Cerita anak lagi lah....


Salam Isnin kawan-kawan!

Terasa sunyi pulak pejabat hari ni walaupun penuh 'kedatangan'...

Mungkin juga mood Monday blues singgah sekejap, makanya masing-masing pun tekun buat kerja. Takda siapa pun yang terasa nak buat lawak pepagi ni kecuali MD ~_^



Minggu ni my bujang sulung ada exam di sekolah. Bermula hari Selasa ni, tapi macam biasalah my anak rileks aje sebabnya malas nak ulangkaji pelajaran dengan penuh tekun kalau soalan-soalannya tak mencabar minda sangat! Soalan yang mencabar minda adalah seperti macamana nak melepasi dari satu level game ke level yang lain. Macamana nak invent idea baru dalam pc Daddy.... 

So let it be... Bukan exam besar pun!  Kalau tak cemerlang, terbilang, gemilang untuk exam awal tahun ni, Mommy okey aje. Cuma mulut ajelah sakit sikit sebab kena membebel nanti, dan of course telinga Abang pun pedihlah nak mendengar kisah jiwa-lara Mommynya bersusah-payah memenuhi segala keperluan si anak tapi terasa macam tak dihargai gitu. Tapi tak kisahlah sebab Mommy kata  'As long as you make me proud at the end of day' dah okey, Mommy happy sangat ~_^  

Seriously, I tak akan buat anak-anak stress untuk cemerlang. Yes, I know, competition dalam belajar memang hebat sekarang ni. Tapi I bukan nak my anak susun sebanyak mungkin A dalam keputusannya. Yang paling penting dia tahu tujuan hidup dan apa yang diingininya dalam hidup. That's whylah bila teacher tanya bila dah besar nak jadi apa, si Abang jawab...

At first I want to be a businessman but I don't know that I need to work hard and sell things to be a businessman. I thought a businessman just need to sign cheque book! So, I want to be hacker! It is easier! I want to go to New York later!

Uhuh...sukahatilah Abang! Janji duit masuk banyak. Huahahaha..... (Materialistik rupanya Mommy hang ni tau...)

Baru-baru ni, Abang excited nak beli lego kat Amazon. Katanya murah, boleh dapat dengan harga USD1. Dia suruh I belikan tapi I tak mahu sebab tak percaya murah macam tu sekali. 

Betul, Mommy. This is the cheapest! Mommy tahukan amazondotcom ni? Lagipun Abang dah compare dengan e-bay, dekat Amazon lagi murahlah....

Wah, I rasa tak lama lagi I akan berlumba-lumba dengan anak nak shopping onlinelah.... ~_^

Sekarang ni macam I kata, Abang suka dengar lagu omputih. Pernah suatu hari dia berkeluh-kesah,

Mommy, kawan-kawan Abang kat sekolah tu bila Abang tanya pernah dengar tak lagu ni, singer ni... semua pun tak tahu. Mereka tak dengar lagu orang putihlah. Mereka asyik dengar lagu Melayu. Ada sorang tu kawan Abang dia suka lagu ni.... mewangi, mewangi selamanya.... Tak tahulah apa nama lagu tu! Abang tanya Adam Levine, Sia, Ellie Goulding semua pun dia orang tak tahu!

Yalah, Abangkan ala-ala omputih celup! Memanglah.... Cuba tanya lagu Cina, kotnya kawan-kawan Cina tu tau tak! Abang pun dengar-dengar jugalah lagu Melayu mana tahu Abang suka juga!

Sekarang ni memang tengah jatuh cinta dengan Maroon Five terutamanya Adam Levine. Sebabnya Adam tu sama dengan namanyalah. Makanya Abang kata kemungkinan juga dia akan jadi penyanyi seperti Adam Levine, Adam Lambert tapi satu je yang menghalang - lagu tu mengkhayalkan, semua kerja tak jadi. Tengok aje sekarang, sambil buat homework sambil menyanyi sebab itulah homework lambat siap, tak sempat ulangkaji dan solat pun lambat bila dah leka menyanyi! Alasanlah tu....


Dalam pada dok fikir ala-ala cerdik, adakala si Bubbly Abang ni masih mampu buat joke macam zaman sebaya adiknya... 

Macam baru-baru ni si Daddy beli satu tin minuman. Lepas habis minum, suruh si Abang buang dalam tong sampah. Sebelum buang, sempat lagi Abang ni membaca sekeliling tin minuman ni. Tetiba...

