Untunglah! Untunglah!

Salam kawan-kawan!

I ni selalu je skodeng FB my nieces and nephews. I kalau di alam nyata memang 'geng' dengan depa semua instead of my kakaks atau makciks. Maklumlah I ni muda lagikan.... tak mainlah bergaul dengan makcik-pakcik mahupun kakak-kakak semua *_* Yang sebenarnya dalam group anak-anak saudara ni, I seorang jerk yang tua ~_^

So ada satu nephew ni, adalah seorang kawannya tu memang asal dia post something jerk mesti si kawan ni akan komen bermula dengan, 'Untunglah! Untunglah! Blahblahblah....'

I rasa si kawan ni bekas sawan 'untunglah' masa kecil-kecil dulu sebab itulah sampai sekarang pun masih bersisa lagi sawannya ^_^ Oleh itu, I pun terjangkit sawannya kerana suka sangat 'mentol menyala dalam kepala' bila baca komen si kawan my nephew ni *padanlahmuka*

Cuba bagi hint sikit MD, ni nak cerita pasal apa nih? Jangan make us konpius separuh jiwa raga pulak....

Yalah, yalah... I nak mula berceritalah ni! Cubalah bawa-bawa bersabar. Setakat baca intro 10 perenggan, takkan rugi apa-apalah.  Kalau tak baca pun dah banyak masa yang rugi terbiar begitu sahaja dok menongkat dagu fikir apa nak masak petang nanti, apa kerja nak buat dulu kat pejabat tu! Ahah, jangan nak cheating-cheating pulak dengan I!   I ni dah banyak termakan garam, gula dan asam boi tau, I tahu ler *_*

Sebenarnya kisah hari ini dalam entri kali ini tentang sebab musabab mengapa I tak rajin memasak di dapur rumah sendiri. Asal  tunjuk makanan je dalam blog, mesti orang luar yang masakkan. Eh, bukan, bukan... I takda personal chef! Maid pun takda tau. I takut nanti I bergasak lebih teruk daripada LM makan hati dengan maid-ngaku-kakak-nya tu ~_^ Errk... sorry ya LM terpetik bintang di langit nama pulak ~_^

I ni memang tak serupa PK si perajin-perasap-dapur-gas-di-rumah-nya tu. Kalau tetiba I jadi macam PK, must be something wrong somewhere tau.... Ni nak petik motto si tukang masak - 'Tak pandai masak takpa, janji rajin masak!'

Amboi, amboi.... ngumpat face to face komputer nampak! I tak terasa walaupun I tahu ianya ditujukan pada 'orang tertentu' termasuklah I lah tu. Ya tak, PK? Tapi silap besarlah PK guna motto ni sebab ramai gengnya yang terasa kecuali I *_* Kalau I terasa, haruslah minggu depan 7 hari seminggu I keluar entri resepi. Paling kurang sehari 4 resepi okey! Silalah berdoa I tak berubah jadi tukang masak sejati! Entri resepi I paling mudah pun sekurang-kurangnya 10 000 patah perkataan ^_^ Haruslah pitam nanti!

Dalam my home sweet home ni cuma ada 4 ahli je - MD, HD, Bubbly Abang dan Adik Cute. Tapi, tapi, tapi...citarasa kami empat beranak tidak sama, sipi pun tidak juga ya. Kalau nak memasak, kena sediakan 4 menu berbeza. Paling susah of course untuk si Bubbly Abang yang very the picky eater. Adik Cute tak memilih tapi dia pun ada 'taste' apa yang dia suka. Lagi pun sekarang ni dia tengah ditimpa mode 'tak lapar'. Puas kita masak satu menu kegemarannya boleh pulak dia kata dia nak main dulu, dah kenyang makan. Entah bila dia makan, I pun tak tahu. Tanya kat my sister, katanya - 'Anak kau dari siang tadi tak nak makan!' 

Ohhh.....

Hubbydearie pun tak memilih. Tolak batu, kayu, besi, chemical stuff dan segala yang tak boleh dihadamkan oleh perut, HD akan telan walaupun adakalanya dengan kepayahan buat si pencinta durian tegar ni ^_^ Masalah cuma timbul bila HD mula sibuk nak berdiet. Itu tak boleh, ini tak boleh. Makanya kena sediakan satu menu yang sesuai dengan dietnya....

