Nak cerita apa ni, MD?

Salam Rabu penuh perkataan kawan-kawan!

Eh, betulkan hari ni Rabu? 

Itulah I dah kata dah. Asal masuk je Rabu, memang I tetiba tertekan autopilot rutin harian bak kata Dik Sal ~_^ Dari pagi tadi entah berapa kalilah I dok tanya~ Eh, hari ni Rabukan! 

Tensionlah sesiapa yang kena tanya tu. Asal Rabu je, MD hilang ingatan. Hilang Khamis.  Tau-tau dah Jumaat, Sabtu, Ahad! Yang paling tension of courselah orang pertama yang kena tanya iaitu si Bubbly Abang. Sampai katanya,

Senang jer Mommy kalau nak ingat. Hari Rabu Abang ada music class. Hari Khamis ada PJ. Kalau Mommy check  timetable sebelum tidur, Mommy tahulah esoknya hari apakan....

Yalah, Abang! Yalah... masalahnya walaupun Mommy check kerjarumah awak setiap malam, double check buku yang awak dah susun, esoknya tetap juga Mommy lupa hari!

Okeylah, okeylah...dah betullah hari ni hari Rabu! Kejap lagi kalau I pergi blogwalking dan nampak kawan-kawan sibuk tulis tajuk bermula dengan 'WW' memang betullahkan... Hari ini hari RABU ~_^

Well, kita lupakan keterlupaan MD yang selalu berlaku di tengah minggu itu. Maklumlah, Mak dah tua, nak...Eh, eh, eh...tak nak tiru Mak propa tu.... 'Kak Ton dah tua, dikkkkkk!'

Sudah dua hari sebenarnya I sakit gusi. Tak tahu mengapa. Itu yang tak menaip entri.

Apa kaitan Kak Ton sakit gusi dengan jari jemari yang digunakan menekan keyboard untuk taip entri? Kak Ton cakap ajelah Kak Ton kena sindrom malas!

Ahah, tau dah mesti ada jerk sipi-sipi jiran yang terasa nak mencerca Kak Tonkan....

Well, ada kaitan ya ~_^ Tangan kidal I ni telah digunakan untuk menongkat pipi, menahan sakit gusi sebelah kiri! Makanya macamana nak guna lima jari tekan keyboard? Idea banyak nak merapu pun tiada berguna..... Hmmm, Hmmm...Hmmm....

Ni berbalik pada sakit gusi ni. I pun tak tahu apa sebabnya. Oh, ya! I belum jumpa dentist sebabnya.... sebabnya.... sebabnya..... I is TAKUT cabut gigi jugak! 

Huahahaha.... menjatuhkan maruah sungguhlah.... Hari tu bukan main lagi tulis entri gelak tengok Bubbly Abang 'emosi' bila jumpa dentist. Rupa-rupanya, mengikut perangai Mommynya! 

Clap your hands, gegirlssss.....

Eh, tak baik tau gelakkan orang! Nanti Tuhan marah!~_^

Nak kata gigi geraham bongsu nak tumbuh, rasa macam tak sesuai jerk dah umur-umur gini nak tumbuh gigi lagi. Tapi mungkin juga ek. Puas dah I dok buat 'home spa' kat my gusi yang sakit tu. Rasa sakit macam gusi di sebelah bawah tapi bila gosok gigi, yang atas sebenarnya sakit. 

Ni, nak tanya terus-terang ajelah Cik Gigi semua yang ada dalam mulut, mana satu sebenarnya yang sakit nih? 

Kang kalau jumpa doktor katanya atas bawah kena cabut, nak melalak kat dalam tu, malu! Jatuh martabat perempuan Melayu terakhir. Kalau berserah aje, alamak..... ngerinya..... I cannot-cannot imagine ler, macam nak pitam pulak bila imagine yang 'nakal-nakal' bila jumpa doktor gigi tau!

Tapikan... nak tahan sakit tu, tak larat sungguh! Maklumlah I ni 'pelemah' jiwa raga orangnya, tak boleh tahan sakit. I dengan hospital mahupun klinik gigi, memang serasi tiada. Kalau tidak, tak akanlah dulu-dulu asal masuk hospital jerk, bau ubat-ubatan jerk, I terus toing pitam!

