawabnya.....
rumah terbalik tu baru ke?kalau ke Melaka kenalah tengok Muzium Kapal Selam kat klebang ngan A Famosa..barulah lawatan sambil belajar
DeleteAkak pun baru tau dari blog cikgu AN tu~ aisy-nasiha.blogspot.com
DeleteMaybe tarikan baru di Melakalah. Tapi masa pergi tu ramai yang beratur. Tidaklah akak nak mengeluarkan peluh barang sebaldi dua beratur juga :) Nanti-nantilah kalau kita terjah Melaka hari biasa, bolehlah singgah.
Sal nak ikut tak?
Hehehe....
Bestnya. Dah lama tak gi melaka. Last gi masa nuffnang event kat kilang mamee. Ngan family plak tahun 2013 kot. Lepak kat bayou lagoon. Teringat masa naik beca. Kalau ikutkan nak pecah dua. Tapi kenangkan harga naik tu agak mahal, Kita naik jer lah satu beca. Berhimpit anak beranak 5 orang. Silalah bayangkan. Sian kat orang yang mengayuh tu. Mesti dia menyumpah dalam hati sebab bawa muatan yang berat...hahahaha....
ReplyDeleteYalah cakap pasal Bayou Lagoon, saya pun dah pergi juga tapi lupa bila. Kena tengok kat entri ni tapi katanya sekarang walaupun dah complete, takdalah best mana....
DeleteIngat nak juga pergi Melaka lagi, try tempat lain pulak. Dah lama tak sampai Tanjung Bidara, pi jenjalan hirup udara pantai kat Pengkalan Balak gitu....
Hahaha...I tak sampai hati nak susahkan pakcik beca. Tapilahkan, itu bukan sebab sebenar tak naik beca. I is malu lepas tu you taulah kalau bawa superheroes berdua ni, kecoh oiii....
LM lama dah x g melaka.thn lepas gi kejap pun x dpt ronda2.
ReplyDeleteErkkk adik cute versi comot tetap nmpk sgt comel tau
Saya ni dah lama tak balik Johor tau. Dari raya tahun lepas sampailah sekarang. Ingatnya nak juga balik tapi tak tahulah bila. Kalau balik banyak hari, boleh singgah kat Melaka lagi :)
DeleteSamalah bujang berdua yang ada dalam rumah kami ni.. kalau dengar je nak keluar semangat tul..nazif ni boleh je siap pakai baju dalam masa beberapa saat kalau tahu akan keluar. Kalau tak, berkejar nak pakaikan dia baju..
ReplyDeleteAdik makan apa tu dik? Yang gambar dalam kereta tu. Budak2 baya adik ni, comel tu walaupun ambil gambar tengah comot makannnya.. cuba orang tua yang makan gitu, xda yang nk tengok pun..
Melaka memang tempat yang menarik kan.. pergi banyak kali pun tempat menariknya rasa banyak lagi tak sempat jelajah kan? Yang masjid selat ni saya tak pernah sampai lagi..
Kannn.... Kadang-kadang tu kesian sebab yalah kalau hari bekerja, rutinnya sama. Asal balik dah petang, takdalah jalan-jalan bila dah malas. Tapi budak-budak ni kadang-kala kalau dah 2,3 hari tak keluar rumah mulalah excited tanya 'kita tak pergi mana-mana ke hari ni, Mommy?' Asal dapat keluar pi shopping mall pun happy. Adik tu asal keluar aje teruslah membebel dalam kereta, 'Daddy kata kita nak pergi Legoland!' padahal Daddynya kata nak keluar beli lego aje *_*
DeleteKalau orang tua yang comot, kita kata 'dah buang tebiat kot dia ni!' Hahaha... Adik makan aiskrim Cornetto. Susah sangat nak makan sebab kereta bergerak Daddy bawa 'tak betul' katanya makanya senang cerita tenyeh ajelah ke mulut. Dah penat pun ya juga tu....
kat melaka mmg byk tpt blh pergi . bermula dgn ayer keroh terus ke bandaraya . klu satu hari mmg cuma dpt penat je . kena stand hotel semlm lah klu nak pergi byk tpt ... seronok kan klu pergi dgn family cuma kena thn dgn kerenah anak ...
ReplyDeleteBetul tu, Vee. Ingatkan day trip okeylah cukup dah rupanya terkejar-kejar juga. Lagipun dengan anak-anak, tentulah kena rehat sekejap kalau tidak kesian mereka. Itu pun habis je berjalan, si Adik kepenatan tidur sepanjang jalan pulang KL. Abang yang tak biasa tidur siang/tidur dalam perjalanan pun boleh tertidur penat!
DeleteHihi....ha'a ek....
ReplyDeleteLaptop ngan hp lembab, hang....tu yg kekadang mls nak bw....Mlm mlm mak teman si TLBD tido dulu baru masuk bilik pengantin eh?....hihi.....
Tu yg selalu jadi bff batman tu
Puas Kak Ton scroll up and down, up and down, entri sendiri tau. Dok fikir awatlah Mak ni komen lain macam jerk, macam terkeluar tajuk jerk... Rupa-rupanya mak membalas sindiran dalam komen yang Kak Ton balas yerk....
DeleteMak ni pun... datang pagi ke malam ke, silalah bagi salam. Terkejut tuan rumah punya dara(h) tau *_*