Tapikan yang buat I terasa hangat terbakar dalam hati tetiba, bila makan malam di luar, tak pernah pulak HD membebel pasal diet tau! Asal I kata jom try restoran ni, laju je HD capai kunci kereta. Beliau pulak yang beria-ia nak pergi try padahal I bagi ujian berskala 7 richter je untuk tahap ketahanan dietnya tu (Eh, dok fikir ni gempa bumi ke pakai richter bagai....)

My superheroes pun minat pada sesuatu menu bermusim. Habis musim, you hias cantik mana pun menu tu mereka tak pandang dua kali. Kadang-kala tu bila masuk blog kawan-kawan dan tengok mereka buat macam-macam menu, teringin jugalah nak cuba. Yang jadi malasnya bila percubaan menjadi tetapi tidak mendapat perhatian, siapa agaknya yang terpaksa menghadap menu baru tu? 

I lah jugak....

Sebagai tukang masak tak berbayar di rumah ni, kalau hari-hari masak menu sama pun jadi bosan jugakan. Ahah, sebab itulah I jarang masak sebab bosanlah masak menu sama aje ~_^  Cuba beritahu I apa paling best budak-budak suka? Muffin? Anak-anak den tak suka! Chocolate Cake? Pun mereka tak suka! Ayam masak kari? Bubbly Abang tak suka! Cendol? Adik tak suka 'ulat', Mommy! 

Homemade nugget? Bubbly Abang kata tastebudnya dah tak kata nugget ni sedap! Homemade french fries? Kalau Mommy buat panjang-panjang, Adik minta curly fries. Kalau Mommy buat curly fries, Adik kata french fries. Abang tak makan french fries sebab tak suka p-o-t-a-t-o! Meatball Ikea yang orang kata sedap sangat tu pun anak-anak I tak hairan nak jamah tau....

So, apa nasihat anda kawan-kawan alam maya yang rajin-rajin belaka ni? Bagilah I idea baru yang fresh sebabnya boleh I praktikkan nanti. Kalau tak jalan juga, nampak gayanya I nak simen batu terus pintu ke dapur rumah. Tak payah masak. Kita makan luar jer bila lapar. Nak makan kat luar pun siksa walaupun I ni rajin JJCM. Cerita belakang tabir yang haru-biru tu memang tak pernah masuk blog. Hahaha!

Jadi, sangatlah beruntung ibu-ibu di luar sana yang ada anak-anak dan suami yang suka dengan apa sekali pun yang mereka masak. Suka nak mencuba resepi baru hidangan ibu tercinta (tetiba jer rasa nak tertumpah air mata....) My superheroes bukan tak appreciate me as their beloved Mommy tapi bab makanan ni memang selalu je I kena berlakon lari pergi Batu Belah Batu Bertangkup tau (Bt Caveslah senang sikit nak cari yerk tak!)

I ni kalau pergi blog kawan-kawan dah dijamu mata dengan gambar makanan air tangan sendiri dan resepi yang sedap-sedap, rajin je kopipes, save dan sebagainya. Kononnya nanti bolehlah buat. Dah banyak kali juga I buat ikut resepi kawan-kawan beri tapi akhirnya I sorang-sorang kat dining table melantak sambil nangis-nangis. Hahaha.... (By the way PK, resepi awak yang kita pernah buat kat rumah dulu, memang kita sorang jerk yang makan PK... Berhari-hari nak menghabiskannya! Budak berdua tu kita suruh try jerk pun dah mencemik muka. Ambil bau siap-siap lepas tu tak mahu rasa sebab hidung dah detect ada sumber-sumber ingredient yang mereka tak suka!)