I masuk hospital pun 2 kali jerk~ sekali bersalinkan Abang, sekali lagi bersalinkan Adik. Punyalah seriaunya sampai sakit nak bersalin pun tak fikir. Yang fikir macamana nak duduk dan tidur baring dalam hospital! Itu yang masa bersalinkan Abang, bila Dr Seri Suniza kata, 'Puan, epidural nak ke?' 

Lelaju jawab, 'Nak, nak, doktor!'

Hilang sudah segala info tentang ibu hamil, proses kelahiran, penyusuan bayi dan sebagainya ~_^

Oppss.... ini bukan entri flashback mengimbau kenangan bersalinkan, kan, kan... Awatlah MD ni, cerita sakit gigi, sakit gusi sampai masuk bab-bab bersalin ni, apa kes!



By the way, nak cerita juga! Semalam I menjahit lengan baju kurung yang dah tetas, you..... Lepas berbelas kali tak dapat masukkan jarum, I terus 'merengek'. Datanglah HD tolong masukkan jarum lepas tu boleh pulak tu kata,

See... I can do it in a split second!

I dahlah sakit gusi, jangan nak cari pasal. Kalau I tak rabun orang tua, I pun expertlah masukkan jarum ni walaupun jarum yang paling halus sekali!

Lepas siap I rasa macam oh, indahnya dunia 'tailoring'ku! Cantik jerk. Kemas jerk. Tapi apsal macam something wrong somewhere?

Of courselah MD oi... dah baju warna coklat jahit guna benang kuning apa hal? Tahulah warna senada, segroup dan seangkatan tapi not so cleverlah guna benang kuning ya....

So, takdalah I nak show off, show off kat sini ya skill I yang satu tu ~_^

Okeylah, I malas nak menaip sebabnya I nak guna tangan kiri ni untuk menongkat gusi yang sakit ler....

 

 

 



 







 


Comments

  1. saya kalau bab tarikh saya akan rujuk handphone
    kalau tanya laki, dia pun sama lupa
    kalau kat lappy pun jamnya selalu salah.
    tapi kitorang takde pulak cabut kening semenjak dua ni(rujuk entry maknom) hehe

    sakit gusi ni disebabkan nak tumbuh geraham bongsu
    takpun kurang minum air masak..

    tetiba je perasan nak jadi dentist ni haha

    kalau lah MD ada gel sugi d mukmin..

    insha Allah sapukan di gusi tu berkesan..
    saya biasa jumpa gel ni di kaunter farmasi or kaunter cashier di supermarket..




    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni bila tengah minggu je kalut. Asyik lupa. Bila bangun pagi tu selalu dok fikir~ Eh, hari ni Rabu ke Khamis! Itu yang dok tanya anak bujang tak sudah. Bila dah sampai pejabat, dah start buat kerja of courselah dah tahu hari ini hari apa~_^ Hahaha...

      Antara dualah tu ya. Tapi hari ni dah kurang sikit. Tak selalu datang sakitnya. Gigi geraham kedua akhir atas bawah tu tak boleh kunyah. Sakit. Pada waktu yang sama juga, gusi pun sakit. Susah nak explain sakitnya macamana....

      Semalam pergi cari kat Caring berhampiran rumah, tapi tak pulak nampak. Hari ni nak cuba tengok lagi. Kumur air garam, telan pain killer pun sekejap je okey. Lepas tu sakit datang bertandang semula :(

      Delete
  2. Bila tiba hari Rabu, kakcik selalulah teringin nak buat WW atau RTK. Tapi masalahnya, bila hari Rabu ada pulak idea yang hendak dicoretkan walaupun sebelumnya macam sebu sangat 'paleutak' ni nak berfikir...