Aiyok, tak tahu! Daddy dah terminum alkohol ni....

Kenapa pulak? Mana ada alkoholnya?

Yalah, sebab kat sini ada tulis 'alcohol free'!

Okey, Abang fikir kalau tulis 'alcohol free' makanya ada bagi percuma alkohol dalam minuman tersebut, sama macam free gift gitu ~_^














Comments

  1. Hahaha.... baca catatan ini dan perbualan Abang tu, teringat menantu kakcik ada tunjuk satu perbualan di whatsapp antara penjual dan pembeli lebihkurang begini :

    Pembeli : I dah terima barang yang dipesan. Semua ada. Tapi yang you janjikan free postage tu puas I belek, tak ada pun...

    Penjual : Free postage tu maknanya belanja pengeposan percuma. Saya dah tanggung kos pos...

    Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada baca kisah lucu free postage tu, Kakcik. Rasa nak gelak tapi macam tak patut pulak. Yalah, bukan semua kita faham BI sepenuhnya. Sedangkan BM pun ada yang masih tunggang-langgang.

      Delete
  2. Bgau dengar lagu omputeh ni nanti nak buat essay sennag. banyak vocab dalam kepala gituu. Heheheh. ok part yang last tu lawak. hahahaha. boleh pulak anag ingat dalam air tu ada alcohol. haruu betul abang ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tu, Kak Nani. Nanti akak cakap kat si Abang ni suruh dengar lebih banyak genre lagu omputih. Sekarang ni dia lebih suka pop kot. Takdalah merapu. Okeylah tu. Buatnya dia minat rock, Mommynya yang menangis nanti. Asal kena marah jer, 'peace'!

      Dia confusedlah tu antara alcohol free dengan free alcohol gitu :)

      Delete
  3. haha.. alkohol percuma .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengsan dia suruh bapaknya bertaubat, minta Allah ampunkan dosa terminum liquor!

      Delete
  4. Alert betul abang ni. Cuma meaning aje yg dia tak catch-up lagi. Tapi kalau direct tu betullah maksud dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamba je dia suruh bapaknya minta ampun dengan Allah kerana dah terminum liquor percuma tu, kak.... ~_^

      Delete
  5. Haha bikin suspen je abg cute..
    wahh..abg kecik2 pon reti nk mbeli kat amazon.com ye..MAYBE tgk angka usd 1 tu dia rasa mcm rm1 kot.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah bila dia pi menghadap amazon.com tu pun akak tak tahu. Memanglah dia ingat matawang ni sama je nilainya. USD1 dan RM1 sama. Itu yang dia kata murah!

      Delete
  6. abang ni advance betul lah, siap dah tau amazon, ebay bagaii..fuhh
    meh sini lyn lagu omputih dgn aunty..maroon 5 tu fav aunty gak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh bayangkan aunty Syida dengan Abang tengah dengar lagu Maroon Five. Terjerit terpekik menyanyi sampai sumbang. Hahaha.....

      Delete
  7. amboi kemain ingat jadi businessman ni sign cek ja ka..mana ada orang berjaya tanpa usaha Abang oi.hehe..budak2 biasalah..janji ada cita2..tahu tujuan hidup ni..semuanya orang nak anak cemerlang..tp klu tak cemerlang pun takpe..janji buat yg terbaik..success is not being the best,but being at ur best..gitu!

    baguslah suka dengar lagu omputih..cuma lagi omputih ni byk juga lirik yg tak bagus..klu lirik yg bagus tu apa salahnya..tambah vocab..nti mesti bi dapat A plus..

    ye tak ye juga..alcohol percuma..clever Abang!hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dia baru 'sedar' yang businessman tu bukan pergi pejabat sekejap, duduk atas kerusi empuk dan sign cheque book. Saya kata kalau takda jual barang, nak jadi businessman apa. Business tu pun maksudnya berniagalah. So, sebab malas nak cari apa barang boleh dijual, katanya kalau jadi hacker lagi senang. Cita-cita nak bawa Mommy ke US sekali dok dengan dia.... Huahahaha.....

      Delete
  8. hahaahaha....alcohol free yg tak tahan tu..clever boy..psstt..aunty pun suka Maroon 5, Ellie Goulding & Sia hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah, ni satu lagi aunty 'segeng' dengan Abang. Mommynya pun tak tahu ada penyanyi nama Ellie Goulding tau!