So, lepas ni takdalah hairan lagikan bila tengok I tak rajin upload gambar menu air tangan sendiri... Faham-faham ajelah. I bukannya ' tak pandai masak takpa janji  rajin masak' tau ^_^













Comments

  1. kita kalau upload gambar makan kat IG mesti yang tak berkhasiat atau yang simple se simplenya kita masak kat rumah, bihun goreng,spaghetti, megi, bagai camtu jer sampai ada yang mula sindir kat FB sebab makan megi katanya.. saja jer tunjuk macam tak pernah makan sesedap sebab bila ngadap makanan sesedap mesti lupa nak nak snap gambar atau memang tak berniat pun nak snap gambar. Kita sekarang makin kurang masak berbanding dulu. Sebab GST tu alasan kecik jer alasan terbesar sebab bila nak masak kos beli barang basah lebih mahal dari nasi bungkus. Pun macam tu tetap jugak berasap dapur bila ada request dari king of kong.. hahahahaha... kadang2 xde request ada bahan basah kita belasah jugak masak. tapi sekarang jarang dah nak simpan stok barang basah sebab dah tau.. asben kita kalau nak kita masak dia akan beli barang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, pakar hantu manalah boleh ubah jadi tukang masak pulak.... Ni kes takda masa nak masak sebab sibuk kejar hantu. Hahaha.... Gurau jerk ya, jangan nak ambil hati pulak. Tak mahu vote nanti tahun depan jadi ketua gang hantu!

      Yalah, dah makanan sedap lebih baik kita makan dulu. Gambar dah tak penting lagi dah. Nanti kalau lambat rasa, takut pulak habis.... Kalau dah awak berdua je yang makan Suria, memanglah rugi nak main masak-masak. Rasa macam tak berbaloi. Lainlah kalau anak tu dah pandai nak demand makan macam-macam. Kita pun jadi teruja nak masak bila tengok anak suka makankan... Ni macam akak memang asyik syok sendiri jerk kalau duduk dapur. Pastu meratap hiba dekat meja makan....

      Delete
  2. hahaha..kalau bab2 memasak sy ni lagilah failed awak... asyik menu yg sama, tapi sesekali sy cuba resepi selalu nya en suami makan bertambah juga..kerr sy yg malas ni??? hahhaa..
    nak kena rajin2 mcm PK lah lepas ni...kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun memang kena masak menu yang sama sampailah seisi rumah rasa jemu. Sebabnya kalau tidak, memang mereka tak nak makan. Kita yang jadi tukang masak ni pulak tension dok dapur asyik masak menu serupa. Rasa memang dah expert sungguh, pejam mata pun boleh masak! Opps... tak pernah cuba lagilah masak sambil pejam mata. Buka mata pun kena minyak panas. Hahahaha!

      Delete
  3. Susah juga kan jika anak2 memilih makan ni kan MD..
    Akak suka jer macam MD tak payah masak,
    Makan diluar ajer, senang ehe,
    Tapi tulah.. en suami punya lah kurang minat makan kat luar ni..
    Kalau boleh nak juga makan dirumah..
    Boleh dia belikan direstoran tu.. tapau jer..
    Pastu makan dirumah..
    Jadi anak2 mengikutlah cara abahnya..
    Makan dirumah..
    Kalau nak makan diluar pun sekali sekali dan terpaksa.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh... anak-anak saya memang cerewet, CH! Ni penangan tengok resepi kat blog CH dan PKlah terus tetiba terfikir nak menulis tentang ini. Kadang tu bukan saya tak nak masak, tapi bila fikir siapalah yang nak makan dan habiskan, itu yang buat pening lalat selalu....

      Suami saya kalau ajak makan luar memang laju apatah lagi kalau tak pernah lagi sampai ke restoran tu. Kalau kat rumah, mulalah HD ni memilih. Itu tak mahu makan, ini tak mahu makan.... Kadang tu bila mak mertua saya datang, saya yang pening. Masak ini, mak mertua dan HD makan, si Abang tak makan. Masak itu, Abang makan tapi mak mertua dengan HD tak berapa suka. Saya dan si kecil tu pun kenalah sesekali fikir kemahuan kami jugakan.... Itu lagilah pening!

      Delete
  4. Bila masak utk mkn malam je rasanya agak
    Mencabar bila perlu masak pelbagai menu utk insan2 kesayangan .

    Kalau x masak sian pulak kan? X kan mereka nk tengok je kita makan. Tp maybe MD boleh buat menu frozen maybe utk diri sediri. Contohnya klu MD suka rendang ayam. Atau gulai ayam ke.. Buat je utk dua-tiga kali mkn. Dh sejuk tu simpan dlm ekas berlainan dan bekukan. Ayam goreng pun mcm tu jugak. Siap perap dan simpan. Nnt mudah nk defrost je terus goreng. X la letih dan dapur x berkecah.