    Kakcik pun walau dah guna khidmat cerminmata untuk masukkan benang ke dalam lubang jarum, masihlah juga terkial-kial adanya... Nampak beno usia dah semakin matang untuk luput tarikh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...saya ni belum terdetik lagi nak buat WW, Kakcik. Kalau saya tak bersuara dalam blog, lebih baik senyap je. Kalau dah jari-jemari menari-nari atas papan keyboard ni, haruslah mengomel panjang-panjang. Tak lepas di hati ni kalau tak tulis 1000 patah perkataan dalam entri ~_^

      Delete
  3. yeayy hari ni hari rabu...malas nak taip pon, panjang berjela nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, panjang ke? Tahan tangan kiri ni lepaskan pipi sekejap demi nak menaip entri tau ~_^

      Delete
  4. Habis tu nak dibiarkan aje ke gusi tu tak payah jumpa doktor. Pengecut betul adik kakak ni tau. Buat malu anak-anak aje. Entah-entah nak tumbuh gigi baru kot MD. Kakak rasa baru 3-4 tahun lepas aje tau kakak tumbuh gigi last. Gusi bengkak, pecah baru tumbuh - sakitnya bukan kepalang. Masa tu pulak tengah ABC. Sakit atas bawah tak selesa betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, dah dua hari terbayang-bayang muka dentist, kak... Saya takut kang saya terover melalak dalam tu. Malulah, kak. Tapi yang penting memang saya takut....

      Entahlah gigi baru ke atau sakit gusi/gigi biasa. Yang paling sakit gusi/gigi belah bawah dekat geraham second last (terasa berdenyut-denyut dan both gigi atas bawah kat situ tak boleh gigit sebab rasa sakit) tapi bila gosok gigi, gigi belah atas yang sakit pulak!

      Aduh, macam tu ke kalau nak tumbuh geraham bongsu? Saya ada juga google, baca tentang geraham bongsu ni tapi masih tak pasti macamana sakitnya....

      Delete
    2. hehe..marah dia Kakzakie.memang liat dia ni bab gi klinik, lagi-lagi dentist #batuapi

      Delete
    3. Yang berkata-kata tu, tak takut doktor ek?

      Yalah, dia kan bersemangat waja walaupun kecil jerk. Gunung Everest pun dia sanggup daki, inikan pulak setakat nak cabut gigi. Eh, betul ke perumpamaan ni untuk Sal? Kira betul ajelah....

      Delete
  5. Mak nampaknya masih belum ada simptom simptom sawan lupa hari hokay....so dlm hal ni mak menanglah nampaknya hihi.....eleh..... selalu cabut bulu kening lew tu hihi....

    Sakit sangat ke Kak Ton....siannya..... camne sakit
    gigi ek agaknya tu..... ( walaupun nampak sedikit keriakkan di situ tp percayalah mak tak de niat nak riak kikiki...) Ngilu gigi adalah.....la ni mak dah rasa ngilu ngilu kak Ton, minum ais terasa ngilu, mcm kat iklan TV tu, makan keras keras pun terasa gigi tak kuat. Teringat pulak mil pernah cakap pasal benda ni. Cenggini agaknya dia rasa huhu....Padanlah muka.... Kak Ton ni sama jer ngan mak, cakap sepital jer mak pun seram tau....
    Sama ar .....mak gi sepital time beranak je.....Tapi bukan dgn doktor selebriti tu..... Tak mampu mak weyh. Tapikan doktor tu mak perasan masa beranak kat HUKM dulu.....masa tu dia lum jadi Doktor Pakar lagilah

    Kak Ton baik Kak Ton check, Kak Ton sanggup ke nak tahan sakit gusi sampai mlm Jumaat ni? Tak sanggupkan ....so mak nasihatkan baik Kak Ton gi dentist segera..... Ke mmg sengaja nak tahan sampai Jumaat? Sebab nak MC dan terus cuti?

    Mmg clever tau dia....


    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, peliknya Mak ni! Duduk rumah 24-7 masih lagi ingat 7 hari seminggu ya. Memang hebat. Yalah awet muda katanya.... haruslah fikiran tak macam orang tua. Opocot.... terlepas cakap pulak!

      Huhuhu... masih sakit lagi tapi dah kurang sikit berbanding dua hari sebelum ni. Tapi bila datang berdenyutnya tu, aduhai... seluruh gigi dalam mulut rasa sakit pulak!