      Delete
  9. Hahhaha ayat sekali buat CH gelak depan PC ni MD oooiiii..
    Pelbagai fikiran abg ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh ingat perbualan singkat dia dan Daddynya pasal alcohol free ni. Nak gelak besar sesaja! Terus teringat kisah 'free postage' yang jadi bualan tu....

      Delete
  10. lepas ni anak beranak laju jer online shopping hahhaha..
    jgn addicted sudah yer abang.. tapi selalunya akan jadi mcm tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... ingatkan takda anak perempuan, 'penyakit keturunan' takdalah menurun. Rupa-rupanya anak lelaki pun sama ikut perangai Mommy ~_^

      Delete
  11. hahahaha... bukan je budak2 konpius dengan alcohol free soap free atau apa2 free kat tempat tulis ingredient tu.. makcik2 pun ada yang konpius ingat free gift jugak. Aduhai seusia abang dah pandai shopping online maka untie2 lekit sorok muka bawah bantal sebab dok shopping offline lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah terbaca pasal free postage tu juga. Memang nak gelak tapi tak sampai hati. Kalau budak-budak yang konpius adalah lagi kecomelannyakan....

      Abang, bab online ni boleh tahan. Memang ada geliga sikit otak. Cuba bab belajar, semuanya nak menjerit terpekik baru faham nak buat!

      Delete
  12. Hi babeh......hihi.....Tak rindu ngan mak ke hari ni?

    Kat rumah ni bab risau oasal result dah tentulah mak, pak jilap ok jer tak kisah katanya, dia tak suka sgt paksa anak belajar, biar dia sendiri yg ada kesedaran. Huh...nak tunggu kesedaran anak anak dlm rumah ni, hari pun malam.... Tak perlah, mak redho ajelah apa yg mereka dpt. Huhu...

    Kak Ton, mmglah tak risau sangat. Apa ada halnya....mommy ngan daddy bubbly abg tu kan gene baka A bersusun .....tak gitu?

    Tp budak sekarang mmg suka lagu omputih kot....sama jer ngan TLBD. Best ke lagu yg abg suka dengar tu Kak Ton....lagu rap ke ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak rindu, tak akan sambung WA. Kalau Mak takda di alam maya, kita cuma ingat satu jerk ~ mesti AbangJilap ada rumah. Dia nak berlakon isteri mithali ler tu. Hahaha....

      Saya ni bab anak-anak memang sayalah yang conquer, OKje. Daddynya main mengarah aje lepas tu end result, HD claim kerjanyalah. Padahal kita ni sampai nak terkangkang kiap menguruskan anak-anak dari segala segi. Chewah...mengungkit nampaknya. Hahaha!

      Mahu tak risau, Okje. Kalau pandai sekali pun tapi tak digarap, tak dipandu arah dengan betul, akhirnya terjunam juga.... Itu yang susah hati.

      Abang suka dengar lagu pop. Sambil buat homework sambil duduk depan laptop dengar lagu. Sambil-sambil nyanyi sekali. Kalau dia guna earphones, lagilah apa kita cakap dia tak dengar. Tak pandai control volume. Sampai telinga kita sendiri bingit. Itu saya kata kat dia, kalau macam ni cara, boleh jadi pekak. Terus tak guna earphones lagi!

      Delete
  13. ooo Abang start exm hari ni ya, good luck untuk Abang Luth ya... baru exm awl ni, mesti senang je punya.. haha... abang jawab sambil pejam mata je tu...

    Bab nama penyanyi zaman sekarang ni, budak2 ni pandai tul.. kalau ditanya cikgunya geleng aja saya... nak cover pasal tak tahu tu, saya cakap yang " cikgu ni sibuk sangat tanda buku awak, mana ada masa nak dengar lagu"... haha

    Haha, terrornya Abang tengok kat amazon dan buat bandingan dengan web lain pulak.. amboi2 dah macam budak besar ni... memang mewarisi bakat omaknya la tu... haha. ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Cikgu AN ~_^ On behalf of anak sayalah ya!