    Hehe sy ni kerja memasak dr awal pagi smpi lah mlm. Pg masak, nnt pkl 8 kadang2 tu msk lg sarapan utk hubby. Pkl 10 masak utk lunch. Nnt baby diam sket buat kuih utk ptg pulak. Lwt ptg masak lg kot la x cukup lauk. Mcm suka sgt memasak ek? Padahal terrrr paksa gak. Kui kui kui.. Ops maid kita tak pernah masak pun. Klu tinggalkan lauk suruh dia masaak utk dia sah2 dia takkan masak. Padahal dia bantu kita kat dapur bkn dia tak tau mana garam gula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... kalau sayalah kena masak dari pagi bawa ke malam, mahu tengah malam saya menangis sorang-sorang macam langsuir hilang geng! Penat oi.... Selalu sangat saya tunjuk menu bergambar yang kawan-kawan blogkan pada Abang, nak tengoklah boleh tak dia terima. Tak pun ada tak interest nak cuba makan. Selalunya dipandang sepi aje. Suami pulak memang boleh makan apa sahaja tapi adakalanya tak berapa nak suka mencuba... Tapi kalau kat luar, tak payah tanya. Macam-macam HD eager nak cuba tau! Kotnya isteri mithali ni masak tak sedap ke apa nih.... Konpius pulak dah....

      Delete
  5. huwaaaaa nanges lah macam tu kalau kita dah masak masak dan masak tapi kitaaaa aje yang makan. memang boleh fedap duduk dekat dapur jugak. mujur syukur alhamdulilah kembar siam berdua dekat rumah tu jenis tak memilih. paling dorang berdua suka sup!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah pasal... Kalau rajin masak pun tak guna. Kita jerk yang syok sendiri. Teruja bagai nak mencuba lepas tu nangis-nangis sorang diri dok melantak sampai habis tau. Bukanlah malas sebenarnya... Hahaha!

      Delete
  6. i pun pandai masak..
    malas ah nak cerita...hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...aduhai....

      Yalah, I setuju ajelah dengan apa pun yang you kata, PB. Nanti kang buat dia hilang sepurnama lagi, rindu pulak *_*

      Delete
  7. Geti tak masak masakan kampung HD? hahaha

    Eh, MD, ada FB tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reti... tengok resepi lagilah *_*

      Oppsss.... ada ke tidak ni ek agaknya! Hahaha....

      Delete
  8. untung lah boleh taip pjg2.. opssss...
    alahai kak, tak reti nak recommend ni.. kadang my mum pun tak tau nak masak. dlm tak tau tu kadang 2 3 jenis menu plak yg di masaknya...
    JJCM?? kitorang mmg tak rajin makan luar. masak baru puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan hari Jumaat okey yang mood menaip panjang tetiba datang. Hahaha....

      Memang Lyn. Akak pun macam tu. Dalam pada tak tahu, dapat juga 2,3 jenis lauk. Tapi itulah lebih banyak membazir kadang-kadang. Sayanglah membazir ni apatah lagi zaman kena bayar GST macam nih!

      Delete
  9. Ada campuran darah stan2 BB & AC tu.. itu yang selera x sama ngan maknya kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... masalahnya mereka 3 beranak pun citarasa tak sama, makchaq *_*

      Delete
  10. Untunglah... untunglah..
    ok.. ayat tu sangat sesuai utk ai sbb my hb pandai masak kalau nak dibandingkan dgn ai.. ai reti komen je.. kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah you beruntung sangat sebab ada husband merangkap chef. HD pun pandai juga masak tapi bukanlah chef. I kalau HD masak pun tak komen tapi setiap kali I tak komen, HD merajuk kata tak nak masak lagi sebab I tak suka. Bila I komen (negatif) pun HD merajuk jugak.....

      Delete
  11. Assalamualaikummm....
    Mak datang niiiiiii...... jap lagi sambung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Jemputlah masuk. Dah malam ni takdalah hidang fresh orange and carbonara yerk. Makan ajelah apa yang ada dalam esbok tu. Katanya dah biasa datang malam-malam rumah jiran!