      Nyampahlah kalau riak sangat tak pernah sakit gigi nih... Nantilah bila dia dapat geraham bongsu, padan muka melalak....

      Bab ngilu tu bolehlah saya riak sikit... sampai la ni takda pun ngilu-ngilu ni. Ngilu otak minum Slurpee ada ler...

      Seri Suniza tu dulu dengan Private Wing, HUKM yang berbayar tu. Saya sebenarnya ada Prof Zaleha tapi masa tu Prof takda makanya Seri Suniza took over. Tapi serious cakap, dia memang best. Cool jer. Hilang terus rasa takut. Cekap pun ya. Tak hairanlah bila dia jadi pakar di Prince Courts. Kalau saya celeb pun memang nak dia jerk...

      Eleh, Mak ni.... Kak Ton tak MC lah esok. Kak Ton ada kerja kena buat. Clever-clever Kak Ton pun kena ikut timing yang betul jugak ~_^

      Delete
  6. sakit gigi? xpernah lagi sakit gigi dan muga dijauhkan, sebab dok tengok org lain sakit gigi sampai tak ble buat apa2...dok mengerang sakit je..huhu...gi dentist...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Saya pun jarang kena sakit gigi. Bila kena ni, serba-salah dibuatnya. Rasa malas nak bekerja. Eh, kalau tak sakit gigi pun malas juga ~_^

      Delete
  7. sakit gusi sebab sakit gigi le tu kot MD. bila sakit gigi walau sebatang...tak semena2 semua sakit. bila p dentist sampai tak tau nak tunjuk mana. la tak yag cabut..buat rawatan akak gigi aja. cam saya...cuma kena berulang p lah. kalau cabut, sekali tu le. kalau buat rawatan akar gigi....kenalah p lebih sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah tak tahu apa nak didetect~sakit gigi ke gusi. Rasanya gigi yang sakit terus bawa ke gusi, macam kata Animlah. Oh, tak tahu pulak rawatan akar gigi ni. Maklumlah nak jumpa dentist pun kena ikat kat kerusi sumbat masuk bonet. Dah seriau katanya...

      Delete
  8. Larh sakit gigi ke kak , apa lagi kasi beranilah pergi dentist ! Hahahaha. Kita tak tahulah kenapa tak pernah seriau dengan dentist. Maybe sebab da terbiasa masa pakai braces dulu kot. Bukan takat 1 gigi dentist cabut , 4 gigi kak oi. Ekekekeke. Cubalah kumur dengan air garam kak , kot kot berhasil. Kot kot la tapi. Mihmihmih.

    Yang jahitan tu , urm , i is no komen. Hahahaha. Sebab selalu je kita cerdik pandai baju putih tapi jahit guna benang macam macam kaler. Lalalalaa. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eksyennya dia... mentang-mentanglah dia dengan dentist BFF gitu... Ni kalau tak sebab braces, haruslah kena ikat atas kerusi masuk sumbat bonet juga nih....

      Akak pun ada kenangan tragik dengan dentist. Suruh cabut gigi ini, dicabutnya dua gigi lain. Terlolong terjerit terpekik okey akak.... Malu dan takut tu bawa sampai ke tua, dik oiii.....

      Hahaha...kalau nak belajar, akak boleh tolong tunjuk ajar tapi akak ni rabun warna. Kah3x...

      Delete
  9. Opsss kena jahit lagi sekali lah ye MD? Kalau LM sorok la dulu baju tu. tak kuasa nk buat kerja dua kali. Ekeke

    Err bab sakit gusi LM pernah kena dulu. Eh tak la dulu berzaman atau bertahun2. Maksudnya beberapa tahun lepas tp x ingat tahun bila. Sakit tapi tak tau gigi mana yg sakit. Mmg gusi yg sakit. Usik gigi satu persatu x jumpa gusi mana sakit.

    Jumpa dentist A dia suh x-ray. Nnt dpt tau apa masalah. Kos? Minimum 200 lebih jugak katanya. Perghhh.. Balik pikir 300 kali .