      Saya kata kat dia, exam awal nilah yang nak kena score sebab tak banyak unit nak cover tapi dia buat selamba jerk. Tanya dah revise ke belum, memanjang je jawapannya sudah. Dah saya kata, belajar kena ikut waktu. Kalau kita kata sejam, sejamlah dia belajar. Tapi kalau main tak payah ikut waktu. Kita kata sejam, dia bantai berjam-jam!

      Nasib baik cikgu pandai cover diri sendiri. Saya pun banyak penyanyi baru yang tak kenal. Abanglah yang selalu kata this singer, that singer. Saya dengar ajelah.

      Actually saya sendiri tak tahu macamana dia boleh tau amazon dan e-bay. Mungkin dia jumpa masa sibuk cari gamelah tu. Abang kata vocab Englishnya banyak dah improve sejak dia main game! Yalah tu, nak minta more time untuk main gamelah tu!

      Abang ni saya perhati kalau general issue, dia memang ohsem tapi bab silabus pelajaran tu memanglah dia buat blur jerk. Sakit hati kadang-kadang tengok tau!

      Delete
  14. my kakak yg cikgu ni pun x paksa anaknya belajar . si najwa pt3 thn ni . my kakak cuma selalu tanya apa yg dia tak faham . tapi sbb si najwa ni dah suarakan nak masuk sekolah masakan , jadinya my kakak cuma pandu dia kena buat apa ... bab bebel suruh study always mmg x de ... dah ada target gi new york , oklah tu . tup2 jadi femes kat wall street ... perghhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah itu minat anak, kita pandu arah sahajalah. Kalau kita paksa ikut kehendak kita, dah tentu tak ke mana. Tapi kena tengok jugalah, arah yang hendak dituju tu, elok ke tidak!

      Dia memang sibuk NY, NY. Entah apa yang dicarinya pun saya tak tahu!

      Delete
  15. Hahaha.... nanti Mommy boleh perkenalkan Abang ke website yang lain-lain pulak. Kita berebut laptop,pc dan segala gajet kat rumahlah bila nak shopping nanti. Aunty Diana kalau buat review, cubalah buat untuk market budak-budak sebaya Abang. Sure laku ~_^

    ReplyDelete
  16. Ha ha abang abang..ikut mommy levtu suka free gift..tapi yang free ni pulak aiyok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak Mommykan, Acik. Biasalah tu kalau terikut perangai Mommy selalu. Hehehe....

      Delete
  17. Hebatlah abang. smoga impian abang nak jadi businessman tercapai ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi businessman nak sign cheque book aje, mana nak cari ek? Kena buat MLM ni, dok paling atas sekali. Hahaha....

      Delete
  18. ok..lawak alcohol tu memang kelakar...macam-macam kerenah Abang ek..OKlah nak perasan omputih celup, kan ayah dia 'orang putih'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh katanya Daddy dah berdosa sebab terminum alkohol. Nasib baik dia tak tahu Mommy pun betul-betul dah termakan alkohol :)

      Delete
  19. MD.. LM pun sbnrnya xmo buat ank stress utk cemerlang. Tp.. LM kena push dorang sbb ayah dorang akan tekan LM pulak klu ank x cemerlang. Pd LM sederhana ikut kemampuan pun okey. Sbb mcm si kakak tu dia mmg slow. Tapi.. Bila ank kurang cemerlang ummi yg kena. Ummi jd stress.

    Pendapat dan pendirian tiap org tak sama. Sobsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah, ni kes kita tak nak tension kita terpaksa buat anak-anak tension. Bapak-bapak ni tak faham, LM. Ambil mudah je. Bila result tak bagus, dok tanya kenapa mengapa. Padahal masa belajar tu, kita aje yang bersusah-payah. HD pun macam tu. Kalau anak tak capai expectationnya, mulanya tanya itu ini. Tapi masa anak nak exam, takdalah pulak HD duduk sebelah tolong tengok dan ajar anak! Saya kata kat anak-anak saya, kalau mereka cemerlang, kena berterima kasih more to Mommy sebab Mommy yang susah-payah menjaga segalanya! Hehehe....

      Delete
  20. Eh.. Dh emo psl kecemelangan lupa nk gelak pasal alkohol tu. adehhh abg cute. Ummi senyum smpi nk nmpk gusi tau baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kalut sikit alcohol free dengan free alcohol gitu. Itulah hasilnya rajin sangat menggoogle, dah jadi macam pakcik Google punya translation :)

      Delete

Post a Comment