      Delete
  12. Assalam...kak aya pulak memang jenis jarang masak..selalunya sabtu dan ahad je la yang masak, kadang-kadang tu ahad tu beli jugak..ntah la nape memang jenis tak reti nak uruskan masa kot, selalu mcm tak ada masa tang memasak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Mood memasak saya memang macam orang datang bulan. Datangnya bermusim. Hahaha....

      Kadang tu kita rajin jerk nak masak tapi mereka dalam rumah pulak tak rajin nak makan ikut selera kita. Kalau ikut selera mereka bertiga, memang meruaplah peluh kita dok kat dapur....

      Delete
  13. Apa kak Ton cite tadi ek? Lupa pulak mak......terpaksa study balik tau!

    Kalau cenggitu punya story....elok kak Ton booking jerlah kedai makan seluruh KL ni seumur hidup. Tak yah masak terus haha.....

    Janganlah banding kak Ton ngan PK dlm bab masak ni, mmg mak tau kak Ton sure kalah punyalah, PK dah buat pizza, kak Ton baru nak tumbuk kentang hihi.... Lain kali banding ngan mak, sure kak Ton menang punya!

    Lain kali nak menerai resepi tu buatlah separuh dpd resepi asal, kalau ye pun jadi DBKL idak le sampai seminggu duk ulang makan benda sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak suggestlah kedai makan mana paling best yang boleh bagi harga murah untuk setahun? Makanan pun kenalah pelbagai. Kak Ton penatlah nak JJCM selalu *_*

      Mak, Kak Ton ngan PK memang macam langit dan bumi. Sebab itu Kak Ton beria-ia nak berbesan. Untunglah Kak Ton nanti Mak oii.... walaupun PK campak baling jerk, dapat juga Kak Ton tumpang rasa. Hahaha!

      Mak dengan Kak Ton memang tak terbanding bab-bab memasak ni. Entahlah tak tahu siapa pemenang, siapa pengalah. Yang penting kita seri. Hahaha!

      Aha, itu pun satu masalah. Kak Ton kalau masak macam nak bagi makan orang kenduri. Lepas tu bila tak habis, kena marah dengan HD. Lagilah hati Kak Ton bagai disayat-sayat. Dahlah penat masak tetiba kena marah lagi....

      Delete
  14. ooo kita serupa.. kita serupa... adalah sebab penyebabnyer yang kita jer taukan..
    letih rasanya masak bagai nak rak sambutan yang ado...
    lagi sedih kita masak kita makan sorang diaorang boleh gi kedai makan..kan dah membazir kali 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh sep sikit, Cho *_*

      Kita bukan malas nak masakkan Cho tapi keadaan sekitar tak mengizinkan kita membazir. Itu pun dah kira alasan munasabah juga. Hahaha!

      Yang itu memang sangat sedih, Cho. Dah masak, orang pi makan kedai. Kalau sayalah memang mengamuk hentak meja. Aduh, sakit pulak tangan!

      Delete
  15. Saya pernah juga masak syok sendiri ikut selera saya tapi macam biasalah, orang itu tak selera makan, orang ini macam ni. Penat tau! Nak masak 4 jenis, tau ajelah macamana kelam kabutnya bila sampai rumah lepas balik kerja. Nak makan malam sebelum Maghrib katanya....

    ReplyDelete
  16. kan..anak saya pon sama lah ada masanya makan banyak..ada masanya masak macam-macam pon dia kata taknak..adeii..
    tapi saya dan suami la yang bedal..janji kenyang..hihi
    tapi anak-anak MD gebu-gebu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak banyak makannya pun bukan macam orang dewasakan, Mar. Itu lagilah buat emaknya malas nak ke dapur bila selera anak-anak berubah ikut musim. Tapi kalau dah jenis mak yang malas, anak-anak selera makan pun dia tetap malas. Hahaha....

      Anak-anak saya memang gebu ikut gene makpak kot *_*

      Delete
  17. Phewwwww memang lotih kalau jadi akak. sekali masuk dapur kena fikir empat menu terus. dah tu yang kena dengan citarasa diorang pulak. Pehhh biarlah makan dekat luar kalau gitu. Hahahaha. Mmemang cerewet jugak abang ni rupanyaa bab makan. Adik tu sama macam anak buah nani. bila orang ajak makan dia cakap kenyap. padahal dia tak makan benda pun nani tengok. Hahaha. kenyang dengan mainan agaknyaa bebudak kecik ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... bukan saja-saja malas nak masak. Kadang tu lama dok termenung kat dapur, tak tahu nak masak apa. Kalau time HD diet, lagi parah. Dengan nak menggrilnya, menggoreng itu ini, mengsupkan itu ini lagi, memang sampai besok pun tak siap. Tapi katanya nak makan sebelum Maghrib, memang akak kena bersilat cekaklah kat dapur sensorang!