    Lepas tu jumpa dentist kar doha. Masa tu zaman duk qatar lagi. Doktor A ni doktor kat segamat. Rupanya dia kata gigi LM ni sensitif. Cuba tukar ubat gigi untuk gigi sensitif. Mak aiii lepas tukar sensodyne(eh betul ke eja?sy picit pakai je x belek..tp guna warna hijau ) terus baik.

    So sampai skrg mmg camtu. Bila abis dan rasa rugi nk beli sbb agak mahal sy guna colgate dorang tp kejap je sakit gusi balik. Kenalah beli.. Sobsss

    Moga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak jahit lagi sekali pun, LM. Malas nak aim benang masuk lubang jarum. Tension weyh... Kang kalau melalak lagi tak dapat masuk benang, haruslah kena luku dengan HD. Mengada-ngada, kalah budak tadika. Dah tahu rabun sapa suruh menjahit sebagai hobi tengah malam! Hahaha...

      Dentist sekarang memang mahallah. Main cuci-cuci gigi jer dah RM200. Kalau nak perhatian lebih tu, memang sediakan dompet tebal ajelah.... Tapi saya memang takut nak jumpa dentist ni. Kang kalau katanya gigi dah tak elok dok dalam mulut atau memang benar ada gigi geraham bongsu tak leh keluar, habislah macam ni! Gigillah kepala lutut....

      Delete
  10. Ya Allah kak, sakit gusi or gigi mmg jgn lah org carik pasal kan. rasa nak lempang jer. kak cuba petua, letak bawang putih yg di tumbuh. mmg rasanya Allah saja yg tau. but it works.
    klu taknak, pi mkn pain killer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu memang betul. Nak cakap banyak dalam mulut sakit. Bila orang tanya banyak soalan dan kita kena buka mulut bercakap, mulalah hati jadi baran.... Kalau dapat kat orang tersayang, lagilah mula nak tunjuk perangai buruk.

      Sila jangan ikut style gini bila dating dengan kekasih hati ya, Lyn.

      Eh, eh... apakah ini! ~_^

      Delete
  11. ada jugak sindrom lupa hari rabu..nmpk Sgt pembohongnya tu.asal tengah minggu buat2 lupa hari.haha..

    kak ton sakit gusi rupanya.tak payah la nak seksa diri berhari-hari. Pergi je la ke dentist kasi setel. baru tahu apa sebab musabab.katanya sakit gusi, Bukan sakit gigi kan..dentist dia cabut gigi ja, bukan dia cabut gusi,muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, mana ada tipu.... Betul, betul, betul... ini sindrom orang malas kerja. Asal nak start pagi Rabu jerk lupa. PK lainlah selain daripada rajin lontar rencah kat dapur, memang rajin pulak bekerja. I is opposite side okey... Hahaha....

      Yalah, yalah...kang kalau saya jumpa cakap kat dentist saya sakit gusi dentist halau suruh jumpa gynae, macamana? Hahaha....

      Delete
  12. Bravo, Kak D ni beranilah... Kak Ton memang penakut tahap superman hilang seluar kecik kat luar tu bila kena jumpa dentist tau!

    ReplyDelete
  13. Nani pernah jugak sakit gusi sekali dengan gigi sampai tak boleh nak buat apa. satu kerja pun tak jadi bila sakit. even orang suruh letak ais ke letak garam ke haram nak jadinyaaa kalau nani yang buat. nak pegi jumpa dokor gigi memang beribu riban alasa bagi. hahahaha. takut nak jumpa doktor gigi tapi bercinta dengan doktor. ehhhhhh. jeng jeng jeng :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya memang culpritnya gigi tapi biasalah sampai ke akar-akar gigi sakit makanya gusi si kawan baik pun terbabit sama rasa sakitnya. Macam kita manusialahkan...cubit paha kiri, drumstick kanan terasa....

      Akak pun puas letak garam tak jalan ler. Siap gigit panadol celah gigi lagi pun tak jalan. Ni mulut dah panas, silap haribulan ulcer pulak menyerang!