      Delete
  18. nasib baik la acik ni masak apa pun laku je MD..kot tak mau jugak jadi MD..simen terus tak yah ada dapur dirumah..susah hati tengok dapur ada tapi tak dapat nak diguna kan kan MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...memang simen terus je pintu dapur tu, Acik. Tak payah susah-susah ada dapur, bukan guna pun!

      Delete
  19. Alahaiiii...Siannya MD. Bila baca entry ni rasa bersyukur sebab anak tak cerewet makan. Nak masak pon senang. Sekali harung. Tak yah masak menu yang berlainan.

    Tapi janganlah sampai nak simen pintu dapur tu...hehehe...Mana tau nanti selera bubbly abang berubah ker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Propa aje lebih, Fiza. Kalau takda pintu dapur, peti sejuk, mesin basuh semua nak letak mana pulak. Tak akan nak masuk dalam master bedroom semua. Nampak sangat ketamakannya. Hahaha!

      Delete
  20. MD, PK mmg spesis rajin di dapur..tp jgnlah jd mcm dia, nanti i xde geng haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh nak lawan PK ni. Susah betullah semua pun dia nak buat DIY. Kita ni bukan malas tapi tak rajin jerk *_*

      Ahah, jangan takut! I kan dah janji nak segeng forever dengan you! Tapi kita kenalah pandai cover up. Sesekali uplah entri masak-masak eh ^_^

      Delete
  21. susah juga bila berkeluarga ada taste masing2 . harap2 saya dpt suami yg mudah dilayan . anak rasanya dah x blh dpt kot kecuali Allah nak beri ... my anak buah , masa kecik2 ada je yg memilih mkn tapi mrk on je asal ada telur goreng dan kicap . adakalanya mrk cebik gak bila tak pernah nampak mknn tu especially mknn kampung lah . tapi my kakak ni selamba je . masak je apa yg ada dlm ais box aka yg suaminya belanja . jadinya , my anak buah belajar mkn apa yg mrk cebik dulu atau tak pernah jumpa sbb my kakak mmg x rajn nak masak menu berbeza . bila dah biasa kena gasak mcm tu , kesannya , my anak buah jadi lasak . daun kaduk yg mrk x pernah jamah , bila tgk mak ususnya mkn dgn lazatnya dan dan mrk mencuba , sudahnya mrk jadi suka ... hope bila abang dan adik membesar , ada perubahan dlm taste mrk . rasnya blh kot sbb my anak buah pun berubah jadi lasak makan apa sahaja pun ambil masa juga ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD tu takdalah banyak kerenah bab-bab makan ni. Asal sedap, HD makan aje. Tapi janganlah time HD tengah diet, memang nak pengsan kita dibuatnya. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tapi makan kat luar, semua pun boleh ^_ ^ Haruslah tersayat hati, bernanah gitu isteri mithalikan....

      Anak-anak saya memang memilih tahap tak tahu nak kata apa. Mungkin salah saya juga. Sebabnya saya tak makan sayur gak tapi tak pernahlah ajar mereka jangan makan sayur. Dah Mommynya cerewet, apa kita makan, kita bagi anak juga. Akhirnya mereka pun main pilih-pilih apa mahunya! Lepas tu kita yang pening. Padanlah mukakan *_*

      Delete
  22. Haha.. mcm2 jenis sawan ada ya.. kat sekolah ni dh makin banyak saya rasa yang sawan mengamuk kalau dapat relief banyak.. malas nk layan dah.. lantak korangla nak sawan ke nak pura2 pengsan ke.. dh xcukup cikgu nak buat macam mana.. bukan kita mintak jadi gini..