      Delete
  14. Haha.. rasala ya.. macam yang saya kena awal tahun hari tu..adoi .. memang rasa kecil besar je objek sekeliling bila masa menahan sakit tu.. tapi kagumla MD ni tengah sakit2 sempat lagi otak berjalan laju, karang entry panjang.. ni dah rasa sakit gigi gusi ni, boleh je tahan.. apa kata tambah lagi sorang ahli? Haha.. gegirl...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otak okey, AN. Yang tak okey sekarang dalam mulut ni hah... Bercakap pun kuranglah, setakat mengarang dan menaip entri tu rasanya okey lagi kot ~_^

      Eh, eh, eh... ni memang dah terkeluar tajuk. Kata tadi kita reply komen randomly. Ini memang sah main komen jerk tak fikir panjang.... Nak tambah apa pulak ni?

      Koleksi barbie dolls kat rumah tu takda siapa nak warisi, AN. Hahaha.....

      Delete
    2. Haha..saya pulak yang kena...adoi..lari..

      Delete
    3. Baik lari cepat sebelum kena serbu. Kang pitam nak jawab ~_^

      Delete
  15. betul tu kak DR..ubat sakit gigi terbaik adalah cabut.tu kalau sakit gigilah..kalau gusi dia kasi ubat je.pergilah dentist kak MD oi

    ReplyDelete
  16. tengah sakit gigi boleh menaip lagi ka..u olls memang blogger tegar lah..huhuhu.

    saya pun kalau nak tau tu hari Rabu je tengok dashboard blogger.kalau penuh WW tu yelah.tapi saya macam akak gak, takde makna nak wordless..wordfull sampai melimpah keluar skrin iye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kena mengena dalam mulut dengan tangan yang menaip? Ahahaha... sendiri tanya sendiri jawab. Walaupun terpaksa menongkat pipi sebelah, tetap juga cuba ku taip apa yang berlingkar dalam kepala ni tau~_^ Time buat sesuatu yang kita suka, sakit terus hilanglah, Sal....

      Kita serupa..... memangnya kalau ada WW dalam blog kita ni, itu tandanya kita dah tak mahu menulis blog lagi. Dah kering sangat-sangat idea. Kalau tidak, tak mungkinlah bertempek 2 perkataan tu dalam blog kita, kan Sal kan.....

      Delete
  17. Tetiba terus okey dah tak sakit dah ni, Sal ~_^

    ReplyDelete
  18. Siannya. Memang stress kalau sakit gigi datang menyerang ni. Maknanya MD taip sebelah tangan ker? Sebab guna tangan kiri ni untuk menongkat gusi yang sakit tu ☺☺

    Psstttt....Harini hari khamis tau. Sebab saya komen marathon harini...Khamis. Jangan lupa...ekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...clever pun meneka! Yalah tu I taip guna sebelah tangan je... Kalau macam tu bilalah nak siap semua entri panjang ni. Dok tekan-tekan dengan 5 jari jerk :)

      Hahaha...Lainkali datang hari Khamis aje. Senang cerita nak ingat. Sebenarnya hari Rabu hari tu dah terlupa hari balik ....biasalah tu penyakit tengah minggu, kalau tak malas, sawan. Kalau tak sawan, malas!

      Delete
  19. saya dok fikir mcm mana sakit gusi sbb selalunya saya sakit gigi jer . bila saya sakit gigi , saya cuma ambil garam kasar , bacakan ayat kursi 7 kali dgn niat sembuhkan sakit gigi dan hembuskan pada garam dgn perlahan . lepas tu , letakkan garam tu pd gigi yang sakit . klu gusi mungkin blh kulum je dlm mulut sampai cair ... dgr mcm pelik je kan ... cubalah , mana tahu mujarab pada MD ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdenyut-denyut bahagian gusi tu. Lepas tu gigi pulak bila kita laga atas bawah terasa ngilu, sakit entah apa-apa lagi rasanya! Ingat nak tumbuh geraham bongsu, tak nampak bayang pun. Sakit gusi dan gigi yang biasa-biasa aje. Ada juga bengkak lepas tu surut dengan sendiri!

      Delete

Post a Comment