    Aritu kata nak jadi cikgu gabti secara percuma kat sekolah saya? Meh la MD. Dengan bakat MD buat intro 10 perenggan ni mesti happening betul kelas MD nanti.. budak2 suka tau cikgu yang pakai banyak set induksi.. kalau saya sekali sekala je buat set induksi, memang jenis malas nak pikir.. direct to the point je. Lagi2 kalau kelas yang dah waktu nak balik tu.. kita induksi bagau budak2 dah mula angkut beg beratur kat luar.. adoi.

    Haha.. mulanya saya terasa gak dengan moto si PK kita ni. Tapi sehari je. Lepas tu back to normal.. haha. Payah kalau orang tua2 nak berubah kan. PK tu mmg sejak azali rajinnya memang tak leh lawanlah.. memanh silap orang la kalau nk lawan masak dengan dia.. confirm yang memang dia punya..

    Alasan yang takut sendiri masak sendiri jugak makan tulah yang saya pun rasa malas nk masak selalu.. beriya masak bagai kan tapi orang lain pandang gitu je. Mana la nk layan masak selalu.. meh makan kat kedai lagi bagus.. tapi sejak naim mengaji malam ni lebih bnyk memasakla.. biasanya malam kerja 3 kali masak 2 kali je makan kat luar . Kalau hari hujan pernah 5 hari makan kat rumah.. papa n kata kena biasakan dengan jadual anak.. saya pun iyakan jelah.. makan la nasi dgn sayur dengan ulam dengan ayam goreng je.. tapi bila anka2 makan sedap tu barulah rasa menyesal patut masak macam2 lagi.. tapi masalah nya mood diorang bukan boleh ramal. Kalau ada pelbagai menu pun tak semestinya diorang akn makan banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu-cikgu pun ber'sawan' juga ya, AN *_* Ingatkan saya dengan jiran sebelah jerk yang dok sawan itu ini!

      Kalau saya jadi cikgu, tak boleh AN buat intro panjang berjela. Belum masuk syllabus, anak murid dah tertidur kat belakang. Jenuh pulak saya nak menyanyi merdu-merdu ala Dato CT nanti nak kejutkan mereka. Nak belasah dengan rotan, nanti makpak datang sekolah pulak. Terkangkang kiap nak lari pakai high heels nanti ~_^

      Jangan ambil hatilah dengan PK tu. Kita buat tak dengar je. Kalau nak ikut style PK, memang tak jalan kerja kita yang lain-lain. Entah bila mana PK buat semua homemade tu tak tahulah. Tak tidur malam kot si PK ni. Saya ni kalau balik rumah, memang mengidam nak landing atas katil jerk tapi jarang dapat! Itu kalau masak 7 hari seminggu untuk 3 meals sehari, mahu demam sebulan! Hahaha....

      Saya sebenarnya jemulah masak menu sama selalunya. Cuba pelbagai, nanti takda siapa nak makan. Kita juga yang kena mengerjakan sampai habis. Siksalah gitu....

      Betul tu, AN. Susah nak ramal mood mereka. HD pun selalu pesan jangan masak nasi banyak-banyak sebab HD diet. Tapi bila kita masak sikit, masa tulah HD lapar dan tak ingat diet pulak. Dah ta cukup makan masing-masing!

      Saya pun sejak nak menguruskan sikit badan 'sado' si Abang ni memang berselang-seli hari masak nasi. Itu yang sampai Abang sakit perut. Sebab malam sebelum tu dia makan roti burger jer sebenarnya pastu bantai minum susu sebelum tidur yang memang dia tak boleh kalau perutnya lapar! Dia ni pagi tak nak sarapan. Kalau minum Milo, katanya perut memulas. Waktu rehat makan ala kadar je sebab time rehat pendek malas nak makan menu berat. Balik sekolah kalau selera kena dengan masakan MakNgah, makanlah dia. Kalau tidak, dah petang nanti saya balik mulalah mengadu lapar. Kita pun masaklah macam nak rak, tetiba dia makan sikit jerk. Bila kita masak tak rak, dia nak makan banyak!

      Delete
  23. MD, saya punya mcm terbalik jek dari tagline tu...huhu mmg tak untung :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihkan kalau tagline tu tak berapa sesuai dengan kehidupan emak-emak macam kita nih.... Dalam rumah saya memang bagi dua genes. Satu ikut Daddy, satu ikut Mommy. Makanya yang paling pening memanglah Mommy memanjang *_*

      Delete

Post a Comment